Seluar Ketat

Yeah lega lega! Selepas beberapa lama aku kumpul kekuatan untuk tulis entry ni, akhirnya dapat jugak kekuatan tu.

Sebenarnya lama sudah aku nak tulis pasal entry ni. Tapi tuh la. Tak sampai seru lagi kot. Hehe. Isu apa yang aku nak tuliskan sebenarnya nie?

SELUAR KETAT

Dengan ini, aku harap, perempuan perempuan di luar sana. Harap sangat sangat korang boleh jaga pemakaian korang.

Ye, aku tau, aku ni sape nak suruh korang pakai itu ini, menyibuk mintak korang itu ini. Sape la aku kan. Tapi kalau sape sape yang terbuka hatinya, harap korang pandanglah permintaan ini sebagai satu bende yang positif.

Maksud aku, iaitu jaga pemakaian korang, bukan bermaksud korang kena pakai jubah baju tudung labuh apa semua tu. (tapi kalau korang boleh buat macamtu lagi bagus sebenarnya)

Maksud aku, lindungkanlah sikit aset korang tu. sedia maklum la, seluar jeans dan manusia tak dapat dipisahkan. Lebih lebih lagi perempuan, bukan main ketat lagi seluarnya. Maaf ye. So fine, tak kisah korang nak pakai macam mana pon, itu hak korang. Sape la aku nak halang korang daripada berpakaian sebegitu rupe kan?

Cuma nak mintak, kalau dah pakai seluar jeans yang ketat tu, pakailah baju yang labuh. Sekurang-kurangnya, dapat la tutup punggung korang. Ini tak. Payah beb nak keluar bandar. Yelah, takkan nak pandang atas all the time. Kalau dah namanya lelaki, takdenye la kalau setakat nak pandang sekali. Mesti berkali kali punya. ECECECE MACAM BAGUS JE KAU NIE. Bukan apa, dulu aku pun macam ni.

Tapi bila difikirkan balik, rata ratanya anak melayu, siap pakai tudung lagi. Aduh. Diulangi sekali lagi, MELAYU. Dose dapat, malu pon dapat. Kalau yang kapir tu toksah cerita la. korang tak kisah ke kalau semua orang tengok punggung korang? Macam mana plak kalau ada yang siap amek gambar lagi? Pergh.

pergh!

Whoaaa..

gambar google, kata kunci: perempuan seluar ketat

Tu belum lagi risiko kena rogol. Dah kalau korang pakai macam tu, Nampak dek perogol ke, orang gile seks ke, mau tak terbaring korang dalam semak.

Ada satu masa ni. Masa aku main badminton kat dewan. Ada la awek ni. Dia nak tengok pakwe dia main. Sekali dia bangun, nak pergi tandas. Mak aih! Punya la ketat jeans yang dia pakai, sampai aku tengok cara dia jalan pun macam aku yang rasa sakit. Betul, tak tipu. Awek bertudung tu. Agaknye pakwe dia tak kisah ek orang ramai tengok punggung dia.

sebenarnya benda ni boleh fikir sendiri. Kita dah dianugerahkan akal kan? So aku harap takdelah yang kata,

SIBUKLAH KAU. PADAHAL KUBUR MASING MASING

Dulu aku pernah tanya mak aku, macam mana nak jawab kalau kita kena camni. Then mak aku dengan selambanya jawab,

SEBAB KUBUR SENDIRI SENDIRI LA NAK INGAT INGATKAN. KARANG KALAU DAH KENA SEKSA SORANG SORANG DALAM KUBUR SAPE NAK TOLONG

I love u mom! Haha. Betul tak? Masa masih hidup, masa ada peluang ni la kita nak saling memperingatkan. Biar kita sama sama dipermudahkan masa dalam kubur nanti. Sama sama dapat nikmat. Kan?

Aku harap sangat, korang dapat terima apa yang aku tulis. Please ye. Kalau nak kutuk pon, kutuk dalam hati la ek. Aku pon aku cuba ubah diri aku sendiri. Takmau la nanti cakap tak serupa bikin. Salam. :)

p/s - dari maghrib tadi sebenarnya dah tulis. tetiba internet takde pulak. =.= cik syg jangan pakai macam ni plak ek. :)

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Khamis, 30/6/2011, 2.37AM.

Comments

cuba sesekali buat entri pasal pemakaian Lelaki pula.. rasanya ramai lelaki kat kuar sana yg tak menutup aurat dah skrg.. isu2 pasal aurat perempuan ni dah melambak org tulis seakan hukum tu cuma pada perempuan jer.. sekadar pandangan peribadi bkn menolak kebenaran yg cuba di sampaikan. harap tak salah faham yer
Anonymous said…
cik syg? apakah?
urm.. psl ni mmg dh byk org wt entry.
anyway.. thx sbb m'igtkn.
=)
Shafiq Izwan said…
lekat lekit - ouh. macam tu. okayh okayh. lepas ni saya cuba buat. terima kasih ek bagi pandangan. :)

budakbaikbudaknakal - sama sama. terima kasih bagi pandangan. :)
najihah sahami said…
haha..bukan sebab kita melayu. tp sebab kita islam..:)

btw, nak pakai legging pun rasa geli kat kaki. yarks.melekat je. haahaha
Fadzli Amir said…
Salam...sebelum ni lagi teruk, jeans low cut....nampak habis seluar dalam...
ZORA said…
HAHAHAHA...entri pedas wooo untuk pompuan...
NuSaNa NoSa 91 said…
kita kena TUTUP aurat, bukan BALUT aurat.. kan2?? ^_^

na'uzubillah.. semoga terhindar drp benda2 camni..
Aleen Aiden said…
hu3,mekasih sbb tlg ingatkan.. ^_^
De Mois said…
hehe..isu yang takkan habis. nak buat macam mana kan. ada yang hepi dapat tunjuk aurat depa. moga pesanan ni dapat jadi iktibar

Menarik di SuaraSendiri
Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan?
Anonymous said…
@THE LEKAT LEKIT STORY kerana aurat perempuan sangat bernilai..orng prempuan transng ke ble tgk aurat llaki??
Shafiq Izwan said…
najihah sahami - tuhla. nanti nak kena betulkan ayat tu. ouh rasa ek geli? hahaha.

fadzli amir - pasal tu tak bleh nak buat ape dah la. huhu.

zora - untuk memperingat je. :)

catthmd - erk. sory la. kau pikir la dari sudut positif ek. :)

keen - betul betul. doa doa la ek..

aleen - sama sama cik aleen..;)

deMois - hmm. setuju. harap sangat diorang pikir positif..

fazil - rilek rilek. hee.
ZORA said…
HAHAHAHA...tapi bg aku la...laki pon skang bnyak gak yg pkai suar ketat wooo..pelik3...
Shafiq Izwan said…
dekan - amboih!hahaha

zora - tu ah. tak senak ke. ahahaha
Anonymous said…
aku nk try tgur 1st komen tu..dr lekat lekit..Nabi Muhammad msa dinaikkan ke langit..Baginda dah dtunjukkan dgn hukuman Allah kpd manusia..dan dr situ, Baginda tgok kaum wanita lah yg paling bnyk diazab..sebab utamnya..tak tutup aurat..snang ckp, pompuan ni mmg snang nk buat dosa..tp apa tujuan ditnjukkan hukuman2 tu sume? supaya Baginda dpt bg nasihat kat umatnya..utk apa nasihat tu? supaya maruah org pompuan lebih tpelihara...jd xpenting pun TT blog ni pos psal aurat laki ke pompuan..yg pnting dia tgur utk kesedaran..dan kalo 1 nsihat utk org laki, 10 nsihat utk pompuan.. jd kna paham tntang tu..sebab sifat pompuan ni lebih lemah & prlu slalu diigtkan..jd nak ke xnk, kna trima sbb itu hakikat kjadian manusia..

utk TT : gud entry..lg 1, kalo bleh, tak pyah ad rsa 'aku ni pun bkn alim sgt' kat entry tu..sbb Nabi sdri ad pesan, kita kna trima nsihat yg baik utk diri kita wlaupun nsihat tsebut dtgnya drpd sorg yg jhat..slagi nasihat dia tu tak btentangn ngan Islam, kita ptut ikot..jd tindakn bro wat entry ni aku skong 100%..

peace all.. ^^