Stop Music? Click Here!

Thursday, May 26, 2011

University Social Responsibility (USR = Program Khidmat Masyarakat)


Hari pertama, Rabu, 18 Mei 2011.

Kitorang sampai di kampung kerubong dalam pukul 11.30 pagi. kitorang diberi sedikit taklimat, dan kemudiannya dibahagikan kepada keluarga angkat masing masing.

So aku dapat bapak angkat yang bernama Senin B Abdullah. Keluarga beliau memanggil beliau dengan gelaran bapak. Kehidupan bapak sekeluarga, boleh dikatakan agak susah. Tapi itu tak menjadi halangan bagi aku, sebab pengalaman yang aku nak. Bapak ada lima anak. Yang sulung aku miza, kedua maman, ketiga kak lang, keempat kak cik dan kelima nasuha. Yang sulung tingkatan empat, kedua tingkatan tiga, ketiga darjah 5, keempat darjah dua dan kelima satu tahun.

Bersyukur sangat sangat, sebab aku berpeluang bergaul dalam keluarga yang besar. Dalam masa sehari je, aku dah mula sayangkan adik adik angkat aku ni. Kak cik mula mula agak malu, tapi selepas terpesona dengan keperamahan aku, terus dia jadi baik. Haha. :P
Seronok dapat main dengan adik adik kecik. Yelah kita dah lama tak merasa. Bila dah dapat peluang ni, akan aku gunakan sebaik mungkin.

Maaf penulisan mungkin agak mengarut, sebab aku baru lepas update gambar. Tadi habis program pukul 11.45 malam. Then kemas kemas tempat apa semua balik la dalam pukul 12.30. tak sempat nak borak borak dengan adik adik. Yelah diorang kena tidur sebab besok kena bangun awal, sekolah.

Kak cik, kalau kak cik tak habiskan hafal sifir abang bawak balik KL!

p/s – rindu nak cakap cakap dengan adik adik. Padahal baru sehari kat sini. ;)

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Khamis, 19/05/2011, 1.23am.








dipublishkan pada 26 may 2011, 12.43AM.

Tuesday, May 17, 2011

Lelaki Oh Lelaki, Perempuan Oh Perempuan

Baiklah. Kali ni nak buat entry berkaitan hati dan perasaan. Rasanya mungkin kesinambungan daripada entry ini.

So straight the point. Dan point yang pertama;

HORMAT MENGHORMATI

Maksudnya di sini. korang semua iaitu lelaki/perempuan, elakkan dari jatuh hati atau cuba untuk mencuri hati orang yang anda tahu sudah mempunyai pasangan. Rasanya semua orang sedia maklum dengan point ni kan? Memang, aku pernah dengar ramai yang mindsetnya, “ala kapel baru, belum kahwin,” “orang berkahwin boleh bercerai, lagikan orang berkapel”.

Tak menjadi masalah kalau mindset korang itu hanyalah sekadar gurauan untuk menyedapkan hati semata mata, tapi menjadi masalah besar kalau korang betul betul serius.

Dengan kata lain, tujuan korang ialah untuk merosakkan kebahagiaan orang lain. Dan andaikata korang berjaya. Contohnya;

A berpasangan dengan B. C berminat dengan B lalu cuba untuk mengayatnya. Dan C berjaya. A merana padan muka dia dah nasib kau kan.
Ok fine. Korang dah rosakkan hubungan orang lain. CUBA, korang ni kalau ada yang pernah jadi C, letakkan diri korang di tempat A. bayangkan apa perasaan A ketika itu. Mungkin korang yang berhati keras takkan dapat rasa.

Tak pun, ingatlah. Allah itu maha adil. Tak mustahil jugak korang akan terkena balik. Mungkin kalau lebih teruk, korang tak akan kahwin sampai tua? Hehe. Mana lah tahu kan.

Senang cerita, kalau orang yang korang minat dah berpunya, stay away. Maksud aku stay away bukannya tak boleh kawan, Cuma jangan lebih lebih. Nak kawan tu, kawan saja la. Melainkan korang sanggup tunggu dia, itu bergantung atas pendirian masing masing. Ada paham? :)

Point kedua;

MACAM MANA NAK LUPAKAN DIA?

Ramai kawan kawan aku yang mengalami masalah ni. Hmm. Aku sebenarnya pun tak tahu nak kata macam mana. Oklah, aku tulis berdasarkan pemikiran aku sendiri. Maaf kalau ada yang tak setuju ye.

BERDOA
Macam biasa yang selalu korang dengar dalam rancangan motivasi pagi rancangan doctor fadhilah kamsah ke, mesti diorang akan cakap, BANYAKKAN BERDOA, BANYAK DEKATKAN DIRI DENGAN MAHA PENCIPTA.

Ya. Aku sememangnya setuju. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Selalulah berdoa. Jangan pernah putus harapan. Dan kena ingat, doa itu penting.

PASRAH, REDHA
Dalam erti kata lain, terimalah kenyataan. Ini sangat penting. Sebab kalau korang tak boleh terima kenyataan, sampai bila bila la korang payah untuk move on. Terimalah hakikat bahawa dia bukan orang yang terbaik untuk korang. Allah kan dah beritahu, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.

Belajar terima kenyataan. Dan aku rasa, mungkin payah jugak pada peringkat permulaan. Tapi bersabarlah. Mulakan dengan perlahan. Jodoh semua Allah yang tentukan. Kita hanya mampu berusaha dan terus berdoa.

SIBUKKAN DIRI
Ala, ni semua orang tahu kan? Haha. Dah biasa sangat di sebut. So tak payah nak hurai panjang panjang. So mari kongsi cara cara korang sibukkan diri. Kalau cara aku sibukkan diri, main game, berfb, dan berblogging. Hehe.

Itu je lah sebenarnya point point yang aku nak ceritakan. Hehe. Bukan apa, hasil penulisan kali ni, berdasarkan pengalaman orang orang yang bercerita kat aku. Dan ada sesetengah bahagian, pengalaman dan pendirian aku sendiri.

Hargailah pasangan korang. Untuk yang ada la. Jangan sesekali mempermainkan hati dan perasaan seseorang, sebab makan dalam woo. Mesti korang pernah dengar, “parut di badan, senang nak baik. Tapi parut di hati?” so renung renungkan lah ye.

"tunjuk pandai la kau", "cam bagus je".. copp! ada aku kesaaaaaah?? (gaya yus dalam maharaja lawak).

p/s - harap jodoh panjang.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 17/05/2011, 1.08PM.

Sunday, May 15, 2011

Kembara Malam

Mesti korang semua pernah join kembara malam kan? So kalau yang tak pernah join tu, kembara malam ni merupakan satu event pada malam hari. Dah nama pun kembara malam, ye tak? Kembara malam ni bertujuan menguji keberanian para peserta program atau perkhemahan atau pun yang sewaktu dengannya. Sedia maklum la, untuk uji keberanian peserta peserta ni, kena la ada hantu buatan. Nak pakai hantu betul, rasanya dengan jurulatih sekali cabut lari.

So hari khamis lepas, murid murid sekolah kebangsaan binjai ada buat perkhemahan kat kawasan perumahan aku ni. Almaklum la aku kan duduk dalam kawasan perumahan polis, so cukup lengkap la tempat. Ada hutan ada tempat parking khemah ada tempat untuk berkembara malam seperti tajuk di atas.

Nak dijadikan cerita, aku antara yang bertuah jadi hantu buatan ni. Tak sangka, dulu masa join kembara malam (zaman sekolah), kitorang yang jadi bahan usikan. Tapi kali ni, kitorang pulak yang jadi pengusik. Alhamdulillah, dapat lagi satu pengalaman baru.

Kembara malam kali ni diadakan kat kubur cina. Whoaaah. Ini kali pertama aku naik kubur cina. Agak seram di situ. Yelah, tak pernah aku fikir pun nak naik kubur cina. Last last ternaik jugak.

Yang jadi hantu, ada enam orang. Gilir gilir la. Ni hah hantu hantu buatan tersebut.

