Tuesday, May 19, 2015

Minggu Gila

Minggu ni minggu gila. Gila. Gila. Gila. Minggu PSM deadline dan minggu projek subjek subjek lain. Aarghhh.

Dah dua tiga hari aku tak sedap hati, rasa tak gelisah memikirkan PSM. Yelah, sikap buat kerja last minit masih tak dapat lari dari diri ni. Punya la stress, lepas maghrib tadi aku keluar bilik, jalan hujung sana hujung sini.

Aku rasa sunyi sangat. Rasa sorang sorang. Dengan rasa tertekan dan tak sedap hatinya. Yelah sebab aku sorang je kat blok ni, member lain semua kat blok lain. Haha

Tuesday, April 7, 2015

GoPro Hero

GoPro Hero 3+ Black Edition

Sebelum-sebelum ni, aku pernah berdepan dengan orang yang berkata, "untunglah pakai GoPro", "orang kaya boleh la", "masyuk poket pakai GoPro". Haha.

Reaksi aku? Aku senyap sambil tersenyum je. Hehe. Aku nak cerita macam mana aku boleh kena racun dengan GoPro, tapi aku tak berapa ingat, sebab terlalu seronok sebab ada GoPro ni. Hehe.

Aku ingat la masa cuti sem panjang tahun lepas, sekitar Julai hingga Awal September, Masa tu aku kerja part time kat Parkson ECM Kuantan. Masa mula-mula kerja, tak terfikir pun nak beli GoPro, but then macam yang aku cakap, aku tak ingat macam mana boleh kena racun GoPro ni. Lol.

Friday, February 14, 2014

Gembiranya hati ini :D

Alhamdulillah. Segarnya rasa badan lepas minum Smart Coco ni. Terima kasih mak. :)

Emm.. I thought I was strong, but turns out that didn't happen very well. I thought I could just... let things happen as it suppose to be, pretending everything is fine.. but I can't.

I just can't bear this isolated feeling. Yeah, I thought I was strong enough to fight it and bla bla bla, but it just hurt me deeper and deeper.

It didn't just happen once, but twice. God knows how many times this things happen before. Kali pertama aku boleh tahan, tapi kali kedua.. I need to get out. Better hengkorang keluar ramai ramai tanpa pengetahuan aku, dari hengkorang post gambar dalam group dan aku pun tahu hengkorang keluar ramai ramai..

Saturday, November 23, 2013

Rindu

Tiba tiba rasa rindu pada blog. Bukak balik blog, menjengah post lama lama. Ohh rindunya. Kalaulah ada balik mood blogging seperti dulu..

Apapun, kini dah masuk hampir 3 bulan aku meneruskan kehidupan baru di UTM Skudai. Pelbagai tanggapan, pelbagai sangkaan. Aku sangkakan aku seorang yang keseorangan, tapi ada lagi yang lebih keseorangan. Aku sangkakan... macam macam lagi la.

Malam tadi sempat keluar makan bersama Catt dan Aisya. Tujuan sebenar aku ajak diorang makan nak bincangkan hal kecik, tapi sebaliknya yang berlaku..

Teruskan berfikiran positif. Allah kan ada. Yakin pada Allah. Percaya pada Allah. Pegang teguh pada Allah. Kalau kita susah, sebenarnya ada ramai lagi orang lebih susah daripada kita. Yang penting, betulkan niat, kemudian kita berusaha sehabis baik, kemudian berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menentukan segala galanya. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah jauh lebih baik..

Mesti kena selalu ingat, kalau kita buat kerja dengan betul, niat kita untuk tolong orang, Insyaallah pasti ada ganjarannya. Kadang kadang kita lalai, tak sedar pun dengan nikmat yang Allah bagi. Kita boleh bernafas, jiwa tenang, pointer tinggi, belajar senang faham, baik dengan semua orang; bukankah itu semua nikmat Allah?

Saturday, October 5, 2013

Sayangilah Yang Tua

Kali ni aku betul betul kecewa. Ada program tak beritahu, ada taklimat pun tak diberitahu.

Padahal yang handle program tu anak buah aku masa kat UTMKL. Kadang kadang terasa seperti kami ni direct entry dianak tirikan.

Bukan apa, dulu masa aku buat program, aku sangat mementingkan dan mendahulukan diorang. Tanpa tunjuk ajar diorang, tak mungkin aku dapat pengalaman seperti sekarang.

Tapi bila dikenang balik kejadian pagi tadi, aku sangat kecewa. Dah lah person in charge tak bagi notis apa apa langsung kat kami, pulak tu tau tau je tadi ada taklimat. Yang sedihnya pulak yang handle ni junior di KL dulu. Lagipun kami yang DE ni bukannya ramai sangat pun..

Masyaallah, sensitifnya aku. Ya Allah buangkanlah jauh jauh perasaan ni..

posted from Bloggeroid

Monday, September 2, 2013

Kenapa Macam Ni?

Hari ni hari ke dua orientasi. Entah kenapa aku rasa malas sangat untuk join.

Mungkin sebab dulu aku dah pernah join orientasi yang sama, malah aku pernah jadi krew untuk orientasi yang sama.

Mungkin jugak sebab rasa malas. Yelah cuti lama. Otak tepu dan lemau. Tapi aku bersemangat je nak study semula. Tengok macam hari ni dan semalam, aku telah berjaya amek lauk lagi sedikit berbanding sebelum ni.

Atau mungkin sebab aku rasa diri ni senior? Almaklumlah dari diploma UTMKL kan. Tambahan jugak krew lagi muda dari aku.

Masyaallah...

Ya Allah, buangkanlah jauh jauh sikap malasku ini..

Sekarang kalau tak silap tengah sesi kelab foto dan palapes, yang mana aku tak minat pun. So skang ni aku kat bilik jela. Takpe ke?

Maafkan sy krew, sy tahu anda telah bekerja keras, sy faham perasaan anda. Tp apa yang dapat sy katakan, MMM kali ini agak boring.

Sy mintak maaf jugak kerana tidak dapat menghadirkan diri..

posted from Bloggeroid

Friday, August 30, 2013

Tuesday, June 25, 2013

Diuji

MasyaAllah... MasyaAllah.. MasyaAllah.. Dua tiga hari ini bertalu talu ujian yang mendatang.. Datang tanpa diundang, datang tanpa dijemput..

Ujian ini membuatkan aku sedar, yang mana kalau Allah dah tetapkan sesuatu itu bukan rezeki kita, maka bukanlah ia.. Plus, jangan sombong dengan nikmat yang Allah bagi, jangan sombong untuk membelanjakan rezeki kita di jalan Allah..

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi cabaranMu, lapangkanlah dadaku, kuatkanlah imanku, dan kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dan sebaik baik tempat pergantungan..

TIDAKLAH ALLAH JADIKAN SESUATU ITU YANG SIA SIA.. :)

Thursday, May 23, 2013

Perkara Yang Tak Patut Aku Buat


So haritu masa kat tempat kerja ada la dua benda ni yang tak patut aku buat, tapi terbuat:

1. Solat Berjemaah

Cop cop. Jangan salah sangka. Baca dulu ye. Masa ni aku baru lepas solat, dan kemudiannya member aku ni masuk jugak la stor, nak pergi tandas. Kena pulak masa tu ada customer. So aku tergesa gesa la menuju ke kaunter.

Customer: Ingat takde orang tadi.
Aku: Eh ada bang. Sory eh, solat jap tadi.
Customer: Keje sorang je ke harini?
Aku: Eh tak la, member ada kat dalam.
Customer: Solat berjemaah ke tadi?

Aku pun entah kenapa masa ni blur, mungkin malas nak layan brader ni, so dengan selamba aku menjawab;

"Ha'ah bang, berjemaah tadi."

Hahaha. Bukan apa, keadaan tak sesuai untuk berjemaah disebabkan kami berdua saja bertugas masa tu. So sorang solat, sorang jaga kaunter. Yang tak boleh blah sekali brader tu buat muka pelik + nak gelak. Sory ye brader.
_____________________________________________________________________________________

2. Sakit Perut

Masa ni aku kerja shift pagi, berseorangan. Dipendekkan cerita, dalam pukul 8.30 pagi lebih kurang, perut aku memulas. Arggh. Seksa beb. Ditelan mati emak diluah mati bapak aku dibuatnya. Dalam hati aku berdoa, "Oh En Man, cepat le datang, cepat le, saya tak tahan sangat dah ni". Tapi apakan daya En Man tak kunjung tiba.

Aku dah nekad. Aku dah bulat suara. Apa nak jadi, jadi la. Serangan demi serangan aku kena, namun aku masih tabah menepis serangan tersebut. Kali ini aku nekad, aku amik kertas A4, aku tulis,

"TUTUP SEBENTAR 10 MINIT"

Ha jangan memain hengkau 7 Eleven tutup kejap 10 minit! Dah siap tulis, aku terus pergi kat cermin depan tu, aku tampal. Baru je 2 saat aku tampal, datang la sorang customer ni. Aduhhh. Kacau daun. Dia pun cakap sambil tergelak kecik;

Customer: Aih 7E pun tutup kejap ke? Heh
Hamba yang menahan serangan: Ha'ah pakcik, saya nak kira barang jap kat dalam.

Lepas tu datang la lagi 2, 3 orang customer. Disaat itu aku pasrah. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Lawan tetap lawan. Tak pernah sekali aku mengalah. Dengan berpeluh peluh aku menangkis serangan mendatang di samping melayan customers dengan senyuman dalam tangisan.

Tapi, Allah itu Maha Berkuasa. Dalam kepayahan itu aku berdoa semoga dipermudahkan urusan, dan akhirnya Allah makbulkan doa aku. Serius. Lepas je kesemua customer tu keluar, perut aku terus rasa kosong. Terus tak jadi nak melabur. Alhamdulillah!

....................

Well well west. Begitulah ceritanya. Kadang kadang bila diingat balik, kelakar jugak. Pengajaran yang aku dapat kat sini ialah;

BILA KITA DAH TERDESAK, MACAM MACAM BOLEH JADI

Kan? Tapi Allah dah kurniakan kita akal, sebab tulah kita mesti berfikir sebelum bertindak. Orait assalamualaikum!




Saturday, May 11, 2013

Keputusan Keseluruhan

PNG Sem 6 dan PNGK

Alhamdulillah, akhirnya tamat jugak pengajian diploma aku selama tiga tahun. Pelbagai cabaran, dugaan, rintangan, dan yang paling penting pengalaman pengalaman yang aku kutip sepanjang tiga tahun hidup sebagai perantau di tempat orang.

Dan macam dalam gambar kat atas, itulah result aku. PNGK yang aku dapat ialah 3.35. Tak merasa nak 1st class. Yang kat bawah ni pulak result setiap sem:

PNG setiap sem

Result yang paling rendah adalah pada sem 4 dan result yang tak patut rendah adalah masa sem 1. Tapi alhamdulillah walaupun result tak tinggi mana tapi aku masih dapat maintain atas 3.00. Tapi yang tak patutnya masa sem 1 la. Member member semua dapat result tinggi je. Aku ni terkapai kapai result atas tong. Apa alasan aku? Kononnya culture shock, almaklumlah orang kampung merasa menetap di KL, jakun bagai. Ceh alasan demi alasan.

Walau bagaimanapun, kehidupan di universiti sangat membuka mata aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Bukan macam zaman sekolah. Yang mana ingat main je dulu.

Dan InsyaAllah, pada bulan 9 ni aku akan sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM. Aku berharap sangat aku dapat baiki keputusan diploma. Aku nak sangat lulus dengan kelas pertama. Tiada yang mustahil kan? Segala pengalaman yang aku dapat masa pengajian diploma, Insyaallah aku akan praktikkan sepenuhnya di pengajian degree nanti.. :)

Oklah, nak siap siap pegi kerja. Ha tang kerja, juga macam macam pengalaman aku dapat. Takpe tu nanti aku cerita lain kali. Segala yang berlaku terdapat hikmah disebaliknya. Assalamualaikum.. :)

Wednesday, March 13, 2013

Kembali Ke Dunia Blogger

Assalamualaikum! Kali terakhir aku post adalah pada bulan 10 tahun lepas, yang mana boleh tahan lama jugak la.

Ada sesetengah masa, apabila ada sesuatu kejadian yang berlaku kat diri aku, aku rasa nak update dalam blog. Tapi mungkin disebabkan agak lama aku mengundur diri, sampai aku sendiri rasakan tak tahu bagaimana nak bermula semula.

Tak aku nafikan, semakin hari, semakin aku membuka mata, semakin aku pentingkan gaya penulisan. Supaya biar sedap sikit kalau aku nak baca semula pada masa depan. Dan juga kalau ada orang baca blog ini, mereka pun akan membaca dengan lebih selesa.

Hmm tapi macam tulah. Jadinya, aku bercadang untuk start semula, mungkin kayuh pelan pelan dulu. Bukan apa, sebab aku rasa semenjak dua menjak ni, macam banyak perkara yang aku boleh share kat sini.

Tapi takpe, akan aku usahakan, dan sebagai langkah yang pertama, kalau korang perasan, blog ni dah berwajah baru. Dan yang paling penting, bukan lagi berdomainkan .blogspot.com, tapi sekarang aku dah bertukar ke .my!

Semoga dengan berwajah barunya blog ini, aku akan lebih ada mood untuk update. Sekian. :)

Tuesday, October 23, 2012

Bagaimana berubahnya perjalanan hidup ini..

Akhirnya, aku gagahkan jugak jari jemari ini untuk menaip. Bukan apa, setiap kali aku nak buat post baru, kali itu la mood aku lari. Sebab ni la blog ni dah lama tak terusik, sampaikan aku bertukar angin ke Wordpress. Tapi perkara yang sama berulang, tiap kali aku mula menaip, kali tu jugak mood lari.

Tapi kali ni, aku nekad, sebab aku nak menceritakan pasal sesuatu. Macam tajuk yang kat atas, "Bagaimana berubahnya perjalanan hidup ini". Korang perasan tak bagaimana perjalanan hidup korang setakat ni?

Kalau dulu, kita dipanggil adik, sekarang kita dipanggil abang. Kalau dulu nak pergi jalan jalan mintak duit dengan parents, sekarang dah ada duit sendiri. Kalau dulu belajar kat sekolah, sekarang dah belajar kat Uni. Kalau dulu kita lepak sama sama, sekarang dah bawak haluan masing masing.

Kat sini jugak aku nak menceritakan perihal kawan aku, Hafizi, atau lebih mesra dengan panggilan Jiji. Berumur 24 tahun, sekarang memegang jawatan Inspektor polis di IPD Kuantan.

Nak dipendekkan cerita, kitorang ni kenal sejak dari kecik. Main badminton sama sama, sekolah pun sama. Bercakap sesama kami, aku kau je. Menganjing? Ada la sikit sikit.

Tapi itu semua cerita 5, 6 tahun lepas...

Sekarang? Pakcik polis panggil dia TUAN! "Tuan, jom main sekali." "Aish tuan, penat dah ke?"
Punya la terkejut aku. Itulah perubahan yang paling ketara dapat aku nampak. Pakcik yang tengah pimpin anak dua pun boleh panggil dia tuan. Pergh.

Jiji pakai kereta Honda Civic, siap modify lagi. Semalam je baru pasang monitor kecik kat dalam kereta. Aku macam, "Whoah hebat gile!" Yelah kan, member kenal dari kecik, dah berjaya sekarang, siap pakai kereta Honda lagi. Lagi satu, Jiji ni tak lupa kawan, tak sombong, tak berkira. Dah berapa kali dia payung aku main badminton. Siap belanja minum air lagi pastu. Pastu masa baru lepas main tadi, aku nak bayar la kat dia. Yelah, tak sedap jugak kan main asyik orang payung je. Beria ia aku bagi, beria ia dia tolak. Katanya, "Mu budok lagi." Yes indeed!

Baik gile Jiji. Yelah orang dah berkerjaya, dah ada gaji tetap, kerja kerajaan pulak tu. Bila dikenangkan balik, teringat satu peristiwa aku dengan Jiji dulu........

Masa ni Jiji Tingkatan 6 Atas. Nak amek STPM. Then dia 19, aku 15, Tingkatan 3. Ada satu masa ni, Jiji tengah main badminton, aku masuk dewan, sibuk pergi BOOOOO dia, tiap kali dia buat silap. Sekali dua dia boleh tahan, dah banyak kali, dia naik gaban.

Dikejarnya aku satu dewan. Disebabkan kudrat budak 15 tahun masa tu, kantoi la aku. Dia tangkap aku, dia pukul aku. Tapi takdelah pukul teruk sangat. Aku pun tak berapa ingat macam mana.

Beberapa bulan lepas tu.......

Jiji: Weh Iwan, aku mintak maaf deh, aku pukul mu aritu. Aku nak amek STPM ni. Kang kalau sebab mu dendam, tak lepas aku nanti..

Aku: Ouh bereh bereh......

Alhamdulillah, dia lulus STPM, sambung degree kat UTM Skudai, sekarang dah pun berjaya jadi Inspektor.. :)

Bangga memang bangga! Juga sebagai salah satu motivasi aku! Sekarang baru terfikir, sebab apa aku masih ingat peristiwa 5, 6 tahun lepas tu. Salah satu maksud tersirat ialah, restu kawan kawan jugak penting. Kan kan kan?

Yang tengah tu Jiji.

Sebenarnya peluang tu dah ada, cuma terpulang pada diri kita, samada nak ambik atau tidak peluang tu. Peduli la orang nak kata apa, kita yang nak berjaya kan? Insyaallah... :)

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
23/10/2012, 4.00AM.




Sunday, May 13, 2012

Permulaan Baru

Waargh lamenye tak menaip! Hehe. Setelah sekian lama, baru terasa nak menjengah ke sini.

Ok, akhirnya aku dah buat keputusan, yang aku akan beralih ke wordpress lepas nie. Bermaksud, aku mungkin akan jarang guna blogger lagi, ataupun mungkin tak guna terus. Tapi tengok keadaan jugak la.

Bukan apa, aku rasa, aku perlukan something new. Something fresh. Aku tak tau kenape, setiap kali aku nak post kat sini, otak aku macam stuck, terbantut nak menaip.

Follower blog nie ramai pun, sebab dulu mase lepas SPM, aku rajin gila blogwalking. Memang rajin sampai FB pun aku deactivate sebab nak tumpu kat blogwalking je. Tapi itu dulu, masa tak busy. Sekarang dah lain.

Memang seronok bila tengok ade ramai orang follow kita, komen kat post kita. Kita tahu yang post entry kita di baca oleh orang lain. Haha.

Terima kasih yang sudi follow, sudi komen. Macam aku pernah cakap dalam post dulu, aku hargai sangat sangat. Bila ada yang respons terasa hidup di alam blogger ini. Heh.

Dalam post lepas, ade anon komen pasal post aku. Katanya, jangan banyak merungut, sebab campus life takdelah susah mana jika nak dibandingkan dengan hidup sebagai seorang yang bekerjaya, berkeluarga.

Yeah, perkara itu tak dapat dinafikan. Cumanya, aku tak rasa aku mengeluh. Eh ye ke? Yelah, blog nie orang buat untuk bermacam macam tujuan. Ada yang bisnes, ada yang fakta, ada yang lebih berkisarkan kepada kehidupan seharian. Dan bagi aku sendiri, blog yang aku buat lebih berkisarkan kepada kehidupan seharian.

Bila masa stress, bila masa tertekan, bila masa hati ini makan dalam, kadang kadang kat sinilah tempat aku luah perasaan. Lagi pun, aku bukannya selalu update blog. Kadang kadang tu jugak, bila aku luahkan kat sini, terasa aku dah melepaskan sikit rasa tension itu.

Yeah again, ini cara aku. Setiap orang ada cara masing masing kan?

Aku harap setakat post nie, aku takde tulis mengenai perkara yang tak sopan, perkara yang sensitif. Kalau ada, ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah, dan mintak maaf jugak kepada readers. Kalau setakat nak tulis apa yang kita rasa takpekan..

Dan sebab lain aku nak cuba pakai wordpress :

1) Aku jatuh cinta dengan wordpress! Hehe. Haritu masa aku tengah handle satu website nie, yang mana pakai script wordpress, aku berpeluang explore habis habis script tu. Awesome jugak la, serious!

2) Entah kenape, betul jugak komen anon kat post lepas. Aku rasa macam too much negativity pada post lepas. Seolah olah macam aku luahkan segala galanya kat situ. Entah entah memang aku buat macam tu tak? Almaklumlah, masa aku tengah tulis post tu, aku rasa kecewa. I hope I can overcome this frustration.

Kesimpulannya, aku harap lepas nie aku lebih tabah. Yeah, inconvenient are everywhere and everytime. Aku harap lepas nie aku post pasal benda yang positif sahaja. Hee. :D

I'll never delete my old posts, not one. They are good at one thing ; that's they remind of old me, who I used to be, what I used to write about, and most importantly, they are my most beautiful memories.

Yeah yeah yeah. Suka sangat guna "yeah". Hahaha.

Ini URL wordpress aku : whenhestartswriting.wordpress.com
Ianya masih lagi dalam pembikinan. I hope I will enjoy using wordpress, as I enjoy using blogger,. :)

Ini pulak URL yang aku develop dengan kawan aku, Hafiz : www.mysayong.com
Aku akan cakap banyak pasal website nie kat wordpress la. Hehe.

Akhir kata, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga kita dapat mengubah diri ke arah yang lebih baik. Kerana setiap perkara baik ada faedahnya. :))

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
13/5/2012, 2.40pm.