Sunday, October 24, 2010

Ya Itu Dia

"ya itu dia". aku tak tahu kenapa aku tulis title macam tu. tak ada idea. btw. hari ni dah hari ahad. sekejap je rasanya sabtu dan ahad berlalu. minggu depan. berlambak test. assignment lagi. ya memang betul U ni tak susah macam sekolah. tapi bila assignment dah banyak. kuiz. test. memang bz gila.

firstly nak cakap. apa khabar orang kemaman? sihat? dah lama rasanya tak balik kemaman. sebulan lebih dah kut. haha mengada sungguh. tapi seriously aku rindu kemaman. :P
member-member yang stay area KL/Selangor best la. ada yang setiap minggu balik. jeles sungguh. tapi. hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. lebih baik di negeri sendiri. ah jauhnya aku melalut.

apa agaknya khabar hendra, amirul, apih, daim, manje, angah, azrul, azril, boy, kudin, spelek, iwan, airul, adam? lama weh tak jumpa. woot woot. amirul sekarang dah ada awek. tengok la. budak yang agak senyap masa kat kelas dulu. senyap-senyap je dah ada awek. betul la orang kata. orang yang senyap-senyap nie la yang akan advance dari orang yang bising-bising.

daim. hendra. miro. aku rindu aktiviti kita time sekolah dulu. especially waktu rehat. kita kacau awek form 3 depan kelas kita. kita tenung dia lama-lama. then dia pun cuak. kita tuding-tuding kat dia. kita buat muka garang. then kita gelak kuat-kuat sambil tuding kat dia lagi. haha. dan paling tak boleh blah. kita panggil dia 'awek tua' sebab muka dia matang dari form 5. adoyai. apa agaknya khabar budak tu sekarang. lagi time kat kelas. time nak belajar je. musti nak gelak-gelak. dah semua otak gila-gila. dah la duduk belakang sekali. tapi alhamdulillah. walaupun kita gila-gila. kita still dapat further study, kan? aku rindu jugak time kita borak-borak pasal bola. daim ac milan. apih liverpool. aku dengan miro MU. hendra? dia minat bambang pamungkas. hari-hari ada saja topik pasal bola. ada satu hari tu. time MU kalah. sampai aku rasa tak nak pergi sekolah. sebab aku tau aku mesti kena punya. sebab selalunya aku bahan team diorang. apa lagi ek?

ha yang ni aku rasa antara yang terkelakar. maybe terjahat kot. zip daim terbuka. dan yang bestnya dia tak perasan. aku dah suruh hendra miro apih diam-diam sudah. then aku cabar daim pergi kat kelas sebelah, yang mana dekat kelas tu ada budak yang minat dia. aku cabar dia tegur budak tuh. n then entah kenapa dia tetiba kepala tengah gila masa tuh. dia pun pergi kat budak tu. dah la tengah ramai orang. budak yang minat dia tu tengah lepak dengan member-member dia. bila daim tegur je budak tu. aku dah standby kat luar dan jerit, "woi daim, zip seluar kau terbukak tuh!!!" aku perasan. ada budak pompuan ni. sampai tergamam "woooh!!". daim pun cepat-cepat tutup zip n blah. kitorang kat luar ni. dah berguling-guling. nak tau dia cakap apa? "patut la aku rase sejuk jer tadi". hahahahahaha.

itulah. ekceli aku nak story pasal benda lain. tapi tetiba ingat kat korang. rindu kat sekolah. habis semua cerita keluar. aku tak tahan gelak la masa tulis post ni. tengokla. nakalnya aku masa kat sekolah dulu. haha. sory korang. karang cuti bulan 12 karang kita keluar lagi.

anyway. semua ipt dah nak final exam kan? or ada yang dah final? good luck ok. insyaallah orang yang berusaha pasti ada balasannya. sama-sama la kita buat yang terbaik.

p/s: sory ye daim hendra apih miro aku tulis pasal korang. sebab korang jugak la aku gelak sorang-sorang tadi. haha.

Friday, October 15, 2010

aku sakit hati

aku sangat sakit hati. hati aku sakit sangat. aku tak tahu nak buat macam mana lagi. aku tak tahu nak luah kat mana lagi. sesungguhnya di saat aku menaip post ini hati aku sangat sakit.

so. biar la aku luah kat sini. firstly, aku nak jerit kuat-kuat. ARRRGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!
fuh baru lega sikit.

kenapa korang suka tutup pintu kuat-kuat? tutup slow-slow tak boleh ker? karang kalau dah rosak. mula la nak buat aduan. lepas tu bila orang kat pejabat adu tanya. mula la bagi alasan macam-macam. hah ni baru aku dengar orang tutup pintu kuat-kuat. tolong la wei. kita bilik sini. dekat-dekat. tolong la tutup slow-slow. arggh. kita member-member. aku nak tegur pun tak sedap la. takut karang kalau korang macam tak boleh terima ke. nanti jadi gaduh pulak, aku tak nak hilang kawan. so please. aku merayu. tolong la tutup pintu elok-elok. jaga hati orang lain. tolong. tolong. tolong. tolong... ya allah apa patut aku buat. semoga tabiat ni berakhir dengan secepat mungkin. insyaallah.

p/s: fuh sumpah lega.

Tuesday, October 5, 2010

Haish

Patutnya time ni. Aku plan nak baca programming. Tapi disebabkan secara tiba-tiba ada mood, idea untuk tulis post baru. Aku rasa elok aku tulis cepat-cepat. Sebab mood aku untuk on9 semenjak dah tak main fb amat jarang datang.

So 1stly. Ya. Aku dah tak pakai fb lagi. Sampai bila? Aku pun tak tahu. Aku nak tengok sampai bila aku boleh bertahan hidup hari-hari tanpa fb. Aku rasa boleh. Tapi sayang gak la kan. Ramai member-member lama jadi lost contact gitu je. Dan macam yang aku cakap tadi. Semenjak aku dah tak pakai fb. Amat jarang sangat aku on9. jarang sangat. Selalu aku ada idea nak tulis post baru. Tapi mood tu datang kejap je. Then mood tu terus melayang-layang pergi.. ceh. Kadang-kadang. aku terfikir jugak. Kan bagus kalau apa yang kita fikir terus keluar kat blog ni. Senang. Tak payah nak buka komputer. Nak kena log in. Nak kena taip. Haha memang malas.

2ndly. Sabtu lepas. Aku dah start kerja kat restoran dekat dengan kolej aku. Aku ambik part time sabtu ahad. Tapi lepas tu aku terfikir. Payah la nak balik rumah lepas ni. Dah weekend kerja. Tapi takpe la. Itu satu cabaran kut. Btw. Manager kat tempat kerja aku baik gila. Walaupun dia cina, tapi dia layan pekerja dia sama rata. Makan dua kali. Petang dengan malam. Dia kata. Kalau penat beritahu dia. Banyak kali dia kata jugak. Pengalaman tu berharga. Betul. Masa memula aku beritahu mak aku pasal kerja ni. Dia macam tak setuju. Then aku dah terangkan elok-elok. Dia kata fine la. Lagipun aku kan lelaki. Untuk bulan ni. Aku nak test dulu. Samada kerja ni ganggu atau tak study aku. kalau ganggu. Tanpa segan silu aku minta berhenti. Em. Penat tu memang penat. Tapi untuk dapat pengalaman. Aku tak kisah. Asal tak ganggu pelajaran aku. Dan. Seriously. Memang rasa puas gila bila dapat pegang duit sendiri. Plus. Banyak barang aku nak beli. Takkan nak pakai duit pt kut.

Last but not least. Semenjak dua menjak ni aku asyik ingat nak balik rumah je. Cuti lambat lagi padahal. haha. Aku suka environment kat rumah aku. Time pagi-pagi. Fuh syok. Maklum la. Dah lebih 11 tahun kut aku duduk situ. Biasa polis kena pindah randah. Tapi ayah aku tak kena pindah. Tu yang duduk lama kat kemaman. Kawan-kawan aku kat polis marin. Korang ada lagi tak? Aku suka time kecik-kecik dulu. Perangai memang gila-gila ah. Aku nak sangat gatherkan kawan-kawan aku masa aku kecik-kecik dulu. Dan. terima kasih kawan-kawan kat UTM. Korang memang best walaupun kadang-kadang ada buat perangai bengong-bengong. Haha.

p/s:apasal aku rasa post aku kali ni cam panjang sangat je. ah biar la. lagipun aku jarang gak update kan? hah alang2 dah ada idea keluarkan je sekaligus. ;P

Tuesday, September 7, 2010

dah nak raya

jumaat ni dah nak raya kan? kan? kan? kan? ergh. aku selalu merungut. kenapa rasa x meriah. kenapa rasa x best. kenapa macam xde semangat nak raya. tapi bila difikirkan balik. kita boleh bernafas ni pun dah cukup baik. lagi mau mengeluh itu ini. haish.

tapi ye la kan. agaknya assignment yang m'gunung kat u mungkin sedikit sebanyak mengganggu mood raya. macam. ingat balik nak happy2. tapi x boley happy sangat sebab. naik cuti je terus ada test. terus kena submit assignment. betul la orang kata. pengurusan masa tu penting. *baru nak sedar padan muka kau*

tuh la. aku x pandai urus masa. series. kalau dah melanguk ke game. layan ke fb. memang payah nak berhenti. lepas tu. bila aku ingat2 balik zaman sekolah dulu. bila masanya aku study kt rumah? petang? jangan harap la. malam? tuh game menyeru2 namaku. seruan buku tenggelam. yang aku ingat kalau malam aku pergi kelas malam je kat sekolah. hw pun hari nak hantar pagi tu baru aku buat. rajin kan?

yang pasti. pembelajaran kat u memang lain dengan sekolah. sebab sehari kelas biasa ada dua je. agaknya sebab banyak masa renggang buat aku jadi leka. tapi. kadang2. time nak masuk kelas yang ke-2. malas sangat. bising kata argh kepala aku dah x boleh masuk ni. betul. aku pun x tau kenapa aku boleh kata macam tu. :P sedangkan. kalau dulu masa sekolah.no hal je pergi sekolah pukul 7.30am balik pukul 4.00pm. hah. lama x lama. tapi pokok pangkalnya. aku kena belajar urus masa kut. hm.

sempena nak raya ni. kepada budak kelas 5AF, 5AB, 5AJ, 5PA1, 5PA2, 5PD1, 5PD2, yang mana yang kenal aku, juga x lupa kat bebudak 1DDZ, terutama Catt, yang selalu kena bahan dengan aku sem nie *karang lepas raye aku bahan lagi ye haha*, juga kepada follower blog ni, sepuluh jari disusun. maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki. andai kata terkasar bahasa. tertengking mana yang patut. harap dimaafkan la ye.

lastly. semoga selamat balik kampung. baca doa sebelum naik kete/bas/moto. insyaallah selamat sAmpai. assalamulaikum.

p/s: sesuai ke buat ucapan raya kat sini? bukan sume membe follow blog nie. lol.

Sunday, September 5, 2010

camne nak start

akhirnya. dapat jugak balik lama sikit. sebelum nie dapat balik sabtu ahad je. so kali ni dapat balik 2 minggu. fuh best. yang x best. dari hari khamis aku demam. sigh. dah la khamis tu ada test programming. susah lagi. memang masak aku kena. then hari jumaat. aku mintak dengan lec nak tunda test statistik lepas raya. nasib aku baik. permohonan aku diluluskan. apa alasan aku bagi? sebab hari jumaat tu aku nak balik kemaman. naik motor.

macam biasa. lepas 4,5 jam. akhirnya sampai kemaman. syukur yang x terhingga. selamat sampai. masa tu dalam otak xde fikir lain. yang terbayang katil aku je. penat sangat. part paling best. time balik kemaman. ada aje benda yang berubah. 3 minggu lepas. kawasan bakau kat bandar tu dah diratakan. dengar cerita nak luaskan jalan. so memang nampak berbeza sangat. then. semalam. tempat jual besi buruk tu pun dah lapang. rata. tu projek apa nak buat aku pun x tau.

dan malam tu jugak(sampai kemaman 6.30pm). aku pergi jenguk kedai tempat aku kerja dulu. nasib baik. kawan2 aku still lagi kerja kat situ. amirul. din. ika. alia. kak nani. rindu diorang. chewah geli je. aku kalau balik kemaman je memang singgah tempat tu. tempat yang bagi aku peluang belajar cari rezeki. belajar merasa duit sendiri. pergh. sumpah puas kalau kita belanja duit usaha kita sendiri. x caya try la.

btw. lagi seminggu nak raya. entah kenapa rasa macam kejap sangat masa berlalu. ai. ayat nie dah macam nak ulang post aku yang lepas. aku pun x tau kenapa otak aku macam blur hari nie. ouh mintak2 la masa lambat berlalu. biar aku stay puas2 dulu kat sini. hehe. sampai sini je dulu kut. blur tetibe. -.-




Tuesday, August 24, 2010

Entahlah

entah kenapa. smalam aku teringat zaman sekolah. siyesly. memang rindu. dulu masa sekolah. selalu bunyi bile la nak habis sekolah ni. sekarang dah habis. baru anda tahu rasanya. tapi itu lumrah. sebab x kan selamanya kita kat sekolah menengah.

aku percaya. kalau kat sekolah. kita mesti rapat dengan member2. dah macam family. pergi kantin sama2. pergi tandas sama2. pergi kelas tambahan sama2. kena rotan sama2. senang kata semua sama2 kena. kan? x dinafikan. aku dulu memang agak nakal masa kt sekolah. habis semua orang aku kacau. habis semua orang aku kutuk. kecuali cikgu. senang kata aku memang gila2 kat sekolah.

sampaikan aku rasa. ramai yang x suka aku. dah kena kutuk ngan aku je. even ada yang kata aku still macam budak2 walaupun badan besar ada misai janggut bagai. bukan apa. aku kalau boleh nak tinggalkan memori yang aku x kan boleh lupa masa zaman sekolah dulu. aku pikir. bila lagi nak buat gila2. masa zaman pakai baju sekolah ni la. masuk u kang x kan nak buat perangai macam ni lagi.

dan aku rasa. aku berjaya. dan yang paling aku ingat. aku berjaya buat membe aku yang sorang ni yang badan tinggi besar macam bapak orang menangis. sungguh x aku sangka. tengok. jahat x jahat. mentang2 la kau boley psiko orang. tapi percaya la korang. sekarang maybe aku dah dapat balasan balik. aku x lagi segila dulu. aku x lagi talkative macam dulu. betul. banyak senyap je. sebab xde modal kot. haha. anyway. kepada korang yang still berasa hati ngan aku. karang nak dekat raya aku minta maaf ye.

btw. macam yang aku post kat wall aku. kenapa la sehari dua ni semua yang aku buat semuanya serba x kena. serba rasa bersalah. macam aku rasa semua tingkah laku aku sehari dua ni buat kawan2 aku kat sini rasa x selesa. rasa x puas hati. aku mintak maaf sangat2. even benda kecik pun jadi susah. tapi semalam. aku rasa tuhan bagi jawapan kat aku. jawapan yang selama ni aku x berani nak tanya dan hanya mengharapkan jawapan tu datang. sekarang aku dah tahu. aku dah yakin. aku x kan tunggu lagi. yang mana aku kena teruskan. dan aku rasa sebab ni la tuhan uji aku.

aku harap hari ni aku boleh baiki semuanya. aku harap xde lagi ragu2. xde lagi rasa bersalah. xde lagi rasa serba x kena. oh aku harap sangat.x boleh buat assignment aku macam ni. dah la berlambak. anyway. orang kata. x mudah untuk kita puaskan hati semua orang. tapi insyaallah aku akan cuba untuk puaskan hati semua orang selagi aku mampu. (:


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Ramadhan datang lagi. entah kenapa. aku macam x berapa rasa dengan ramadhan kali ni. macam tadi. masa otw balik kampus. aku borak ngn senior. "bro. maen badminton x malam nie?" and then dia jawab "insyaallah lepas terawih kut". aku macam, ha. lepas terawih? sampai macam tu sekali. padahal dah lama tau besok puasa. juz mayb aku kurang alert.

ye la. dulu masa stay kat umah. hari2 tengok tv. ada iklan waktu berbuka puasa. drama2 ramadhan. so agaknya tau la jugak kan. kat sini. series. amat jarang tengok tv. mayb boley kata x pernah aku tengok tv kat sini. juz baca paper ja. memang x alert langsung.

anyway. besok puasa suda. macam ada membe aku ni kata. "weh. besok dah puasa kan. sekejap je. macam x percaya." ha'ah. sekejap je dah ramadhan. umur pun dah makin tua. =P
agaknya. macam mana la puasa kat KL ni ye? sama x macam kat kemaman? pape pon kita tengok je besok.

satu lagi. semenjak stay kat sini. aku jadi berkira pasal duit. nak makan malam pun serba salah sebab kena keluar duit jugak. benda alah ni mengalir macam air. sekarang kalau lunch. berkilat pinggan aku kerjakan. air pun sampai ais2 dia aku ratah. sekarang baru kau tahu menghargai. tapi takpe. ptptn dah lulus. aku harap dengan duit tu boleh aku bernafas sikit.

pergi ke hutan bersama-sama,
hajat di hati memburu rusa,
bulan ramadhan sudah menjelma,
jangan pulak korang tak puasa.

sekian terima kasih. (:

Wednesday, July 21, 2010

Cerita

masuk hari ni. dah lebih kurang 19 hari aku stay kat UTM. best jugak la kat sini. hidup ok. jiwa pun x kacau. haha. bangun pagi tadi. tengok kat luar hujan. ish. asyik hujan je KL ni. masa tu dah pikir, kalau tido pun sedap ni. tapi x boleh la. sebab ada kelas. kalau x maunya aku landing balik. agak2nya kalau kat kemaman time2 camni aku tengah buat apa ek.

insyaallah. minggu ni aku nak balik. kalau diizinkan. aku yang merancang. tuhan yang tentukan. harap semuanya ok. tapi. mahal siot tiket bas. nak balik je dah RM40. kalau macam tu, pergi balik dah RM80. duh. tu belum kira tambang teksi lagi. so kalau macam jadi balik minggu ni, then aku nak balik sini semula naik motor je. biar la bontot kematu pun. asal boleh save sikit duit.

lagipun kalau dah bawak motor kat sini. senang sikit aku nak explore KL ni. whoa. haha. x larat la nak naik teksi. pakai meter pun bukan boleh caya. kalau slow drebar tu bawak. maka mahal la tambang. x patut, x patut. bukan apa. ekceli aku dah kena aritu. g wangsa walk yang sepatutnya RM5 kebawah. langsung kena RM6. nak balik tu ok la pulak kena RM4.50 je. nasib baik dekat. kalau kena nak pergi tempat2 jauh sikit. hhmm fikir sendiri la. integriti mau ada la pakcik. chewaah. HAHA.

apa lagi ek? em. so setakat ni subjek yang aku dah belajar ada 3. programming, math 1, ngan multimedia. ada lagi 2, titas ngan statistik. tapi insyaallah minggu ni baru start belajar. math yang aku x tahan sekali. da 6 bulan lebey aku tinggal buku. berkarat gila otak. yang classmate aku. semua lancar je jawab. lancar je buat. aku? buat gak sikit2. tapi still terkial2. xpe. balik ni. aku ambik buku2 math dulu bawak mai sini. siap la korang. HAHA.

so. itu la dia. catatan seorang siswa. lak. cam bagus ayat. HAHA. korang2 yang bergelar pelajar cam aku. sama2 la kita doakan semoga dipermudahkan urusan masing2 kat tempat belajar. biasa la, universiti, politeknik, kolej. mesti banyak kerja punya la. hehe.




Sunday, July 18, 2010

I.S

I.S stand for international student. so tadi, lepas main badminton, tengah rehat-rehat. tiba2 ada datang sorang I.S ni. "where can i play badminton in ru?" kitorang pelik. jadah apa ru? so kitorang tanya balik. "where i can play badminton in zu?". hamek kau. zu pulak yang dia sebut.

last2. kitorang suruh dia cakap pelan2. rupa2nya room. ooooh. I.S yang aku ceritakan nie dari china. laju gila dia cakap. daripada ru ke zu dan akhirnya ke room. then kitorang bitau dia. kat KSJ xde indoor court. ada outdoor je. so fine la kan.

then. aku ingat dia nak blah dah. rupanya x. boleh dia story pasal sejarah hidup dia. laju gila dia cakap. x bleh blah aku. perkataan yang aku paham, chen jin, lee chong wei, lin dan. pastu dia story sikit pasal kampung dia. dalam tengah2 dia cerita. boleh dia gelak2. mayb story dia klaka kut. kitorang dengan muka penat nie cuba cari mood nak gelak. habis sakit rahang2. nak buat camne. kena la jaga hati dia jugak.

yang tebaeknye. dia tamau stop talking. ah sudah. badan suda letih. rahang suda lenguh. si dia makin rancak bercerita. x boleh tahan. kalau terus di layan. mau sampai besok pagi dia cerita. last2 kitorang bangun. senior aku terus berspeaking. "err. we need to go." sambil senyum2. pastu senior aku terus blah pergi kat membe dia. then aku g kat lif. aku tengok dia ni follow aku. rupa2nya dia blok c gak. tingkat 6. ah sudah. nak kene layan lagi. dalam lif. terpaksa la aku berpura2 gelak lagi sebab dye story sambil gelak2. dah tu x kan la aku nak wat muka selamba je kan. -,-"

anyway. dah nama pun international campus. memang la ada I.S. tapi best la. walaupun dia kurang fasih BI, tapi dia bersungguh story pasal diri dia. ini aku tabik. perbezaan bahasa x menghalang kita untuk beramah mesra. caya la. anyway masa last jumpa tadi dia kata nama dia Lee. kawan2 panggil Bruce Lee. Jet Lee. HAHA.

Wednesday, May 26, 2010

Bangga

erm. ya. aku bangga. kenapa? now aku dah ada kawan yang dapat further study kat overc. dulu selalu je dengar, "wei, anak makcik tu belajar kat UK", "kakak budak tu belajar kat Russia". biar la orang nak cakap aku jakun pun. haha.

Azeem Yusof. Muzammil Kamal. Athirah Zairee. Haslina Hussin. Ni antara classmate aku masa darjah 6 yang dapat pegi overc. huih. korang jangan tak mengaku pulak kita sekelas masa darjah 6 dulu ok. XD

especially azeem, yang akan terus fly ke USA this june(takde prep. prog. pun), jujur nak bitau ni, aku bangga gila dengan kau. haha. dah sampai sana jangan tak ingat kawan dah la. ingat la Bukit Kuang. haha.

me? malaysia sudah la. hehe. tak layak pun nak pergi jauh-jauh. tunggu UTM, tak akan aku ulang kesilapan taim SPM dulu. hohohohoh. >,<

Tuesday, May 18, 2010

So Sorry =(

akie, afif, baby. sory ek sebab abg shafiq dah lama tak pergi rumah korang. bukan apa. bila dah kerja ni, rasa terbatas betul masa. lagi-lagi bila dah lama tak tido malam ni. lemah badan besok hari tu.

semalam pergi rumah pun. dah macam tak rapat je. ye la. dah lama sangat abang shafiq tak jenguk korang kan. sory ye akief afif baby. karang abang shafiq dah berhenti kerja insyaallah abang shafiq akan selalu jenguk korang. lagipun abang shafiq takde adik kecik pun.

anyway. thanks 4 the coklat cikgu. kalau jual confirm laku. nanti ada masa saya nak belajar buat jugak la. hehe. sory lagi sekali ya. >.<

Saturday, May 15, 2010

Rupanya

pernah tengok kotak rokok? ada gambar-gambar kan? nak tulis pasal tu la. ekceli. masa mula-mula kerajaan decide nak letak gambar-gambar di kotak rokok, tak aku sangka gambar tu akan bagi effect kepada smoker. sungguh.

bulan lepas. ada sorang mamat india ni. "bang. bagi rokok dunhill 14 satu. nak yang gambar botak punya. gambar lain tak nak." aik? takut jugak ke? macam tak percaya. tegas betul dia. tak nak gambar selain budak botak. lol. so oleh kerana tak nak hilang customer. terpaksa la cari gambar budak botak tu. pergh. dah la banyak. last-last jumpa kat belakang sekali.

semalam. ada mamat ni. "ce bagi dunhill 20. hok gambo bayi punye. rokok aku sume gambo baby. hehe." so aku tanya la. kenapa gambar baby, tak gambar laen? dia kata, "tau gok. dokleh TRIME gambo laen". haha. tau tak boleh terima. hehe.

hhm. so fikir la sendiri. RM6.90, RM9.30. baik beli topup. haha.


Thursday, May 13, 2010

Cheer Up

erm. so, aku telah ditawarkan course sains komputer multimedia kt UTM KL Campus. kepada kawan-kawan yg pernah bertanyakan pasal result upu aku dulu, sorry sebab aku x beritahu betul-betul. Juz aku malu nak bitau, sebab aku dapat course biasa-biasa je. tu yang x berapa best nak kongsi.

Petang tadi. jumpe member lama. dia cuti sem. so aku bitau la pasal upu aku nie. dia pun cakap, 'ala, ruginya!'. huhu. lemah semangat. kenapa x cakap, ' ok la tu. kalau itu yang ko minat. blaja leklok la.' kan semangat aku nak pegi. anyway. doakan la aku. moga aku buat keputusan yang betul.

moga kita sama-sama berjaya nanti. insyaallah. ^^
ya tuhan, moga aku buat keputusan yang betul.