Bersyukur

Syukur alhamdulillah, kini dah setahun lebih aku berada dalam alam pekerjaan yang sebenar. Bukan lagi pekerjaan part-time macam masa study dulu, tapi pekerjaan untuk menampung diri dan keluarga.

Dalam tempoh masa ni jugak, aku belajar banyak perkara, terutamanya dari segi kehidupan sekeliling. Kalau dari segi teknikal pekerjaan aku tu tak payah cakap la kan, bukan korang faham pun. Haha.

Dulu masa zaman belajar, aku memang tak nampak apa. Hari-hari pergi fakulti, kemudian pergi makan, pergi kompleks sukan, pergi N24 lepak-lepak. Semuanya berkisar dalam universiti. Tapi sekarang bila dah keluar, memang macam-macam yang aku nampak.

Lagi-lagi bila tempat kerja jauh, lalu berbagai jenis tempat dan keadaan. Masa ni kita akan tengok macam-macam. Ada orang yang pergi kerjanya naik kereta mewah, ada yang naik motor besar, ada yang naik basikal, malah ada yang berjalan kaki. Lagi, ada yang kerjanya tengah panas, ada yang kerjanya bersihkan longkang, ada yang kerjanya potong rumput, ada yang kerjanya dalam aircond, ada yang kerjanya duduk sepanjang hari.

Bila dilihat dan difikirkan semula, aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada, dengan apa yang aku kerjakan. Sebab apa? Sebab ada orang yang lagi teruk kerjanya daripada aku. Ada yang kena kerja dari pagi sampai malam. Ada yang kerjanya 7 hari seminggu. Maka nikmat Allah mana lagi yang kau dustakan? Allahu. Memang tak dinafikan, kadang-kadang nafsu duniawi ni membuak-buak. Nak itu nak ini. Nak macam-macam. Tapi akhirnya, nasib baik kesedaran diri tu masih ada.

Bila rasa susah, lihatlah sekeliling, lihatlah orang lain. Bila kau nak sesuatu dan kau kecewa sebab tak berjaya nak mendapatkannya, berusahalah lebih keras, dan jugak lihatlah sekeliling untuk timbulkan semula rasa syukur dalam diri yang kejap ada kejap takde. Kemudian, pastikanlah pekerjaan kita tu pekerjaan yang halal. Jangan sesekali dapat rezeki yang haram, sebab rezeki yang haram ni Allah tak berkat dan tak suka. Macam mana kau nak hidup kalau rezeki tak dapat berkat dan redha Allah? :( Dan paling penting, sentiasalah ingat Allah. Bila kau ingat dan jaga hubungan dengan Dia, mesti Dia akan ingat kau balik. Oh ya, sedekah pun jangan lupa, itu salah satu cara untuk kau tak berasa sempit! Hehe.

Oklah nak pergi kerja dulu, buhbyyeeeee. Assalamualaikum.

p/s: Next post maybe pasal urusan proses pernikahan untuk orang lelaki di negeri Johor. Bukan apa, semua blog yang ada cerita pasal proses nikah kat Johor ni, semua blog perempuan. So aku nak informkan untuk spesifiknya bagi pihak lelaki. Hehe

Comments