Malaikat Menjadi Saksi di Padang Mahsyar

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

A. Manusia Dihimpunkan di Padang Mahsyar

- manusia akan dibangkitkan dari kuburnya, iaitu setelah mati. dan akan dihimpunkan dalam satu tempat perhentian yang disebut Padang "Mahsyar" (tempat berkumpul). semua akan diadili dengan segala apa yang berkaitan dengan segala sengketa dan masalah di antara mereka. perkara ini telah menjadi keimanan yang wajib diyakini oleh setiap muslim.

1. Malaikat Sebagai Saksi

- mereka yang dikumpulkan itu adalah semua umat manusia, jin dan para malaikat sebagai saksinya, dan mereka akan dibalas suai dengan amalnya masing-masing. adapun mereka yang dibangkitkan dan tidak diberi hukuman mahupun ganjaran adalah binatang, termasuk binatang buas. sedangkan yang akan keluar pertama kali dari kuburnya menuju Padang Mahsyar adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w memainkan peranan yang penting dalam memberikan syafaatnya yang besar, pada saat-saat gentingnya manusia yang merasa tidak selesa berada dalam Padang Mahsyar itu. mereka berkeinginan agar Allah s.w.t segera membuka mahkamahnya dengan cepat, ingin segera keluar daripada padang tersebut walau menuju neraka sekalipun. ini akibat panasnya matahari yang membakar mereka di Padang Mahsyar.

2. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w

- hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya sebagai berikut;

"Jika hari kiamat tiba, maka bergeraklah rombongan manusia yang satu menuju yang lainnya. mereka itu lalu berjumpa Nabi Adam. Kata mereka, "hai Adam, berilah kami dari keturunan berupa pertolonganmu," Nabi Adam lalu menjawab, "aku tidak berhak. tetapi cubalah kamu datang kepada Nabi Ibrahim." kemudian mereka menjumpai Nabi Ibrahim. namun jawapan Nabi Ibrahim ketika itu, "aku tidak berhak memberi pertolongan, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Musa, dia itu adalah orang yang diajak berbicara oleh Allah." kemudian rombongan itu datang menuju Nabi Musa.

bagaimanapun Nabi Musa menjawab, "aku tidak berhak memberi syafaat, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Isa, sebab dia adalah Roh Allah dengan firman-Nya yang diwahyukan kepadanya.

lalu mereka menjumpai Nabi Isa tetapi Nabi Isa pun mengatakan tidak berhak memberi pertolongan dan syafaat. baginda mengatakan; "aku tidak dapat memberikan syafaat, cubalah kamu datang kepada Nabi Muhammad s.aw."

lalu mereka mendatangi Nabi Muhammad s.a.w.

"aku mengatakan (kata Nabi Muhammad s.a.w), "aku yang akan memohon syafaat kepada Allah s.w.t." lalu aku (Nabi) berangkat untuk memohon syafaat kepada tuhanku. aku diizinkan, berdiri di hadapan-Nya, aku memuji pada-Nya dengan segala macam pujian. dalam sujud yang dihadapkan oleh Nabi kepada Tuhannya lalu ditetapkan bahawa akan dikeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan seberat biji gandum.

dalam sujud kedua dari Nabi lalu yang ditetapkan oleh Allah bahawa akan dikeluarkan dari neraka mereka yang ada keimanan seberat biji sawi. dalan sujud ketiga dari Nabi Muhammad s.a.w kepada Tuhannya bahawa Allah akan mengeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan dalam hatinya lebih kecil daripada besarnya biji gandum.

akhirnya dalam sujud Nabi Muhammad s.a.w yang keempat dengan tujuan memohon syafaat atau pertolongan Allah itu maka Allah menetapkan; "Hai Muhammad, angkatlah kepalamu, katakanlah doamu akan dikabulkan, mintalah dan kamu akan dikabulkan."

Nabi Muhammad s.a.w memohon; "ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk memohon syafaat bagi mereka yang mengucap La ilaaha illallah (tidak ada tuhan kecuali Allah)." akhirnya keputusan Allah yang terakhir; "demi keperkasaan, keagungan,kehebatan dan kebesaran-Ku, pasti aku keluarkan daripadanya (neraka) barangsiapa yang membaca La ilaaha illallah (tidak ada tuhan kecuali Allah)." (HR. Bukhari Muslim).

B. Malaikat Mencampakkan Amalan Riyak

- Syidad bin Ausi berkata; "suatu hari saya melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, lalu saya pun bertanya baginda; "Ya Rasulullah, mengapa tuan menangis?"

sabda Rasulullah s.a.w; "ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik. ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala, tetapi mereka berlaku riyak dengan amal perbuatan mereka."

1. Kemurkaan Para Malaikat

- Sabda Rasulullah s.a.w; "para malaikat penjaga akan naik dengan membawa amal perbuatan para hamba dan puasanya, solatnya, dermanya, dan sebagainya. para malaikat mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar seperti sinar matahari dan bersama mereka itu 3000 malaikat dan mereka membawa ke langit yang ke tujuh.

berkata malaikat yang diserahkan langit kepada para malaikat penjaga; "berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan saya dan hanya dikehendaki untuk Tuhan selain Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"kerana inginkan ketinggian dan riyak, di kalangan para ahli fekah bangga jika nama mereka menjadi sebutan. di kalangan para ulama pula suka menjadi popular di kota-kota dan di kalangan masyarakat umum. Allah s.w.t telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya sampai kepada sesiapa selain saya."

BERSAMBUNG..

Sumber - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Jumaat, 07/01/11, 10.06AM.

Comments

NuSaNa NoSa 91 said…
bagosnya entry nih.. research yg amat mendalam.. sambung la lg.. ^_^
iwan_dextrous said…
huhuhu..mcm x caye ak bce smpi hbis..ahakz

Dextrous cyber life
De Mois said…
Bagus2..tak boleh nak kata apa dah. Hehe..
Cuba ini pula :
Ibu buang bayi,anak buang emak
Shafiq Izwan said…
keen & De Mois - terima kasih korang sudi bace. :)

iwan - apesal x caye lak hahahahha
Admin said…
tinggi betul darjat nabi Muhammad S.A.W
Shafiq Izwan said…
allah maha besar kan.