Stop Music? Click Here!

Friday, December 31, 2010

Award = Anugerah

wow. aku dapat anugerah. nasib baik xde medal, piala ker, kalau x dah ku gantungletak dalam bilik. hehe. terima kasih daun keladi. hehe. jom tengok.


1. Blog best sangat ke tak? sebab?
- best kut. banyak informasi boleh dapat.

2. Layan lagu indon ke omputih?
- sebagai rakyat malaysia, aku sokong industri muzik tanah air. :P

3. Coklat mana lagi popular, cadbury ke ferrero? sebab suka makan?
- entah la. cadbury kut? sebab suka makan. sebab rasa coklat.

4. Nickname yg GF/BF beri, nama manja?
- MOHD SHAFIQ IZWAN BIN ABDULLAH.

5. Berikan empat fakta tentang kamu.
- gila2.
- gemuk.
- x suka gaduh2. mengalah kadangkala lebih baik.
- suka tengok cerita LEVERAGE dengan SUPERNATURAL. tengok ulang2 pun x bosan. haha.

6. Jika ada 50sen nak beli apa?
- nak beli aiskrim kat rumah cik syidah. dulu kecik2 selalu beli. tapi dia dah pindah. ;(

7. Siapakah empat orang yang paling kamu sayang?
- keluarga.
- member2 yang dari kecik sampai sekarang.
- cikgu sekolah menengah dengan cikgu sekolah rendah. rindu sangat.
- lecturer a.k.a pensyarah. oh puan, baca la blog saya. saya sayang kamu. ni dah kira bodek. HAHAHA.

8. tag untuk enam orang yang kamu sayang. blog yang kamu rasa cantik.
sayang? HAHA. aku sayang semua kawan2 aku. erm. x biasa la pulak bersayang2 ni. aci x tambah soalan? 'Tag untuk enam orang yang anda respek gila." hehe.

- Khatijah Hamid. Bestfriend aku kat kolej. minah ni dapat dekan beb.
- Shafri Shpie. blog mamat ni macho. sesiapa nak belajar photoshop secara santai, hah singgah la kat blog dia.
- Wan Muhammad Hazem. ini senior aku. sangat penuh dengan ciri2 kepimpinan.
- Umi Aisya. penghuru hara zaman sekolah. haha.
- A. Muziru Idham. seorang penggiat sastera. dulu masa sekolah dia selalu buat sajak2 yang kebanyakannya aku x faham sebab bahasa tinggi sangat.
- Suriya Murni. kawan aku masa sekolah rendah dulu. lama x dengar cerita. tiba2 je dah kat russia. fuh. blog dia banyak bagi pengajaran kat aku.

habis pun. ikutkan hati nak tag semua orang kat situ. dah dia suruh tag enam. so enam je la. hehe. akhir sekali, terima kasih banyak2 kepada sis najwa sebab sudi bagi award ni. :)
salam.

penulis: award pertama dalam blog. hehe.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Jumaat, 31/12/10, 10.29AM.

Wednesday, December 29, 2010

Blog Pilihan Terengganu

so, rasanya dah ada kot mood nak tulis pasal 'Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri'. untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila lawati page blog seperti yg dihightlightkan. memula aku keliru, nak wakilkan johor atau terengganu, tapi memandangkan dah lama stay kat terengganu, elok aku wakilkan terengganu je la. bukti aku dah lama aku stay kat terengganu? "aku dudok kak ganu lebeh kurang due belah tahong doh," hah aku fasih berloghatkan terengganu.

Mohd Shafiq Izwan B Abdullah

okay. gambar tersebut merupakan gambar penulis yg diambil pada bulan 4 haritu. so agak latest la jugak kut. nama penuh, Mohd Shafiq Izwan B Abdullah. anda boleh memanggil penulis dengan nama shafiq, izwan ataupun iwan. sebarang nama panggilan baru, anda boleh cadangkan kepada penulis. :P

status? bujang teruna. belajar pun x habis lagi. padahal baru start belajar je pun. so that's mean penulis belum ada kewangan yg kukuh untuk menanggung anak dara orang.

anda boleh menghubungi penulis melalui emel, shafiq_adam2o2o@yahoo.com. pernah rakan2 penulis bertanya, kenapa shafiq adam? kenapa bukan shafiq izwan? jawapan simple. sebab penulis kaum adam. kalau penulis kaum hawa, maka penulis akan letak la shafiq_hawa pulak.

penulis tinggal di kawasan bukit kuang, di daerah kemaman, terengganu. apa yg menarik di kemaman?

nama tempat ni, pantai kemasik. tempat ni best, angin yg nyaman, dan especially, pemandangan yg cantik. di situ dapat dilihat terdapat batu2 bersaiz gergasi XXL di pantai kemasik.


nama tempat ni pulak, pantai telaga simpul. ha nak tau kenapa telaga simpul? penulis mencadangkan anda cuti2 malaysia lah kat sini. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....


ini pula, Mesra Mall. Siap dibina 2 tahun lepas kalau x silap penulis la. macam mall biasa la, ada butik, bowling, pawagam dan tempat sukan seperti futsal. fakta menarik: di mesra mall ini terdapat satu-satunya panggung wayang di terengganu.


keropok lekor. ini biasa la. kalau berkunjung ke terengganu, x kira mana2 daerah pun, keropok lekor wajib dirasa.


akhir sekali. ini gambar depan rumah penulis. menarik tau. sebab pemandangan ni hijau. waktu pagi ke, waktu tengah pening kepala ke, waktu nak cari idea ke, selalunya penulis akan keluar ke beranda rumah. fuh jiwangtenangxkacaukacaudahbeb.

anda semua boleh juga join kategori sahabat blogger mengikut negeri ini, malah amat dialu-alukan. cuma luangkan masa blogwalking ke link yg telah dihightlightkan. sama2lah kita menambahkan kenalan. x salah kan? salam.

penulis: fuh jenuh cari gambar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan
Rabu 29/12/10, 3.04PM

Lain Nak Ditulis, Lain Yg Keluar


Haish. cuti dah nak habis dah pun. minggu depan konpem ramai yg akan balik ke kampus masing2. sem baru akan start. seriously. lama betul rasa cuti kali ni. wow. em, semalam aku sempat tengok 'Suara-Suara Siswa' kat TV1. dulu x terasa pun nak tengok, tapi memandangkan diri ini juga bergelar mahasiswa, hati terpanggil untuk sama2 ikut rancangan tu.

kalau x silap, diorang ada bincangkan pasal golongan intelektual menjadi contoh kepada masyarakat, golongan artis sebagai ikon, dan macam2 lagi la. tapi bila bercakap pasal artis ni, aku sedikit kurang berkenan. sebabnya, biasalah, seksi x kena tempat. contohnya macam ni kut? *bukan gamba bront ok*

seksi ker? dah macam berkemban aku tengok. maybe ada kata 'ala xde la seksi mana,' 'ala pakai macam ni je, tu pun nak kepoh,' argh. aku risau aku kena benci kalau tulis post macam ni. hmm. lantaklah. berbalik pada topik asal. jujur gila ni, aku pun bukannya baik sangat. bukannya yg tergolong dalam golongan alim. cuma, malu la, sebab kita sama2 melayu, dan aku yakin, sama2 Islam. kalau orang kafir nak pakai macam tuh, lantaklah, x ingin aku nak komen, xde aku nak sibuk2. sebab dia bukan melayu, bukan Islam pun. ni orang melayu sendiri. haish. x dinafikan, ada jugak golongan artis yg boleh dijadikan ikon, yg memenuhi syarat 3M bak kata panel Suara-Suara Siswa (aku x ingat lo apa dia 3M tu), tapi tu la, pihak2 yg suka pakai seksi meksi ni sedikit sebanyak aku rasa, pendapat peribadi, dah rosakkan label 'artis'. hadoi. entahlah, aku pun x tahu.

tengok. hajatnya aku nak postkan 'Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri', anjuran Blog Pilihan Malaysia, tapi bila teringat masa tengok Anugerah Skrin haritu, tergerak hati nak tulis pasal artis2 ni. owh saya mintak maaf sangat-sangat. korang boleh la ambik bahagian sekali. yuran dia, sikit kerajinan untuk menaip. yg lain semua free. kejap lagilah aku tulis pasal sahabat blogger ni. Salam.

penulis: Berani kerana benar. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 29/12/10, 6.58AM.


Tuesday, December 28, 2010

Antara cinta dan penimbaan ilmu

Harian Metro, 27 Disember 2010, mukasurat V6


Budaya berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat.


Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.


Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan ‘surat khabar lama’.


Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa ‘mengagungkannya’ atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop ‘tidak laku’?


Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya?

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

“Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

“Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

“Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai,” katanya.

Persoalannya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

“Pada masa sama, mahu membuktikan mereka ‘laku’, ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang,” katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

“Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian,” kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

“Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

“Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi ‘bersih’, masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini,” katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

“Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

“Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

“Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah,” katanya.


penulis: Berkawan biar beribu.


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Selasa, 28/12/10, 10.57am.

Sunday, December 26, 2010

Facebook dan Budak2 Sekarang

Facebook (fb). Aku pernah ada fb. Aku kenal fb masa tingkatan satu kalau x silap. Tapi masa tu fb belum famous fofular lagi. Heh. Saban tahun. Fb makin popular. Makin ramai orang pakai. Sampai Malaysia jadi antara Negara yg teramai penduduknya main fb.


Tapi semenjak seminggu sebelum raya aidilfitri. Aku shutdown acc aku. Sebabnya, aku boleh dikatakan ketagih kat benda alah ni. Kalau bukak laptop je, mesti nak bukak fb. Kalau nak study je, mesti nak bukak fb. Konon, pukul lapan main fb, lapan suku aku nak study la. Tapi, sampai pukul Sembilan masih duk mengadap fb. Kiranya penagih tegar jugak la kut. Sekarang ni dah berapa bulan aku x bukak fb. Aku x tahu samada aku dah berjaya rawat diri aku atau tidak. Mungkin hanya satu cara untuk tahu, bukak balik fb? Entah la. Aku pun serba salah. Keliru. Betul, memang fb ni ada baik dan buruknya. Cuma bergantung kepada diri sendiri la macam mana nak eksploitasi bende alah ni.


Away from fb. Semalam main badminton dengan pakcik2. Fuh diorang punya energy. X padan dengan tua. Makin tua makin kuat. Tongkat ali punya pasal kut? Aku minum olligo je. Itu lah kata. X semestinya kalau makin tua makin x sihat. Kalau kita pandai jaga badan, jaga pemakanan, selalu keluar peluh, rasa xde hal kalau nak stamina umur 45 macam umur 18. Yang paling syok, peluh dah macam masa mandi. Itu serious best aku cakap. Terasa diri segar gila. Terasa segala penyakit2 hilang. Anda x percaya? Cuba la.


Then, masa tengah rehat2 tu, pakcik2 ni, mereka berbicara tentang keadaan semasa. Peliknya, aku turut diheret kedalam perbicaraan tersebut. Aku x bersalah. Aku bagaikan orang dewasa, diajak berbicara di dalam kumpulan pakcik2 tersebut. Dari result PMR, budak2 ponteng sekolah, hisap rokok, hinggakan ke gengsterisme. Ouh terasa diri ini begitu tua, matang sekali. Ouh terasa diri ini sudah berbini beranak empat. Aku pulak tanpa segan silu tampil bersuara sikit. Rasa bangge terbit bila ada yg ‘hmm betul tu’ dengan pandangan aku. HOHOHOHOHO. Kesudahannya, habis rehat kitorang sambung main balik. Aku dah x sanggup nak sembang2 lagi. Rasa belum layak nak duduk sembang dengan pakcik2 ni.


Ini situasi lain. Dekat tempat tinggal aku. Dulu masa kecik2, comel molek je. Perangai pun cam agak ok, walaupun nakal sikit2. Ala biasa la budak. Ni bila dah besar, sorang2 dah hisap rokok. Walhal baru masuk sekolah menengah. Agaknya mak bapak korang tau x ek. Korang tahu x, rokok itu mahal? MAHAL? Haish x tahu nak cakap la. Tapi aku rasa bukan apa, ini x lain mesti sebab pengaruh kawan. Aku percaya sangat. Tengok la dekat sekolah, dengan siapa korang berkawan? Eh eh nanti dulu. Kenapa aku sibuk sangat ni? Diorang hisap rokok pakai duit aku ker? Aku pernah kena sound macam tu. Entahlah, x tahu nak kata pasal budak2 sekarang.


Siang tadi kitorang pergi gambang waterpark. Xpelah, dalam post lagi satu nanti aku ceritakan.


Penulis: Entah kenapa semenjak dua, tiga hari ni mak aku asyik cakap pasal kahwin je. =.=


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Ahad, 26/12/10, 3.58AM

Thursday, December 23, 2010

Badminton

Kali ni aku ingin bercakap mengenai badminton. Oops maafkan saya. Menulis mengenai badminton. Ya, hobi aku ialah berbadminton. Aku ingat lagi masa kecik2 dulu, aku main badminton, pakai selipar masa umur enam tahun. Sebab apa aku main pakai selipar? Sebab nak tunjuk kesian kat ayah aku supaya dia belikan badminton untuk aku. Tapi itulah. Semuanya sebab ada dewan badminton kat kawasan perumahan aku. So bebas untuk main pada bila2 masa.


Syaratnya. Bukan untuk budak2 kecik. Fuh. Sadis. Dulu masa kecik2. Puas kitorang kena halau dari dewan. Alasannya? Budak2 x boleh main kat dewan. Padahal kitorang dah pakai kasut lengkap semua stoking ada. Orang yg bertanggungjawab jaga dewan tu, pakcik Mohd Nor nama diberi. Kitorang panggil dia Mohd Nor Rimau. Sebab dia besar dan garang. Macam2 inisiatif kitorang cuba untuk main dalam dewan tu. Antaranya, curi2 masuk ikut pintu tepi. Dulu badan kecik2, x macam sekarang yg dah macam bapak orang, so senang je la nak masuk ikut celah2 tu. Bila dah dapat masuk tu, puas x terkata. Hepi x terungkap. Masalahnya. Setiap kali main, kalau terdengar bunyi motor, cepat2 intai ikut pintu. Takut kalau cik MNR datang. Risau kena hambat.


Tapi, pepatah ada mengatakan, ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga,’ tapi kitorang x sempat jatuh ke tanah lagi, masih sempat bergayut di dahan pokok yg agak rendang. Sebabnya ada satu hari ni, tengah syok leka main, tiba2 dah dengar bunyi motor kat pintu depan dewan. Masing2 dah cuak. Laju kitorang rush kat tempat kitorang masuk tuh. Nasib baik semua sempat keluar. Then masing2 lari macam x cukup tanah balik rumah. Tapi masa tu kitorang x sedar lagi, lampu dewan terlupa nak tutup. Lampu ketiga-tiga court. Banyak x banyak. xD terkantoi jugak rupanya. Tapi, walaupun terkantoi cik MNR xde bukti forensik nak kata kitorang yg main dalam dewan tu. Sebab itulah kitorang ni tupai2 yg pandai melompat. Wakakakaka.


Dan ni yg paling latest, tahun lepas. kitorang semua team daerah training untuk kejohanan MSS Terengganu. Tempoh masa, seminggu. Memang keras gila latihan. Pagi dan petang setiap hari. Then bila dah pergi lawan, semua kalah 2nd round. Hahahaha. Dalam hati, ‘training kuat2, main 2nd round je,’ tapi biarlah, asal badan kita sihat sudah. Budak2 yg masuk final tuh, diorang memang dah ada coach dari kecik lagi. Sepanjang persekolahan diorang training. Kiranya budak projek la. Kitorang? Nak main pun kena curi2 masuk dewan. Puui. Haha. Apapun, bersyukur la sebab diberi peluang macam tuh. X semua orang merasa apa yg kita rasa. Dan kita juga x merasa apa yg orang rasa. Akhir sekali, apa khabar cik MNR skang? Hehe.


p/s: buat perkara yg paling kita enjoy.


Yang Benar,

Shafiq Izwan

2010

Saturday, December 18, 2010

zzzzzzz

Whoa. Dah lebih dua minggu cuti. Entah kenapa. Aku rasa cuti kali ni macam lama. Selalu kalau dah dua tiga minggu cuti, selalu aku terpikir, “ah, sekejap je dah dua minggu. X sedar pun,” tapi kali ni aku sedar. Hehe. Sebab.. Entah la. Macam mana nak cakap. Aku rasa lama. Tak rasa sekejap pun. Pelik bagi aku. Tapi bagus la. Boleh aku merasa stay kat rumah lama2. Dengan kawan2. Ah biarlah. Lagipun, siapa kisah?


Rutin harian? Aku rasa setiap hari lebih kurang sama. Jogging, main game, main badminton, main futsal, makan, tido, menghadap computer, dan sembahyang la semestinya. Kalau kat kolej. Rutin harian aku lebih banyak menghadap laptop. Serious aku cakap, entah macam mana hidup aku kalau xde laptop kat sana. Nak buat kerja pun susah. Bersyukur la shafiq.


Aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang. Pernah satu ketika dulu, aku mintak macam2 dengan parents aku. Then mak aku pun kata, bersyukurlah dengan apa yg kita ada, sebab x semua orang ada apa yg kita ada. Mungkin dulu masa kecik2, payah untuk aku tafsirkan kata2 tersebut. Tapi bila dah meningkat dewasa ni (dewasa ker?), faham jugak la aku serba sedikit. Mungkin kalau kita x bersyukur, tuhan akan tarik balik nikmat yg Dia bagi kan.


Senang kata. Kalau kita nak kan sesuatu benda tu sangat, apa kata kita usaha sendiri? Kita sabar, kita tunggu, kita usaha. Baru betul. Di situ, kurang2 kita dah usaha sendiri. Iya. Kadang2 usaha tu banyak kepayahannya. Contoh, “macam mana aku nak buat ni?” “berapa lama?” “argh x tahan aku,” hah dari situ aku rasakan, kepayahan tu ada manisnya. Kepayahan buat kita berfikir, buat hidup kita sempurna.


Cop. Kenapa malam ni aku dah macam pakar motivasi? Cuba tampar pipi skit. Piaap!! Argh sakit. Aku x bermimpi rupanya. Entahlah. Ada idea. Aku tulis je. Saat aku menulis post ni, pukul 1.43 a.m, hujan renyai2, tengah sejuk. Syok dengar bunyi hujan. Btw. Minggu depan, saudara aku nak datang lagi. Kali ni ramai sikit kut. Eloklah, cuti ni diorang datang Terengganu dulu, cuti akan datang aku terbang ke JB plak. Whoah terbang konon. So rasanya sampai sini dulu la kut. Selamat malam!


p/s: tengah pikir azam tahun depan. Tahun ni dah lunas ke? Or dah lupe?


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Friday, December 17, 2010

Terima Kasih Sudi Baca

So johorian, welcome to Terengganu! Haha. Ucapan ini ditujukan khas kepada saudara2 aku yg datang melawat kami sekeluarga di kemaman ini. Atuk, opah, cik joe dan cik roha sefamily, selamat datang ke Terengganu. Ces, cara aku tulis macam diorang tak pernah datang sini je. -.-


Sempat la kitorang melawat mini zoo di kemaman ini yg mana cik joe sempat bertanya, “hah izwan berapa ekor binatang dalam zoo nie?” seriously. Aku pernah pergi sekali je, dan tak pernah pusing habis pun mini zoo tu. Yang kitorang pergi semalam. Ada la aku nampak encik ostrich sekeluarga, encik ͦhuk huk ak ak sekeluarga, encik ular, encik burung merak, encik buaya, pendekar kura-kura, ikan naga tasik chini. Hah da berapa kat situ? Setakat tu je la kut yg kitorang pusing. X sempat nak pusing habis sebab hari dah petang. Hari mau hujan.


Satu yang aku perhati. Satu yang aku simpati bila pergi zoo ni. Agak kasihan melihatkan encik2 haiwan semua. Ada yang terikat, ada yang tersumbat. Macam encik ikan naga. Badan punyalah sebesar2 tidak, terpaksa stay dalam akuarium yg agak besar sikit je dari dia. Bila beliau pusing sebelah sana je, beliau Nampak kawan beliau. bila kawan beliau Nampak beliau je, beliau pusing sebelah sana. Encik ostrich pulak. Kalau aku jadi beliau, memang bohsan tahap %#$@^#%. Yelah. Kawasan yg didiami tak sebesar mana. Pergi hujung sana pun, masih Nampak pasangan beliau yg di hujung sini. Bukan apa. Kesian. Mujur Allah cipta mereka dengan takde akal. Kalau ada agaknya. Mahu saja encik ostrich mogok beramai2, minta dilepaskan. Mogok x mau makan ke contohnya. Encik ikan naga pulak, mungkin akan mogok lapar jugak. Biar badan beliau kurus. Kalau beliau kurus, sure xde siapa yg mahu tengok beliau. tapi, dah namanya zoo. Takkan nak biarkan mereka semua lepas macam tu je kan? Hai kalau encik rimau tak diletakkan dalam kandang, agaknya kenyang mereka makan encik manusia pulak.


Kesimpulannya aku rasa. Kita dah elok manusia yg bebas kan? Jangan la jadi perangai macam encik haiwan pulak. Contoh manusia perangai ala2 encik haiwan ni sangat jelas sekarang. Aku ambil satu contoh ni je la. Nak ambil contoh banyak2 pun aku x terpikir sebab kepala tengah serabut. contohnya kes buang bayi. Woot woot dah start. Latest ni kalau x silap, 2,3,4 hari lepas kut. Ada sorang kaki pancing ni, masa beliau nak undurkan kereta ke hapa macam mana aku tak ingat, tayarnya tersangkut. Pada mulanya beliau ingatkan sampah, rupa2nya mayat bayi yg cukup sifat tersangkut di tayar kereta beliau. lantas beliau membuat laporan polis sambil menangis teresak2. Ini betul punya. Dalam METRO. Maybe kita yg membaca ni x terasa mana kan, tapi kalau kita sendiri yg lalui perkara macam tu, agaknya kita sendiri pun boleh menangis. Contoh ni la yg sangat jelas. Agak2 la mau buang anak pun. Buang la kat balai polis ke, rumah JKM ke, ok la sikit kut? At least kalau anda buang kat balai polis, anda x payah risau nak cari rumah tetap lagi dah. Polis dah sediakan. Pagar besi padu. Makan minum free. Baju semua tak payah beli. Jimat sudah duit anda di situ. Yg paling best, kawasan rumah anda siap ada security guard lagi. Kalau anda x mau rumah free pun, anda bagilah anak anda tu kepada mana2 keluarga. Jangan la buang mereka ke tempat yg x sepatutnya. Aku bukan nak tunjuk bagus, tapi ini sekadar luahan hati seorang manusia yg sangat sakit hati dengan benda2 macam ni. Ingatlah si pembuang bayi, anda dulu x pernah jadi bayi ker? Atau anda lahir2 sudah berjanggut bermisai berambut panjang boleh bercakap segala bagai?


Hah. Cukuplah syarahan dan karutan untuk hari ni. Memula ingat nak tulis pendek je. X tersangka jadi panjang pulak. Btw. Seronok betul melayan SUPERNATURAL dan LEVERAGE. Yaaww. X dapat tengok kat tv. Ulangan pun jadi la. Even yg belum keluar kat tv pun aku dah tengok. Lagi. Movie hantu kak limah balik rumah dah keluar kan? Jom layan. Cerita melayu ni best sebenarnya. Cuma kadang2 pemikiran kita yg terlalu kagum dengan filem barat sampai filem kita sendiri kita ketepikan. X percaya? Contohnya macam cerita JPBC, JPBC2, ngangkung, dan terbaru, tu la, yg hantu kak limah. Cop. X bermaksud aku x suka movie barat, Cuma aku rasa kita sebagai rakyat Malaysia sendiri, kena la sokong jugak sikit2 kan filem melayu kita. Kalau bukan kita yg sokong, siapa lagi? Yg paling aku x boleh blah, ada satu quote ni, dalam filem JPBC2, yg berbunyi, “bila hati dah melekat, taik kucing pon rasa coklat” diucapkan oleh Wak Ketari kut kalau x silap. HAHAHAHAHAHA! @$%#$@! Tengok kreatif x kreatif orang kita. Setiap kali aku teringat quote ni, mesti nak tergelak punya. Macam mana taik kucing boleh jadi rasa coklat. Memang la warna coklat, tapi xkan la still rasa coklat jugak? Ah sudah cakap pasal tahi pula tuan hamba.


Akhir kata. Gunakan masa cuti yg ada dengan betul. Cuti kalau U aku punya lagi 2 minggu je tinggal. Dan berita baik akhirnya. Aku x kena repeat. Syukur alhamdullillah. Bersedialah anda semua, berperang untuk 4f pada semester yg akan datang ni! Yaaaarrggghh!!

ͦ

huk huk ak ak = monyet, kera


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Sunday, December 12, 2010

Oh, Zaharah!

-Dipetik daripada majalah APO? Isu 285, keluaran 15 Nov 2010 –


Kelibat seorang wanita berbaju kurung kuning yang mundar-mundir di dalam sebuah kedai runcit kecil menarik perhatian seorang lelaki iaitu tuan punya kedai runcit kedai itu. Sesekali mata tuan kedai itu melirik tubuh wanita itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Ada senyum nakal yang terbit dari bibirnya.


Lelaki itu menopangkan dagu sambil bebola matanya tertancap tanpa sedikitpun berkalih. Lenggang wanita itu yang berjalan dari rak sayuran hingga ke peti sejuk besar tersimpan air minuman pelbagai jenama membuatkan dirinya tidak senang duduk. Tatkala wajah wanita itu disimbahi cahaya pagi dari luar kedai, keayuan wajahnya jelas terserlah.


Wanita itu mundar-mandir lagi. Berbekalkan bakul kecil yang dimuatkan dengan barangan dapur, kain baju kurungnya terlenggok dikibar hayunan langkah. Lelaki itu memerhatikan pula rambut wanita itu. Halus dan beralun lembut. Panjangnya melebihi bahu. Indah benar rupanya bila dikibarkan ke kiri dan ke kanan.


“Banyak beli barang hari ni, Zaharah?” Tanya lelaki itu seperti sengaja memulakan langkah untuk berbicara.


“Tak adalah, bang. Beli untul buat masak tengah hari je,” balas wanita yang bernama Zaharah itu dengan senyuman melirik.


“Berapa semua ni bang?”


“Semua sekali baru dua puluh ringgit. Tapi kalau Zaharah bayar kemudian pun tak apa. Abang tak kisah pasal Zaharah hari ni wangi sangat!” ujar lelaki itu seraya mengenyitkan sebelah matanya pada Zaharah.


Zaharah senyum lagi. Membuatkan jiwa lelaki itu luntur. Tanpa berkata apa-apa, Zaharah meninggalkan kedai itu tanpa membayar harga barangan yang telah diambil olehnya tadi. Lenggangnya diperhatikan dengan ketat oleh tuan punya kedai itu yang mula mengetap bibir. Geram sungguh dia pada Zaharah.


“Amboi, orang tua merenyam ni! Tengok perempuan macam nak makan! Saya yang berdiri dekat belakang ni langsung tak perasan ya?” tegur isteri lelaki itu dari belakang secara tiba-tiba.


“Saya tengok je, bukannya peluk. Itupun salah? Lagipun awak tu pakai cantik-cantik masa nak pergi kenduri je. Bila depan saya, awak menyamar jadi gorilla gunung. Bila saya pandang perempuan lain, tahu pula awak marah!” balas lelaki itu sambil berusaha untuk mengerling pada tubuh Zaharah yang kian jauh meninggalkan kedai itu.


Langkah Zaharah seterusnya menuju ke jalan besar. Kali ini kelibatnya menggoyangkan pinggul ke kiri dan ke kanan diperhatikan pula oleh para isteri yang sedang sibuk berbual mengenai masalah rumahtangga jiran-jiran setempat di bawah pokok mempelam berhampiran dengan jalan besar itu.


Zaharah sedikit risau. Sejak dari dulu lagi kehadirannya tidak disenangi oleh wanita-wanita bersuami di dalam kampung itu. Entah apa silapnya, mereka semua membenci diri Zaharah. Berlainan pula dengan suami mereka yang menyenangi dirinya. Malah boleh dikatakan terlalu senang sekali merapati dirinya.


“Orang kalau dah tak sedar diri, macam tu lah! Konon cantiklah tu! Menyampah pulak aku tengok!”


“Kau menyampah? Aku ni rasa macam nak humban dia dalam tong sampah adalah! Tak tahu malu. Mak bapaknya tak pernah mengajar dia agaknya.”


Zaharah panas telinga. Kalau diikutkan perasaan, mahu saja dia memaki hamun mereka-mereka yang bermulut celupar itu. Tetapi Zaharah sedar, seorang perempuan sepertinya akan sentiasa menjadi buah mulut orang. Zaharah cuma mengandaikan bahawa mereka semua cemburu bila suami-suami mereka beralih perhatian pada dirinya.


Zaharah meneruskan langkahnya. Dia tidak mempedulikan wanita-wanita itu biarpun suara-suara sumbang kedengaran terus-menerus mengutuk dirinya dari belakang. Hatinya sedikit tercalar. Tanpa sedar, ada airmata yang mula turun ke pipi.


Zaharah cepat-cepat mengelapnya dengan hujung lengan baju kurung yang sedang dipakai olehnya. Perasaannya yang sedikit berkecamuk membuatkan dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. Sekumpulan anak-anak muda kampung bermotosikal mula berbisik-bisik sesama mereka sebelum bingkas bangun menghidupkan enjin motosikal.


Deruman enjin motosikal yang dinaiki oleh anak-anak muda kampung itu tadi kian menghampiri Zaharah dari arah belakang. Sebaik sahaja tiba di sebelah Zaharah, dua tiga orang daripadanya mula mengurat dengan bersiul-siul nakal. Zaharah agak rimas namun dia tetap melangkah tanpa mempedulikan mereka dengan harapan agar mereka semua segera pergi jauh dari situ.


“Hai Zaharah! Lawa baju? Nak ke mana ni? Marilah abang tumpangkan!” tegur salah seorang daripada mereka pada Zaharah.


“Tak apalah! Zaharah boleh jalan sendiri. Terima kasih jelah abang-abang semua,” balas Zaharah sambil tersenyum tawar.


Sebuah motosikal yang ditunggangi oleh salah seorang daripada kumpulan itu berhenti betul-betul di hadapan Zaharah. Dua daripadanya berhenti di kiri dan kanan manakala sebuah lagi di belakang. Zaharah kini terkepung. Dia mula berasa takut. Risau diapa-apakan.


“Janganlah macam tu, sayang! Mari sini dekat kami. Dah pakai cantik-cantik macam ni, kenalah hiburkan kami. Tak begitu, kawan-kawan?” ujar seorang lelaki seraya disambut dengan gelak tawa oleh yang lain.


Zaharah mula bimbang bila lelaki di sebelahnya menarik tangannya. Puas Zaharah cuba meleraikan genggaman tangan lelaki itu namun dia tidak berdaya. Kemuncak adegan itu berlaku apabila lelaki di sebelah belakangnya cuba untuk memeluk dirinya manakala lelaki yang berada di depannya bertindak biadap dengan merangkul pinggangnya. Zaharah menjerit semahu-mahunya. Membuatkan lelaki-lelaki itu cuak lalu segera meninggalkan dirinya yang terduduk di atas jalan.


“Lain kali kalau kami nampak engkau lagi, nahas engkau kami kerjakan!”


“Tak sedar diri punya manusia! Pergi balik cermin muka tu elok-eloklah oi!”


Zaharah yang sedang menangis teresak-esak hanya mendengar kata-kata dari kumpulan lelaki itu yang semakin jauh meninggalkan dirinya. Tanbah pula melihatkan telur-telur ayam di dalam bakul yang baru dibelinya dari kedai runcit habis pecah kesemuanya akibat terlepas pegang ketika diganggu sebentar tadi.


Zaharah bingkas bangun sambil mengibas-ngibaskan baju dan kainnya dengan tangan. Dengan esakan yang masih belum reda, Zaharah berlari dengan sebelah tangannya menjinjit bakul dan sebelah lagi menekup mulut. Semakin hampir dia untuk tiba ke rumah, semakin tangisannya kian lebat.


“Hah, kenapa dengan engkau ni? Menangis-nangis macam ni rupa! Nak kata putus tunang, tak ada pulak orang yang pernah datang meminang!” soal Lawiyah tatkala melihat Zaharah masuk ke dalam rumah dan menyembamkan tubuhnya ke atas kerusi panjang.


“Diorang semua kacau Zaharah, mak! Diorang tak senang bila tengok Zaharah senang. Bila Zaharah tak layan, diorang kutuk-kutuk Zaharah! Diorang kata Zaharah tak sedar dirilah, suruh cermin mukalah. Zaharah bukannya kacau diorang! Kenapa diorang buat Zaharah macam ni?” luah Zaharah diiringi esakan yang sedikit membantutkan percakapannya.


“Sebab engkau tu memang tak sedar diri! Kau ingat elok sangat ke pakai baju kurung siap bersolek macam ni? Ikutkan hati, aku ikat kau dekat padang tembak! Lepas tu aku sendiri yang tembak kau, tahu tak! Sedarlah sikit diri kau tu, Zahari!” celah suami Lawiyah yang juga merupakan ayah kandung Zaharah dari dalam bilik.


Lawiyah tak terkata apa-apa. Dia hanya mampu memerhatikan anak lelaki tunggalnya itu membetulkan kain baju kurung yang sedikit terselak sambil memeluk patung beruang kesayangannya.

Friday, December 10, 2010

apa anda akan buat

apa yang anda akan buat kalau anda rasa down, lemah semangat, geram?

ouh aku sangat-sangat kekurangan motivasi sekarang..

uurgghh..

sebab, aku kena repeat paper..

subjek yang payah pulak tuh..

agaknya ini la kut yang dikatakan balasan..

tapi siapa yang tahu..

ya Allahh..

tabahkanlah hati ini menempuh dugaanMu..

Monday, December 6, 2010

Kagum

baru ni, ada member sekelas aku dulu dapat 4f pointer matrik. antara kami lima sekawan, dia sorang yang masuk matrik. yang lain semua masuk U, kolej. jujurnya, aku kagum gila. kagum sangat. jelez pun ada. itu sudah semestinya. tak sangka dia boleh result macam tu. entahla. tak dapat nak digambarkan perasaan kagum aku ni. bangga rasanya kawan lama aku sendiri dapat result yang gempak macam tu. semoga kau terus cemerlang untuk sem 2 ni, mana la tau kalau dapat fly kan. fuuuuh.

berbalik kepada perasaan jeles. aku memang jeles sangat. tapi takdelah sampai nak pi jumpa tok moh suruh jampi vodoo kan dia semua tu. aku nak jugak 4f. kurang2 pun 3.5 ker. tapi boleh ker? dulu time nak SPM selalu je terngiang2, "boleh ker?" "mampu ker?" tapi aku rasa aku dah sedar sekarang. takde yang mustahil kan? kita manusia. ada azam, keinginan, semangat dan apa entah lagi. cuma aku rasa motivasi kita kurang. sebab apa kita belajar? sebab apa nak dapat 4f? aku tak tahu sebab apa. yang aku tahu aku nak jugak merasa 4f, kurang2 pun 3.5. seriously, bila aku dapat tahu yg member aku ni dapat 4f, aku rasa teruja, semangat sangat. tak sabar nak tunggu sem baru start. BAGI AKU, dia dah buktikan semua orang boleh dapat apa yg mereka nak, tak kira lelaki perempuan, pandai tak pandai, asalkan ada semangat dan usaha. dialah motivator aku. aku bersyukur sebab diberi peluang sambung belajar, diberi peluang membelek buku lagi, diberi peluang memperbaiki diri aku sendiri. cuma yg aku harap sangat2, semangat ni tak hangat2 taik ayam. itu yg paling aku takut. tapi insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa semangat tu bukan sekadar hangat2 taik ayam. *yelah kau =.=*

so buat masa sekarang, aktiviti kat rumah tak banyak beza setiap hari. nak kerja, kat sini takde tempat yg nak pakai part time. bermaksud lama lagilah aku nak merasa slr. btw, ramai orang lama kat kaw. perumahan aku ni dah pindah. contohnya macam yg aku mention dalam post sebelum ni, cik syidah, dah pindah keluar. terkilan rasa, masa dia pindah x sempat nak jumpa, x sempat nak tolong angkat barang, sebab masa tu aku kat KL lagi. cik mokhtar pun dah pindah. mereka2 ini antara orang yg pertama mendiami kaw. perumahan ni. tapi itu lumrah. pertemuan mesti dilengkapkan dengan perpisahan. nak2 lagi kalau dah jadi polis, memang selalu kena pindah2 la jawabnya. aku? harap tidak.

akhir kata, kita tak akan dapat bayangkan perkara yg mampu kita buat kalau kita betul2 nak kan sesuatu benda tersebut.

p/s: sakit memang sakit.

Yang Benar,
Shafiq Izwan
2010

Wednesday, December 1, 2010

penat, boring, lenguh

alhamdulillah. penulis selamat sampai di rumah pada pukul 4.30 petang, setelah 4 jam setengah bertenggek di atas motor. entah mengapa, perjalanan kali ni dirasakan lebih penat dari yg sebelumnya. agaknya mungkin sebab tak cukup tidur. ah ye lah tu.

di sini, suka ingin penulis berkongsi satu perkara; tips untuk menghilangkan penat, boring, lenguh, sakit sendi khususnya untuk mereka yg selalu menempuhi perjalanan jauh, terutamanya penunggang motosikal, sebagaimana yang dialami oleh penulis sendiri:


1. bercakap dengan diri anda sendiri
- dengan bahasa mudahnya, cakap sensorang. ya, cakaplah mengenai apa shj yang terlintas. misalnya, anda boleh berpidato dengan diri anda sendiri. andalah kerajaan pusat, anda jugalah pembangkang. selain itu, anda juga boleh berpidato, bersyair, berpantun dan bermacam-macam lagi.

2. menyanyi
- serlahkan bakat anda dalam bidang nyanyian. nyanyilah lagu apa shj. menyanyi dengan kuat satu kelebihan. terbukti kepada diri penulis sendiri, menyanyi dapat menghilangkan kebosanan sepanjang lebih kurang 4 jam setengah perjalanan. lagu2 yang dinyanyikan hendaklah menepati cita rasa si penyanyi dan disertai dengan mood yg baik, kalau tidak, ianya akan menambahkan lagi kebosanan kesakitan punggung, juga turunnya hujan sebagai satu bonus.

3. membunyikan hon kepada penunggang yg lain
- jangan takut untuk membunyikan hon kepada penunggang lain. tapi hendaklah dengan cara yg sopan. contohnya, hon sambil mengangkatkan tangan anda. dengan cara itu, secara tidak langsung kita telah menunjukkan bahawa kita sama2 mengalami kepayahan menempuh perjalanan jauh dan kelenguhan, khususnya di bahagian punggung. bak kata pepatah, yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing. dia sakit, kita juga sakit. pokok pangkalnya, hon dengan cara yang sopan. bukannya hon macam nampak hantu. siapa tak marah.

senang kata, anda hendaklah mempunyai keberanian untuk melakukan perkara2 di atas. siapa tahu, bakat pidato, berpantun, menyanyi anda mungkin terserlah? tebalkanlah sedikit muka, kerana jikalau ada pengguna jalan raya lain yg notice dengan riak muka anda yang berkumat kamit(jikalau anda memakai helmet bervisor lutsinar spt penulis), mereka bukannya kenal akan anda pun. buat derk sudah. mereka yang betul2 memahami akan sama2 mendoakan kita, bahkan mungkin ada juga yang turut serta melakukan perkara di atas. tidak salah bukan?

akhir kata, itu hanyalah cadangan dan tips yang penulis rasakan dapat membantu sedikit sebanyak penunggang2 motosikal yang menempuhi perjalanan jauh. sekiranya ada yg tidak berkenan di hati, ampun dipinta dan harap dapat menegur kesilapan penulis. selamat bercuti.


Yang Benar,
Shafiq Izwan


p/s: fuuuuuhh.

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers