Perginya Ayah (Bahagian 1)

 30 Disember 2020, jam 12.30 pagi. Waktu tu aku menyewa di rumah Iskandar Malaysia. Aku terbangun daripada tidur sebab terdengar panggilan telefon. Bila aku tengok pada skrin, terpapar nama adik. Aku dah pelik. Kenapa adik telefon pada waktu sebegini? Sebenarnya aku dah berfirasat. Kalau ada panggilan pada waktu-waktu sebegini, semestinya ada berita yang tidak baik untuk disampaikan ...

“Along, ayah dah takde …” katanya sambal teresak-esak. Aku jadi kelu. Macam tak percaya kejadian yang tiba-tiba ni.

tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku

“Biar betul? Confirm ke ni? Kenapa dengan ayah?” tanya aku lagi. Mak dan adik tiada jawapan yang tepat. Kerana semasa mereka diberitahu, jenazah telah pun berada di hospital. Bermakna mereka tiada di sisi arwah semasa kejadian …

Selepas panggilan tamat, bahu aku merasa amat berat. Berat yang tak pernah aku rasa selama ni. Badan pula jadi lemah. Macam tiada tulang. Sumpah tak tipu. Perasaan yang tak pernah aku rasa selama ni.

Dalam panggilan tadi, aku diberitahu yang Cik Joe (adik mak) dalam perjalanan ke Kuantan dari Segamat. Kemudian aku cuba hubungi dia. Cik Joe beritahu, aku tak perlu gerak terus pagi tu. Tunggu hari cerah dulu sebab tak boleh terus tuntut jenazah. Jenazah masih di hospital kerana perlu dilakukan swab test terlebih dahulu, kemudian barulah diteruskan dengan post mortem. Dalam pada masa yang sama juga aku dah cadang untuk telefon Ijat (pakcik aku) untuk tolong drivekan kami sekeluarga ke sana. Sumpah cakap, waktu tu aku dah tiada kekuatan langsung. Kaki terasa lemah longlai. Badan terasa berat. Allah …

Bersambung ...

Comments