Stop Music? Click Here!

Friday, December 31, 2010

Award = Anugerah

wow. aku dapat anugerah. nasib baik xde medal, piala ker, kalau x dah ku gantungletak dalam bilik. hehe. terima kasih daun keladi. hehe. jom tengok.


1. Blog best sangat ke tak? sebab?
- best kut. banyak informasi boleh dapat.

2. Layan lagu indon ke omputih?
- sebagai rakyat malaysia, aku sokong industri muzik tanah air. :P

3. Coklat mana lagi popular, cadbury ke ferrero? sebab suka makan?
- entah la. cadbury kut? sebab suka makan. sebab rasa coklat.

4. Nickname yg GF/BF beri, nama manja?
- MOHD SHAFIQ IZWAN BIN ABDULLAH.

5. Berikan empat fakta tentang kamu.
- gila2.
- gemuk.
- x suka gaduh2. mengalah kadangkala lebih baik.
- suka tengok cerita LEVERAGE dengan SUPERNATURAL. tengok ulang2 pun x bosan. haha.

6. Jika ada 50sen nak beli apa?
- nak beli aiskrim kat rumah cik syidah. dulu kecik2 selalu beli. tapi dia dah pindah. ;(

7. Siapakah empat orang yang paling kamu sayang?
- keluarga.
- member2 yang dari kecik sampai sekarang.
- cikgu sekolah menengah dengan cikgu sekolah rendah. rindu sangat.
- lecturer a.k.a pensyarah. oh puan, baca la blog saya. saya sayang kamu. ni dah kira bodek. HAHAHA.

8. tag untuk enam orang yang kamu sayang. blog yang kamu rasa cantik.
sayang? HAHA. aku sayang semua kawan2 aku. erm. x biasa la pulak bersayang2 ni. aci x tambah soalan? 'Tag untuk enam orang yang anda respek gila." hehe.

- Khatijah Hamid. Bestfriend aku kat kolej. minah ni dapat dekan beb.
- Shafri Shpie. blog mamat ni macho. sesiapa nak belajar photoshop secara santai, hah singgah la kat blog dia.
- Wan Muhammad Hazem. ini senior aku. sangat penuh dengan ciri2 kepimpinan.
- Umi Aisya. penghuru hara zaman sekolah. haha.
- A. Muziru Idham. seorang penggiat sastera. dulu masa sekolah dia selalu buat sajak2 yang kebanyakannya aku x faham sebab bahasa tinggi sangat.
- Suriya Murni. kawan aku masa sekolah rendah dulu. lama x dengar cerita. tiba2 je dah kat russia. fuh. blog dia banyak bagi pengajaran kat aku.

habis pun. ikutkan hati nak tag semua orang kat situ. dah dia suruh tag enam. so enam je la. hehe. akhir sekali, terima kasih banyak2 kepada sis najwa sebab sudi bagi award ni. :)
salam.

penulis: award pertama dalam blog. hehe.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Jumaat, 31/12/10, 10.29AM.

Wednesday, December 29, 2010

Blog Pilihan Terengganu

so, rasanya dah ada kot mood nak tulis pasal 'Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri'. untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila lawati page blog seperti yg dihightlightkan. memula aku keliru, nak wakilkan johor atau terengganu, tapi memandangkan dah lama stay kat terengganu, elok aku wakilkan terengganu je la. bukti aku dah lama aku stay kat terengganu? "aku dudok kak ganu lebeh kurang due belah tahong doh," hah aku fasih berloghatkan terengganu.

Mohd Shafiq Izwan B Abdullah

okay. gambar tersebut merupakan gambar penulis yg diambil pada bulan 4 haritu. so agak latest la jugak kut. nama penuh, Mohd Shafiq Izwan B Abdullah. anda boleh memanggil penulis dengan nama shafiq, izwan ataupun iwan. sebarang nama panggilan baru, anda boleh cadangkan kepada penulis. :P

status? bujang teruna. belajar pun x habis lagi. padahal baru start belajar je pun. so that's mean penulis belum ada kewangan yg kukuh untuk menanggung anak dara orang.

anda boleh menghubungi penulis melalui emel, shafiq_adam2o2o@yahoo.com. pernah rakan2 penulis bertanya, kenapa shafiq adam? kenapa bukan shafiq izwan? jawapan simple. sebab penulis kaum adam. kalau penulis kaum hawa, maka penulis akan letak la shafiq_hawa pulak.

penulis tinggal di kawasan bukit kuang, di daerah kemaman, terengganu. apa yg menarik di kemaman?

nama tempat ni, pantai kemasik. tempat ni best, angin yg nyaman, dan especially, pemandangan yg cantik. di situ dapat dilihat terdapat batu2 bersaiz gergasi XXL di pantai kemasik.


nama tempat ni pulak, pantai telaga simpul. ha nak tau kenapa telaga simpul? penulis mencadangkan anda cuti2 malaysia lah kat sini. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....


ini pula, Mesra Mall. Siap dibina 2 tahun lepas kalau x silap penulis la. macam mall biasa la, ada butik, bowling, pawagam dan tempat sukan seperti futsal. fakta menarik: di mesra mall ini terdapat satu-satunya panggung wayang di terengganu.


keropok lekor. ini biasa la. kalau berkunjung ke terengganu, x kira mana2 daerah pun, keropok lekor wajib dirasa.


akhir sekali. ini gambar depan rumah penulis. menarik tau. sebab pemandangan ni hijau. waktu pagi ke, waktu tengah pening kepala ke, waktu nak cari idea ke, selalunya penulis akan keluar ke beranda rumah. fuh jiwangtenangxkacaukacaudahbeb.

anda semua boleh juga join kategori sahabat blogger mengikut negeri ini, malah amat dialu-alukan. cuma luangkan masa blogwalking ke link yg telah dihightlightkan. sama2lah kita menambahkan kenalan. x salah kan? salam.

penulis: fuh jenuh cari gambar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan
Rabu 29/12/10, 3.04PM

Lain Nak Ditulis, Lain Yg Keluar


Haish. cuti dah nak habis dah pun. minggu depan konpem ramai yg akan balik ke kampus masing2. sem baru akan start. seriously. lama betul rasa cuti kali ni. wow. em, semalam aku sempat tengok 'Suara-Suara Siswa' kat TV1. dulu x terasa pun nak tengok, tapi memandangkan diri ini juga bergelar mahasiswa, hati terpanggil untuk sama2 ikut rancangan tu.

kalau x silap, diorang ada bincangkan pasal golongan intelektual menjadi contoh kepada masyarakat, golongan artis sebagai ikon, dan macam2 lagi la. tapi bila bercakap pasal artis ni, aku sedikit kurang berkenan. sebabnya, biasalah, seksi x kena tempat. contohnya macam ni kut? *bukan gamba bront ok*

seksi ker? dah macam berkemban aku tengok. maybe ada kata 'ala xde la seksi mana,' 'ala pakai macam ni je, tu pun nak kepoh,' argh. aku risau aku kena benci kalau tulis post macam ni. hmm. lantaklah. berbalik pada topik asal. jujur gila ni, aku pun bukannya baik sangat. bukannya yg tergolong dalam golongan alim. cuma, malu la, sebab kita sama2 melayu, dan aku yakin, sama2 Islam. kalau orang kafir nak pakai macam tuh, lantaklah, x ingin aku nak komen, xde aku nak sibuk2. sebab dia bukan melayu, bukan Islam pun. ni orang melayu sendiri. haish. x dinafikan, ada jugak golongan artis yg boleh dijadikan ikon, yg memenuhi syarat 3M bak kata panel Suara-Suara Siswa (aku x ingat lo apa dia 3M tu), tapi tu la, pihak2 yg suka pakai seksi meksi ni sedikit sebanyak aku rasa, pendapat peribadi, dah rosakkan label 'artis'. hadoi. entahlah, aku pun x tahu.

tengok. hajatnya aku nak postkan 'Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri', anjuran Blog Pilihan Malaysia, tapi bila teringat masa tengok Anugerah Skrin haritu, tergerak hati nak tulis pasal artis2 ni. owh saya mintak maaf sangat-sangat. korang boleh la ambik bahagian sekali. yuran dia, sikit kerajinan untuk menaip. yg lain semua free. kejap lagilah aku tulis pasal sahabat blogger ni. Salam.

penulis: Berani kerana benar. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 29/12/10, 6.58AM.


Tuesday, December 28, 2010

Antara cinta dan penimbaan ilmu

Harian Metro, 27 Disember 2010, mukasurat V6


Budaya berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat.


Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.


Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan ‘surat khabar lama’.


Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa ‘mengagungkannya’ atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop ‘tidak laku’?


Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya?

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

“Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

“Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

“Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai,” katanya.

Persoalannya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

“Pada masa sama, mahu membuktikan mereka ‘laku’, ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang,” katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

“Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian,” kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

“Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

“Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi ‘bersih’, masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini,” katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

“Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

“Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

“Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah,” katanya.


penulis: Berkawan biar beribu.


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Selasa, 28/12/10, 10.57am.

Sunday, December 26, 2010

Facebook dan Budak2 Sekarang

Facebook (fb). Aku pernah ada fb. Aku kenal fb masa tingkatan satu kalau x silap. Tapi masa tu fb belum famous fofular lagi. Heh. Saban tahun. Fb makin popular. Makin ramai orang pakai. Sampai Malaysia jadi antara Negara yg teramai penduduknya main fb.


Tapi semenjak seminggu sebelum raya aidilfitri. Aku shutdown acc aku. Sebabnya, aku boleh dikatakan ketagih kat benda alah ni. Kalau bukak laptop je, mesti nak bukak fb. Kalau nak study je, mesti nak bukak fb. Konon, pukul lapan main fb, lapan suku aku nak study la. Tapi, sampai pukul Sembilan masih duk mengadap fb. Kiranya penagih tegar jugak la kut. Sekarang ni dah berapa bulan aku x bukak fb. Aku x tahu samada aku dah berjaya rawat diri aku atau tidak. Mungkin hanya satu cara untuk tahu, bukak balik fb? Entah la. Aku pun serba salah. Keliru. Betul, memang fb ni ada baik dan buruknya. Cuma bergantung kepada diri sendiri la macam mana nak eksploitasi bende alah ni.


Away from fb. Semalam main badminton dengan pakcik2. Fuh diorang punya energy. X padan dengan tua. Makin tua makin kuat. Tongkat ali punya pasal kut? Aku minum olligo je. Itu lah kata. X semestinya kalau makin tua makin x sihat. Kalau kita pandai jaga badan, jaga pemakanan, selalu keluar peluh, rasa xde hal kalau nak stamina umur 45 macam umur 18. Yang paling syok, peluh dah macam masa mandi. Itu serious best aku cakap. Terasa diri segar gila. Terasa segala penyakit2 hilang. Anda x percaya? Cuba la.


Then, masa tengah rehat2 tu, pakcik2 ni, mereka berbicara tentang keadaan semasa. Peliknya, aku turut diheret kedalam perbicaraan tersebut. Aku x bersalah. Aku bagaikan orang dewasa, diajak berbicara di dalam kumpulan pakcik2 tersebut. Dari result PMR, budak2 ponteng sekolah, hisap rokok, hinggakan ke gengsterisme. Ouh terasa diri ini begitu tua, matang sekali. Ouh terasa diri ini sudah berbini beranak empat. Aku pulak tanpa segan silu tampil bersuara sikit. Rasa bangge terbit bila ada yg ‘hmm betul tu’ dengan pandangan aku. HOHOHOHOHO. Kesudahannya, habis rehat kitorang sambung main balik. Aku dah x sanggup nak sembang2 lagi. Rasa belum layak nak duduk sembang dengan pakcik2 ni.


Ini situasi lain. Dekat tempat tinggal aku. Dulu masa kecik2, comel molek je. Perangai pun cam agak ok, walaupun nakal sikit2. Ala biasa la budak. Ni bila dah besar, sorang2 dah hisap rokok. Walhal baru masuk sekolah menengah. Agaknya mak bapak korang tau x ek. Korang tahu x, rokok itu mahal? MAHAL? Haish x tahu nak cakap la. Tapi aku rasa bukan apa, ini x lain mesti sebab pengaruh kawan. Aku percaya sangat. Tengok la dekat sekolah, dengan siapa korang berkawan? Eh eh nanti dulu. Kenapa aku sibuk sangat ni? Diorang hisap rokok pakai duit aku ker? Aku pernah kena sound macam tu. Entahlah, x tahu nak kata pasal budak2 sekarang.


Siang tadi kitorang pergi gambang waterpark. Xpelah, dalam post lagi satu nanti aku ceritakan.


Penulis: Entah kenapa semenjak dua, tiga hari ni mak aku asyik cakap pasal kahwin je. =.=


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Ahad, 26/12/10, 3.58AM

Thursday, December 23, 2010

Badminton

Kali ni aku ingin bercakap mengenai badminton. Oops maafkan saya. Menulis mengenai badminton. Ya, hobi aku ialah berbadminton. Aku ingat lagi masa kecik2 dulu, aku main badminton, pakai selipar masa umur enam tahun. Sebab apa aku main pakai selipar? Sebab nak tunjuk kesian kat ayah aku supaya dia belikan badminton untuk aku. Tapi itulah. Semuanya sebab ada dewan badminton kat kawasan perumahan aku. So bebas untuk main pada bila2 masa.


Syaratnya. Bukan untuk budak2 kecik. Fuh. Sadis. Dulu masa kecik2. Puas kitorang kena halau dari dewan. Alasannya? Budak2 x boleh main kat dewan. Padahal kitorang dah pakai kasut lengkap semua stoking ada. Orang yg bertanggungjawab jaga dewan tu, pakcik Mohd Nor nama diberi. Kitorang panggil dia Mohd Nor Rimau. Sebab dia besar dan garang. Macam2 inisiatif kitorang cuba untuk main dalam dewan tu. Antaranya, curi2 masuk ikut pintu tepi. Dulu badan kecik2, x macam sekarang yg dah macam bapak orang, so senang je la nak masuk ikut celah2 tu. Bila dah dapat masuk tu, puas x terkata. Hepi x terungkap. Masalahnya. Setiap kali main, kalau terdengar bunyi motor, cepat2 intai ikut pintu. Takut kalau cik MNR datang. Risau kena hambat.


Tapi, pepatah ada mengatakan, ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga,’ tapi kitorang x sempat jatuh ke tanah lagi, masih sempat bergayut di dahan pokok yg agak rendang. Sebabnya ada satu hari ni, tengah syok leka main, tiba2 dah dengar bunyi motor kat pintu depan dewan. Masing2 dah cuak. Laju kitorang rush kat tempat kitorang masuk tuh. Nasib baik semua sempat keluar. Then masing2 lari macam x cukup tanah balik rumah. Tapi masa tu kitorang x sedar lagi, lampu dewan terlupa nak tutup. Lampu ketiga-tiga court. Banyak x banyak. xD terkantoi jugak rupanya. Tapi, walaupun terkantoi cik MNR xde bukti forensik nak kata kitorang yg main dalam dewan tu. Sebab itulah kitorang ni tupai2 yg pandai melompat. Wakakakaka.


Dan ni yg paling latest, tahun lepas. kitorang semua team daerah training untuk kejohanan MSS Terengganu. Tempoh masa, seminggu. Memang keras gila latihan. Pagi dan petang setiap hari. Then bila dah pergi lawan, semua kalah 2nd round. Hahahaha. Dalam hati, ‘training kuat2, main 2nd round je,’ tapi biarlah, asal badan kita sihat sudah. Budak2 yg masuk final tuh, diorang memang dah ada coach dari kecik lagi. Sepanjang persekolahan diorang training. Kiranya budak projek la. Kitorang? Nak main pun kena curi2 masuk dewan. Puui. Haha. Apapun, bersyukur la sebab diberi peluang macam tuh. X semua orang merasa apa yg kita rasa. Dan kita juga x merasa apa yg orang rasa. Akhir sekali, apa khabar cik MNR skang? Hehe.


p/s: buat perkara yg paling kita enjoy.


Yang Benar,

Shafiq Izwan

2010

Saturday, December 18, 2010

zzzzzzz

Whoa. Dah lebih dua minggu cuti. Entah kenapa. Aku rasa cuti kali ni macam lama. Selalu kalau dah dua tiga minggu cuti, selalu aku terpikir, “ah, sekejap je dah dua minggu. X sedar pun,” tapi kali ni aku sedar. Hehe. Sebab.. Entah la. Macam mana nak cakap. Aku rasa lama. Tak rasa sekejap pun. Pelik bagi aku. Tapi bagus la. Boleh aku merasa stay kat rumah lama2. Dengan kawan2. Ah biarlah. Lagipun, siapa kisah?


Rutin harian? Aku rasa setiap hari lebih kurang sama. Jogging, main game, main badminton, main futsal, makan, tido, menghadap computer, dan sembahyang la semestinya. Kalau kat kolej. Rutin harian aku lebih banyak menghadap laptop. Serious aku cakap, entah macam mana hidup aku kalau xde laptop kat sana. Nak buat kerja pun susah. Bersyukur la shafiq.


Aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang. Pernah satu ketika dulu, aku mintak macam2 dengan parents aku. Then mak aku pun kata, bersyukurlah dengan apa yg kita ada, sebab x semua orang ada apa yg kita ada. Mungkin dulu masa kecik2, payah untuk aku tafsirkan kata2 tersebut. Tapi bila dah meningkat dewasa ni (dewasa ker?), faham jugak la aku serba sedikit. Mungkin kalau kita x bersyukur, tuhan akan tarik balik nikmat yg Dia bagi kan.


Senang kata. Kalau kita nak kan sesuatu benda tu sangat, apa kata kita usaha sendiri? Kita sabar, kita tunggu, kita usaha. Baru betul. Di situ, kurang2 kita dah usaha sendiri. Iya. Kadang2 usaha tu banyak kepayahannya. Contoh, “macam mana aku nak buat ni?” “berapa lama?” “argh x tahan aku,” hah dari situ aku rasakan, kepayahan tu ada manisnya. Kepayahan buat kita berfikir, buat hidup kita sempurna.


Cop. Kenapa malam ni aku dah macam pakar motivasi? Cuba tampar pipi skit. Piaap!! Argh sakit. Aku x bermimpi rupanya. Entahlah. Ada idea. Aku tulis je. Saat aku menulis post ni, pukul 1.43 a.m, hujan renyai2, tengah sejuk. Syok dengar bunyi hujan. Btw. Minggu depan, saudara aku nak datang lagi. Kali ni ramai sikit kut. Eloklah, cuti ni diorang datang Terengganu dulu, cuti akan datang aku terbang ke JB plak. Whoah terbang konon. So rasanya sampai sini dulu la kut. Selamat malam!


p/s: tengah pikir azam tahun depan. Tahun ni dah lunas ke? Or dah lupe?


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Friday, December 17, 2010

Terima Kasih Sudi Baca

So johorian, welcome to Terengganu! Haha. Ucapan ini ditujukan khas kepada saudara2 aku yg datang melawat kami sekeluarga di kemaman ini. Atuk, opah, cik joe dan cik roha sefamily, selamat datang ke Terengganu. Ces, cara aku tulis macam diorang tak pernah datang sini je. -.-


Sempat la kitorang melawat mini zoo di kemaman ini yg mana cik joe sempat bertanya, “hah izwan berapa ekor binatang dalam zoo nie?” seriously. Aku pernah pergi sekali je, dan tak pernah pusing habis pun mini zoo tu. Yang kitorang pergi semalam. Ada la aku nampak encik ostrich sekeluarga, encik ͦhuk huk ak ak sekeluarga, encik ular, encik burung merak, encik buaya, pendekar kura-kura, ikan naga tasik chini. Hah da berapa kat situ? Setakat tu je la kut yg kitorang pusing. X sempat nak pusing habis sebab hari dah petang. Hari mau hujan.


Satu yang aku perhati. Satu yang aku simpati bila pergi zoo ni. Agak kasihan melihatkan encik2 haiwan semua. Ada yang terikat, ada yang tersumbat. Macam encik ikan naga. Badan punyalah sebesar2 tidak, terpaksa stay dalam akuarium yg agak besar sikit je dari dia. Bila beliau pusing sebelah sana je, beliau Nampak kawan beliau. bila kawan beliau Nampak beliau je, beliau pusing sebelah sana. Encik ostrich pulak. Kalau aku jadi beliau, memang bohsan tahap %#$@^#%. Yelah. Kawasan yg didiami tak sebesar mana. Pergi hujung sana pun, masih Nampak pasangan beliau yg di hujung sini. Bukan apa. Kesian. Mujur Allah cipta mereka dengan takde akal. Kalau ada agaknya. Mahu saja encik ostrich mogok beramai2, minta dilepaskan. Mogok x mau makan ke contohnya. Encik ikan naga pulak, mungkin akan mogok lapar jugak. Biar badan beliau kurus. Kalau beliau kurus, sure xde siapa yg mahu tengok beliau. tapi, dah namanya zoo. Takkan nak biarkan mereka semua lepas macam tu je kan? Hai kalau encik rimau tak diletakkan dalam kandang, agaknya kenyang mereka makan encik manusia pulak.


Kesimpulannya aku rasa. Kita dah elok manusia yg bebas kan? Jangan la jadi perangai macam encik haiwan pulak. Contoh manusia perangai ala2 encik haiwan ni sangat jelas sekarang. Aku ambil satu contoh ni je la. Nak ambil contoh banyak2 pun aku x terpikir sebab kepala tengah serabut. contohnya kes buang bayi. Woot woot dah start. Latest ni kalau x silap, 2,3,4 hari lepas kut. Ada sorang kaki pancing ni, masa beliau nak undurkan kereta ke hapa macam mana aku tak ingat, tayarnya tersangkut. Pada mulanya beliau ingatkan sampah, rupa2nya mayat bayi yg cukup sifat tersangkut di tayar kereta beliau. lantas beliau membuat laporan polis sambil menangis teresak2. Ini betul punya. Dalam METRO. Maybe kita yg membaca ni x terasa mana kan, tapi kalau kita sendiri yg lalui perkara macam tu, agaknya kita sendiri pun boleh menangis. Contoh ni la yg sangat jelas. Agak2 la mau buang anak pun. Buang la kat balai polis ke, rumah JKM ke, ok la sikit kut? At least kalau anda buang kat balai polis, anda x payah risau nak cari rumah tetap lagi dah. Polis dah sediakan. Pagar besi padu. Makan minum free. Baju semua tak payah beli. Jimat sudah duit anda di situ. Yg paling best, kawasan rumah anda siap ada security guard lagi. Kalau anda x mau rumah free pun, anda bagilah anak anda tu kepada mana2 keluarga. Jangan la buang mereka ke tempat yg x sepatutnya. Aku bukan nak tunjuk bagus, tapi ini sekadar luahan hati seorang manusia yg sangat sakit hati dengan benda2 macam ni. Ingatlah si pembuang bayi, anda dulu x pernah jadi bayi ker? Atau anda lahir2 sudah berjanggut bermisai berambut panjang boleh bercakap segala bagai?


Hah. Cukuplah syarahan dan karutan untuk hari ni. Memula ingat nak tulis pendek je. X tersangka jadi panjang pulak. Btw. Seronok betul melayan SUPERNATURAL dan LEVERAGE. Yaaww. X dapat tengok kat tv. Ulangan pun jadi la. Even yg belum keluar kat tv pun aku dah tengok. Lagi. Movie hantu kak limah balik rumah dah keluar kan? Jom layan. Cerita melayu ni best sebenarnya. Cuma kadang2 pemikiran kita yg terlalu kagum dengan filem barat sampai filem kita sendiri kita ketepikan. X percaya? Contohnya macam cerita JPBC, JPBC2, ngangkung, dan terbaru, tu la, yg hantu kak limah. Cop. X bermaksud aku x suka movie barat, Cuma aku rasa kita sebagai rakyat Malaysia sendiri, kena la sokong jugak sikit2 kan filem melayu kita. Kalau bukan kita yg sokong, siapa lagi? Yg paling aku x boleh blah, ada satu quote ni, dalam filem JPBC2, yg berbunyi, “bila hati dah melekat, taik kucing pon rasa coklat” diucapkan oleh Wak Ketari kut kalau x silap. HAHAHAHAHAHA! @$%#$@! Tengok kreatif x kreatif orang kita. Setiap kali aku teringat quote ni, mesti nak tergelak punya. Macam mana taik kucing boleh jadi rasa coklat. Memang la warna coklat, tapi xkan la still rasa coklat jugak? Ah sudah cakap pasal tahi pula tuan hamba.


Akhir kata. Gunakan masa cuti yg ada dengan betul. Cuti kalau U aku punya lagi 2 minggu je tinggal. Dan berita baik akhirnya. Aku x kena repeat. Syukur alhamdullillah. Bersedialah anda semua, berperang untuk 4f pada semester yg akan datang ni! Yaaaarrggghh!!

ͦ

huk huk ak ak = monyet, kera


Yang Benar,

Shafiq Izwan

Sunday, December 12, 2010

Oh, Zaharah!

-Dipetik daripada majalah APO? Isu 285, keluaran 15 Nov 2010 –


Kelibat seorang wanita berbaju kurung kuning yang mundar-mundir di dalam sebuah kedai runcit kecil menarik perhatian seorang lelaki iaitu tuan punya kedai runcit kedai itu. Sesekali mata tuan kedai itu melirik tubuh wanita itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Ada senyum nakal yang terbit dari bibirnya.


Lelaki itu menopangkan dagu sambil bebola matanya tertancap tanpa sedikitpun berkalih. Lenggang wanita itu yang berjalan dari rak sayuran hingga ke peti sejuk besar tersimpan air minuman pelbagai jenama membuatkan dirinya tidak senang duduk. Tatkala wajah wanita itu disimbahi cahaya pagi dari luar kedai, keayuan wajahnya jelas terserlah.


Wanita itu mundar-mandir lagi. Berbekalkan bakul kecil yang dimuatkan dengan barangan dapur, kain baju kurungnya terlenggok dikibar hayunan langkah. Lelaki itu memerhatikan pula rambut wanita itu. Halus dan beralun lembut. Panjangnya melebihi bahu. Indah benar rupanya bila dikibarkan ke kiri dan ke kanan.


“Banyak beli barang hari ni, Zaharah?” Tanya lelaki itu seperti sengaja memulakan langkah untuk berbicara.


“Tak adalah, bang. Beli untul buat masak tengah hari je,” balas wanita yang bernama Zaharah itu dengan senyuman melirik.


“Berapa semua ni bang?”


“Semua sekali baru dua puluh ringgit. Tapi kalau Zaharah bayar kemudian pun tak apa. Abang tak kisah pasal Zaharah hari ni wangi sangat!” ujar lelaki itu seraya mengenyitkan sebelah matanya pada Zaharah.


Zaharah senyum lagi. Membuatkan jiwa lelaki itu luntur. Tanpa berkata apa-apa, Zaharah meninggalkan kedai itu tanpa membayar harga barangan yang telah diambil olehnya tadi. Lenggangnya diperhatikan dengan ketat oleh tuan punya kedai itu yang mula mengetap bibir. Geram sungguh dia pada Zaharah.


“Amboi, orang tua merenyam ni! Tengok perempuan macam nak makan! Saya yang berdiri dekat belakang ni langsung tak perasan ya?” tegur isteri lelaki itu dari belakang secara tiba-tiba.


“Saya tengok je, bukannya peluk. Itupun salah? Lagipun awak tu pakai cantik-cantik masa nak pergi kenduri je. Bila depan saya, awak menyamar jadi gorilla gunung. Bila saya pandang perempuan lain, tahu pula awak marah!” balas lelaki itu sambil berusaha untuk mengerling pada tubuh Zaharah yang kian jauh meninggalkan kedai itu.


Langkah Zaharah seterusnya menuju ke jalan besar. Kali ini kelibatnya menggoyangkan pinggul ke kiri dan ke kanan diperhatikan pula oleh para isteri yang sedang sibuk berbual mengenai masalah rumahtangga jiran-jiran setempat di bawah pokok mempelam berhampiran dengan jalan besar itu.


Zaharah sedikit risau. Sejak dari dulu lagi kehadirannya tidak disenangi oleh wanita-wanita bersuami di dalam kampung itu. Entah apa silapnya, mereka semua membenci diri Zaharah. Berlainan pula dengan suami mereka yang menyenangi dirinya. Malah boleh dikatakan terlalu senang sekali merapati dirinya.


“Orang kalau dah tak sedar diri, macam tu lah! Konon cantiklah tu! Menyampah pulak aku tengok!”


“Kau menyampah? Aku ni rasa macam nak humban dia dalam tong sampah adalah! Tak tahu malu. Mak bapaknya tak pernah mengajar dia agaknya.”


Zaharah panas telinga. Kalau diikutkan perasaan, mahu saja dia memaki hamun mereka-mereka yang bermulut celupar itu. Tetapi Zaharah sedar, seorang perempuan sepertinya akan sentiasa menjadi buah mulut orang. Zaharah cuma mengandaikan bahawa mereka semua cemburu bila suami-suami mereka beralih perhatian pada dirinya.


Zaharah meneruskan langkahnya. Dia tidak mempedulikan wanita-wanita itu biarpun suara-suara sumbang kedengaran terus-menerus mengutuk dirinya dari belakang. Hatinya sedikit tercalar. Tanpa sedar, ada airmata yang mula turun ke pipi.


Zaharah cepat-cepat mengelapnya dengan hujung lengan baju kurung yang sedang dipakai olehnya. Perasaannya yang sedikit berkecamuk membuatkan dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. Sekumpulan anak-anak muda kampung bermotosikal mula berbisik-bisik sesama mereka sebelum bingkas bangun menghidupkan enjin motosikal.


Deruman enjin motosikal yang dinaiki oleh anak-anak muda kampung itu tadi kian menghampiri Zaharah dari arah belakang. Sebaik sahaja tiba di sebelah Zaharah, dua tiga orang daripadanya mula mengurat dengan bersiul-siul nakal. Zaharah agak rimas namun dia tetap melangkah tanpa mempedulikan mereka dengan harapan agar mereka semua segera pergi jauh dari situ.


“Hai Zaharah! Lawa baju? Nak ke mana ni? Marilah abang tumpangkan!” tegur salah seorang daripada mereka pada Zaharah.


“Tak apalah! Zaharah boleh jalan sendiri. Terima kasih jelah abang-abang semua,” balas Zaharah sambil tersenyum tawar.


Sebuah motosikal yang ditunggangi oleh salah seorang daripada kumpulan itu berhenti betul-betul di hadapan Zaharah. Dua daripadanya berhenti di kiri dan kanan manakala sebuah lagi di belakang. Zaharah kini terkepung. Dia mula berasa takut. Risau diapa-apakan.


“Janganlah macam tu, sayang! Mari sini dekat kami. Dah pakai cantik-cantik macam ni, kenalah hiburkan kami. Tak begitu, kawan-kawan?” ujar seorang lelaki seraya disambut dengan gelak tawa oleh yang lain.


Zaharah mula bimbang bila lelaki di sebelahnya menarik tangannya. Puas Zaharah cuba meleraikan genggaman tangan lelaki itu namun dia tidak berdaya. Kemuncak adegan itu berlaku apabila lelaki di sebelah belakangnya cuba untuk memeluk dirinya manakala lelaki yang berada di depannya bertindak biadap dengan merangkul pinggangnya. Zaharah menjerit semahu-mahunya. Membuatkan lelaki-lelaki itu cuak lalu segera meninggalkan dirinya yang terduduk di atas jalan.


“Lain kali kalau kami nampak engkau lagi, nahas engkau kami kerjakan!”


“Tak sedar diri punya manusia! Pergi balik cermin muka tu elok-eloklah oi!”


Zaharah yang sedang menangis teresak-esak hanya mendengar kata-kata dari kumpulan lelaki itu yang semakin jauh meninggalkan dirinya. Tanbah pula melihatkan telur-telur ayam di dalam bakul yang baru dibelinya dari kedai runcit habis pecah kesemuanya akibat terlepas pegang ketika diganggu sebentar tadi.


Zaharah bingkas bangun sambil mengibas-ngibaskan baju dan kainnya dengan tangan. Dengan esakan yang masih belum reda, Zaharah berlari dengan sebelah tangannya menjinjit bakul dan sebelah lagi menekup mulut. Semakin hampir dia untuk tiba ke rumah, semakin tangisannya kian lebat.


“Hah, kenapa dengan engkau ni? Menangis-nangis macam ni rupa! Nak kata putus tunang, tak ada pulak orang yang pernah datang meminang!” soal Lawiyah tatkala melihat Zaharah masuk ke dalam rumah dan menyembamkan tubuhnya ke atas kerusi panjang.


“Diorang semua kacau Zaharah, mak! Diorang tak senang bila tengok Zaharah senang. Bila Zaharah tak layan, diorang kutuk-kutuk Zaharah! Diorang kata Zaharah tak sedar dirilah, suruh cermin mukalah. Zaharah bukannya kacau diorang! Kenapa diorang buat Zaharah macam ni?” luah Zaharah diiringi esakan yang sedikit membantutkan percakapannya.


“Sebab engkau tu memang tak sedar diri! Kau ingat elok sangat ke pakai baju kurung siap bersolek macam ni? Ikutkan hati, aku ikat kau dekat padang tembak! Lepas tu aku sendiri yang tembak kau, tahu tak! Sedarlah sikit diri kau tu, Zahari!” celah suami Lawiyah yang juga merupakan ayah kandung Zaharah dari dalam bilik.


Lawiyah tak terkata apa-apa. Dia hanya mampu memerhatikan anak lelaki tunggalnya itu membetulkan kain baju kurung yang sedikit terselak sambil memeluk patung beruang kesayangannya.

Friday, December 10, 2010

apa anda akan buat

apa yang anda akan buat kalau anda rasa down, lemah semangat, geram?

ouh aku sangat-sangat kekurangan motivasi sekarang..

uurgghh..

sebab, aku kena repeat paper..

subjek yang payah pulak tuh..

agaknya ini la kut yang dikatakan balasan..

tapi siapa yang tahu..

ya Allahh..

tabahkanlah hati ini menempuh dugaanMu..

Monday, December 6, 2010

Kagum

baru ni, ada member sekelas aku dulu dapat 4f pointer matrik. antara kami lima sekawan, dia sorang yang masuk matrik. yang lain semua masuk U, kolej. jujurnya, aku kagum gila. kagum sangat. jelez pun ada. itu sudah semestinya. tak sangka dia boleh result macam tu. entahla. tak dapat nak digambarkan perasaan kagum aku ni. bangga rasanya kawan lama aku sendiri dapat result yang gempak macam tu. semoga kau terus cemerlang untuk sem 2 ni, mana la tau kalau dapat fly kan. fuuuuh.

berbalik kepada perasaan jeles. aku memang jeles sangat. tapi takdelah sampai nak pi jumpa tok moh suruh jampi vodoo kan dia semua tu. aku nak jugak 4f. kurang2 pun 3.5 ker. tapi boleh ker? dulu time nak SPM selalu je terngiang2, "boleh ker?" "mampu ker?" tapi aku rasa aku dah sedar sekarang. takde yang mustahil kan? kita manusia. ada azam, keinginan, semangat dan apa entah lagi. cuma aku rasa motivasi kita kurang. sebab apa kita belajar? sebab apa nak dapat 4f? aku tak tahu sebab apa. yang aku tahu aku nak jugak merasa 4f, kurang2 pun 3.5. seriously, bila aku dapat tahu yg member aku ni dapat 4f, aku rasa teruja, semangat sangat. tak sabar nak tunggu sem baru start. BAGI AKU, dia dah buktikan semua orang boleh dapat apa yg mereka nak, tak kira lelaki perempuan, pandai tak pandai, asalkan ada semangat dan usaha. dialah motivator aku. aku bersyukur sebab diberi peluang sambung belajar, diberi peluang membelek buku lagi, diberi peluang memperbaiki diri aku sendiri. cuma yg aku harap sangat2, semangat ni tak hangat2 taik ayam. itu yg paling aku takut. tapi insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa semangat tu bukan sekadar hangat2 taik ayam. *yelah kau =.=*

so buat masa sekarang, aktiviti kat rumah tak banyak beza setiap hari. nak kerja, kat sini takde tempat yg nak pakai part time. bermaksud lama lagilah aku nak merasa slr. btw, ramai orang lama kat kaw. perumahan aku ni dah pindah. contohnya macam yg aku mention dalam post sebelum ni, cik syidah, dah pindah keluar. terkilan rasa, masa dia pindah x sempat nak jumpa, x sempat nak tolong angkat barang, sebab masa tu aku kat KL lagi. cik mokhtar pun dah pindah. mereka2 ini antara orang yg pertama mendiami kaw. perumahan ni. tapi itu lumrah. pertemuan mesti dilengkapkan dengan perpisahan. nak2 lagi kalau dah jadi polis, memang selalu kena pindah2 la jawabnya. aku? harap tidak.

akhir kata, kita tak akan dapat bayangkan perkara yg mampu kita buat kalau kita betul2 nak kan sesuatu benda tersebut.

p/s: sakit memang sakit.

Yang Benar,
Shafiq Izwan
2010

Wednesday, December 1, 2010

penat, boring, lenguh

alhamdulillah. penulis selamat sampai di rumah pada pukul 4.30 petang, setelah 4 jam setengah bertenggek di atas motor. entah mengapa, perjalanan kali ni dirasakan lebih penat dari yg sebelumnya. agaknya mungkin sebab tak cukup tidur. ah ye lah tu.

di sini, suka ingin penulis berkongsi satu perkara; tips untuk menghilangkan penat, boring, lenguh, sakit sendi khususnya untuk mereka yg selalu menempuhi perjalanan jauh, terutamanya penunggang motosikal, sebagaimana yang dialami oleh penulis sendiri:


1. bercakap dengan diri anda sendiri
- dengan bahasa mudahnya, cakap sensorang. ya, cakaplah mengenai apa shj yang terlintas. misalnya, anda boleh berpidato dengan diri anda sendiri. andalah kerajaan pusat, anda jugalah pembangkang. selain itu, anda juga boleh berpidato, bersyair, berpantun dan bermacam-macam lagi.

2. menyanyi
- serlahkan bakat anda dalam bidang nyanyian. nyanyilah lagu apa shj. menyanyi dengan kuat satu kelebihan. terbukti kepada diri penulis sendiri, menyanyi dapat menghilangkan kebosanan sepanjang lebih kurang 4 jam setengah perjalanan. lagu2 yang dinyanyikan hendaklah menepati cita rasa si penyanyi dan disertai dengan mood yg baik, kalau tidak, ianya akan menambahkan lagi kebosanan kesakitan punggung, juga turunnya hujan sebagai satu bonus.

3. membunyikan hon kepada penunggang yg lain
- jangan takut untuk membunyikan hon kepada penunggang lain. tapi hendaklah dengan cara yg sopan. contohnya, hon sambil mengangkatkan tangan anda. dengan cara itu, secara tidak langsung kita telah menunjukkan bahawa kita sama2 mengalami kepayahan menempuh perjalanan jauh dan kelenguhan, khususnya di bahagian punggung. bak kata pepatah, yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing. dia sakit, kita juga sakit. pokok pangkalnya, hon dengan cara yang sopan. bukannya hon macam nampak hantu. siapa tak marah.

senang kata, anda hendaklah mempunyai keberanian untuk melakukan perkara2 di atas. siapa tahu, bakat pidato, berpantun, menyanyi anda mungkin terserlah? tebalkanlah sedikit muka, kerana jikalau ada pengguna jalan raya lain yg notice dengan riak muka anda yang berkumat kamit(jikalau anda memakai helmet bervisor lutsinar spt penulis), mereka bukannya kenal akan anda pun. buat derk sudah. mereka yang betul2 memahami akan sama2 mendoakan kita, bahkan mungkin ada juga yang turut serta melakukan perkara di atas. tidak salah bukan?

akhir kata, itu hanyalah cadangan dan tips yang penulis rasakan dapat membantu sedikit sebanyak penunggang2 motosikal yang menempuhi perjalanan jauh. sekiranya ada yg tidak berkenan di hati, ampun dipinta dan harap dapat menegur kesilapan penulis. selamat bercuti.


Yang Benar,
Shafiq Izwan


p/s: fuuuuuhh.

Monday, November 29, 2010

sekali anda buat baik selamanya orang akan ingat

Syukur. alhamdulillah. puas. lega. bebas. ha apa lagi? amboi. padahal baru lepas habis final exam sem 1 je pun. cara meluahkan perasaan macam dah graduate segala bagai. tapi jujur. itu la aku rasa bila dah habis jawab last paper semalam. rasa tanggungan, bebanan nak study terlepas seketika. lepas ni boleh main game, boleh tengok movie, boleh keluar jenjalan, tanpa rasa "alamak wei, aku tak study lagi nie". hmmph. lepas tu bila result dah nak keluar, mula la menggelabah.

hari terakhir peperiksaan kami diraikan dengan begitu meriah sekali pada malamnya. entah angin apamanasiapabagaimana timbul, seorang manusia berbaju biru berseluar hitam berambut pendek seperti dalam gambar sudi untuk belanja kitorang makan. check it out.

saranghe

is & kiddo, menanti makanan

rezeki jangan ditolak

juz teh tarik special

terima kasih kepada mamat tersebut, dinie nama diberi. pada mulanya, kitorang agak ragu2. then dia kata, takpelah, order la nak makan apa pun. so kitorang, fine. order la. sorang2 makan sedap2. siap tanya, kak menu special kat sini apa? hah nak sangat. masa tengah tunggu order sampai. dapat diperhatikan bahawa si pembelanja ni senyap je. tak macam kitorang, banyak cakap. tapi beliau memang senyap. aih sudah. ke beliau sendiri risau duit tak cukup? jangan2 lepas makan beliau blah senyap2. mwahahaha. kitorang tanya, apasal senyap saja. beliau kool, siap kata nak order apa, order je la. waah betul bermurah hati beliau malam itu. orang kata rezeki jangan ditolak kan? lepas habis makan, kitorang pun bertolak balik. jutaan terima kasih kepada beliau.

ekceli. aku risau nak balik rumah. sebab apa? sebab balik raya haji seminggu arituh aku naik 5kg. almaklum la dah lama tak balik rumah. woooh. =,='
tapi tak kisah la. aku tetap nak balik rumah. makan minum boleh dikawal. itu yang aku selalu cakap kat diri aku masa kat rumah, tapi jadi lain juga. haha.

ouh lupa. selamat pengantin baru kepada sepupu aku, yang aku panggil beliau sbg kak long. beliau kahwin sabtu lepas, yang mana aku tak boleh nak datang sebab aku ada exam petang tuh. maaf ye tak dapat datang. semoga kekal ke anak cucu ye kak long. doakan saya pulak tau. hehe.

so apa plan bulan 12 ni? aku pun tak tahu. masih tak merancang. ingat nak rehat, lepak puas2. tapi kalau macam tu, duit tak masuk la jawabnya. haih kan baguih kalau ada duit jatuh dari langit. ha merepek sakan. so sekarang, still tunggu parents aku datang sini, sebab diorang ada kat segamat sekarang. nak balik kemaman awal2 pun, bukan ada sape.

so itu la rasanya setakat ni. btw, selamat bercuti. gunakan masa dengan sebaik mungkin. at least itu yang akan aku cuba buat untuk cuti ni. dan ingat la, sekali anda buat baik, insyaallah selamanya orang akan ingat.


yang benar,
Shafiq Izwan

Friday, November 26, 2010




walaupun rambut sama, tapi hati lain-lain.

Monday, November 22, 2010

Ya Allah, tabahkanlah hati dan jiwa kami untuk menempuh ujianMu. Amin.

Tuesday, November 16, 2010

di mana kan ku cari ganti


*aku tulis straight apa yang ada kat otak nie*

apa yang aku nak tulis sebenarnya nie? aku pun x tahu. sebab aku agak boring sekarang ni. aku plan nak tulis apa saja yang terlintas kat otak aku. ekceli aku tengah bukak blog someone ni, tah sapa aku pun tak kenal. ada lagu jiwang. macam best. layan saja. haha. orang pompuan memang suka lagu jiwang2 ka?

lagi apa? ouh. ingatkan balik rumah seminggu ni dapat jimat duit sikit2. duit belanja makan dah save. tapi bila dah baiki motor, pasang tali raket, betulkan kasut, haih. agak melayang duit. terjejas angan2 nak beli dslr. lagi. apa cerita KSJ sekarang? dengar ada yang raya haji kat sana. macam mana agaknya tuh?

raya haji kat sini. macam biasa kut. tak seseronok masa kecik2 dulu. ya itu sudah pasti. dulu, ramai2 pergi sembahyang raya, habis sembahyang kita pergi tengok encik lembu, kesian beliau nak kena sembelih. ada yang pakai baju merah, kononnya nak tarik perhatian beliau. ada jugak encik lembu yang tak boleh menerima hakikat. contohnya, dah kena ikat pun, sibuk nak sondol2 orang. tak kurang juga ada yang redha, beliau kool, beliau kata dalam hati, buat apa nak marah2, time nak dijemput illahi ni kena banyak sabar. lepas tu lagi, kau raya rumah aku, aku raya rumah kau. wah mak kau masak sedap. mak aku pun masak sedap. ada yang tak malu mintak duit raya. almaklum la budak2. kemudian, ramai2 kita pergi raya rumah sebiji2, macam raya aidilfitri. tengok, lagi muka tak malu. dulu walaupun dapat Rm0.20, RM0.50, cukup besar la tuh. RM0.50 dah boleh dapat lima batang aiskrim kat rumah cik syidah. dan cik syidah masih jual aiskrim dia sampai sekarang. (:

lagi... aku teringat masa maulud nabi masa darjah berapa tah. masa tu kat kampung. dan kebetulan saudara aku ajak pergi berarak kat beliau punya sekolah
agama. dengan tak dapat kertas selawat, aku hanya baca apa yang aku ingat. yang paling sedih sekali, sorang pun aku tak kenal kat situ. memang rasa isolated gile. kalau maulud nabi kat tempat aku sendiri, kalau tak ingat selawat, boleh jugak sembang2 dengan member ke. hehe. yang sedap, dulu kalau kelas fardhu ain aku buat perarakan kat kawasan perumahan polis marin nie, bila pusing setiap blok je, mesti sorang2 bunyi, "weh dah nak round rumah aku ni, cepat lambai tangan," hape kejadah. hahaha. cop2. apehal pasal maulud nabi pulak ni? ah biarkan aja. kata mau tulis straight apa yang terlintas.

lagi lagi... ada member aku ni, tetiba jadi 'gong'. dua tiga hari lepas aku tanya beliau bila balik kemaman, kata beliau tak tahu lagi. so fine la. lepas tu dia tanya kenapa aku tanya beliau. aku tak reply sms beliau, malas nak menaip. kemudian beliau siap call lagi, boleh2 tanya kenapa aku tanya beliau bila nak balik. rupanya. beliau dah ada kat kemaman dari dua minggu lepas. hah rasa bersalah ke bang? rilek la. aku juz plan nak ajak ramai2 keluar melawat mesra mall je, bukan nak pinjam duit ajak main cs ke apa. moralnya aku rasa, tak payah la nak kelentong2.

lagi lagi lagi... ouh ya. petang tadi aku sempat melawat menziarah tempat kerja aku dulu. wah sudah ada dua pekerja baru. dan kedua2nya juga perempuan. nasib aku baik, orang yang tak pernah aku jumpa selama aku melawat kedai tu, kak nani kebetulan tengah kerja. selalu kalau aku melawat situ, kak nani mesti takde. alhamdulillah sihat beliau. kak nani dulu antara yang gila2, aku ingat dulu time aku satu shift dengan beliau, dari mula sampai habis kerja gelak2. tapi sayang, masa dah nak dekat2 berhenti kerja tu, ada sikit salah faham antara kitorang. tapi masa tegur tadi, nasib baik beliau baik dengan aku. saya minta maap kak nani, dulu tu salah saya.

pasal sorang lagi, din. aku ingat lagi time kita kerja shift malam. kitorang berkenan sangat mainan yang dalam telur yang kena letak duit RM0.50 tu. tunggu punya tunggu, jam pukul 3 pagi. ah orang memang takde. apa lagi, tong telur tu kitorang angkat, goncang2, biar telur yang kitorang nak tu jatuh kat bawah sekali. cop bukan telur, kapsul ye. maaf. sesudahnya, macam2 barang kitorang dapat. perakam suara yang berfungsi untuk dua minit lepas tu rosak, sarung tangan naruto, dan banyak lagi.

memang macho ah sarung tangan nie.

langsung balik kerja, pergi kerja, aku pakai sarung tangan ni. hah aku peduli apa orang nak kata. orang bukan kenal aku pun. hoyeaah. harap sangat cuti sem nanti dapat kerja kat situ. insyaallah. amin.

akhir kata, setiap pertemuan, ada perpisahan, kan kan? cewaah. so senang kata. setiap detik, setiap saat, jadikan la ia dengan penuh bermakna. ambik gambar banyak2, best untuk diimbau balik pada usia2 emas nanti. ya itu dia saranan daripada Dato' Dr Sengal Ubi. sekian wassalam.



Yang Benar,
Shafiq Izwan

Wednesday, November 10, 2010

minggu depan pulak

akhirnya. exam terakhir untuk minggu ni habis suda tepat jam 4.30 petang tadi. satu kelegaan dirasai, tapi bila pergi tengok carry mark titas sebentar tadi terus terdiam aku. =.=
em. benda yang lepas tu biarlah. salah aku sendiri jugak. berani buat berani tanggung.

semalam, aku dan Dinie pergi mengembara ke butik sukan di petaling street. dari pemerhatian kami, sungguh banyak butik nike dan adidas di situ. sambil jalan2 kitorang tanya harga. agresif amat peniaga butik2 sukan di petaling street. kalau boleh nak paksa kita beli. contohnya macam satu butik ni, aku tanya harga dan dia beritahu harga sweater tersebut RM65. kemudian aku bertanyakan sweater yang lain, still harganya lebih kurang sama. agaknya sebab kurang puas hati sebab aku banyak kali tanya harga (padahal aku tanya 2 kali jer), dia pun sound.

penjual butik sukan : lu mau beli ke tak mau?
pembeli yg x bersalah : nanti la, saya survey2 dlu.
penjual butik sukan : lagi sekali saya tanya, lu mau beli ke tidak?!
pembeli yg x bersalah : erk. tak mau..
penjual butik sukan : kalau lu tak mau beli lu boleh bla. kalau lu mau beli baru lu tanya.

hati siapa tak panas. ditanya elok2, dijawab kasar2. harap la tempat tu tempat kau. malas nak layan, dengan hati yang panasnya pengembaraan diteruskan. boleh dikatakan, semua butik berperangai macam cina dalam dialog tu. cuma kali ini, diorang agak sopan, but still memaksa. then, pengembaraan terhenti lagi di satu butik. cina perempuan penjaganya. kali ini harga tersebut berharga RM85, lagi mahal. diskaun diminta, dan diluluskan, iaitu RM65. diskaun diminta lagi, dengan alasan kononnya duit tak cukup. diskaun diluluskan lagi, dengan harga RM50. kami cuba minta kurang lagi, tapi dinafikan. beliau kata beliau jual sweater tu kat mat salleh RM180. wau mahal gila. sebenarnya takde niat pun nak beli, juz saja nak tengok sampai berapa boleh kurang harga. baru saja pengembaraan ingin diteruskan kerana tidak berminat dengan harga di butik tersebut, tiba2 beliau berkata, "RM30 la dik, mau?" whoah. dari RM85 ke RM30? aku rasa agak jauh kut bezanya. kesian mat salleh kena tipu. kami senyum kepadanya dan meneruskan pengembaraan.

kami singgah lagi di satu butik. seperti biasa, harganya RM85. minta kurang, dapat RM70. hmm. setapak kami ingin melangkah pergi, beliau berbunyi, "bagi u RM50 la," tak layan. dua tapak, "RM30 ok?" hmm still tak layan. akhirnya pada tapak yang ketiga kami melangkah, beliau berbunyi dengan nada putus asa, "ok la, kasi u RM25," dengar je RM25, terus kami berpusing balik ke butik tersebut.dan setelah memilih milih milih, akhirnya kami pun angkat la sweater tersebut. whoah whoah. dari RM85 ke RM25. banyaknya beza. agak kesian betul la kat mat salleh yang kena tipu. nampak sangat harga asal sweater tu murah lagi dari RM25. biasa la, dalam meniaga mesti mau untung, tapi agak2 la. sampai RM85, RM180, ape cer? nasib baik la aku bukan mat salleh, kalau tak hidup2 kena kencing. betul tak jujur la peniaga butik2 tersebut. pulak tu memaksa kita beli. nasihat aku di sini, kalau setakat nak survey2 barang kat petaling street, baik jangan kut. dah la peniaga lelaki ramai muka menakutkan, lagi kalau dia naik suara. fuh.

kemudian pengembaraan diteruskan ke times square, tengok wayang dan jumpa my girl.


tapi sayang. kitorang dapat jumpa sekejap je. sebab kedua2 my girl tengah kerja, dan fyi mereka bekerja sebagai penjaga pintu lif. sabarlah darlings, honey dah graduate nanti tapayah la darlings susah2 lagi kerja macam ni. tapi honey graduate lagi 2 tahun setengah tau. HOHOHOHOHO. akhirnya pengembaraan pun tamat setelah menonton MEGAMIND. oh ya. siapa yg belum tengok, anda dicadangkan tengok. berbaloi RM11 untuk tengok MEGAMIND. sememangnya yang terbaik dalam memecahkan perut manusia. xD

dan besok bakal bermula lagi pengembaraan; perjalanan pulang ke rumah. yay Encik B, besok jangan buat hal kat tengah jalan ok. beta mahu cepat2 sampai ke rumah. ^^

akhir kata, Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir Dan Batin. kalau ada sesiapa nak bagi duit raya anda sangatlah dialu-alukan. sekian terima kasih. (:

p/s: whoah memang skema gile bahase tulisan aku kat post nie. trime kasih kerana sudi membace. haha,




Monday, November 8, 2010

Sekejap je dah final exam. maknanya sem 1 ni dah hampir sampai ke hujungnya. rasa macam baru semalam je masuk sini. kadang2 aku terfikir, betul ke aku ni dah masuk U? betul. rasa macam sekejap je.

besok start final exam. tapi yang bestnya. exam hanya 1 subjek pada 1 hari tersebut. tak macam sekolah, dalam sehari tu ada 3,4 subjek kena amek. cuma mayb subjek kat U lebih susah. tapi, boleh tarik nafas lega jugak la sebab ada gap masa lebih sikit untuk study. so untuk pelajar sekolah, belajar la elok2, biar dapat masuk U, biar dapat merasa hidup sebagai mahasiswa. cewah. cara aku bg pandangan macam la aku dah lama masuk sini. =.=

so semalam hari last aku kerja untuk tahun ni. macam yang aku tulis dalam post aku sebelum ni, macam2 pengalaman aku dapat. macam2 benda aku lihat. yang menarik. ramai golongan makcik dressing macam golongan umur 18. nasib baik makcik tu ada yang lawa. HAHA. lagi. ramai famili2 datang makan kat situ. ada baby ni. time aku tengok dia je, dia sengih. tengok je, sengih. ada baby ni. tak baby sangat la. umur dalam setahun dua kut. dah boleh makan sendiri. wah kiut gila. yang paling aku suka, ada budak kecik ni panggil aku 'acik'. dah la kiut. petah plak tu b'cakap. ekceli acik tu stand 4 what? pakcik ker? haih tue beno ke abang ni dik. ececeh abang le pulak.

lagi. pasal membe sekerja aku, nana namanya. orang myanmar. dia juz tau simple malay dan english. so ada satu hari tu, customer mintak cili potong dan aku pun tolong la amekkan. aku memang saja letak banyak sebab customer tu sendiri mintak banyak. tetiba nana tepuk belakang aku seraya berkata, "many-many not," memule aku bingung tau, apa benda yang dia cakap ni? sebab sleng dia pun lain bila dia speaking. then aku suruh dia ulang, baru aku paham. hadoyai. sampai hari ni aku ingat. klaka doe.

lagi. manager rajin gila. siap sama2 kerja. kengkadang aku terfikir, x penat ke dia ni kerja? dah la hari2, dari pagi sampai malam pulak tuh. aku yang kerja part time ni pun toksah cakap la. pastu aku rasa. sebabnya dia enjoy apa yang dia buat. aku pun enjoy kerja aku. dapat tengok macam2 jenis orang. dapat tengok baby2. hehe. fuh hilang semua penat2. buat membe aku, aqil yang baru start kerja kat situ senin lepas, aku tabik la kau. kerja straight n cuti raya haji ni pun nak kerja lagi. gud luck bro.

apa lagi? ha masalah kat floor aku nie memang aku rasa x berkesudahan la. aku ingatkan haritu dah kurang. perlu ke tutup pintu kuat2? aku yang duduk hujung sini jelas dengar bunyi pintu bilik hujung sane. memang kuat la. it's ok la kan kalau time angin kuat ke. time hujan. ni time angin takde, ribut takde, hairan aku macam mana la boleh jadi camtuh.

lastly. lame eh dok balik kemamang. ha hamek kau. hahaha. walaupun aku orang johor tp terengganu tetap di hati. hoyeaah!

Thursday, November 4, 2010

Em.

minggu depan minggu exam. minggu depan minggu berperang. so macam biasa la. seminggu sebelum exam mesti ada minggu study. hari ni hari khamis. tinggal berapa hari je lagi study week. aku rasa macam banyak masa yang terbiar. lagipun. ada benda yang sangat pelik happen masa study week ni.

setiap hari aku dengar bunyi orang sendawa kuat2 dari bilik sebelah. 1st time dengar, agak kelakar jugak la. ingatkan sekali dua je. tapi sampai hari2 bunyi sendawa tuh. agak annoying bagi aku. macam tak senonoh. ye. tau la mayb dia juz nak hiburkan kawan dia dengan cara macam tu, tapi ingat2 la orang bilik sebelah. memang kuat gila ah beb. dah jelas sangat bunyi. "errrrrrrkkkkkkk!!"

nak tegur. kita tak kenal. lagipun aku tak berani nak tegur orang tak kenal. takut tak boleh terima. bak kata arwah din beramboi, "nak tumbuk jauh, dekat takot". lol takde kaitan. tapi tuh lah. harap pintu hati dia terbuka untuk sendawa slow2. insyaallah.

cepatlah sampai 10 haribulan.

Monday, November 1, 2010

Macam2

macam2. so kat sini aku nak story sikit pasal pengalaman aku kerja kat restoran ni. hari2 aku observe. makin hari2 aku dapat tahu betapa takde yang mustahil untuk berlaku.

sebagai contoh. ramai gila pasangan melayu-china makan kat sini. ulang sekali lagi. pasangan melayu-china. bukan melayu dan china. maksudnya yang laki melayu dan yang perempuannya pulak cina. mula2 aku memang pelik gila. ye la. aku tak pernah nampak pasangan ni. dulu masa kat sekolah je ada member aku yang beria-ia nak usha budak cina. tapi tak dapat jugak. balik pada topik asal, bukannya 1,2 pasangan je, malah ada lebih dari 5 pasangan melayu-china makan kat situ. so dari minggu ke minggu melihat diorang. akhirnya aku faham. tak pelik pun sebenarnya. mayb juz aku yang jakun sebab kat tempat aku dulu tak pernah nampak pun melayu-china couple. hehe.

then aku tanya member aku kat situ, budak cina. "dekat KL ni memang ramai couple cina-melayu ker?" so dia jawab. biasa la. yang melayu tu ayat kena power jer la. hah. aku tak sangka dia jawab mcam tuh. aku ingat dia nak kata yang melayu tu hensem kaya gila bagai. lagi satu. aku rasa kemuncak kepada oberservation aku. pasangan melayu-jepun. hah. aku sendiri pun tak percaya pada mulanya. tapi lepas dengar diorang bincang2 dalam bahasa jepun (aku sure bahasa jepun sebab aku tgk cite law of ueki xD) masa aku nak amek order tuh. hmm. aku yakin dan pasti. itulah orang kata namanya jodoh kan? kuasa tuhan siapa boleh lawan. mana lah tahu aku kahwin dengan orang cina kut nanti? whoa gila kau berangan jaohnya x jumpa jalan balik karang. hahahaha.

dan semalam. JAILANI SIDEK dengan anak, saudaramara dia kut datang makan kat sini.
JAILANI SIDEK DENGAN SAPE TAH TU

masa amek pic ni. anak, saudaramara dia dah tunggu kat luar. fuh. anak dia lawa beb. nasib baik aku lupa nak mintak no. kalau tak hari2 anak dia makan kat sini. weyh blah la shafiq ape kau merepek ni. haha. btw. tersangatlah aku excited dapat jumpa jailani sidek. selama ni tengok dalam surat khabar, tv je. maklumla kita jauh kat terengganu, mana nak dapat jumpa. bangga aku dapat jumpa pemenang piala thomas 1992 ni. lain kali kalau datang makan sini lagi boleh masukkan nama saya kat kelab nusa mahsuri ye bang. haha.

lagi nak cakap. pasal ragam dan perangai customer ni. macam2 karenah. (:
ada customer ni. entah mengada ke apa aku tak tau. berapa punya lama dia mengomel. "saya nak minum air mana ye? air apa yang special kat sini? air apa yang kat sini ada kat tempat lain takde?" aku menunggu dengan penuh setia. maklumlah. customer diutamakan. takde customer. tak masuk la gaji kitorang semua. then last2 dia pun buat keputusan. "xpelah saya nak makan dulu, karang baru saya order air," hah akak ni lawak betul la. =.=

ada jugak yang konon duit tak cukup. pastu salah sorang pun bunyi lagak, "dah la biar aku bayarkan. (sambil keluarkan something dr dompet) biar aku bayarkan duit parking ok?" masa tuh aku dah ready nak sambut duit dia. boleh pulak dia buat lawak yang memang kaw2. kau memang terbaik bro. hahahaha. last sekali aku nak cakap, orang KL memang pakai seksi2 ek? dah taraf makcik pun pakai macam tu lagi. tak sangka apa yang aku tengok dalam drama dulu sekarang betul2 aku tengok depan mata. apo nak di katoooooo.....

kesimpulannya. aku harap aku tak terkena kejutan budaya. yang pasal orang KL pakai seksi2. memang betul. pergi jalan KLCC, cuci mata. jalan timesquare. lagi cuci mata. yang berpeluk2 pun ada. even kat wangsa walk yang sangat dekat dengan tempat aku pun dah boleh cuci mata. nak buat macam mana kan, takkan nak jalan sambil tutup mata? itu cari nahas namanya. ceh alasan semata2. haha. itulah. aku pun risau. masalahnya yang berpakaian macam tu majoriti anak melayu. ekceli aku nak sangat2 tegur diorang. malu la kita anak melayu. dah sah2 islam kan. tapi nak buat macam mana. aku tak berani. silap2 haribulan, aku pulak yang kena saman. so sama2 la kita doa supaya diorang berubah. insyaallah..

END OF STORY


Tuesday, October 26, 2010

teruk betul


so nie plan aku untuk 25/10/2010.
1-2, study. then tidur. 5-7, study. 8-12, study programming, buat nota titas.

akhirnya. ini yang aku buat.
2-5, tidur. 5-7, main game. 8-8.30. konon study. 8.30-12. aku main game. pergi bilik sebelah pun main game.

=.='

Sunday, October 24, 2010

Ya Itu Dia

"ya itu dia". aku tak tahu kenapa aku tulis title macam tu. tak ada idea. btw. hari ni dah hari ahad. sekejap je rasanya sabtu dan ahad berlalu. minggu depan. berlambak test. assignment lagi. ya memang betul U ni tak susah macam sekolah. tapi bila assignment dah banyak. kuiz. test. memang bz gila.

firstly nak cakap. apa khabar orang kemaman? sihat? dah lama rasanya tak balik kemaman. sebulan lebih dah kut. haha mengada sungguh. tapi seriously aku rindu kemaman. :P
member-member yang stay area KL/Selangor best la. ada yang setiap minggu balik. jeles sungguh. tapi. hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. lebih baik di negeri sendiri. ah jauhnya aku melalut.

apa agaknya khabar hendra, amirul, apih, daim, manje, angah, azrul, azril, boy, kudin, spelek, iwan, airul, adam? lama weh tak jumpa. woot woot. amirul sekarang dah ada awek. tengok la. budak yang agak senyap masa kat kelas dulu. senyap-senyap je dah ada awek. betul la orang kata. orang yang senyap-senyap nie la yang akan advance dari orang yang bising-bising.

daim. hendra. miro. aku rindu aktiviti kita time sekolah dulu. especially waktu rehat. kita kacau awek form 3 depan kelas kita. kita tenung dia lama-lama. then dia pun cuak. kita tuding-tuding kat dia. kita buat muka garang. then kita gelak kuat-kuat sambil tuding kat dia lagi. haha. dan paling tak boleh blah. kita panggil dia 'awek tua' sebab muka dia matang dari form 5. adoyai. apa agaknya khabar budak tu sekarang. lagi time kat kelas. time nak belajar je. musti nak gelak-gelak. dah semua otak gila-gila. dah la duduk belakang sekali. tapi alhamdulillah. walaupun kita gila-gila. kita still dapat further study, kan? aku rindu jugak time kita borak-borak pasal bola. daim ac milan. apih liverpool. aku dengan miro MU. hendra? dia minat bambang pamungkas. hari-hari ada saja topik pasal bola. ada satu hari tu. time MU kalah. sampai aku rasa tak nak pergi sekolah. sebab aku tau aku mesti kena punya. sebab selalunya aku bahan team diorang. apa lagi ek?

ha yang ni aku rasa antara yang terkelakar. maybe terjahat kot. zip daim terbuka. dan yang bestnya dia tak perasan. aku dah suruh hendra miro apih diam-diam sudah. then aku cabar daim pergi kat kelas sebelah, yang mana dekat kelas tu ada budak yang minat dia. aku cabar dia tegur budak tuh. n then entah kenapa dia tetiba kepala tengah gila masa tuh. dia pun pergi kat budak tu. dah la tengah ramai orang. budak yang minat dia tu tengah lepak dengan member-member dia. bila daim tegur je budak tu. aku dah standby kat luar dan jerit, "woi daim, zip seluar kau terbukak tuh!!!" aku perasan. ada budak pompuan ni. sampai tergamam "woooh!!". daim pun cepat-cepat tutup zip n blah. kitorang kat luar ni. dah berguling-guling. nak tau dia cakap apa? "patut la aku rase sejuk jer tadi". hahahahahaha.

itulah. ekceli aku nak story pasal benda lain. tapi tetiba ingat kat korang. rindu kat sekolah. habis semua cerita keluar. aku tak tahan gelak la masa tulis post ni. tengokla. nakalnya aku masa kat sekolah dulu. haha. sory korang. karang cuti bulan 12 karang kita keluar lagi.

anyway. semua ipt dah nak final exam kan? or ada yang dah final? good luck ok. insyaallah orang yang berusaha pasti ada balasannya. sama-sama la kita buat yang terbaik.

p/s: sory ye daim hendra apih miro aku tulis pasal korang. sebab korang jugak la aku gelak sorang-sorang tadi. haha.

Friday, October 15, 2010

aku sakit hati

aku sangat sakit hati. hati aku sakit sangat. aku tak tahu nak buat macam mana lagi. aku tak tahu nak luah kat mana lagi. sesungguhnya di saat aku menaip post ini hati aku sangat sakit.

so. biar la aku luah kat sini. firstly, aku nak jerit kuat-kuat. ARRRGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!
fuh baru lega sikit.

kenapa korang suka tutup pintu kuat-kuat? tutup slow-slow tak boleh ker? karang kalau dah rosak. mula la nak buat aduan. lepas tu bila orang kat pejabat adu tanya. mula la bagi alasan macam-macam. hah ni baru aku dengar orang tutup pintu kuat-kuat. tolong la wei. kita bilik sini. dekat-dekat. tolong la tutup slow-slow. arggh. kita member-member. aku nak tegur pun tak sedap la. takut karang kalau korang macam tak boleh terima ke. nanti jadi gaduh pulak, aku tak nak hilang kawan. so please. aku merayu. tolong la tutup pintu elok-elok. jaga hati orang lain. tolong. tolong. tolong. tolong... ya allah apa patut aku buat. semoga tabiat ni berakhir dengan secepat mungkin. insyaallah.

p/s: fuh sumpah lega.

Tuesday, October 5, 2010

Haish

Patutnya time ni. Aku plan nak baca programming. Tapi disebabkan secara tiba-tiba ada mood, idea untuk tulis post baru. Aku rasa elok aku tulis cepat-cepat. Sebab mood aku untuk on9 semenjak dah tak main fb amat jarang datang.

So 1stly. Ya. Aku dah tak pakai fb lagi. Sampai bila? Aku pun tak tahu. Aku nak tengok sampai bila aku boleh bertahan hidup hari-hari tanpa fb. Aku rasa boleh. Tapi sayang gak la kan. Ramai member-member lama jadi lost contact gitu je. Dan macam yang aku cakap tadi. Semenjak aku dah tak pakai fb. Amat jarang sangat aku on9. jarang sangat. Selalu aku ada idea nak tulis post baru. Tapi mood tu datang kejap je. Then mood tu terus melayang-layang pergi.. ceh. Kadang-kadang. aku terfikir jugak. Kan bagus kalau apa yang kita fikir terus keluar kat blog ni. Senang. Tak payah nak buka komputer. Nak kena log in. Nak kena taip. Haha memang malas.

2ndly. Sabtu lepas. Aku dah start kerja kat restoran dekat dengan kolej aku. Aku ambik part time sabtu ahad. Tapi lepas tu aku terfikir. Payah la nak balik rumah lepas ni. Dah weekend kerja. Tapi takpe la. Itu satu cabaran kut. Btw. Manager kat tempat kerja aku baik gila. Walaupun dia cina, tapi dia layan pekerja dia sama rata. Makan dua kali. Petang dengan malam. Dia kata. Kalau penat beritahu dia. Banyak kali dia kata jugak. Pengalaman tu berharga. Betul. Masa memula aku beritahu mak aku pasal kerja ni. Dia macam tak setuju. Then aku dah terangkan elok-elok. Dia kata fine la. Lagipun aku kan lelaki. Untuk bulan ni. Aku nak test dulu. Samada kerja ni ganggu atau tak study aku. kalau ganggu. Tanpa segan silu aku minta berhenti. Em. Penat tu memang penat. Tapi untuk dapat pengalaman. Aku tak kisah. Asal tak ganggu pelajaran aku. Dan. Seriously. Memang rasa puas gila bila dapat pegang duit sendiri. Plus. Banyak barang aku nak beli. Takkan nak pakai duit pt kut.

Last but not least. Semenjak dua menjak ni aku asyik ingat nak balik rumah je. Cuti lambat lagi padahal. haha. Aku suka environment kat rumah aku. Time pagi-pagi. Fuh syok. Maklum la. Dah lebih 11 tahun kut aku duduk situ. Biasa polis kena pindah randah. Tapi ayah aku tak kena pindah. Tu yang duduk lama kat kemaman. Kawan-kawan aku kat polis marin. Korang ada lagi tak? Aku suka time kecik-kecik dulu. Perangai memang gila-gila ah. Aku nak sangat gatherkan kawan-kawan aku masa aku kecik-kecik dulu. Dan. terima kasih kawan-kawan kat UTM. Korang memang best walaupun kadang-kadang ada buat perangai bengong-bengong. Haha.

p/s:apasal aku rasa post aku kali ni cam panjang sangat je. ah biar la. lagipun aku jarang gak update kan? hah alang2 dah ada idea keluarkan je sekaligus. ;P

Tuesday, September 7, 2010

dah nak raya

jumaat ni dah nak raya kan? kan? kan? kan? ergh. aku selalu merungut. kenapa rasa x meriah. kenapa rasa x best. kenapa macam xde semangat nak raya. tapi bila difikirkan balik. kita boleh bernafas ni pun dah cukup baik. lagi mau mengeluh itu ini. haish.

tapi ye la kan. agaknya assignment yang m'gunung kat u mungkin sedikit sebanyak mengganggu mood raya. macam. ingat balik nak happy2. tapi x boley happy sangat sebab. naik cuti je terus ada test. terus kena submit assignment. betul la orang kata. pengurusan masa tu penting. *baru nak sedar padan muka kau*

tuh la. aku x pandai urus masa. series. kalau dah melanguk ke game. layan ke fb. memang payah nak berhenti. lepas tu. bila aku ingat2 balik zaman sekolah dulu. bila masanya aku study kt rumah? petang? jangan harap la. malam? tuh game menyeru2 namaku. seruan buku tenggelam. yang aku ingat kalau malam aku pergi kelas malam je kat sekolah. hw pun hari nak hantar pagi tu baru aku buat. rajin kan?

yang pasti. pembelajaran kat u memang lain dengan sekolah. sebab sehari kelas biasa ada dua je. agaknya sebab banyak masa renggang buat aku jadi leka. tapi. kadang2. time nak masuk kelas yang ke-2. malas sangat. bising kata argh kepala aku dah x boleh masuk ni. betul. aku pun x tau kenapa aku boleh kata macam tu. :P sedangkan. kalau dulu masa sekolah.no hal je pergi sekolah pukul 7.30am balik pukul 4.00pm. hah. lama x lama. tapi pokok pangkalnya. aku kena belajar urus masa kut. hm.

sempena nak raya ni. kepada budak kelas 5AF, 5AB, 5AJ, 5PA1, 5PA2, 5PD1, 5PD2, yang mana yang kenal aku, juga x lupa kat bebudak 1DDZ, terutama Catt, yang selalu kena bahan dengan aku sem nie *karang lepas raye aku bahan lagi ye haha*, juga kepada follower blog ni, sepuluh jari disusun. maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki. andai kata terkasar bahasa. tertengking mana yang patut. harap dimaafkan la ye.

lastly. semoga selamat balik kampung. baca doa sebelum naik kete/bas/moto. insyaallah selamat sAmpai. assalamulaikum.

p/s: sesuai ke buat ucapan raya kat sini? bukan sume membe follow blog nie. lol.

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers