Stop Music? Click Here!

Sunday, March 27, 2011

Konsert Harian Metro & Badminton


ya seperti gambar yang korang dapat lihat di atas, akhbar nombor satu negara, yakni Harian Metro (HM) telah mengadakan konsert sempena meraikan ulangtahun yang ke 20 Harian Metro. macam biasa, alang alang dah duduk KL ni, dekat pulak dengan event tu, aku dengan sukacitanya mengambil kesempatan untuk pergi ke konsert HM ni.

dihoskan oleh JOZAN (zizan & johan), konsert dimulakan dengan pemberian hadiah berupa telefon bimbit kepada 5 pembaca bertuah yang berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan HM, iaitu 25 Mac 2011 (kalau tak silap la). kemudian, hadiah peraduan (aku tak ingat peraduan apa, tapi yang pasti HM yang anjurkan) pulak diberi kepada pemenang yang bertuah.

kemudiannya, persembahan dimulakan oleh Ramli Sarip, Papa Rock Malaysia. lagu yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip khas untuk memperingati mangsa tsunami di Jepun. suara dia, memang kaw kaw la. lincah pun lincah.

artis artis lain yang buat persembahan selepas Ramli Sarip adalah seperti Black, Azlan, Ahmad Jais, Ella, Syahir, bebudak AF, Bunkface, Alya, Stacy dan Datuk Siti Nurhaliza.

artis yang aku suka tengok masa tu, Black dengan Azlan. masa Azlan menyanyi, meremang bulu roma. memang mantap suara suara mereka. Black pulak, membuat amal jariah dengan bersedekah sambil menyanyi. baling baju dan jam beliau kepada peminat. nasib baik tak buang seluar.

Alya pulak, nampak lawa dengan pakaian lengkap serba merah dari atas ke bawah. dan Datuk Siti Nurhaliza, dapat sorakan gemuruh daripada peminat peminat.

pokoknya, aku rasa JOZAN yang banyak menghidupkan suasana. tabik spring kepada mereka. tak gering gusi dibuatnya. dari mula persembahan sampai habis, tak pernah rasa bosan. bayangkan la, hajatnya nak pergi tengok sekejap je, tapi disebabkan oleh mamat dua orang tu, langsung balik pukul 12.30. tapi memang aku respek sangat, spontan mereka sangat menjadi. senang kata kelakar gila la malam semalam.

persembahan penutup pulak disempurnakan oleh Ahmad Jais bersama Bunkface. entah macam mana masa Ahmad Jais buat persembahan yang pertama, beliau berkata, "nantikan persembahan saya yang kedua bersama Bengface!" yeaaah. aku macam haa?? then fikir fikir. rupanya Bunkface. haha. tapi masa diorang ni buat persembahan, aku tak tengok mana sebab masa ni dah otw ke motor.

ouh baru aku ingat. masa tengah konsert tu, HM keluarkan diorang punya hantu kat pentas, ada group budak perempuan yang kat depan kitorang semua paling ke belakang sambil pandang bawah. kelakar gila. hahhaahaa.

keseluruhannya, konsert ni agak meriah la. best pun best. sebab kelakar. hehe. tapi cuma satu la, masa otw nak pergi, memang sesak. bayangkan, Dataran Merdeka penuh dengan orang. nasib baik aku dengan member pergi naik motor. kalau pergi naik kereta, entoh le awok nak parking kat mana. apapon, syabas HM!

selingan sedikit. so petang ni pukul 2 aku ada perlawanan badminton, peringkat suku akhir. ala, competition tak besar mana pun, cuma tertutup UTMKL, iaitu antara staff dan student. akibat dari game semalam, lengan aku sakit sangat. sebelum ni pernah jugak sakit, tapi tak pernah sakit macam ni. dari malam semalam, aku rasa macam dah down. boleh ke nak angkat raket besok?

thanks bro


tapi bila bukak fb, ada la makhluk Allah yang satu ni post macam tu. aku rasa aku dapat kembali semangat semangat yang hilang. at least aku tahu yang ada orang support aku. satu lagi, kak yan cakap dengan aku, mindset itu penting. ya betul. macam mana aku boleh lupa?

apapun, aku akan buat yang terbaik petang ni. aku nak harumkan nama course aku. hehe. semoga yang baik baik hendaknya berlaku petang ni. salam.

p/s - jika kau fikirkan kejayaan, kau hampiri kemenangan, jika kau fikirkan ragu ragu, usahamu tidak menentu..

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu, 27/3/2011, 12.54PM.


Monday, March 14, 2011

ASWARA & USR Indonesia '11

*maaf entry mungkin agak panjang*

#nowplaying - Grenade, Waiting Outside The Lines, If I Die Young, Raise Your Glass, Rocketeer, Marry You, Elevator, Dear God, Secret, Suaraku Berharap.

akhirnya, masa yang aku cari cari, masa yang aku tunggu tunggu, dah tiba. masa apa? masa untuk update blog le. hehe. ekceli dah lama upload gambar gambar yang kat bawah tu, cuma tak sempat nak karang ayat je. nak karang ayat bukan senang, nak kena ada mood, nak kena ada idea, betul tak? kalau tak entry tak sedap di baca. betul tak? baiklah, terus kepada perkara utama.

pada hari Sabtu bertarikh 12 Mac 2011, aku dan Dinie Shuhaimi berpeluang pula ke ASWARA, untuk menonton filem filem Akira Kurosawa, seorang legenda pengarah filem dari Jepun. event ni diadakan sempena memperingati ulang tahun kelahiran yang ke 100. ok di sini aku sertakan serba sedikit pasal beliau, mengikut risalah yang dibagi.

- Akira Kurosawa was a famed Japanese film director, producer, screenwriter and editor, who directed 31 films in his 57 -year career.

After working as a painter, Kurosawa entered the Japanese film industry in 1936 as an assistant director. He made his debut as a director in 1943, with the popular action film Sanshiro Sugata (Judo Saga). After World War II, in 1948, the critically acclaimed Drunken Angel, in which Kurosawa cast then-unknown actor Toshiro MIFUNE in a starring role, cemented the director's reputation as one of the most important young filmmakers in Japan.

Kurosawa sprang to international acclaim with Rashomon in 1950, when the film won the Golden Lion Prize at the Venice International Film Festival. During a time when the international film word was largely unaware of Japanese films, the success of Rashomon opened up the doors for other fellow directors such as Kenji MIZOGUCHI and Yasujiro OZU, as well as others to come in the future.

His obsessive preoccupation with details has often been talked about, shooting would be held up for a week to wait for a 'perfect' cloud; certain sets and props would be created even though they were for places not to be shot by the camera; he would ask residents to move away if he found that their houses were distracting the shooting; during script writing, he would already decide where the character was born, the family structure, the hobbies, the body size, the living environment, and even how he/she walks etc.

Some of his films are said to have influenced or inspired quite a number of Japanese and foreign filmmakers, such as Takeshi KITANO, Steven Spielberg, Martin Scorsese, George Lucas, John Woo and Zhang Yimou. It is also said that The Magnificient Seven (1977) by John Sturges was a remake of Seven Samurai, and George Lucas made Star Wars (1977) influenced by The Hidden Fortress.-

Akira Kurosawa,
23 March 1910 - 6 September 1998

dikatakan juga hasil kerja Akira Kurosawa sedikit sebanyak memberi influence kepada pengarah filem melayu seperti Tan Sri P Ramlee (Semerah Padi) dan Hussein Hanif (Istana Berdarah). whoah, hebat kan? lagi pasal Akira Kurosawa, klik di sini.

ok, ini pulak gambar kitorang masa kat sana. zaaaaazzzzzzzzz.....

*klik gambar untuk lebih jelas*

ha bukti kitorang dah sampai ASWARA haha

antara barang pameran dalam bas pameran ASWARA

ini pun

tengok tengok

orang kacak UTM

dengan orang kuat ASWARA

kalau korang perasan dan ingat pakcik baju biru tu pernah jadi hos rancangan apa? hehe.

kalau tak boleh jumpa U-Wei Haji Saari!! *tapi ada juga orang tak kenal

lihatlah kami berlatih menari di bilik tari.

ASWARA memang best!!

dan alhamdulillah, akhirnya terjejak kaki kat ASWARA. ye la, selama ni dengar pasal ASWARA kat tv, kat suratkhabar. last last, dah rezeki aku dapat ke situ. apakah mungkin aku menyambung pelajaran ke ASWARA? haha :P

cerita pasal lain pulak. haritu masa tengah syok makan kat cafe, tiba tiba datanglah seorang brother macho ni. then dia cakap, "aku dah lama cari kau ni bro. tapi tak jumpa jumpa. alang alang dah jumpa ni kan, aku nak tanya, kau nak join tak USR Indonesia bulan 7 karang? perbelanjaan semua U tanggung, kau bawak duit soping je," huiyooo!! tak terkata kata aku. akhirnya, peluang macam ni aku dapat jugak. siapa sangka kan. melalui program program ni la aku dapat merasa budaya orang, cara hidup diorang. Ya Allah, jadikanlah rancangan ini sebagai satu kenyataan.

oklah, sampai sini je kot. dah panjang sangat. otak pun dah beku. assalamualaikum.

p/s - kat rumah.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu, 19/03/2011, 10.40AM.




Friday, March 11, 2011

Cerita Hari Ini

so hari ni aku dengan coursemate, Dinie Shuhaimi (gambar yang ke4 dalam post yang lepas) pergi la tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. oleh sebab mamat ni macam beria ia sangat nak tengok, ditambah pulak review kat blog blog yang macam best, aku pun turut serta la.

nak review, aku bukannya pandai sangat nak komen komen ni. tapi aku nak tulis jugak la kat sini, sekadar dari pandangan peribadi semata mata. rasa sikit je kut yang aku nak komen.

pertamanya, babak Merong melawan orang orang Geruda. masa ni, tinggal Merong sorang serong je lagi, dengan musuh musuhnya yang ramai, yakni orang Geruda. then, Merong pun panjat la menara pemerhati kat tepi pantai tu, yang agak tinggi, diikuti orang orang Geruda. nak melarikan diri agaknya. adapun baki orang Geruda kat bawah menara pemerhati tu, cuba tumbangkan menara tersebut. dan mereka berjaya. pengakhirannya, semua musuh mati, baik yang kat atas dan yang kat bawah, kecuali Merong sorang. pelik gila. yang tukang tumbangkan menara pun mati? korang faham tak? atau aku yang tengah serong? ah korang tengok korang tahu la. haha.

keduanya. ini memang sangat pelik bagi aku. tergelak besar jugak aku masa scene ni. macam mana nak cerita ek. senang kata masa watak Marcus(putera Rom) mati, hidup balik. aku rasa, sekurang kurangnya cerita la macam mana Marcus boleh survive. tak gitu? tak paham jugak? sila tengok sendiri ye.

overallnya, cerita ni best la. cuma aku rasa, masa awal awal cerita, SEDIKIT (sikit ok) bosan. banyak sangat bercakap. entahlah, atau mungkin sebab aku yang mengantuk.

lari dari HMM, nak story sikit pasal satu couple ni. tadi sementara nak tunggu masuk cinema hall, aku stay la depan skrin yang mempreviewkan filem filem yang akan datang, kat Wangsa Walk. then lepas sedap sedap aku menyandar kat tiang sambil tengok preview filem, ada la satu couple ni.

couple melayu, boleh siap berpeluk peluk depan aku. BETUL BETUL depan aku. BETUL BETUL BETUL depan aku. yang makin buat aku hmmmph, awek dia siap pakai tudung, kaler ping gitu. cara peluk dia. yang lelaki belakang, peluk pinggang awek dia yang kat depan. perggh nasib baik tak mendayung kat situ.

okay. aku cuba berfikiran positif on the spot. ala, mungkin diorang ni dah kahwin, baru kahwin. tu yang nampak muda. sekali bila aku tengok tepi lelaki ni, kantoi. budak U aku, sebaya aku. hahahaha. aku tak tahu nama dia tapi aku cam muka dia. member aku sendiri kata tu member dia. nampaknya cubaan aku untuk berfikiran positif tidak menjadi di situ. alahai. orang ramainya masa tu. boleh peluk peluk lagi. yuuhhuuu.

apa nak di kata kan? sory la kalau aku agak kepoh tapi bila dah babitkan orang melayu, aku memang jadi kecoh. aku harap aku takkan buat macam tu. harap sangat sangat aku tak terjebak. yelah bila dah duduk jauh dari mak ayah ni, macam macam boleh jadi. oh mak, ayah, doakanlah anakmu ini.

ok minggu depan aku nak balik. dari dua minggu lepas aku rancang nak balik, tapi tak lepas lepas. harap minggu depan aku berjaya. sampai sini je kot. SALAM!

p/s - lepas ni nak tengok cerita apa pula ye....

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Jumaat, 11/3/2011, 7.50PM.

Monday, March 7, 2011

Pesta Pantun Bestari 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. hehe. alhamdulillah, akhirnya ada jugak kelapangan untuk update blog. sebenarnya, gambar gambar yang akan korang tengok kat bawah sikit tu dah aku uploadkan lebih kurang seminggu yang lepas. tapi oleh sebab terlalu banyak sangat kerja, tak sempat nak update. so sekarang jangan buang masa, terus ke topik utama.

macam tajuk post ni, pada 6 Mac yang lepas, aku telah diajak oleh cik Hazirah Saion, orang kuat besar UTM untuk jadi penonton pertandingan akhir Pesta Pantun Bestari 2011, bertempat di Dewan Tunku Canselor, UM. antara VIP yang hadir, YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. fuh first time aku tengok Dato Rais Yatim depan mata. hehe. jom tengok gambar pulak.


papan tanda.


bersama pasukan naib johan.


aku kaya. yeaaaah.


hahahhahahahahha!!


"team mana ek yang best? ah mesti la team UTM!"
*padahal UTM tak masuk bertanding pun*


korang rasa siapa brader baju ungu tuh? hehe.


dia yang nak bergambar dengan aku. bukan aku yang nak bergambar dengan dia.
HAHAHHAHAHAHHA!
*perasan


masa pertandingan berlangsung aku tak ambik gambar, tak ingat langsung. sebabnya best mendengarkan diorang berpantun. dan series aku cakap, pertandingan ni memang best. bermula dengan pusingan pertama, bertemakan "lawak jenaka". kemudiannya, pusingan kedua dan ketiga yang temanya dipilih oleh setiap peserta secara rambang. keseluruhannya bagi aku, sangat berbaloi aku pergi tengok pertandingan ni dan terima kasih banyak banyak kepada cik Hazirah Saion sebab sudi informkan aku pasal pertandingan ni.

okeh nak selit satu lagi. akhirnya setelah agak lama menyiapkan blog, dari akhir bulan satu kot, *kalau tak silap la* siap jugak blog member aku yang sorang ni. aku tak nak cerita kat sini, apa kata korang tengok sendiri? bolehkan? alang alang dah blogwalking, singgah la sekali blog beliau. hehe. nak tengok, klik la disini.

akhir kata, terima kasih sangat sangat sangat sangat kepada korang semua yang masih sudi jenguk dan tinggalkan komen kat blog aku ni, walaupun dah agak lama tak update. insyaallah, hari sabtu ni aku ada program kat ASWARA, dan kalau sempat, akan aku update pasal tu. sekian. :)

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Khamis, 10/3/2011, 11.06AM.







Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers