Stop Music? Click Here!

Tuesday, May 10, 2011

Sains Komputer

ehem ehem. post kali ni, aku nak berceritakan tentang pengalaman aku baru baru ni. sangat baru.

cikgu - kamu belajar kat mana sekarang?
ShafiqIzwan - UTM cikgu.
cikgu - kursus apa?
ShafiqIzwan - sains komputer cikgu.
cikgu - hmmmm.. *ekspresi muka yang sinis*

aku hanya mampu gelak. gelak dalam kecik hati. member member aku yang ambik kursus yang sama waktu dengan kursus sains komputer nie, yang study di IPT lain, jugak menyuarakan dilema yang sama. iaitu, seakan kursus ni dipandang rendah.

sebenarnya, apa itu sains komputer?

Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C, C++ dan Java.

bidang bidang dalam sains komputer?

Algoritma
Antara muka pengguna
Bioinformasi
Geoinformasi
Kernel (cth Linux, BSD, Windows)
Kaedah formal
Kecerdasan buatan
Kejuruteraan keperluan perisian
Kejuruteraan perisian
Kejuruteraan undur
Keselamatan maklumat
Kriptografi
Lojik komputer
Mampatan data
Pangkalan data
Pembangunan web
Pembelajaran mesin
Pemperosesan bahasa sejadi
Pengaturcaraan berorentasi objek
Pengaturcaraan dinamik
Pengaturcaraan komputer
Pengkomputeran masa-sebenar
Pengujian perisian
Pengurusan komputer pelayan
Pengurusan projek perisian
Pengurusan proses perniagaan
Perisian bebas
Perisian industri dan pengautomasi
Perkhidmatan web
Perkomputeran geometri
Perkomputeran kuantum
Perkomputeran linguistik
Perkomputeran saintifik
Perkomputeran selari
Permodelan
Produk perisian
Rangkaian komputer
Reka bentuk terbantu komputer (CAD)
Seni bina komputer
Seni reka web
Sistem maklumat
Sistem pengendalian
Sistem tanpa-wayar
Struktur data
Teori automata
Teori bahasa pengaturcaraan dan penghimpun
Teori graf
Teori kompleksiti
Teori komputasi
Ujian kepastian kualiti perisian.

kerjaya dalam sains komputer?

1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta dan multinasional.

2. IT Eksekutif
Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakangan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat
Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

from wikipedia.

hah. bukan main banyak lagi aku selitkan kat sini. pada korang korang, yang dapat kursus sains komputer, tak kira la dalam bidang grafik, programming, networking, software engineering ke, teguhkan hati. cewaah. jangan ambik pusing cakap cakap orang yang berfikiran negatif. memang la bunyi sains komputer takde la se gah 'medic', 'engineer', tapi yang penting isinya. diorang tak belajar subjek yang kita ambik, diorang tak tahu.

pokok pangkalnya, korang mesti wajib kena tahu apa minat korang. jangan la korang minat kursus ukur bahan korang pergi mintak sains komputer. dah memang lari. minat tu penting. sebabnya, payah korang nak belajar kalau takde minat.

apa lagi? rasanya tu je lah kot. yakin dengan setiap pilihan yang korang buat. tak kira apa pun kursus yang korang mintak. insyaallah, kalau niat korang betul, Allah akan tunjukkan jalan. goodluck. ;)

p/s - nak lebih info pasal sains komputer? Klik sini.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 10/05/2011, 1.33PM.

24 comments:

zyan said... [Reply to comment]

haha ni kes kecik hati ker nie....hihi
che yan mmg xmampu nk amik subjek nieh..susah2..do ur best shafiq izwan!^_^

Rafi Nilhan said... [Reply to comment]

ada sorang member ni.. dia punya abang ar.. dia pon blaja bnda ni gak kot.. susah katanya.. kira dasat la abang ni eh..

all the best..

nelly said... [Reply to comment]

banyaknya !

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

@zyan
bukan apa, nak bagi penerangan sikit. so kalau ada diorang yang amek kursus ni, diorang lebih tahu. kalau ada yang baca la. haha. btw thanks syg. ;)

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

@Rafi Nilhan
err. bukan apa rafi. semuanya atas minat. kalau tak minat tu yg payah kan? btw, terharu sebab kau org pertama kate kursus ni dasat. haha. :k:

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

@nelly
terima kasih banyak banyak la ye cik nelly kalau sudi baca sampai habis. hehe.

zora said... [Reply to comment]

mcm susah je kos ko ni..tapi asal org pndng sinis??susah dpt keje ke?
msuk awam la seng cite..:P

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

@zora
entahla. aku rasa diorang rasa camni kot, "lor, sains komputer je?"

aku penah dulu, kawan aku tanya aku ambik kos apa. then aku cakap la kos nie. then dia cakap. "sains komputer? ruginye!"
waddaheck.

aku chenta sains komputer la. hahaha.

zora said... [Reply to comment]

ni la org ckap diskrimnsi an??ala blaja lam hubngn etnik 2...
lantak la org ckap pe pon bro..jnji bkerja dan dapat keje nnti,.
bg aku la..aku respect je..biapon org 2 ade amik dip pengurusan tandas(2 pon kalo ade),jnji keje dol..cri rezki yg halal drpd menyangak mncuri mmerompaK dll..hahahah.

zyan said... [Reply to comment]

haha ur wlcome...ngeee
syg sokong je pe b buat!hahah oppsss ayat xleh blaa...

commnt zora kat atas ni menarik..dip.pngrusan tandas..ngee gud idea...baru terjamin kesucian tandas2 kat m'sia nie an...haha

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

@zora
tuhlah kan. asal rezeki halal. rezeki dapat berkat.
tak leh bla dip. pengurusan tandas. haha. xD

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

@zyan
hehe.
terjamin kesucian eK? HAHAHA. betul betul. baru orang nak melabur pon selesa. haha.

zyan said... [Reply to comment]

hahahaha...shafiqIzwan la owg frst mohon kos tuh!haha

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

@zyaneh, semestinya kalau ada. HHAAHHAHA! ;p

nano said... [Reply to comment]

xmo pndg rendah yer,,nano pon de segelintir org yg pndg rendah dgn course graphic designer,,tp nano gagahkn jugak,,sbbnye,,nano dh minat sgt2,,hhehe

Heidi Shafiq said... [Reply to comment]

semua kursus bagus.. :)

Lady SharpShouter said... [Reply to comment]

urm, kl org tak faham apa yg kita ambil tu, mmg dia suka pandang rendah.mcm aku amik comm pun org ckp2 sinis gak.cuba try amik tgk, bkn semua org leh score kot.haih.

zora said... [Reply to comment]

sahfiq:hahahahah..nnti aku nak suruh utm wuudkan dip sedemikian..hehehe..:P

chemay said... [Reply to comment]

sometime people tak faham..
so kite kena sabar je..
:)

Fadzli Amir said... [Reply to comment]

Buat dekk je...penah cikgu sekolah rendah aku tanya kerja kat mana...aku kata Penang...aku tengok cara dia pandang macam sinis je( sebab kat penang dia ingat aku kerja kilang )...dah lali dah dgn cikgu2 yg macam ni....adik aku pun blaja Computer sains gak.....ex girlfriend aku pun Com. sains gak...oppsss....

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

nano - diorang tak tahu, tu yang diorang maen cakap je. cuba kalau dah belajar subjek kita. hah. baru tahu. nice la nano graphic designer. ;)

heidi shafiq - betul. setuju sangat sangat sangat. ;)

lady sharpshouter - tuhlah masalahnya. hanya cakap semata mata. diorang tak buat diorang tak tahu, hish.

zora - kau nak apply? jom2! HHAHAHAHHA!

chemay - betul gak ea chemay. kita sabar, then kita buktikan kat diorang. ;)

fadzli amir - semua ni mainan mindset. kalau dah setkan pemikiran kat situ, sampai bila bila pandang orang camtu. opps ex gf ea. HAHAHAHAHA!

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

nano - caya la. dulikkan je apa orang kata. :)

HS - setuju sangat sangat. ;)

Lady - tuh la. diorang maen cakap je. hakikatnye, diorang tak tahu pun.

zora - ok ok jom kita apply sesama. hahaha.

chemay - betul chemay. kita buktikan kat diorang kan. ;)

Farid said... [Reply to comment]

salam...sye pelajar lepasan STAM..tp sye dpt kos nie le..sains komputer grafik n multimedia..sye x taw pape pon ttg kos nie..tp minat psl komputer..so bleh x abg bg nasihat pde sye utk persiapan m'ambil kos nie?sye nk berjaya...pls..^^

nurul atiqah said... [Reply to comment]

Betul ke Sains komputer ni susah? Saya pelajar tahun pertama usm, jadi bila orang cakap macam tu, saya jadi takt nak belajar. betul ke ye? tolong jawab, hmmm

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers