Mengenal Malaikat

so kat sini aku nak kongsi apa yg aku baca. x semua orang baca apa yg kita baca kan? harap x salahlah aku nak kongsi dengan pembaca semua kat sini. mana ada yg rasa x betul, tegur-tegurkanlah ek.

Umat islam wajib mengetahui dan meyakini bahawa ada suatu makhluk Allah yg dijadikan daripada nur (cahaya) bernama malaikat.

malaikat itu banyaknya tidak terhitung. setiap malaikat mempunyai tugas masing-masing. mereka taat kepada allah atas perintah yg diberikan.

malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhakai tuhan dalam segala perintah-Nya, mereka tetap mengerjakan apa yg diperintahkan kepada mereka.

jadi malaikat itu adalah makhluk Allah yg halus dan taat mengerjakan segala perintah Allah. walaupun malaikat itu halus, kadangkala ia boleh menyerupakan dirinya menyerupai manusia atau makhluk-makhluk lain dengan izin Allah s.w.t.

kita umat islam diwajibkan mempercayai adanya malaikat. ada 10 malaikat yg utama, dengan tugas yg diperintahkan kepada mereka.

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

1. malaikat jibril
- tugasnya menghantar wahyu kepada nabi-nabi dan rasul-rasul khususnya Nabi Muhammad s.a.w.

2. malaikat mikail
- tugasnya dalam soal-soal kesejahteraan umat. umpamanya menghantar angin, menghantar hujan, soal-soal tanah, dan soal-soal kesuburan.

3. malaikat israfil
- tugasnya dalam soal-soal akhirat seperti meniup sangkakala tanda kiamat.

4. malaikat izrail
- tugasnya untuk mencabut nyawa makhluk di langit dan di bumi.

5. malaikat munkar
- tugasnya menyoal orang yg telah mati di dalam kubur.

6. malaikat nankir
- tugasnya sama seperti malaikat munkar.

7. malaikat raqib
- tugasnya mencatat baik perkerjaan manusia sehari-hari.

8. malaikat atib
- tugasnya mencatat amalan jahat perkerjaan manusia sehari-hari.

9. malaikat malik
- tugasnya menjaga neraka jahannam, ia juga dinamakan neraka zabaniyyah.

10. malaikat ridhwan
- tugasnya menjaga syurga.

PERBEZAAN MALAIKAT, JIN & IBLIS

1. malaikat
- malaikat itu adalah jisim nurani (jisim yg sangat lembut/halus) dan ia boleh merupa apa sahaja. ia tidak bersifat seperti lelaki atau wanita dan ia mempunyai kudrat/kekuatan yg luar biasa. ia tidak berkahwin dan tidak berzuriat dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

ayat berikut adalah dalil yg menyatakan malaikat boleh menyerupai apa sahaja yg dikehendaki dengan izin Allah.

"kemudia Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka, maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yg sempurna bentuk kejadiannya."
(Maryam: 17)

2. Jin
- adapun jin itu adalah dari jisim-jisim api yg di bawah (dari api yg sangat panas). jin boleh menyerupai apa sahaja yg dikehendakinya. akan tetapi apabila ia menyerupai sesuatu kita boleh memanahnya dan ia boleh mati. jin ada lelaki dan perempuan dan ia berkeluarga dan mempunyai zuriat. di antaranya ada yg mukmin dan ada pula yg kafir.

hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan;

diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a:
mengenai firman Allah s.w.t yg bermaksud:
itulah mereka yg mendakwa bahawa mereka mencari jalan penghubung kepada tuhannya. siapakah dikalangan mereka yg paling dekat dengan tuhan mereka dengan katanya; ada sekelompok jin yg telah memeluk Islam, dan sebelum ini mereka disembah oleh manusia, maka orang-orang yg menyembah itu tetap sahaja menyembah mereka iaitu jin walaupun mereka iaitu jin tersebut telah memeluk Islam.

3. iblis atau syaitan
- syaitan atau iblis adalah satu puak daripada kalangan jin. ia adalah dari golongan yg murtad. ketuanya adalah iblis, setiap yg derhaka dari kalangan jin adalah syaitan. tiap-tiap syaitan adalah jin dan tiap-tiap jin bukanlah syaitan (mereka ini semua berketurunan).

BERSAMBUNG..

Rujukan - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 5/01/11, 1.57AM.

Comments

fyna ahmad said…
tq coz kongsi2 info.....





jom singgah n follow2 belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/
Admin said…
thanx shafiq atas perkongsian ni. tak yah la rasa malu kalau nak buat entry macam ni, orang lagi suka. kisah benar, kali terakhir aku belajar malaikat waktu sekolah rendah pendidikan agama islam. sekarang aku dah 25 tahun..jahil aku ni... :( tahniah untuk entry yang berguna ni :)
Shafiq Izwan said…
sy pon lame dah x blaja pasal bende camni. tu yg rase nk kongsi dengan readers. thanks bro. :)
Anonymous said…
info yang bagus!!