Stop Music? Click Here!

Thursday, May 23, 2013

Perkara Yang Tak Patut Aku Buat


So haritu masa kat tempat kerja ada la dua benda ni yang tak patut aku buat, tapi terbuat:

1. Solat Berjemaah

Cop cop. Jangan salah sangka. Baca dulu ye. Masa ni aku baru lepas solat, dan kemudiannya member aku ni masuk jugak la stor, nak pergi tandas. Kena pulak masa tu ada customer. So aku tergesa gesa la menuju ke kaunter.

Customer: Ingat takde orang tadi.
Aku: Eh ada bang. Sory eh, solat jap tadi.
Customer: Keje sorang je ke harini?
Aku: Eh tak la, member ada kat dalam.
Customer: Solat berjemaah ke tadi?

Aku pun entah kenapa masa ni blur, mungkin malas nak layan brader ni, so dengan selamba aku menjawab;

"Ha'ah bang, berjemaah tadi."

Hahaha. Bukan apa, keadaan tak sesuai untuk berjemaah disebabkan kami berdua saja bertugas masa tu. So sorang solat, sorang jaga kaunter. Yang tak boleh blah sekali brader tu buat muka pelik + nak gelak. Sory ye brader.
_____________________________________________________________________________________

2. Sakit Perut

Masa ni aku kerja shift pagi, berseorangan. Dipendekkan cerita, dalam pukul 8.30 pagi lebih kurang, perut aku memulas. Arggh. Seksa beb. Ditelan mati emak diluah mati bapak aku dibuatnya. Dalam hati aku berdoa, "Oh En Man, cepat le datang, cepat le, saya tak tahan sangat dah ni". Tapi apakan daya En Man tak kunjung tiba.

Aku dah nekad. Aku dah bulat suara. Apa nak jadi, jadi la. Serangan demi serangan aku kena, namun aku masih tabah menepis serangan tersebut. Kali ini aku nekad, aku amik kertas A4, aku tulis,

"TUTUP SEBENTAR 10 MINIT"

Ha jangan memain hengkau 7 Eleven tutup kejap 10 minit! Dah siap tulis, aku terus pergi kat cermin depan tu, aku tampal. Baru je 2 saat aku tampal, datang la sorang customer ni. Aduhhh. Kacau daun. Dia pun cakap sambil tergelak kecik;

Customer: Aih 7E pun tutup kejap ke? Heh
Hamba yang menahan serangan: Ha'ah pakcik, saya nak kira barang jap kat dalam.

Lepas tu datang la lagi 2, 3 orang customer. Disaat itu aku pasrah. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Lawan tetap lawan. Tak pernah sekali aku mengalah. Dengan berpeluh peluh aku menangkis serangan mendatang di samping melayan customers dengan senyuman dalam tangisan.

Tapi, Allah itu Maha Berkuasa. Dalam kepayahan itu aku berdoa semoga dipermudahkan urusan, dan akhirnya Allah makbulkan doa aku. Serius. Lepas je kesemua customer tu keluar, perut aku terus rasa kosong. Terus tak jadi nak melabur. Alhamdulillah!

....................

Well well west. Begitulah ceritanya. Kadang kadang bila diingat balik, kelakar jugak. Pengajaran yang aku dapat kat sini ialah;

BILA KITA DAH TERDESAK, MACAM MACAM BOLEH JADI

Kan? Tapi Allah dah kurniakan kita akal, sebab tulah kita mesti berfikir sebelum bertindak. Orait assalamualaikum!




Saturday, May 11, 2013

Keputusan Keseluruhan

PNG Sem 6 dan PNGK

Alhamdulillah, akhirnya tamat jugak pengajian diploma aku selama tiga tahun. Pelbagai cabaran, dugaan, rintangan, dan yang paling penting pengalaman pengalaman yang aku kutip sepanjang tiga tahun hidup sebagai perantau di tempat orang.

Dan macam dalam gambar kat atas, itulah result aku. PNGK yang aku dapat ialah 3.35. Tak merasa nak 1st class. Yang kat bawah ni pulak result setiap sem:

PNG setiap sem

Result yang paling rendah adalah pada sem 4 dan result yang tak patut rendah adalah masa sem 1. Tapi alhamdulillah walaupun result tak tinggi mana tapi aku masih dapat maintain atas 3.00. Tapi yang tak patutnya masa sem 1 la. Member member semua dapat result tinggi je. Aku ni terkapai kapai result atas tong. Apa alasan aku? Kononnya culture shock, almaklumlah orang kampung merasa menetap di KL, jakun bagai. Ceh alasan demi alasan.

Walau bagaimanapun, kehidupan di universiti sangat membuka mata aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Bukan macam zaman sekolah. Yang mana ingat main je dulu.

Dan InsyaAllah, pada bulan 9 ni aku akan sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM. Aku berharap sangat aku dapat baiki keputusan diploma. Aku nak sangat lulus dengan kelas pertama. Tiada yang mustahil kan? Segala pengalaman yang aku dapat masa pengajian diploma, Insyaallah aku akan praktikkan sepenuhnya di pengajian degree nanti.. :)

Oklah, nak siap siap pegi kerja. Ha tang kerja, juga macam macam pengalaman aku dapat. Takpe tu nanti aku cerita lain kali. Segala yang berlaku terdapat hikmah disebaliknya. Assalamualaikum.. :)

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers