Tuesday, January 11, 2011

Malaikat Menjadi Saksi di Padang Mahsyar 2

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

2. Malaikat Bersama Orang Orang Soleh

- malaikat penjaga membawa amal orang-orang yang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat ke langit sehingga terbuka semua batas-batas dan sampai kepada Allah s.w.t.

mereka berhenti diharibaan Allah s.w.t dan memberi persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

kemudian Allah s.w.t berfirman; "kamu semua adalah para Malaikat Hafazdah (Malaikat Penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Akulah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia mengkehendaki amal ini bukan untuk-Ku, bahkan untuk selain-Ku. maka baginya adalah laknat-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

C. Dialog Malaikat Dengan Calon Penghuni Syurga

- dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah s.w.t akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir di hadapan-Nya. seorang adalah yang taat kepada perintah sementara seorang lagi ialah yang derhaka kepada Allah s.w.t. kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.

Allah s.w.t menyuruh Malaikat Ridhwan membawa orang yang taat kepada Allah s.w.t ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman; "aku merelakan dia."

kemudian Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Zabaniah membawa seorang lagi ke neraka dan Allah s.w.t memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih. firman Allah s.w.t yang bermaksud; "sesungguhnya orang ini adalah peminum arak."

orang yang taat kepada perintah Allah s.w.t itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah s.w.t. apabila orang itu hendak menjejakkan kaki ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata; "wahai sahabatku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."

apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya; "masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah s.w.t."

berkata orang itu; "aku tidak mahu masuk ke dalam syurga, bawalah aku ke dalam neraka."

Malaikat Ridhwan berkata; "aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah s.w.t telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."

berkata orang itu; "aku tidak mahu ke syurga dan aku juga tidak mahu layananmu."

setelah itu kedengaran suara yang berkata; 'wahai Ridhwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."

lalu Malaikat Ridhwan bertanya; "kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke dalam neraka?"

berkata orang itu; "aku tidak mahu masuk ke dalam syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka, dahulunya aku dan orang yang derhaka itu adalah orang yang bersahabat semasa di dunia, dia telah meminta pertolongan dari aku supaya selamatkannya dari api neraka. oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke dalam neraka supaya lama-lama diseksa dalam neraka."

kemudian kedengaran seruan dari Allah Yang Maha Rahman bermaksud; "wahai hamba-Ku, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja, maka bagaimanakah Aku merelakan kamu hamba-Ku masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui aku selama umurmu dan telah menjadikan aku sebagai Tuhanmu selama 70 tahun. oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan Kuserahkan dia kepadamu."

D. Malaikat Dan Bidadari Menyambut Arwah Para Syuhada

- gema takbir Allahu Akbar yang sering berkumandang dalam peperangan membela agama dan tanah air adalah pekikan jihad yang mampu menggelorakan semangat para pahlawan. dengan pekikan itu, segala rintangan beserta kekuatan musuh hanya dipandang sebelah mata. mereka tidak mempedulikan ancaman kematian, dengan ikhlas berjuang demi tegaknya kedaulatan dan keadilan.

kaum musyrikin Quraisy berniat menghancurkan umat Islam yang berpusat di Madinah hingga ke akar-akarnya. dengan mengerahkan tentera berjumlah ribuan orang, dengan kelengkapan senjata berlebihan, diperkuat pasukan berkuda dan penunggang unta yang tangguh, mereka bergerak menuju lembah Badar.

kejadian pada tahun kedua Hijriah ini diterima Rasulullah s.a.w dengan tabah. Madinah memang belum memiliki tentera yang memadai. mereka belum biasa bertempur seperti musuhnya yang terkenal kejam dan ganas. namun, mereka mempunyai semangat dan iman yang membara. maka dengan kekuatan tidak lebih dari beberapa ratus jiwa, tentera Islam bertolak menuju medan perang.

dengan persenjataan serba sederhana, dan perlengkapan tempur yang serba kekurangan, kaum muslimin bertekad melakukan perlawanan mati-matian hingga ke titik darah penghabisan.

di antara pasukan yang rela mati syahid itu bersembunyi seorang pemuda remaja berusia kurang dari enam belas tahun. secara diam-diam ia menyelinap di tengah-tengah tentera yang sedang berbaris itu.

siapakah dia? dan apa tujuannya hingga tidak berani menampakkan muka di hadapan Rasulullah s.a.w? apakah dia seorang penyeludup semata-mata? jika demikian, alangkah beraninya pemuda itu.

salah seorang sahabat terkemuka, Sa'ad bin Abi Waqqash, dengan jelingan matanya melihat anak muda itu mengendap-ngendap ketakutan. segera Sa'ad bergerak mendekati remaja itu. tiba-tiba dia terkejut setelah mengetahui siapa sebenarnya pemuda yang mencurigakan itu.

"Umair! kenapa kamu bersembunyi di sini?" sergahnya kepada remaja tersebut.

yang ditegur pun terperanjat. dia memang bernama Umair. lengkapnya Umair bin Abi Waqqash, adik kandung Sa'ad yang bongsu. dengan lidah menggigil Umair menjawab, "saya takut diketahui Rasulullah."

"mengapa?" tanya abangnya dengan penuh rasa was-was.

"kalau baginda melihat saya, pasti baginda akan menyuruh saya pulang, sebab saya masih terlalu muda."

Sa'ad mengurut dada penuh keharuan. dia boleh memahami keinginan adiknya untuk membela agama dan negara. tetapi, Umair memang masih terlalu belia. dan betul dugaan Umair, ketika Rasulullah nampak kehadirannya, baginda terus memanggilnya untuk datang menghadap.

"pulanglah engkau Umair, kepada ibumu. jagalah dia baik-baik. itupun sudah sama pahalanya dengan maju ke medan tempur." ujar Nabi Muhammad s.a.w, selaku panglima tertinggi.

mendengar keputusan tersebut Umair tidak dapat dapat menahan kesedihannya. dia menangis tersedu-sedu sambil memohon agar diizinkan ikut berperang. Nabi akhirnya tersentuh hati dan mengizinkan Umair untuk terjun bersama pasukan lainnya. sungguh tidak ada kegembiraan yang melebihi kegembiraannya memperolehi peranan tersebut.

pada tengah malam tibalah tentera Islam di lembah Badar. setelah memperolehi tempat sesuai untuk mengatur serangan, mereka segera menggali kolam-kolam untuk menampung air kerana dikirakan hujan akan turun.

ternyata tepat dugaan itu. ketika hujan tercurah lebat dari langit, lokasi pasukan musyrikin yang tidak bersiap-siap terlebih dahulu dilanda banjir besar. mereka sulit untuk bergerak. sementara itu, kaum muslimin yang telah membuat lubang-lubang, justeru memperolehi keuntungan dengan datangnya hujan lebat. pasir dan tanah yang dipijak menjadi lebih keras sehingga memudahkan gerakan mereka.

selaku panglima perang, ketika panas terik matahari membakar pada keesokan harinya, nabi menunjukkan akhlak pejuang sejati. Nabi mengizinkan kaum musyrikin yang kekeringan untuk mengambil air minum dari kolam-kolam yang telah dibina oleh pasukannya.

namun, orang-orang kafir tidak tahu membalas budi. mereka tetap menggempur kaum muslimin dengan buas. nabi pun memberi isyarat untuk meneruskan perlawanan. Ali bin Abi Thalib berdampingan dengan Hamzah bin Abdul Muthalib saling membantu di baris depan. mereka bertempur dengan gagah berani seperti anggota pasukan lainnya.

mendengar perintah maju Rasulullah s.w.t, berserulah pasukan Islam dengan gegap gempita meneriakkan kalimat Allahu Akbar. dan itulah pekikan jihad pertama kali yang berkumandang mengawali semua perang suci yang setelah itu menjadi api semangat berjuang.

Umair bin Abi Waqqash bergetar mendengar pekikan jihad itu. dia menerobos ketengah-tengah pasukan musuh, menyebabkan korban-korban berjatuhan. keberaniannya tidak tertandingi, kehebatannya tidak terhalangi hingga sebilah tombak lawan menancap di dadanya. Umair pun gugur bagai pahlawan syahid. di bumi ia mati. tetapi, di langit arwahnya disambut para malaikat dan bidadari.

sumber - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Selasa, 11/01/11, 08.34AM.




Monday, January 10, 2011

Diari Hari Ini

rasanya macam dah lama pulak tinggal blog, padahal baru sehari. yelah, kerja dah makin banyak. maknanya banyak yang kena study. ini pun aku curi masa sikit untuk update blog. harap masa yang dicuri ni berbaloi.

pagi tadi, sempat jugak aku curi masa untuk blogwalking. haish kuat betul mencuri. nak dipendekkan cerita, ramai owner blog yang membuat post berkisahkan ana raffali, yang menang anugerah juara lagu. whoah x sangka ya, artis baru pun boleh menang. ekceli aku minat jugak nak tengok juara lagu ni, tapi disebabkan kekangan yang x dapat dielakkan, x merasa nak tengok. apa pun x kisah la siapa yang menang juara lagu, asalkan MU menang perlawanan dengan Liverpool. hehe. match ni pun aku x dapat nak tengok. Tv 21 inci, tapi bila dah tengok ramai2, nak2 kalau duduk kat belakang sekali, tak berairnya biji mata. walaupun aku fan MU, tetap aku rasa kesian dengan Chelsea dan Liverpool. aku rasa situasi diorang ni kena sangat dengan pepatah, 'hidup umpama roda'.

ok, beralih dari topik di atas. teringin pulak aku memberi pesanan. pesanan ini ditujukan kepada budak2 sekolah yang akan masuk ke IPT. pesanan aku ialah, pilih elok2 dalam list UPU tu. pilih kos yang betul2 korang minat. sebabnya di sini. aku ada sorang member, dia tuka kos. tapi yelah kan, UPU bagi banyak slot pilihan kan? 6 ke 8 kalau x silap. macam membe aku ni, kos sains komputer ni bukan pilihan pertama beliau. pilihan pertama beliau kalau x silap diploma ukur bahan. nak buat macam mana, allah dah takdirkan beliau x dapat kos ukur bahan tahun lepas, tahun ni baru Allah nak bagi. aku cuba fikirkan positif untuk beliau. contohnya, beliau kata nak kerja sampai start next sem. bagus la, rajin. karang duit gaji tu boleh guna untuk tampung duit PTPTN. lagi satu, redha lah, sebab mungkin ini jalan yang Allah dah takdirkan. Allah lebih mengetahui apa yang kita x tahu. dan sebagai kawan, aku akan doakan yang terbaik untuk beliau. kalau dia dah dapat kos yang betul2 dia minat, mesti boleh dapat dekan setiap sem punya la! insyaallah. x macam aku, walaupun aku dah dapat kos yang aku minat, tapi still x berjaya dapat dekan, sebab banyak main. =.=

satu tips yang aku nak bagi kepada mereka2 yang akan isi borang UPU tu, apa kata senaraikan semua kos yang korang minat kat atas kertas, then potong mana2 yang x berminat. baru nampak jelas. kalau dah potong semua yang x berminat, dan kalau yang berminat pun masih banyak, mintak la pendapat orang sekeliling. jangan malu, sebab ini untuk masa depan korang jugak kan? dan kalau ditakdirkan, kalau dah tahu result UPU nanti, dan korang x dapat masuk IPT yang korang mohon, jangan la putus asa. aku ada kawan, dia x dapat masuk U, tapi dia dapat matrik. tapi tengok la, sem lepas dia dapat 4f tau. percayalah, Allah dah tentukan segala yang terbaik untuk kita.

akhir kata, percaya la bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya kan? terpulang pada kita untuk menilainya.

penulis - seminggu turun satu kilo. yay.

Yang Benar,
Shafiq Izwan
Isnin, 10/01/11, 9.50PM.

Saturday, January 8, 2011

Hari Yang Best

ingatkan malam semalam lepas main badminton nak update blog. tapi sebab penat sangat, langsung x jadi, tido lagi sedap.

so aku nak cerita sikit pasal hari semalam. pertamanya, aku bersyukur sangat2 sebab masih lagi diberi peluang untuk bernafas untuk melalui hari2 aku.

mula2, kejadian di kafe. macam biasa, lepas solat jumaat, aku dengan member akan tuju ke kafe. then kitorang pergi la ke satu gerai ni. yang bestnya, makcik yang jaga gerai ni boleh suruh kira sendiri. contohnya, aku ambik nasi, ayam seketul, dengan sayur. mak cik tu kata, "nasi RM1, err, (sambil tengok list harga kat buku note dia) sayur RM0.50, ayam RM2, berapa ek? (sambil garu kepala)." aku pun dalam hati masa tuh. ah sudah makcik ni. macam nak niaga ni? tapi fine la kan, mungkin makcik tu tengah pening kut, so aku cakap la semua sekali RM3.50. aku hulur RM5. lepas tu dia boleh tanya aku lagi, "err, balik berapa ek? (sambil garu kepala)." aduh makcik. macam mana ni? orang ramai lagi yang beratur kat belakang tuh. then bila aku dah duduk kat meja, kitorang sembang2 la pasal makcik ni. ikutkan hati, nak aja aku cakap total yang aku beli tadi tu semua RM2 je. tapi kesian pulak la makcik tu. lagipun xpe ke kalau kita makan kalau kita tipu dia?

rupanya kerisauan aku berasas. x lama lepas tu, membe aku yang sorang lagi datang, yang mana lauk dia sama dengan aku, siap ayam dua ketul lagi. so aku tanya berapa dia dapat. "RM2 je pik." hmmmmmmmppphhhhhhhhhhhh..! kan betul. aku tanya dia macam mana dia boleh dapat murah. dia kata makcik tu tanya kat dia nak berapa harga. MAKCIK OH MAKCIK, KENAPA MAKCIK X TANYA KAT SAYA MACAM TU? SAYA DATANG AWAL SANGAT KE? OR SEBAB SAYA X HENSEM? SAYA TAU LA SAYA X HENSEM MACAM KAWAN SAYA. tekanan aku. beza RM1.50 tu. RM1.50 tu dah boleh dapat teh o ais gelas besar tau dak. hahaha.

lari dari pasal kat kafe. kejadian ni pulak berlaku sejam selepas kejadian di kafe. bebudak course aku ada ajak main futsal, dari tahun satu sampai tahun tiga. aku memang semangat gila. yelah, sebab dah lama x main futsal. aku capai kasut yang dalam plastik, terus masukkan dalam beg. sampai sana je, aku terus salin seluar. then bila aku bukak je plastik kasut tu, hati aku berantakan, air mata bercucuran.

sepatutnya aku bawak kasut ni


tapi aku bawak kasut ni

yelah, masa nak balik KL, aku bungkus semua kasut dalam plastik. aku betul2 ingatkan aku letak kasut futsal dalam plastik putih. rupanya x. memang bengangmalu gila beb. nasib baik bebudak ni semua tengah tengok orang main futsal. kalau x tebal muka. aku dah semangat2 ni, dah siap salin seluar, dah hampir2 nak warm up pun. tengok2, aku bawak kasut formal pulak dah. nak x nak, terpaksa balik hostel semula ambik kasut. nasib baik x jauh sangat. nasib badan..

tunggu turn masing2

hah itu dia. hehe.

akhir kata, bersyukurlah dengan setiap hari yang anda lalui, dan semoga hari ini lebih dari hari semalam, dan semoga hari esok x akan tersalah bawak kasut lagi. hehe.

penulis - dah mula banyak kerja.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Sabtu, 08/01/11, 7.54PM.

Friday, January 7, 2011

Malaikat Menjadi Saksi di Padang Mahsyar

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

A. Manusia Dihimpunkan di Padang Mahsyar

- manusia akan dibangkitkan dari kuburnya, iaitu setelah mati. dan akan dihimpunkan dalam satu tempat perhentian yang disebut Padang "Mahsyar" (tempat berkumpul). semua akan diadili dengan segala apa yang berkaitan dengan segala sengketa dan masalah di antara mereka. perkara ini telah menjadi keimanan yang wajib diyakini oleh setiap muslim.

1. Malaikat Sebagai Saksi

- mereka yang dikumpulkan itu adalah semua umat manusia, jin dan para malaikat sebagai saksinya, dan mereka akan dibalas suai dengan amalnya masing-masing. adapun mereka yang dibangkitkan dan tidak diberi hukuman mahupun ganjaran adalah binatang, termasuk binatang buas. sedangkan yang akan keluar pertama kali dari kuburnya menuju Padang Mahsyar adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w memainkan peranan yang penting dalam memberikan syafaatnya yang besar, pada saat-saat gentingnya manusia yang merasa tidak selesa berada dalam Padang Mahsyar itu. mereka berkeinginan agar Allah s.w.t segera membuka mahkamahnya dengan cepat, ingin segera keluar daripada padang tersebut walau menuju neraka sekalipun. ini akibat panasnya matahari yang membakar mereka di Padang Mahsyar.

2. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w

- hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya sebagai berikut;

"Jika hari kiamat tiba, maka bergeraklah rombongan manusia yang satu menuju yang lainnya. mereka itu lalu berjumpa Nabi Adam. Kata mereka, "hai Adam, berilah kami dari keturunan berupa pertolonganmu," Nabi Adam lalu menjawab, "aku tidak berhak. tetapi cubalah kamu datang kepada Nabi Ibrahim." kemudian mereka menjumpai Nabi Ibrahim. namun jawapan Nabi Ibrahim ketika itu, "aku tidak berhak memberi pertolongan, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Musa, dia itu adalah orang yang diajak berbicara oleh Allah." kemudian rombongan itu datang menuju Nabi Musa.

bagaimanapun Nabi Musa menjawab, "aku tidak berhak memberi syafaat, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Isa, sebab dia adalah Roh Allah dengan firman-Nya yang diwahyukan kepadanya.

lalu mereka menjumpai Nabi Isa tetapi Nabi Isa pun mengatakan tidak berhak memberi pertolongan dan syafaat. baginda mengatakan; "aku tidak dapat memberikan syafaat, cubalah kamu datang kepada Nabi Muhammad s.aw."

lalu mereka mendatangi Nabi Muhammad s.a.w.

"aku mengatakan (kata Nabi Muhammad s.a.w), "aku yang akan memohon syafaat kepada Allah s.w.t." lalu aku (Nabi) berangkat untuk memohon syafaat kepada tuhanku. aku diizinkan, berdiri di hadapan-Nya, aku memuji pada-Nya dengan segala macam pujian. dalam sujud yang dihadapkan oleh Nabi kepada Tuhannya lalu ditetapkan bahawa akan dikeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan seberat biji gandum.

dalam sujud kedua dari Nabi lalu yang ditetapkan oleh Allah bahawa akan dikeluarkan dari neraka mereka yang ada keimanan seberat biji sawi. dalan sujud ketiga dari Nabi Muhammad s.a.w kepada Tuhannya bahawa Allah akan mengeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan dalam hatinya lebih kecil daripada besarnya biji gandum.

akhirnya dalam sujud Nabi Muhammad s.a.w yang keempat dengan tujuan memohon syafaat atau pertolongan Allah itu maka Allah menetapkan; "Hai Muhammad, angkatlah kepalamu, katakanlah doamu akan dikabulkan, mintalah dan kamu akan dikabulkan."

Nabi Muhammad s.a.w memohon; "ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk memohon syafaat bagi mereka yang mengucap La ilaaha illallah (tidak ada tuhan kecuali Allah)." akhirnya keputusan Allah yang terakhir; "demi keperkasaan, keagungan,kehebatan dan kebesaran-Ku, pasti aku keluarkan daripadanya (neraka) barangsiapa yang membaca La ilaaha illallah (tidak ada tuhan kecuali Allah)." (HR. Bukhari Muslim).

B. Malaikat Mencampakkan Amalan Riyak

- Syidad bin Ausi berkata; "suatu hari saya melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, lalu saya pun bertanya baginda; "Ya Rasulullah, mengapa tuan menangis?"

sabda Rasulullah s.a.w; "ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik. ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala, tetapi mereka berlaku riyak dengan amal perbuatan mereka."

1. Kemurkaan Para Malaikat

- Sabda Rasulullah s.a.w; "para malaikat penjaga akan naik dengan membawa amal perbuatan para hamba dan puasanya, solatnya, dermanya, dan sebagainya. para malaikat mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar seperti sinar matahari dan bersama mereka itu 3000 malaikat dan mereka membawa ke langit yang ke tujuh.

berkata malaikat yang diserahkan langit kepada para malaikat penjaga; "berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan saya dan hanya dikehendaki untuk Tuhan selain Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"kerana inginkan ketinggian dan riyak, di kalangan para ahli fekah bangga jika nama mereka menjadi sebutan. di kalangan para ulama pula suka menjadi popular di kota-kota dan di kalangan masyarakat umum. Allah s.w.t telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya sampai kepada sesiapa selain saya."

BERSAMBUNG..

Sumber - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Jumaat, 07/01/11, 10.06AM.

Thursday, January 6, 2011

Tagged By Sis Najwa

terima kasih daun keladi kepada sis najwa sudi tag. so macam biasa la, kalau dah kena tag, mesti ada soalan dia kan? aku akan cuba jawab sejujur mungkin. hehe. jom usha.

1. Real name - Mohd Shafiq Izwan B Abdullah.
2. Nickname - Shafiq.
3. Zodiac sign - Aquarius.
4. Male or female - male lor.
5. Elementary school - SK. Bukit Kuang.
6. Highschool - SMK Sultan Ismail.
7. College - UTM.
8. Hair colour - Red. gurau je la. haha. hitam semestinya.
9. Tall or short - Tengah2 kut. :P
10. Sweat or jeans - jeans.
11. Phone or camera - Camera. ngidam sangat2.
12. Health freak - No.
13. Orange or Apple - Apple.
14. Do you have a crush on someone - No.
15. Eat or drink - Drink.
16. Piercing - Penah sekali. tengok link ni. HAHA.
17. Pepsi or coke - jarang minum air gas. so dua2 boleh.

HAVE YOU EVER

1. Been in airplane - x pernah pon. huhu.
2. Been in a relationship - penah, masa zaman sekolah dulu2.
3. Been in a car accident - syukur alhamdulillah x pernah lagi.
4. Been a first fight - Ya.

FIRST & LAST

1. First household chores - xde kot. sume best jer.
2. First best friend - Azrul dan Azril. mamat dua orang ni kawan pertama aku masa mula2 aku pindah Terengganu.
3. First award - dapat tempat ke3 masa pertandingan pidato umur 6 tahun. aku ingat lagi aku b'pidato sambil tutup mata sebab nervous gila. xD
4. First crush - Nur Shazwani Bt. Mohd Nor. macam tu kot nama dia kalau x silap. masa darjah enam. apa cerita la dia sekarang.
5. First word - a lu pikir la sendiri.
6. First section - section 38, 1DDZ.
7. Last person you talked in person - Amirul. dia tanya aku, "best ke ada blog?"
8. Last person you texted - Catt. tanya kelas kat mana.
9. Last person you watched a movie with - Angah, Azrul, Iwan.
10. Last food you ate - nasi lauk ayam masak merah.
11. Last movie you watched - Hantu Kak Limah Balik Rumah. dapat seat depan sekali. =.=
12. Last song you listen to - Travie McCoy, We'll Be Allright.
13. Last thing you bought - pencuci muka.
14. Last person you hugged - my emak, malam 2 januari lepas.

FAVOURITE

1. Food - Ayam masak merah.
2. Drink - Milo ais, teh o ais.
3. Bottom - entah le.
4. Flower - bunga mawar. aaawwwwww..
5. Animal - janganlah menganiaya haiwan kerana mereka juga makhluk Allah. :P
6. Colour - Merah & putih.
7. Movie - She's Out Of My League. kelakar gila. HAHA.
8. Subject - Programming, Math.

(put an X in the bracket if yes)

1. [ ] Falling in love with someone.
2. [ ] Celebrate halloween.
3. [ ] Had your heart broken.
4. [X] Went over the minutes / Texts on your cellphone
5. [ ] Had someone question my sexual orientation.
6. [ ] Got pregnant. *lol*
7. [ ] Had an abortion.
8. [X] Did something i regret.
9. [X] Broke a promise.
10. [X] Hide a secret. *national secret haha*
11. [ ] Pretend to be happy.
12. [ ] Met someone who changed your life.
13. [ ] Pretend to be sick.
14. [ ] Left the country.
15. [ ] Try something you wouldn't try and liked it.
16. [ ] Cried over the silliest thing.
17. [X] Ran a mile.
18. [ ] Went to the beach with your best friend.
19. [X] Got into an argument with your friends.
20. [ ] Hated someone.
21. [X] Stayed single for a whole year.

YOUR FUTURE

1. Want kids? - Of kos la. (:
2. Want to get married - Yes, insyaallah.
3. Career - X tau lagi.

WHICH IS MORE ATTRACTIVE (CHOOSE ONE)

1. Lips or eyes - eyes. dari eyes jatuh ke heart. haha.
2. Shorter or taller - x kisah.
3. Romantic or spontaneous - spontaneous.
4. Nice stomach or nice arms - stomach la.
5. Hook up or relationship - relationship.
6. Looks or personality - personality.

HAVE YOU EVER

1. Lost glasses/contacts - Nop.
2. Snuck out of the house - Yes.
3. Held a gun/knife for self defense - No.
4. Killed somebody - no.
5. Broken somebody heart - aku manusia biasa.
6. Been in love - Yes.
7. Cried when someone died - Yes.

DO YOU BELIEVE IN :

1. Yourself - yes.
2. Miracles - yes.
3. Love at first sight - hmm. entah la.
4. Heaven - Yes.
5. Santa Claus - No.
6. Superstition - No.
7. Kiss in the first date - erk. berdosa.

TRUTHFULLY :

1. Is there one person you want to be right now? - bukan sorang, tapi ramai.
2. Do you know who your real friends are? - Ya..
3. Do you believe in god? - semestinya.
4. Post as 100 truths? - maksudnya?

ha meh sini mau tag, tapi aku main tag je ni. kalau korang rajin, ada masa, buat la ek. nak tau gak pasal korang. :)




penulis: pergh panjang gila.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 06/01/11, 06.20PM.



Lelaki Oh Lelaki

- siri mengenal malaikat akan dihentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada post2 lain. siri ini akan disambung secepat yg mungkin.

so kat sini aku nak bercerita sikit mengenai orang yg berkapel, boleh kan? sebabnya, baru2 ni member lama aku ada call, cerita sikit masalah beliau dengan pakwe beliau. untuk pengetahuan kau maznah bukan nama sebenar, dah banyak kali jugak sebenarnya orang ceritakan benda yg sama dekat aku. antaranya, pakwe kuat cemburu. dalam kes maznah bukan nama sebenar ni, antara yg diberitahu ialah pakwe cemburu kat facebook, suruh deactivated facebook, dan lain2 lagi kut.

dekat sini aku nak luahkan pendapat peribadi aku, untuk lelaki2 kat luar sana. harap jangan marah aaaa.

yg pertamanya, kalau korang cemburu, belajar untuk tidak mencemburui. ataupun tidak untuk menjelesi. sebabnya, kalau betul2 awek korang sayang kat korang, nak dekat korang, insyaallah dia x akan curang punya. sebabnya, kalau kita dah sayang, suka seseorang itu, semua benda akan nampak baik. bak kata pepatah, 'kalau hati dah melekat, tahi kucing pun rasa coklat.' percayalah, kalau korang x ubati penyakit cemburu ni, takut jadi parah, dan lama2 boleh buat awek korang muak.

keduanya, jangan kongkong awek korang, biarlah dia nak berkawan dengan siapa pun. siapakah kita untuk memilih kawan2 mereka? suaminyakah? bapaknyakah? di sebalik tidak mengongkong, kita cuba nasihat, kalau2 mereka berkawan dengan orang yg x elok, ataupun yg banyak buat awek korang menyimpang dari jalan yg benar. selain dari itu, biarlah dia nak berkawan dengan sesiapapun.

ketiganya, kalau betul la terbukti yg awek korang curang, putus saja la, apa susah? ini tidak, korang pergi cari lelaki yg usha awek korang tu, then nak belasah la, nak tunjuk kuat, nak tunjuk macho. faktanya, terima sajalah bahawa lelaki yg meng'usha' awek korang tu lebih baik dari korang. kalau x, xkan awek korang boleh suka kut? terima je la. sebabnya, buat apa nak couple dengan orang yg dah xde hati dengan korang? kalau korang belasah sampai kiok pun lelaki tu, kalau awek korang dah xde hati dekat korang, xde guna jugak. sebaliknya, mungkin korang pulak yg akan menginap dalam jel. selain tu, fikirkanlah hikmah di sebalik yg berlaku. itu maknanya Allah dah tentukan jodoh korang dengan orang lain. lelaki yg baik hanyalah untuk perempuan yg baik. sabarlah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

kesimpulannya, aku rasa kalau dah payah sangat, apa kata korang kahwin je terus?
stock vector : Cartoon/married couple


keistimewaan korang kahwin je terus ialah korang akan terhindar daripada maksiat. (:
selain tu, baru korang ada hak yg lebih ke atas isteri korang, sebab sekarang korang kan dah berumahtangga. lagi, bukan x boleh cemburu. cemburu kan tandanya sayang? tapi biarlah berpada-pada. jangan overjealous. x baik untuk kesihatan. lagi satu, kalau betul terjadi macam pandangan KETIGA aku, aku faham kalau korang susah nak lupakan awek korang tu. so, belajarlah untuk menerima. ingat bahawa PERASAAN MANUSIA TERHADAP MANUSIA LAIN SANGAT TIDAK BOLEH DIPAKSA. last but not least, kalau korang baca Harian Metro, kalau korang terperasaan ruangan Dang Setia tu, aku ni anak sedara dia la, iaitu Dang Wangi. hakhak.

Dang Wangi - suka dengar lagu 'Kalau Berpacaran'.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 06/01/11, 08.30AM.

Wednesday, January 5, 2011

Mengenal Malaikat 2

SAMBUNGAN.. [klik di sini untuk membaca post yg sebelumnya]

ADAKAH IBLIS ASALNYA DARI GOLONGAN MALAIKAT?

1. ada satu pendapat menyatakan iblis adalah dari golongan malaikat.

2. pendapat kedua menyatakan iblis bukan dari golongan malaikat.

Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa Allah Ta'ala jadikan malaikat daripada Nur, jin jin dan iblis daripada api sedangkan adam daripada tanah.

dengan itu jelas bahawa malaikat dijadikan daripada Nur (cahaya), sedangkan jin Allah jadikan daripada api. ini menunjukkan kejadian yg berlainan di antara malaikat dan iblis.

MALAIKAT MENGAJARKAN TENTANG ERTI DUNIA

Jabir bin Abdullah berkata, "pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w maka tiba-tiba datang seorang lelaki yg berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yg putih. lalu dia menghampiri Rasulullah s.a.w dengan berkata; "assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia ini?"

maka Rasulullah pun bersabda, "dunia itu adalah impian orang yg tidur."

bertanya orang itu lagi, "apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah s.a.w?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "satu kumpulan manusia yg berada di dalam syurga dan satu lagi kumpulan yg berada di dalam neraka Sa'ir."

orang itu bertanya lagi, "apakah syurga itu?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "sebagai ganti dunia untuk mereka yg menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini," bertanya orang itu lagi, "apakah jahanam itu?"

maka bersabda Rasulullah s.a.w, "jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yg mencarinya."

bertanya orang itu lagi, "siapakah sebaik-baik umat ini?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "sebaik-baik umat ialah yg taat kepada Allah s.w.t."

orang itu bertanya lagi, "bagaimana yg dikatakan orang yg taat itu?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "orang yg berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

orang itu bertanya lagi, "seberapakah keten tuan taat itu?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."

bertanya orang itu lagi, "berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "hanya sekadar memejamkan mata sahaja."

Jabir melanjutkan ceritanya, "setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu."

Rasulullah s.a.w bersabda, "orang lelaki yg datang tadi adalah Jibril a.s, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."

bersabda Rasulullah s.a.w lagi, "sesungguhnya Allah s.w.t tidak mencipta makhluknya yg lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah s.w.t) tidak melihatnya sejak menciptakannya.

dunia ini adalah satu alam khayalan yg mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yg kekal.

gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang yg bodoh, sebab orang yg bodoh hanya suka mengejar dunia. seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

BERSAMBUNG..

Rujukan - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 05/01/11, 12.31PM.

Tuesday, January 4, 2011

Mengenal Malaikat

so kat sini aku nak kongsi apa yg aku baca. x semua orang baca apa yg kita baca kan? harap x salahlah aku nak kongsi dengan pembaca semua kat sini. mana ada yg rasa x betul, tegur-tegurkanlah ek.

Umat islam wajib mengetahui dan meyakini bahawa ada suatu makhluk Allah yg dijadikan daripada nur (cahaya) bernama malaikat.

malaikat itu banyaknya tidak terhitung. setiap malaikat mempunyai tugas masing-masing. mereka taat kepada allah atas perintah yg diberikan.

malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhakai tuhan dalam segala perintah-Nya, mereka tetap mengerjakan apa yg diperintahkan kepada mereka.

jadi malaikat itu adalah makhluk Allah yg halus dan taat mengerjakan segala perintah Allah. walaupun malaikat itu halus, kadangkala ia boleh menyerupakan dirinya menyerupai manusia atau makhluk-makhluk lain dengan izin Allah s.w.t.

kita umat islam diwajibkan mempercayai adanya malaikat. ada 10 malaikat yg utama, dengan tugas yg diperintahkan kepada mereka.

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

1. malaikat jibril
- tugasnya menghantar wahyu kepada nabi-nabi dan rasul-rasul khususnya Nabi Muhammad s.a.w.

2. malaikat mikail
- tugasnya dalam soal-soal kesejahteraan umat. umpamanya menghantar angin, menghantar hujan, soal-soal tanah, dan soal-soal kesuburan.

3. malaikat israfil
- tugasnya dalam soal-soal akhirat seperti meniup sangkakala tanda kiamat.

4. malaikat izrail
- tugasnya untuk mencabut nyawa makhluk di langit dan di bumi.

5. malaikat munkar
- tugasnya menyoal orang yg telah mati di dalam kubur.

6. malaikat nankir
- tugasnya sama seperti malaikat munkar.

7. malaikat raqib
- tugasnya mencatat baik perkerjaan manusia sehari-hari.

8. malaikat atib
- tugasnya mencatat amalan jahat perkerjaan manusia sehari-hari.

9. malaikat malik
- tugasnya menjaga neraka jahannam, ia juga dinamakan neraka zabaniyyah.

10. malaikat ridhwan
- tugasnya menjaga syurga.

PERBEZAAN MALAIKAT, JIN & IBLIS

1. malaikat
- malaikat itu adalah jisim nurani (jisim yg sangat lembut/halus) dan ia boleh merupa apa sahaja. ia tidak bersifat seperti lelaki atau wanita dan ia mempunyai kudrat/kekuatan yg luar biasa. ia tidak berkahwin dan tidak berzuriat dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

ayat berikut adalah dalil yg menyatakan malaikat boleh menyerupai apa sahaja yg dikehendaki dengan izin Allah.

"kemudia Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka, maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yg sempurna bentuk kejadiannya."
(Maryam: 17)

2. Jin
- adapun jin itu adalah dari jisim-jisim api yg di bawah (dari api yg sangat panas). jin boleh menyerupai apa sahaja yg dikehendakinya. akan tetapi apabila ia menyerupai sesuatu kita boleh memanahnya dan ia boleh mati. jin ada lelaki dan perempuan dan ia berkeluarga dan mempunyai zuriat. di antaranya ada yg mukmin dan ada pula yg kafir.

hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan;

diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a:
mengenai firman Allah s.w.t yg bermaksud:
itulah mereka yg mendakwa bahawa mereka mencari jalan penghubung kepada tuhannya. siapakah dikalangan mereka yg paling dekat dengan tuhan mereka dengan katanya; ada sekelompok jin yg telah memeluk Islam, dan sebelum ini mereka disembah oleh manusia, maka orang-orang yg menyembah itu tetap sahaja menyembah mereka iaitu jin walaupun mereka iaitu jin tersebut telah memeluk Islam.

3. iblis atau syaitan
- syaitan atau iblis adalah satu puak daripada kalangan jin. ia adalah dari golongan yg murtad. ketuanya adalah iblis, setiap yg derhaka dari kalangan jin adalah syaitan. tiap-tiap syaitan adalah jin dan tiap-tiap jin bukanlah syaitan (mereka ini semua berketurunan).

BERSAMBUNG..

Rujukan - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 5/01/11, 1.57AM.

Hikmah 2


Macam dalam post aku yg sebelum ni kan, ada aku mentionkan yg salah satu azam aku nak turunkan berat badan kan? So semalam bermulalah azam aku tersebut. Hahaha.


Pagi semalam, aku ingatkan nak pergi kampus naik bas. Dah lama sangat rasa x naik bas, selalu naik motor je. Hati pun berbelah bagi. Sebab karang kalau naik bas nak kena tunggu bas lagi, tu belum tentu dapat duduk. So akhirnya aku decide naik bas.


Time dah habis kelas dalam pukul 4 tu, dan masa aku dengan membe otw ke bas, tiba2 puan norhayati muncul dengan anak dia. Then dia ajak kitorang keluar. Dalam kereta, macam2 kitorang bualkan. Dari hal final exam sem lepas, sampailah ke hal bola. Untuk pengetahuan, puan ni arsenal fan. Yeahh. Ekceli tujuan utama dia ajak kitorang keluar sebab nak cakap pasal result final exam sem lepas.


Dia bawak kitorang pergi Nando. Nando ke nandos? Biarlah. Jujur aku cakap, aku x pernah masuk Nando ni. Dia kata nak belanja makan, order je nak order apa pun. Dah namanya rezeki kan, jangan la ditolak. Macam2 la kitorang order. Majority makan ayam la. Lepas tu ada lagi kitorang order. Senang kata, memang kenyang gila la masa tu.


Pn. Norhayati dengan menantu dia


order jangan tak order


syukur alhamdulillah habis


X cukup di situ, kitorang pergi pulak McDonald. Nak beli bagi kat roommates. Sedang diorang sibuk tengah order, entah macam mana aku boleh terbunyi kat puan. “puan, nak beli aiskrim,” haha. Dia pun dengan baik hati bagi la duit, untuk kitorang beli aiskrim. Kira macam dessert la. Hehe.


Balik tu memang full gila. Dengan nando, dengan McD nya, memang murah rezeki hari tu. Aku pulak konon dari pagi makan roti jer, ingat sampai malam pun nak makan roti. tapi bila petang tu rezeki dah murah, jangan la ditolak kan? Xpe, hari ni dan besok2 still boleh jalankan misi tersebut.


Pn norhayati, terima kasih banyak2 sebab belanja kitorang makan semalam. Tambahan, 1st time saya masuk nando. Kalau nak masuk sendiri memang kena kerja situ la jawabnya. Terima kasih sekali lagi ye puan, sem ni kitorang belaja sungguh-sungguh. *macam la dia baca blog aku haha*


penulis: suka makan mak masak.


Yang Benar,

Shafiq Izwan,

Selasa, 04/01/11, 01.57PM.

Hikmah

Em. Macam mana aku nak start ek. Ok. Pagi dua januari lepas, pukul sembilan, aku bertolak balik ke KL. Nasib aku baik, pagi tu hujan sekejap jer. So perjalanan kali aku x berbasah-basah la kat tengah jalan.



X sampai suku perjalanan pun, dah ada accident. Memula aku pelik jugak, banyak kereta berhenti kat tepi jalan. So aku berhenti jugak la, nak tengok apa cerita. Rupanya, kereta exora terbabas kat tepi jalan. Tepi jalan tu semak, pulak tu bergaung. Tapi gaungnya x dalam sangat la. Kereta exora tu terbalik. Mungkin sebab jalan licin kut? Ingatkan nak ambil gambar, tapi rasa x sesuai pulak. Orang tengah susah2 kita p amek gambar. Lain la kalau aku ni wartawan. Then aku teruskan. Maka nak diceritakan ditakdirkanlah aku berhenti kat R&R Gambang. Memang kena berhenti pun sebab nak isi minyak. Di sini la bermulanya cerita yg menarik.



Bila aku dah nak berhenti je kat petronas R&R tu, tiba2 enjin mati. Aku pun macam, eh apasal pulak benda alah ni kan. Selalu elok je, x pernah2 jadi ini macam. Rupanya2 memang ada masalah dengan motor aku.




Aku ingatkan sebab enjin panas. So aku tunggu la setengah jam bagi enjin sejuk. Tapi masih x hidup. Aku dah cuak. Terus aku call ayah aku, yg mana dia sampai 10 minit kemudian. Aku gerak awal sikit dari family aku, saja nak gerak dulu. Kalau nak ikutkan, aku memang x reti kurang pasal motosikal ni. Then kitorang pun check motor. Ayah aku kata mayb sebab plak. Fuh nak cabut plug tu pun payah mula2. Pastu mintak tolong dua orang mamat ni, pinjam alat diorang, sebab alat aku tertinggal kat rumah. =.=




Sorang nak menghala ke uitm shah alam, sorang ke upm.  Dah cabut plak, check, xde masalah dengan plak tersebut. Mamat dua orang ni pun kata x tau nak buat macam mana lagi sebab diorang pun kurang pasal motor2 ni. Aku memang dah give up gila masa tuh. Ye la kan, dah la tengah highway, dah jauh dah kut gerak. Then ayah aku suruh pusing balik kuantan. Ekceli x sampai kuantan pun. Sampai dekat gambang je. Nak tengok ada x kedai yg bukak. Tapi hampa, sebab hari ahad, kedai semua tutup. Bila dah sampai dekat R&R gambang balik je, ayah aku kata suruh tinggalkan aja dulu motor. Risau aku nak tinggalkan kat situ. Entah macam mana boleh aku terdetik dalam hati, nak bukak plak sekali lagi. Aku pun pergi la pinjam alat dengan satu group ni. Cakap punya cakap, dia nak tolong tengokkan. Rupa-rupanya, skru karburator aku yg tercabut. Kalau aku tunggu sebab enjin panas, rasa sampai bila2 pun xkan hidup enjin kalau skru karburator xde. Sekali dia keluarkan alat dia satu beg, macam2 ada. Diorang kata otw ke temerloh, kerja kat sana. Agaknya diorang pomen kut. Sebab alat2 diorang memang complete set la. Siap ada skru lebih lagi.



Dah siap dibedah, akhirnya motor aku hidup jugak. Syukur allah hantar diorang. Kalau x, entah apa la nasib motor aku. So lepas aku fikir2, rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kejadian hari tu.



Yg pertamanya, aku dah reti nak bukak plak. Haha. X susah rupanya, asalkan tahu cara. Kalau allah x takdirkan motor aku rosak masa tuh, agaknya bila la aku nak belajar pasal motor ni.



Keduanya, aku jumpa UMIE AISYA!! Waarrgh! Dia otw balik shah alam, kebetulan berhenti dekat situ jugak. Lama gila aku x jumpa minah ni. Dah nak dekat tiga tahun. Last jumpa pun masa awal tahun form 4 (2008). Then dia pindah senyap2. Whoah. Nampak lain betul ye kau umi. Kau Nampak matang. Tapi x tau la kalau perangai kau masih macam masa form 3 lagi. :P Lagi, mayb sebab kau pakai tudung macam yuna, tu yg Nampak lain tu. Weh nak ngurat kau boleh? Awwwww! Hahaha. Btw, dia kata aku gemuk. Memang la umie, rezeki murah semenjak dua menjak ni. Hehe.



Kesimpulannya aku rasa, setiap kejadian yg kurang best terjadi kat kita, cubalah sabar, dan fikir-fikirkan benda yg baik berlaku pada waktu tu. Macam aku, mula2 aku memang dah give up gila. Ye la kan, dah la penat, jauh lagi pulak tu nak sampai. Merungut sana, merungut sana. Kenapa time ni la motor nak rosak. tapi bila nak difikirkan balik, x baik merungut. Allah x akan uji kita kalau x setanding dengan kemampuan kita.



Penulis: kena pergi kampus kalau nak guna internet. so payah nak update blog. zzzzz.



Yang Benar,

Shafiq Izwan,

Selasa, 4/01/11, 11.50AM.

 

Saturday, January 1, 2011

Post Terakhir

post terakhir kat rumah. itu yg aku cuba sampaikan. hehe. so, ya. post ni merupakan post aku yg terakhir kat rumah. sebabnya, besok pagi2 dah nak bertolak balik kL. harap sangat besok x hujan. kalau x, terpaksa la berbasah-basah lagi. =.=

so perkara pertama aku nak buat lepas tulis post ni, sambung tido sekejap kut. haha. lepas tu, nak basuh motor. kesian encik B, dah lama x mandi. tapi encik B x boleh mandi selalu jugak, sebab karang dia berkarat. hah malas cakap la malas. keduanya, mau kemas bilik. bilik ini sudah mahu kena tinggal, so mesti la kena kemas elok2. (: ouh lupa, aku x packing apa2 lagi!!

aku rasa, cuti nilah time yg paling aktif aku berblogging. hairanpelikaku. dulu jarang update blog, sebab xde idea la, itu la, ini la. tapi bila dah kat rumah ni, ada masanya satu hari tu dua post sekaligus aku siapkan. aku rasa aku tau kenapa kut?

sebab masa kat kolej, aku rasa xde masa kut nak update blog. study, game, game. Game game study. tahun ni aku nak cuba study, study, blog, game. insyaallah boleh kut. kena tekad dengan disiplin je ni. tahun lepas pun aku pernah cuba buat, tapi tekad x cukup. tu yg terkontang kanting.

nak cakap pasal lain pulak. em, sedar x sedar, dah setahun rupanya aku tinggalkan sekolah. setakat ni aku rasa, xde memori lain seindah memori semasa masih bergelar pelajar sekolah. kalau boleh aku balik waktu dulu, biarpun sekejap, akan aku bawak kamera, ambik gambar, rakam video banyak2. tapi ye la kan, kita x selamanya muda. x selamanya umur 17 tahun. hidup kat dunia pun sementara. mahu x mahu, redha je la dengan apa yg berlaku.

5 Al-Biruni 2009 dalam kenangan

okay then. sampai sini je dulu. orait UTM, tunggu aku besok. KL menjerit! yiihaaa! salam. :P

penulis: tak nak mandi tengah jalan.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Sabtu, 01/01/11, 8.21AM.

Hantu Kak Limah Balik Rumah

So petang tadi aku baru tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Rasa macam dah terlambat sangat pulak la nak tulis review pasal cerita ni. Tapi xpelah, aku nak tulis jugak. (:


Firstly, cerita ni boleh dikatakan kelakar jugak la. Tahniah kepada mamat Khalid, beliau seorang yg kreatif. Yang bestnya, rumah watak utama, si hussien, sebelah je dengan rumah kak limah. Tapi series. Tengok penampilan kak limah pun dah nampak seram. Kreatifnya dapat aku rasa, bagi aku la, masa penduduk kampung pisang tengah lari lepas jumpa kak limah. Dia close upkan kamera betul2 depan muka. So kat situ nampak jelas muka orang yg tengah panik. Memang kelakar gila. Lepas tu, adegan johan pakai tudung saji gantikan seluarnya yg x sempat nak pakai, sebab masa dia tengah berak entah macammane kak limah boleh ada kat atas dia. HAHAHA. Then. Kehadiran bomoh2 yang sangat gempak. Part bomoh2 ni kelakar gila. Memang menjadi lawak dia. X tahan betul. Lepas tu, adegan johan berceritakan kisah dia bertemu kak limah tempoh hari. Dia jumpa kat limah kat kubur. Boleh siap gurau2, ajak tumpang balik. Jujur, kalau korang jumpa orang yg macam kak limah, kat kubur pulak tu, sanggup ke korang berhenti? Tanya nak tumpang balik x? hahaha.


Aku rasa, ramai yg dah tengok cerita ni. Sebab walaupun dah lebih kurang dua minggu cerita ni main kat wayang, aku still dapat seat yg paling DEPAN sekali. =.= berair biji mata aku. Sekarang baru aku faham perasaan orang yg duduk seat depan sekali. Sangat tidak menyoronokkan. Aku bertekad, aku x maau lagi duduk seat depan sekali. Yeah.


Kalau yg belum tengok lagi, kalau ada masa, kalau x keberatan, sudi-sudikanlah tengok cerita ni. Insyaallah berbaloi duit yg anda laburkan. Di samping menyokong filem2 barat, sokonglah sekali filem2 melayu kita. Jangan jadi macam member aku ni. Seboleh2 tidak dia kata dia benci cerita melayu. Sakit hati rasa dengar.


Apapun, kalau ada yg x setuju dengan review aku ni, minta maaf la ye. Ini hanyalah x lebih daripada pandangan peribadi. Cerita inggeris, layan2 jugak, cerita melayu jangan lupa ok! Hehe. Salam.


Penulis: tak nak duduk seat paling depan lagi dah. =.=


Yang Benar,

Shafiq Izwan,

Sabtu, 01/01/11, 1.14AM.

Dua Kosong Satu Satu

Bermula sudah tahun 2011. Harap tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010. Semestinya, ada beberapa azam perkara yg aku nak buat tahun ni.


1. Menabung

- Aku harap tahun ni aku dapat menabung. Dulu kecik2 pernah jugak menabung. Tapi oleh kerana tangan ni gatal, kerap jugak tabung tu bocor, nak beli aiskrim cornetto. Yelah, dulu masa kecik2 rasa mahal bebenor aiskrim cornetto tu.


2. Takmo masuk kelas lewat lagi.

- Ini mesti. Tahun lepas banyak teruk itu perangai. Selalu masuk lewat. Bila masuk kelas lewat ni, rasa macam x hormat lecturer pulak.


3. Satu langkah di depan.

- Cewaaah. Haha. Maksudnya di situ, kalau besok ada subjek programming, malam atau petang sebelumnya tu, study la dulu. X pun, lepas balik kelas je, bukak balik apa yg kita belajar. Tahun lepas, malam2 je main badminton. Malam2 je main game. Malam2 je main fb. Aku harap tahun ni aku dapat ubah semua tu, kecuali main badminton. Hehe. Aku ingat lagi tahun lepas, masa kelas math. dalam hati, dah nekad sangat ni, lepas balik dari kelas math ni je, terus tengok balik apa yg aku belajar tadi. Tapi bila aku masuk bilik jer, tiba2 dunia aku jadi gelap. X Nampak apa. Sedar2 je aku dah ada kat atas katil sambil menggeliat macam kucing baru nak tidur.


4. Kurangkan berat badan a.k.a diet.

- Ini yg dah aku cuba dari dulu. Tapi payah betul nak menjadi. Bayangkan, masa balik cuti raya haji seminggu tu, berat aku naik lima kilo. Agaknya dah boleh masuk rancangan The Biggest Loser kut. Haha. Ekceli kemudahan semua dah ada kat kolej. Gim, tempat senam. Cuma nak dengan tak nak je. Cuma satu aku nak ingatkan. Nak turunkan berat susah, tapi kalau nak naikkan berat, sangat senang. So berhati-hati la.


5. Pergi surau.

- Bab ni yg aku malu sikit. Aku mengaku. Aku sangat jarang pergi surau. Jarang pergi surau x bermakna aku x solat. Cuma aku lebih suka solat kat bilik. Padahal kalau solat kat surau, berlipat2 ganda pahala. Jom geng, kita pergi surau, walaupun sehari sekali.


6. Naikkan pointer.

- Pertama sekali. Tahniah aku ucapkan kepada mereka2 yg berjaya mendapat dekan, terutamanya classmate aku. Dan tahniah jugak kat aku sebab x payah repeat paper. Syukur syukur. :P Ramai gak yg dapat dekan. Sumpah jeles. Haha. Melihatkan korang semua dapat dekan, betul2 menaikkan semangat aku. Susah tu memang susah, tapi x mustahil kan?


Terima kasih kepada member aku yg sorang ni. Dia nasihat aku, Allah x akan uji kita kalau x setanding dengan kemampuan kita. Dan janganlah lihat siapa yg memperkatakan, tapi lihatlah apa yg diperkatakan. Aku ni pun kadang2 keras kepala jugak, nak ikut sendiri je. Sekarang baru aku sedar, rupanya setiap yg diperkatakan oleh seseorang, ada hikmahnya.


Yg penting, kita sama-samalah doakan supaya apa saja azam kita untuk tahun ni, dapat kita laksanakan dengan sungguh2. Ye la, macam aku ni, selalunya hangat2 taik ayam je. Ah. Belum buat belum tahu kan? Hehe. Salam.


Penulis: dah rancang azam 2012.


Yang Benar,

Shafiq Izwan,

Sabtu, 01/01/11, 12.59AM.