Misi Ke Segamat

pertama sekali, syukur alhamdulillah sebab berkesempatan untuk update. dah dua minggu busy. harap minggu depan tak lagi busy macam dua minggu ni.

so nak dimulakan cerita, pada 13/2/2011, aku telah berpeluang menyertai program sukarelawan untuk membantu mangsa banjir kat segamat. lebih detail, program ni bertempat di SK Pogoh, Segamat, Johor Darul Takzim. terima kasih kepada cik ieda, sebab beritahu aku pasal program ni pada saat saat akhir. kalau tak kempunan nak join.

pada mulanya, aku fikir, ada lagi ke banjir ni? sebab dah agak lama banjir lepas. rupanya. memang banjir dah lama lepas, tapi kesan banjir tu yang agak lama bertahan. di sini aku selitkan sikit ucapan guru besar SK Pogoh.

"saya sedih sangat. dah la rumah kena banjir, sekolah pun kena. barang kat rumah pun tak habis kemas lagi. kami macam dah hilang semangat. teruk sekolah ni kena banjir. dalam seminggu jugak la bergenang dalam air. budak budak ni lagi kesian, lepas banjir surut, seminggu jugak diorang tak sekolah. sebab sekolah... teruk. seminggu lepas gotong royong aja. tu pun banyak yang tak siap lagi. tapi dengan kehadiran kamu semua, untuk sama sama membantu di sini, betul betul menaikkan semangat kami, memberi kami sokongan moral. terima kasih banyak banyak saya ucapkan bagi pihak sekolah."

part yang cikgu kata kitorang ni menaikkan semangat diorang, aku betul betul rasa terharu. ye la kan, kita tak kena, kita tak merasa sangat. tapi, bila tengok keadaan sekolah tu je pun, rasa dah kesian sangat. cukup. biar gambar pulak yang bercerita. *klik gambar utk lebih jelas*

plaza tol tangkak

padang SK Pogoh. betul betul sebelah sungai. dah tak rupa padang.

pemandangan kawasan SK Pogoh.

phewwwwit. dah nak balik.

pemandangan dari pintu pagar. kat sebelah kiri sisa barang yang rosak.

poon poon!

makan time.

senior course aku. kejap je rapat.

cenderajantung dari SK Pogoh. haha.

tak banyak gambar yang dapat aku ambik. sebab kitorang kat sana tak henti henti gotong royong. yang pastinya, simpati yang amat aku kat sekolah ni. teruk. padang dah sangat tak menyerupai padang. kerusi meja kantin boleh hanyut sampai kat tepi padang yang dekat dengan sungai tu. sebenarnya sekolah ni betul betul dalam laluan ke kampung aku. ingatkan masa mula mula nak sampai segamat lalu jugak kampung aku, tapi tak lalu. so tak dapat nak singgah.

apapun, terima kasih jugak kepada senior aku yang dua orang tu. tak habis aku gelak dibuatnya. sorang kedah sorang sarawak. yang kedah ni betul punya kelakar la. ni la hikmahnya kan? diorang ni aku tak pernah kenal sebelum ni, cuma pernah terserempak je. dalam masa sehari, kitorang boleh berkawan macam dah lama kenal.

selain tu, program ni jugak banyak menimbulkan keinsafan dalam diri aku. yurp. bukan nak tunjuk baik, tapi itulah yang aku rasa. selama ni kita baca kat paper, negeri tu negeri ni kena banjir. kita mungkin tak rasa mana, sebab kita tak berada di posisi diorang. tapi bila kita sendiri sama sama turun padang membantu, baru kita akan rasa kesulitan dan kepayahan yang diorang alami. sama sama la kita doakan supaya diorang kuat semangat mengharungi semua ni. kita sebagai manusia biasa tak lepas dari dugaanNya.

penulis - dah jadi tabiat kalau nak tidur dengar lagu.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu, 19/2/2011, 07.48PM.

Comments

iwan_dextrous said…
dkt ngan kg ak nie..hihiih
Gambar padang itu memang takde rupa padang dah .
NuSaNa NoSa 91 said…
aktiviti sukarelawan.. wah3~ bestnya dpt join.. ^_^
Shafiq Izwan said…
iwan - katne dowh kampung kau?

nelly - tau takpe. kesian sangat.

miecyber - sama sama la doakan diorang ek.

keen - tau xpe! hehe.
amry said…
sedih aku basa kata-kata guru besar tu.... syabas bro!!