Dari kiri – hantu sewel, hantu makcik nak p semayang, hantu pocong, hantu kanak kanak

Suka betul hantu hantu ni bergambar

Hantu tengah buang air

Woooooo…….

Ini hantu apa aku tak tahu da. Hahahahaha!

Aku bersama hantu makcik nak p semayang & hantu kanak kanak

Peserta perempuan (darjah 6)

Peserta lelaki (darjah 6)

Ok straight to the point. Point yang kelakar. Ala, budak budak macam mana sangat la kan. Kawasan ni berbukit. So aku ditugaskan kat bahagian atas. So macam biasa aku tunggu la kat port. Dari atas ni, boleh dengar budak budak menjerit. Antara dialog yang aku ingat;

“jangan takutkan hantu, percayakan Allah!” *all the way*

“la ilahaillah, la ilahaillah!”

Yang menangis pun ada. Ada group adik adik perempuan ni, dari bawah sampai kat atas melalak lalak nangis. Ada bila yang sampai kat port aku ni, “tolong, kita taknak, kita taknak! (sambil nangis)”.

Bila dah habis turn group adik adik perempuan, sampai la pulak turn adik adik lelaki. Ingatkan semua berani, rupa rupanya ada yang menangis jugak. Haish. Adik adik yang berani pulak, siap nak baling batu. Hantu kanak kanak kena baling batu. Hahahahaha.

Bila dah boring sangat jadi cosplayer tak bertauliah ni, aku bagi la kostum aku kat member lagi sorang. Aku pun turun la bawah nak tengok wak ih going ong. Best woo jaga kat bawah. Kat bawah la tempat mula mula budak budak ni takut. Aku pun apa lagi, cucuk jarum.

Aku – *dengan nada yang serius lagi garang* korang dalam perjalanan naik atas karang, kalau takut, berzikir! Abang tak main main! Nak kena tangkap bawak lari dengan hantu??!!

Budak budak – LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH!!

Pergh memang kuat gila ar diorang ni berzikir. Ingatkan separuh jalan je zikir, rupa rupanya sampai atas. Serius tak tipu beb. Sampai atas diorang zikir, jelas dengar dari bawah!!

Hahaha. Ini la orang kata pengalaman. Bagus budak budak ni sebenarnya. Kecik kecik dah merasa kembara malam kat kubur cina. Aku dulu merasa kat sekolah je. At least kita dah ada pengalaman tu, dah pernah merasa la. Bila diorang dah besar karang, ada something untuk diceritakan kepada member member. Contohnya kembara malam ni. Itu pun kalau diorang ingat la.

Event kembara malam ni tamat pukul 2.30 pagi. Lebih kurang macam tu la. Balik tu, hantu hantu ni semua dihidangkan dengan air teh dan air minum sebagai penghilang dahaga. Jadi la tu kan. Dah malam malam sangat nak makan apa lagi.

Overall, pengalaman ni sangat best. Naik kubur cina, duduk kat kubur cina, kacau budak budak. Senang cerita best sangat la. ;)
Ouh lupa. Ada yang panggil aku cikgu. Cikgu apa ye, cikgu hantu? Hahahahaha. tapi penat sangat. =.=

p/s - tak tahan gatal nyamuk. aku suka cikgu shortform.hehe.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 15/05/2011, 12.48AM.








Saturday, May 14, 2011

Blogger Oh Blogger

apa pembaharuan yang blogger buat?

ke belum lagi?

dah la komen orang kat post aku kena delete.

sabo jerlah~

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu, 14/05/2011, 07.17AM.

Thursday, May 12, 2011

Kawan Lama

Dua hari lepas, member aku yang masa kecik cuti seminggu. *sekarang dia kerja polis, bertugas kat KL*.
Lama sangat dah rasa tak jumpa. Then dia call.

Fikri – haloo!! Ni siapa? *dia ingat aku tak save no dia*
Aku – ye ye mende?
Fikri – aku nok samang mu nie. Tau dok aku sape?
Aku – mende gok stopa? *nama dia fikri b Mustapha*
Fikri - &$^%#&$!!

Hahahahaha. Kawan aku yang dari kecik. Insyaallah aku ingat sampai mati. Mana boleh lupa. Lepastu yang sorang lagi, kerja kapal sekarang ni, pun kebetulan balik sekejap semalam. Dah lama sangat duduk kat laut katanya. Nice kan kebetulan ni. Dapat la kitorang lepak sama sama sementara tunggu masa nak pindah.

Aku rasa best sangat. Sebabnya, bila dimintak belanja (biasala kita student lagi) tak ditolak pulak. Aku ingat lagi dulu masa sekolah, masa kecik kecik nakal nakal, nak mintak belanja askrim cik syidah yang RM0.10 sebatang pun payah. Lagikan kalau nak belanja minum.

Aku jeles tengok diorang. Sebab diorang dah kerja. Duit masuk tiap tiap bulan. Boleh beli barang yang kita nak beli. Tak payah nak mintak mak bapak belikan. Entah lah, memang aku jeles sangat. Haha. Sebab aku ada benda yang aku nak beli, tapi tak lepas lepas. dalam hati aku asyik terdetik, bila la aku nak kerja, bila la nak merasa duit sendiri, bila la nak merasa beli barang yang aku idam idamkan. Haish, sabar sabar.

Dan aku ingat jugak, masa diorang ni baru lepas SPM. Masing masing berangan, “aku nak pakai MYVI la lepas ni”, “aku dah kerja karang tengok ar aku beli SATRIA NEO”. Masa tu aku rasa diorang ni berangan entah apa apa. Almaklumlah, pemikiran aku yang masih sekolah masa tu, membataskan aku untuk fikir jauh. Masa tu aku still anggap yang diorang budak sekolah lagi, yang mana masih ditanggung oleh mak ayah. Tapi aku silap sangat. Keadaan diorang sekarang, yang boleh dikatakan stabil, tak mustahil diorang mampu beli EVO 12. Ngeh ngeh ngeh.

So semalam, kitorang berempat, pergi la hantarkan pekerja kapal ni, meon namanya. Naik bot pukul 12.30AM katanya. So dia belanja la minum makan dulu apa semua, sementara tunggu pukul 12.30 tu.

malu malu konon =.=

hah ni lah dia si meon tu. malu sangat, aku ambik pic fb terus. haha.
ni la meon, 21 tahun.

ini pulak mamat yang kerja polis tu. fikri mustapha, juga 21 tahun.

syukur alhamdulillah. walaupun diorang dah berjaya, ada pekerjaan, masih tak lupa kawan kawan lama. semoga aku pun akan jadi cam diorang. tak lupa lupa kawan kawan. insyaallah.

ok so masa aku tengah menaip post ni, dah macam konpem aku kena pindah kuantan. hmmm.. sedihnya nak pindah. btw, sampai sini sahaja ceritera untuk hari ini. nak ucapkan JUTAAN RIBUAN PULUHAN SAAN TERIMA KASIH kepada korang yang sudi drop komen di blog ini. sesungguhnya semangat aku untuk berblogging dah naik balik. terima kasih semua. ;)

p/s - kalau kena pindah mersing camana ek? hahahaha. :P

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Khamis, 12/05/2011, 12.03PM.



Tuesday, May 10, 2011

Sains Komputer

ehem ehem. post kali ni, aku nak berceritakan tentang pengalaman aku baru baru ni. sangat baru.

cikgu - kamu belajar kat mana sekarang?
ShafiqIzwan - UTM cikgu.
cikgu - kursus apa?
ShafiqIzwan - sains komputer cikgu.
cikgu - hmmmm.. *ekspresi muka yang sinis*

aku hanya mampu gelak. gelak dalam kecik hati. member member aku yang ambik kursus yang sama waktu dengan kursus sains komputer nie, yang study di IPT lain, jugak menyuarakan dilema yang sama. iaitu, seakan kursus ni dipandang rendah.

sebenarnya, apa itu sains komputer?

Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C, C++ dan Java.

bidang bidang dalam sains komputer?

Algoritma
Antara muka pengguna
Bioinformasi
Geoinformasi
Kernel (cth Linux, BSD, Windows)
Kaedah formal
Kecerdasan buatan
Kejuruteraan keperluan perisian
Kejuruteraan perisian
Kejuruteraan undur
Keselamatan maklumat
Kriptografi
Lojik komputer
Mampatan data
Pangkalan data
Pembangunan web
Pembelajaran mesin
Pemperosesan bahasa sejadi
Pengaturcaraan berorentasi objek
Pengaturcaraan dinamik
Pengaturcaraan komputer
Pengkomputeran masa-sebenar
Pengujian perisian
Pengurusan komputer pelayan
Pengurusan projek perisian
Pengurusan proses perniagaan
Perisian bebas
Perisian industri dan pengautomasi
Perkhidmatan web
Perkomputeran geometri
Perkomputeran kuantum
Perkomputeran linguistik
Perkomputeran saintifik
Perkomputeran selari
Permodelan
Produk perisian
Rangkaian komputer
Reka bentuk terbantu komputer (CAD)
Seni bina komputer
Seni reka web
Sistem maklumat
Sistem pengendalian
Sistem tanpa-wayar
Struktur data
Teori automata
Teori bahasa pengaturcaraan dan penghimpun
Teori graf
Teori kompleksiti
Teori komputasi
Ujian kepastian kualiti perisian.

kerjaya dalam sains komputer?

1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta dan multinasional.

2. IT Eksekutif
Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakangan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat
Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

from wikipedia.

hah. bukan main banyak lagi aku selitkan kat sini. pada korang korang, yang dapat kursus sains komputer, tak kira la dalam bidang grafik, programming, networking, software engineering ke, teguhkan hati. cewaah. jangan ambik pusing cakap cakap orang yang berfikiran negatif. memang la bunyi sains komputer takde la se gah 'medic', 'engineer', tapi yang penting isinya. diorang tak belajar subjek yang kita ambik, diorang tak tahu.

pokok pangkalnya, korang mesti wajib kena tahu apa minat korang. jangan la korang minat kursus ukur bahan korang pergi mintak sains komputer. dah memang lari. minat tu penting. sebabnya, payah korang nak belajar kalau takde minat.

apa lagi? rasanya tu je lah kot. yakin dengan setiap pilihan yang korang buat. tak kira apa pun kursus yang korang mintak. insyaallah, kalau niat korang betul, Allah akan tunjukkan jalan. goodluck. ;)

p/s - nak lebih info pasal sains komputer? Klik sini.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 10/05/2011, 1.33PM.

Saturday, May 7, 2011

Hari Cuti

assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka cerita. Hehe. Hari ni merupakan hari yang ke enam aku bercuti. Dan cuti aku kali ni tak lama. Dua minggu saja. Enam belas haribulan dah kena balik. Sigh. So apa khabar Ceritera Shafiq Izwan? Dah agak lama aku tinggalkan berhabuk bersawang.

Mula mula balik je, aku dapat satu berita baik, satu berita kurang baik. Oklah, aku ceritakan berita kurang baik dulu. And save the best for last.

Berita kurang baiknya, makcik aku masuk ICU. Terkejut jugak mendengarnya. So semalam kitorang se family, dengan opah sekali, melawat beliau kat hospital segamat. ouh lupa nak cakap, hari khamis dua hari lepas aku bertolak balik segamat.

Alhamdulillah, semalam jugak dia dah dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa, iaitu wad empat. Bermakna dah ok sikit la kan? Makcik aku ada kencing manis. Itu lah antara sebab dia masuk ICU hari tu.

Sampai je dalam wad tu, ada enam pesakit. Melihatkan keadaan makcik, kesian sangat aku rasa. Tangan dia bengkak, mungkin kesan ubat agaknya. Tapi nampak dia masih lemah. Cakap pun, slow sangat suaranya. Aku tabik makcik, sebab walaupun dia nampak lemah, tapi masih mampu tersenyum, bergurau. Makcik berseloroh dengan nada yang lemah, “hensem izwan, dah ada makwe ke..” tak sempat nak jawab, mak aku dah potong dulu. Aku hanya mampu tersenyum. Sungguh aku respek pada makcik, sebab ketabahan beliau yang tinggi.

Lagi satu, keadaan dalam wad memang menginsafkan. Biar aku jelaskan. Aku cuba bayangkan aku berada di tempat makcik, terlantar sakit. Ada satu pesakit kat katil hujung, sorang sorang je. Aku cuba bayangkan pesakit tu, diri aku sendiri. Apa yang aku rasa? Apa korang rasa, bila terlantar sakit sorang sorang, tak mampu nak buat apa, yang korang mampu hanyalah berbaring? Mujurlah ada ahli keluarga yang prihatin, yang datang melawat. Kalau takde? Pergh aku kalau weekend duduk dalam bilik pun dah rasa bosan. Tapi mujurlah kemampuan tu masih ada, so ada kudrat untuk pergi mana mana.

Maaf, ayat ayat aku bukan untuk tunjuk baik, tapi sekadar memperingatkan diri kita, dan juga korang korang, kalau ada lagi yang sudi baca blog aku. Itu lah sebabnya aku macam tak berapa suka nak masuk hospital, sebab aku sedih tengok keadaan pesakit. Kalau ada yang family datang melawat ok la, kalau yang sorang sorang tuh? Hmmm..

Masa nak balik, aku tunggu la kat kereta, opah mak semua solat zohor. Kebetulan ada budak lelaki kecik sorang ni, entah apa hal peramah sangat.


Mula mula terserempak la kat depan surau, then aku saja saja la tegur. Sampai aku nak lepak kat kereta pun, dia ikut. Hah, dah ada budak kecik ni, aku pun bertom tom bak la sekejap dengan beliau ini sementara tunggu yang lain habis solat. Fuh. Hilang sikit rasa penat, sedih dan sewaktu dengannya. Best berborak borak dengan beliau. ada satu masa ni, pengawal keselamatan lalu depan kitorang. Dia pun kata, “abang, tu polis penjaga kan?” hahahaha. Yang bagusnya budak ni, dia sopan. Dia tahu panggil aku abang, takde la dia panggil aku “eh” ke, apa ke. Rasa bahagia sebentar bila dia panggil aku abang. Ecewaah. Hahaha.

Cerita pasal budak kecik ni kan. Iklan sekejap ye. Hehe. Masa aku main bola kat rumah, ada la adik member aku ni, kecik jugak, budak perempuan, pakai baju belang pink hitam putih.

Aku – baju pink, masuk main bola jom.
Budak kecik – tak nak la. (tahu pulak dia jawab)
Aku – jom la baju pink.
Budak kecik – kita kata tak nak, tak nak laa! (jerit sikit)
Aku – dah jom jom baju pink. (saja nak buat dia marah)
Budak kecik – baju kita bukan baju pink la, baju kita baju pink hitam putih tau!!

Hadoyai. Tak larat aku nak sambung tulis perbualan kitorang. Banyak lagi sebenarnya yang menarik, tapi tulis yang tu jer la dulu. Seronok kan melayan budak budak ni.

Okay, habis iklan. Nak mula cerita baru pulak, yakni berita baik. Dan berita baiknya, aku dapat sepupu baru, yeaah! Haha. Sepupu perempuan kali ni aku dapat.


amanda

Em, umurnya, kalau tak silap baru dua minggu. Syukur Alhamdulillah. Semoga Amanda membesar dengan sihat. Dan semalam jugak hari jadi ibu dia. Selamat hari jadi cik ana! Berita baik tak dapat nak cerita panjang panjang la, sebab si Amanda nya belum besar lagi. Hehe.

Btw, aku rancang nak tulis pasal senior senior aku yang dah habis belajar kat UTM. Insyaallah dalam masa terdekat ni. Kejap je kan masa berlalu. Oklah, dah penat menaip. Kalau ada umur yang panjang, bertemu lagi kita di post yang akan datang. Salam. ;)

p/s – rindu si dia.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
SABTU, 07/05/2011, 9.07AM.


Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers