Stop Music? Click Here!

Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun Baru

whoah. lama rasanya tak jengah blog nie. kalau tengokkan tarikh post lepas, dah lebih sebulan tak terusik. takpe takpe.

sem ni mungkin sem yang paling banyak aku perlu bermain dengan emosi. aku belajar macam mana nak kawal perasaan, belajar macam mana nak kawal mimik muka walaupun dalam hati ada rasa menyampah gila, aku belajar mengalah. senang kata banyaklah permainan emosi.

perasaan benci, menyampah. satu perasaan yang aku sangat tak suka. tapi apakan daya, aku juga manusia biasa. tak lari daripada perasaan tu. dah banyak kali aku cakap kat diri sendiri, nak sedapkan hati, supaya perasaan tu pergi jauh jauh.

sem ni jugak banyak aku buat silap, dari banyak segi. tak kiralah dengan sesape pun. aku perlukan teguran orang, supaya aku sedar kat mana silap diri sendiri. aku tak kisah kalau ditegur secara kasar pun. sebab kalau aku sakit hati pun, aku diamkan saja. yang penting aku tahu bahagian mana yang perlu aku perbetulkan. ouh tuhan kuatkanlah hati ini.

apa pun, selamat tahun baru yang bakal menjelang. semoga kita sentiasa belajar dari perkara yang berlaku di sekeliling kita. percayalah, setiap kejadian yang berlaku, ada mesej yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita.

aku manusia yang lemah. tapi aku cuba untuk jadi kuat, jadi lebih baik dari sebelum ni, insyaallah. kau boleh shafiq, kau boleh. kau boleh. kau boleh. kau boleh kau boleh. boleh!

akhir kata, terimalah;
agak agak ada sama tak dengan 24/7?

p/s - Percaya pada diri sendiri.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
30/12/2011

Thursday, November 17, 2011

Kemaman Idaman 2015

so agaknya sampai kat sini jelah kehidupan kat kemaman, sebab besok aku dah pindah. sedih, memang sedih. dari tahun 1997 aku menetap kat kemaman, akhirnya sampai jugak masa yang kalau BOLEH aku tanak terjadi.

biasalah kalau dah jadi anak polis kan. kalau ayah/mak kena pindah, kita pon kena la ikut sekali. apapun, tempoh 14 tahun bagi aku bukan sesuatu yang sekejap, tapi terlalu lama. dalam tempoh masa tu la kita boleh bentuk diri kita, kita boleh kenal diri sendiri.

yeah, kat kemaman la aku belajar jadi ORANG. kat kemaman nie la aku berak, kencing, makan, minum, main, sekolah, dan macam macam lagi la. kat kemaman ni jugak aku belajar mencintai, menghargai, dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

fuuh. ape lagi? entah la. tadi bukan main banyak lagi berpikir pikir. sedih la nak kena pindah ni. ingatkan lepas ayah pencen baru pindah, tapi nak buat camne, Allah dah tetapkan kena pindah awal. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. terima la dengan redha.

aku akan rindukan taman perumahan nie. dari kecik sampai besar gedabak aku menetap kat sini.


nie la dia tadika aku dulu, masa tahun 1998. tapi dulu tak secantik sekarang la, sebab aku merupakan mahasiswa batch pertama yang belajar kat tadika nie. aku ingat lagi nama cikgu yang ajar kat sini dulu, cikgu Rozita. aku ingat jugak aku dapat nickname 'Ketua Degil', sebab dulu aku ketua kelas, tapi aku degil. yang kelakar sekali dulu bebudak lain panggil aku awie. sebab apa? sebab aku paling besar masa tu. then ada sorang budak pompuan nama Fazira, nama betul dia Che Wan Nur Fazira, langsung digosipkan 'Awie - Erra Fazira'.

lagi,


ha, nie tempat lepak kitorang masa petang petang lepas main bola, takpun lepas Isyak. tempat nie betul betul sebelah laut. bestnya masa tu, duduk sembang sembang, gelak gelak sambil kena deruan angin. tapi tu masa kecik jer la.

seterusnya,


yea, taman permainan! dulu tak sah tak pegi kat sini. yang menariknya, taman permainan ni sekarang masih sama macam masa aku mula mula pindah sini. so kenangan tu still ada kat situ. mainan yang femes kat taman permainan ni dulu macam polis entri dengan tang buaye. ouh lupa, main guli pun kat sini la.

kemudian,


cuba teka, ni court apa? jawapannya, court tennis ==> jadi court futsal. dulu ada jugak pakcik pakcik main tenis kat sini, pastu dah takde dah. kemudiannya, tempat nie jadi court futsal.
dulu masa sekolah rendah, aku ingat lagi yang aku nak join abang abang nie main futsal. tapi diorang cakap, "budak yang belum sunat, belum tingkatan tiga tak boleh main." ekceli time tu aku dah sunat, tapi belum tingkatan tiga. so geram kat situ je.

lagi lagi,


dulu sebelum kat laluan pejalan kaki tu, ada taman bunga sebenarnya. cantik sangat! siap ada pondok warna putih lagi.

then then,


ni lah dewan badminton. dewan nie banyak berjasa kat aku. sebabnya dari tingkatan satu sampai tingkatan lima aku dapat jadi wakil kemaman. kat dewan nie la, dari aku umur 5 tahun sampai sekarang, aku tak pernah terlepas main kat sini. anak orang lain yang duduk luar kena sewa dewan kan kalau nak main? kitorang anak polis yang menetap kat sini main free je. untunglah~

lepastu,


nie kawasan belakang dewan. kalau tak dapat main kat court futsal tu, kitorang main kat sini, tempat bebudak yang belum matured lagi. *kata abang abang*. ouh, kat sini pon tempat main guli jugak. aku ingat lagi dulu, masa tengah lawan guli dengan budak A dan B. diorang ni adik beradik. masa tu aku leading, tengah menang la katakan. then yang si B ni bengang, dia amek batu besar, langsung dihempapnya guli aku yang ada kat atas tanah. abis terbenam. haish~

kalau nak diikutkan, banyak lagi yang aku nak kongsikan. sampai besok pun tak habis kot. oklah, maybe yang terakhir,


yeah itu dia KEMAMAN IDAMAN 2015! semoga apa yang kita impikan jadi kenyataan satu hari nanti. takde yang mustahil kan. mana la tahu kemaman boleh jadi bandaraya besar macam KL ke kan. mane la tahu. hehehehe.

apapun, hati aku memang ada kat kemaman, tak kira la kat mana aku menetap pun. setiap kenangan takkan aku lupakan, sebab aku membesar kat kemaman. semoga kemaman menjadi lebih maju pada masa masa akan datang. amin~

p/s - lamanya tak update blog. nak dekat sebulan. entahlah, stay kat rumah takde mood nak berbelog.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 17/11/2011.






Wednesday, October 12, 2011

Motivasi Diri - Tips Jadi AJK Program

tips jadi AJK program :

dengar cakap ketua, hormat.

kebolehan mendengar dan mematuhi arahan sangat penting. terutamanya bila ketua dah bagi kerja, kita kena peka. jangan endah tak endah.
dari segi hormat pulak, berhemah la dalam memberi pandangan. contohnya, "er, boleh tak kalau aku nak cadangkan bla bla bla?"

then kalau ketua dah bagi jadual kerja, kena ikut. kalau hari ni korang dijadualkan bertugas, makanya harini la korang bertugas. selalunya, ada yang jenis rajin jugak, walaupun bukan jadual dia, dia still bertugas. perkara tu bagus, selagi tak memenatkan diri sendiri, selagi korang tak kacau jadual korang sendiri. melainkan member member korang yang bertugas mintak tolong sebab tak cukup orang, sebagai rakan sekerja kita kena la tolong ye dak?


jangan buat kerja last minute

ini bahaya beb. contohnya, bayangkanlah, kalau event dinner besar nak buat besok, malam ni baru korang nak tempah? tak naya?

seeloknya kalau dah dibagi tugas, laksanakan dengan kadar segera. bahaya kalau mindset "ala rilek la dulu, awal lagi" kuat sangat. bahaye bahaye!


jangan buat muka

ini pun bahaye beb, kalau tak dicegah dengan segera dikhuatiri boleh memberi kesan kepada keseluruhan team.

ingatlah, bahawa se stress mana pun korang, se tension mana pun korang, sepenat mana pun korang, JANGAN BUAT MUKA! maksud buat muka kat sini, muka nak marah je. muka monyok. muka masam. orang nak tegur pun takut. ketua nak bagi arahan pun risau. orang lain pun penat jugak. kena pandai kawal emosi.

damn! sebolehnya elakkan benda nie. serius boleh bagi kesan kat team. =.=


sentiasa mesra dengan AJK lain

ini penting demi menjaga hubungan baik sesama team. cakap elok elok, kalau boleh elakkan perkataan perkataan kasar. nak gurau pun biarlah gurau yang orang boleh terima.

selalu ingat, kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita. tapi biasalah, kalau dalam team ni, mesti ada perselisihan faham punya. tak banyak pun sikit la. so, cuba la cari cara yang terbaik untuk mengatasi perselisihan faham antara team member.


pastikan korang betul betul rela nak join, bukan sebab kena pakse, terpakse

kalau kerja tak rela, payah la. dah semacam tak ikhlas nak buat kerje. konpem buat last minit, nak tak nak je. kerelaan hati yang tulus penting sebab korang sendiri akan dapat pengalaman daripada benda ni semua.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

semua perkara yang aku tulis tu, adalah berdasarkan pengalaman yang aku sendiri alami. jugak dari pandangan peribadi aku. sebenarnya tak susah nak bekerja dengan orang. asalkan ada minat dan kesedaran, ataupun mungkin jugak untuk tambah pengalaman, itu sudah cukup.

busy? heh. sape yang tak busy. superbusy? wuuuh. sebenarnya, benda benda ni mematangkan kita. kalau pikir dari sudut yang positif, ianya buat kita belajar tentang cara pengurusan masa, malah buat diri kita sendiri kuat.

aku ingat lagi masa sem satu, pointer aku teruk gila. nak kata busy, tak busy langsung. nampak kan? 'sibuk' bukan penyebab utama kepada pointer yang teruk. (bagi aku la)

aku pernah nak give up, dah malas nak join ape ape lagi dah lepas nie. tapi fikir fikirkanlah. pengalaman mematangkan, mendewasakan kita. segala misery yang kite alami, hanyalah dugaan yang buat kita jadi kuat. tengok, sebusy busy mana pada mase mase yang lepas, aku still lagi hidup.

perkara yang dah lepas, mustahil untuk kita dapatkan balik. dan tak semua orang merasa apa yang kita rasa. bersyukurlah selagi masih diberi kesempatan, jangan lepaskan peluang yang ada, selagi diri dan fizikal masih mampu. sekian. :)

p/s - whoah dah macam Dr Fadzley. HAHAHA

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Rabu, 12/10/2011.

Sunday, October 9, 2011

Filem Klip 3GP, RESAH ADEGAN LUCAH DITONTON ORANG



KUALA LUMPUR: Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.

“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.

“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.

“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya.

sumber - Harian Metro.


sinopsis -

Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.


pendapat aku :

firstly this is MY blog. i can compose whatever i like, as long as i think its still in appropiate range.

damn! tau pun resah? kenapa dulu masa nak terima watak tak fikir benda benda ni? profesional la, tak ketepikan soal agama la. but still, LUCAH. wattaheck?

masa memula beli METRO AHAD je dah terbeliak mata aku tengok gambar dia kat front page. biasa la, mungkin itu taktik menarik pembeli.

harian metro online version


tapi bila baca, sakitnya hati. tau pun resah. eeei geram betul. rasa nak mencarut carut pun ada nie.

WAHAI RETIS, SENANG KATA BILA DAH DISURUH LAKONKAN BABAK LUCAH KE, ADA UNSUR UNSUR LUCAH KE, WALAU SE'PROFESIONAL' MANA PUN ADEGAN TU AKAN DILAKONKAN, TOLAK JER LA. TAKDE OTAK KE? dah la orang MELAYU. buat malu je.

“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,”

apebende yang kau merepek nie? opss umur dia berapa ek? lantak la. pihak pihak tu tak payah nak jatuhkan maruah kau, kau sendiri yang dah jatuhkan maruah diri kau tu. tak faham la aku, tak faham.

lepas ni kalau ada lagi orang buat filem macam nie, memang takde otak la. nak sampaikan mesej pun, banyak lagi cara. tak perlu sampai macam nie.

p/s - publisiti murahan je semua nie. kes nak lawan kutipan KL Gengster punye pasal.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 9/10/2011, 4.45pm.







Monday, October 3, 2011

Penting Ke Komen?

"INCOMING, INCOMING!". apekah ia? tak lain tak bukan ialah FINAL EXAM. yeah, dah nak final exam, maknenye CUTI SEM pun dah dekat.

post semborono jer nie. sebenarnye aku tak tau nak tulis ape.

ok. nak cakap pasal satu benda nie je. pernah kawan kawan tanye, bile nak update blog. terima kasih sudi tanye, maknenye korang jenguk jugak la blog ni kan? :D

kalau korang perasaan, di setiap entri, mesti gap publish post tu lame. maksudnya macam selang seminggu, selang dua minggu, selang sebulan tu pun pernah kot.

sebab mengapa gap lama sangat? sebab aku nak ada orang KOMEN kat entry aku. haha. serius beb, kalau aku tengok post aku takde orang komen, tak semangat nak buat entry.

follower, aku tak kisah. yang aku kisahnya komen. komen komen tu yang menandakan ada orang baca blog kita. tapi ekceli ada jugak silent readers kan. mesti ada. ah tak kira. komen tu pemangkin semangat. haha.

tapi aku sendiri kena berpijak pada bumi yang nyata la. setakat entry yang takde ilmu atau news untuk dikongsikan, camne orang nak komen kan.

kalau nak ada orang komen pun, kena blogwalking lama lama dulu. tak pon ping blog kat mana mana group fb atau website. sebenarnya aku malu nak ping kalau entry setakat macam nie, tapi kalau entry SUPER KAWAN tu aku promote kaw kaw. sebenarnya kat group blogger kat fb, boleh aje aku nak bagi link youtube, tapi aku saje bagi link blog supaya ada pengunjung sikit. kat group blogger jer la aku buat camtuh.

tu pon dapat 4, 5 komen. jadilah daripada takde kan?

so lepas ni, lantaklah kalau takde orang komen pun. update jelah. senang kata nak orang komen kat entry kita, kita komen kat entry orang lain dulu.

"kita buat baik kat orang, orang buat baik kat kita."

serius merapu tulis entry nie. minda separuh sedar. serabut sangat. manfaatkanlah blog anda. tengok tengok. apa yang aku tulis nie. ok babai, selamat tido. :)

p/s - zzzzzzzzzzzzzzzzz.......

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
3/10/2011, Isnin.


Friday, September 30, 2011

Filem Pendek - Super Kawan

akhirnya, filem pendek yang dinantikan telah selamat ditayangkan pada 26 september 2011, bertempat di kediaman siswa jaya, UTMKL. so saksikan!




p/s - harap boleh buat filem lain pasni.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
30/9/2011, Jumaat.

Thursday, September 29, 2011

Determination

the lecturers has been great.

i had the times, but i just didn't use it well.

so what now?

"last minute." i hate that.

yet, i still do it.

i wanna change. but could i?

yeah, have some faith!

this worst sem would never happen again.

i'll try my best.

insyaallah.

sincerely,
ShafiqIzwan,
Thursday, 29/9/2011, 8.24pm.

Wednesday, September 21, 2011

Filem Pendek Terhebat 2011

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


hahahaha. mintak maap ye, gurau gurau je. sebenarnya nak mintak korang tengok trailer filem pendek terbaru kitorang. saje je buat tajuk gempak gempak. baru korang nak masuk tengok, ye dak? hahaha. sory ok.

Tajuk - Super Kawan.

Arahan - Dinie Shuhaimi & Shafiq Izwan.

nantikan tayangan penuh pada 26 September 2011. sokonglah produk produk UTM. juga sokonglah industri perfileman negara. hehe.

p/s - filem pendek pertama yang dihasikan. :)


Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Rabu, 21/9/2011, 1.24pm.

Sunday, September 4, 2011

Hari Raya AidilFitri 2011

Selamat, selamat hari raya, ampun maaf, zahir, batin selamat hari raya, aidifitri yang mulia! (lirik lagu penyampai raya radio Era)

Kiranya, hari raya kelima ni merupakan penghujung raya aku kat kemaman. Dulu masa sekolah best, dah lepas lepas raya pon sempat nak pergi beraya rumah kawan kawan, rumah cikgu. Tapi sekarang dah tak macam dulu. Keadaan dah tak mengizinkan. Takpe takpe, hari raya hari bergembira. :)

Malam semalam aku bertolak balik dari segamat ke kemaman, pukul sembilan malam. Pergh, banyak sangat kemungkaran jalan raya. Antaranya:

Kalau nak bawak slow tu, bawak la kat lorong kiri

Ini serius buat aku panas. Nak kata masuk simpang, takde pulak simpangnye. Aku dah suluh lampu atas dua tiga kali, degil, tak mau masuk ke kiri jugak. Aii nasib baik la aku naik dengan famili, kalau tak aku dah hon dah.

Kat bukit pun nak memotong lagi?

Pergh yang ni sumpah gerun aku beb! Betul betul nak daki bukit ni, entahlah drebar mana hati kering sangat, selambe badak je motong. Kemudian timing baik punya kereta dari depan muncul. Aku dalam hati dah melonjak la ingat bakal saksikan pertunjukkan dari akibat pemandu hati kering ni, tapi nasib baik sempat elak. Huuuuuh!

Yang kau pasang lampu tinggi tu kenape?

Ini tak tau nak cakap la. Ceritanya macam ni. Ada la kereta depan aku, pasang lampu atas. Lepas tu kenderaan dari depan berjujuk punye panjang. Yelah sape tak panas hati kan, dah la bawak malam, pastu kene suluh mata pulak tu. Then diorang balas la. Hamek kau, dengan aku aku sekali kene! Pffftt! Sekali dua boleh tahan, ini mau lebih dari sepuluh kereta balas. Nak potong tak boleh, kereta depan beratur panjang gila. Yelah, nak salahkan dia, tak boleh jugak, sebab aku tak tau situasi dia. Mana la tau kot kot lampu bawah dia rosak. Tapi kalau kau terlupa nak pasang lampu bawah, kau memang!

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai pukul 12malam. Nasihat kepada pengguna jalan raya, PIKIR PIKIRKANLAH PERASAAN ORANG LAIN! Hohohoho.

Next, perancangan seterusnya, ganti puasa. Yeah, puasa aku tak cukup, tapi sehari je la. Masa aku nak balik KL-Kemaman. Pergh sumpah ngantok. Ada sekali tu, aku terlelap sekejap je, macam pejam mata sikit gitu la, tengok tengok motor dah ada kat tengah jalan. Stop beli RedBull, alhamdulillah terus segar sampai rumah. Mujur mak tak marah, dia faham. Fuuuh nasib baik LPT tak sesibuk PLUS. Huhu. Jom kawan kawan, sape yang tak cukup puasa tu, kita ganti sama sama. :)

Lagi, pada pandangan aku, manusia sekarang nie kebanyakan dah tak takut dengan janji Allah, malahan Allah tu sendiri. Tak payah la aku nak ceritakan, aku rasa korang dapat faham sendiri. Bukan takat kejadian yang menimpa aku je, tapi ade banyak lagi yang berlaku pada pemerhatian aku masa bulan puasa lepas. Bukan nak tunjuk baik, tapi sekadar nak memperingatkan. Aku sendiri pon puasa tak cukup, sebab tu la aku memperingatkan untuk diri sendiri jugak. Wahai makhluk Allah yang bernama manusia, ketahuilah bahawa janji Allah itu pasti. Aku doakan Allah bukak pintu hati korang..

Okay cukup. Raye tahun ni best jugak. Best jugak sebab dapat merasa pegang D90, D3100, D60 pakcik pakcik aku punye. Bile pegang lama lama nie dah rasa macam sendiri punya pulak. Hehehehe. Bila la nak merasa sendiri punya nie. Takpe takpe, rezeki belum sampai. Ini hasilnya:

ada nampak macam shahir ke?

Makcik kata muka aku macam shahir. Shahir gemok. Hahahaha. Adek angkat aku kat Melaka pon kata aku macam shahir. Yang bapak angkat pulak kate macam zed zaidi. Tapi ramai makcik aku cakap aku macam ustaz la. Muahahahahahahahaha.
\
Ini semua aku rasa propaganda janggut punya pasal la. Kalau takde janggot takdenye orang kata aku macam retis, ustaz. Hohoho.

sepupuku masih kecil belum mengenal erti lakonan

Gambar ni pulak, tersalah edit baju melayu tu cerah sangat. Ah lantaklah. Bila dah banyak sangat amek gambar orang, macam tu lah jadinya. Hahahaha.

Malam terakhir kat rumah opah, kitorang buat bbq, sempena birthday pakcik aku yang ke 20. dapat la jugak merasa bbq berempah sedap nie. Hehe.


Entahlah, aku pon tak tau dah nak tulis ape sebenarnya. Ouh lupa, terima kasih kepada bro fadzli amir, sebab sudi bertanyakan pasal laptop aku.

Apa la keadaan Miss SV sekarang. Apa cerita ek. Harap sihat sihat la hendaknya. Buat masa nie takde pengganti lagi bro, juz pakai notebook adik sy yang dapat free kat sekolah. Jadi la tu daripada takde kan?

Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Sesungguhnya aku pon manusia biasa macam korang jugak, tak lepas daripada buat silap. Yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan. Semoga hari hari yang mendatang lepas ni akan lebih baik dari hari sebelumnye, insyaallah..

A untuk? Hehehehehehehe.

p/s – goodluck untuk kawan kawan yang sambung degree!

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 4/9/2011, 12.48am.


Sunday, August 14, 2011

Ramadhan Al Mubarak

it has been a rough week. really rough week. how am i suppose to say that? entah la.

hari ni 14 ogos 2011, bersamaan 14 ramadhan. bersamaan jugak 4 hari sudah laptop aku a.k.a miss SV kena curi. tak sangka, akhirnya aku sendiri akan jadi mangsa. serius aku tak pernah nak jangka yang aku akan kena. setiap hari aku mengenangkan keberadaan beliau. entah la. aku memang rasa lost. rasa takde arah tujuan. tak tahu apa nak buat. aku rasa sedih sangat, sampai aku tak boleh nak senyum.

miss SV, in memory

pada mulanya bukan mudah untuk aku terima semua nie. tapi syukur alhamdulillah, berkat doa dan sokongan moral orang sekeliling, aku jadi kuat balik. syukur sangat sangat.

terima kasih semua. :)

yang aku kesalkan, habis semua hasil hasil dari semester satu sampai sekarang hilang macam tu je. dengan harddisk yang baru beli dirembat sekali, memang tak dapat buat apa.

aku baru je plan cuti raya ni, nak belajar software software tu semua. siapkan kerja kerja. tapi Allah Maha Mengetahui. kita hanya mampu merancang, Dia yang tentukan. macam yang aku dah tulis kat atas, pada mulanya bukan mudah untuk aku terima semua nie.

pertamanya, bukan senang untuk aku dapatkan Miss SV. tambahan, aku dah mengidam beliau dari masa sekolah lagi. bukannya, "weh rasa nak beli laptop epel la". then terus pergi beli. tak tak. itulah pengambil laptop, kita dulu nak dapat bukan maen susah, dia dapat senang senang je.

keduanya, hidup tanpa laptop, macam bilik tanpa letrik. aku berani kata, semua mahasiswa ada laptop. laptop tuhlah yang jadi tempat aku luahkan perasaan time ada masalah, tempat aku maen game masa bosan, tempat aku buat kerja bila perlu, dan macam macam lagi la.

ketiganya, masa tengah banyak projek ni la, bende ni berlaku. sangat tak aku sangka. bende ni la yang buat aku rasa lemah sangat. segala galanya dalam laptop. dari A sampai Z. apa dia A sampai Z? dari tajuk sampai penutup. lol.

keempat, sekarang ni aku memang zero. pendrive takde, harddisk takde, laptop lagilah. ruginye harddisk aku tak keluarkan dari beg laptop (laptop dikebas bersama beg). padahal baru beli.

OK FINE.

setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. sokongan moral dan doa sangat penting. sekarang baru aku dapat rasa apa orang yang kurang bernasib baik sebelum ni rasa.

bersalah dengan famili. yeah itu yang aku rasa skarang. dah berapa duit diorang habis nak tanggung aku kat sini. patotnya aku yang bagi diorang duit, lagi lagi aku ni anak lelaki. bile dah jadi benda camni, dah tentu kena pakai duit lagi. ya Allah, panjangkanlah umurku, supaya aku dapat balas jasa kedua orang tuaku suatu hari nanti..

ya Allah, bukakanlah hati mereka mereka ini ya Allah, agar mereka tidak terus terusan melakukan laranganMu..

ya Allah, kau peliharakanlah barangan kami itu, sebagaimana kami memelihara mereka sebelum ini..

ya Allah, tabahkanlah hati kami, terangilah jiwa kami, agar kami sentiasa kuat untuk menghadapi dugaanMu ya Allah.. amin..

dari sini kita dapat tengok sendiri kuasa Allah tu macam mane.. betapa Alllah dah kuncikan hati mereka. dalam bulan puasa pon masih jugak buat benda benda macam ni. setan setan yang kena gari mesti tengah hepi, sebab walaupun diorang takde, tapi misi diorang masih berjaya..

Miss SV, kat mana kau sekarang ni? ape yang dah diorang buat kat kau? diorang lap kau tak? diorang tutup kau kuat kuat tak?


kepada pengambil laptop, jagalah laptop tu baik baik. lapkan setiap hari. shutdown betul betul. jaga software yang ada baik baik. takpelah, dah takde rezeki aku dengan laptop tu, nak buat camne kan. tapi aku takkan pernah putus berdoa semoga Allah bukak pintu hati kau. ingatlah, janji Allah itu pasti. kau tak takut ke dengan azab Allah? Nauzubillah.


dan yang terakhir, terimalah lagu ini;

p/s - jom tuai pahala dalam bulan ramadhan ni kawan kawan. :)

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 14/8/2011, 3.51pm.

Monday, August 8, 2011

Penat, Haus, Dahaga

pergh. dah lama tak rasa sepenat, sehaus hari ni. last time aku rasa macam ni, masa zaman sekolah dulu kot. dulu masa sekolah, dalam bulan puasa pon training lagi. entah macam mana la dulu boleh tahan. agaknya dulu masa zaman sekolah is the strongest part of me. pastu bila dah tinggalkan sukan tu semua, lemak lemak mula bermastautin dengan banyaknya.

pergh lagi. bestnye kalau tengah tengah haus dahaga ni dapat pekena 100Plus. serius LEGAAA!!! bak kata cik ieda, "tu yang best jadi orang pompuan ni, baru lepas pekena air (air ape ntah aku lupe) tadi." serius ar cik ieda. =.=

berbalik kepada tajuk asal. penat sebab ada program. biasa la tuh kan. then masa otw nak balik ke hostel, nampak la pakcik pakcik polis trapik on duty. serius beb, rasa mengada ngada je diri ni kata haus segala bagai.

nak banding dengan pakcik pakcik trapik tersebut, ape la sangat! dahlah tengah panas, kena berdiri pulak tu. yelah ade korang nampak polis trapik jaga jalan sambil duduk?

sebenarnye ada banyak lagi situasi orang lain. cuma kita nampak tak nampak aje. surely kalau nampak, mungkin akan timbul keinsafan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi.”


jom kawan kawan, kita tuai pahala dalam bulan ramadhan yang datang setahun sekali ni. jangan lepaskan peluang, beramallah selagi ada kesempatan. insyaallah.. :)

p/s - tak sabar nak balik rumah.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Isnin, 8/8/2011, 5.30pm.

Enam Dalam Satu

Salamaleykum. Macam macam yang berlaku, macam macam cerita ada.

CERITA PERTAMA

Tersebutlah di sebuah seminar. Penceramah mintak peserta tampil ke depan, bagi kesimpulan tentang ape yang kitorang dah belajar, ape yang kitorang faham.

Penceramah – ok sekarang akak nak kamu nyatakan kesimpulan yang kamu dapat dari slot membuat surat rasmi ni.
Peserta – em. Em. Banyakla yang saya belajar hari ni, nak nak bila nak buat surat ni kan. Saye belajar dari A sampai Z.
Penceramah – ape dia A sampai Z tu?
Peserta – dari tajuk sampai penutup.

END OF STORY.

CERITA KEDUA

Jugak dalam seminar yang same. Kitorang belajar tentang pentingnya nama seseorang itu dalam membuat surat. Contoh yang penceramah bagi:

“you all kene la tulis betul betul name orang tu. Sebab orang tu yang akan bagi tandatangan nanti. Kalau name dia Azyan B Yusof, karang kat surat kamu tulis nama dia Azyan Bt Yusof. Kamu ingat dia perempuan. Memang tak dapat tandatangan la jawapnye.”

END OF STORY.

CERITA KETIGA

Banyak sebenarnye kalau ikotkan ape yang nak diceritakan. Kan best kalau setiap ape yang kita detikkan, boleh keluar kat skrin.

First sekali, aku kalau keluar pusingpusing KL, memang asyik nak dongak atas je. Sebab ape? Taksub dengan bangunan bangunan tinggi. Ok fine, aku mengaku agak jakun di situ. Yelah, sebab kat tempat aku takde bangunan tinggi tinggi ni. Besarkan Allah bagi kurniaan kat manusia, sampai dapat cipta bangunan tinggi tinggi, cantik cantik.. :)

END OF STORY.

CERITA KEEMPAT

Bila ingatkan kemaman, aku jadi homesick. Serius mengade. Memalukan je. Bukan ape, bila mengenangkan tahun ni tahun last puase kat kemaman, tahun last raye kat kemaman, tahun last stay kat kemaman, tahun last dapat stay kat berek polis marin, aku sedih sangat. dah 14 tahun aku menetap kat kemaman. Semua rahsie aku ada kat sini. Iye, aku orang johor. Tapi aku lebih lame stay kat kemaman. Boleh tak aku nak isytiharkan aku orang kemaman? Tapi, kat dunia ni takde yang kekal kan. Akhirnya sampai jugak masa untuk aku keluar dari kemaman. Ruginye, tahun last kat kemaman, aku tak dapat nak stay lame lame kat sana. Tersangkut kat KL ni ha. Ikotkan hati nak aje aku skip kelas, stay kat sane sampai aku pindah keluar.

Aku kene terima hakikat. Itu perkara yang mesti. Tapi jujurnya bukan senang untuk aku buat bende tu. Aku bukannya stay kat sana dua tiga tahun. Tapi dah empatbelastahun. Semua kenangan pahit manis masam masin ada kat kemaman. Ouh kuatkanlah dirimu. Aku harap sangat, satu hari nanti, aku dapat rasa balik pengalaman masa kecik. Aku rindu sangat sangat kat diorang. NO PLACE LIKE KEMAMAN.

END OF STORY.

CERITA KELIMA

Program program program. Yeaaahh. Semakin ke penghujung sem, semakin takdelah program program. Muahahaha.

Syukur Alhamdulillah, dah macam macam program aku join. Satu je program yang aku impikan. Program ke rumah orang orang tua, takpon program ke rumah anak anak yatim. Ya, dua program ni aku impikan sangat.

Selama ni asyik tengok dalam TV je. Bila la pulak kite sendiri nak rasa. Insyaallah, dengan pengalaman pengalaman yang ade, aku nak cuba anjurkan program ni sem depan. Ini target aku yang terawal untuk sem depan. Tapi besar harapan aku, tinggi harapan aku bahawa ada orang lain yang akan anjur program ni dulu. Jadinye boleh aku join sebagai peserta saje. Hehe.

Pengajaran yang nyata dari program macam ni, kite dapat merasa, takpon rasa sikit sikit la berada kat tempat diorang. Tak semua orang merasa apa yang kita rasa. Ada yang dari kecik dah takde mak ayah, pastu ada pulak yang bila dah berusia kena tinggal kat rumah kebajikan. So bila kite dah dapat merasa(kalau tak banyak sikit pon jadila) apa yang diorang rasa, barulah kite akan lebih bersyukur dengan ape yang kita ada. Itu pada pendapat aku.

Tapi sebelum tu, ada satu program menanti disember ni. Program Hari Keluarga Kelab Fotografi. Serius, aku ingat program ni takdelah macam komplikated sangat. tapi bila dah g jumpa dengan salah sorang alumni petang semalam, pergh! Dah macam event besar. Aku sendiri berdebar dibuatnye bila dia brief kat aku.

Satu je yang aku bersyukur sangat sangat, kegagalan program RMC hari tu bagi pengajaran yang sangat berguna. Terima kasih jugak kepada orang atasan aku, sebab walaupun program haritu separuh gagal, diorang still mintak aku run program hari keluarga ni. Inilah masanya untuk aku buktikan balik, yang aku pun boleh kot nak run program. Takpe takpe aku cube.

END OF STORY.


CERITA KEENAM

Cuba korang tengok gambar gambar nie.

JPA1

JPA2

JPA3

macam mana tu? adakah bermaksud permohonan aku diluluskan? padahal result tau september karang. LOL.


END OF STORY.

KESIMPULAN

Banyak tak banyak tak? Hahaha. Kesimpulan ni entah hape aku pon tak tau sebenarnya. Em okay. Kesimpulannye, ingat, setiap ape yang berlaku, ada hikmahnya. Contoh macam kegagalan program RMC bulan lepas, seriously bagi kesan yang sangat mendalam bagi aku. Amek masa seminggu jugak nak ambek semangat tu balik. Sekali lagi dalam bahase omputeh, ‘everything happens for a reason.’ Kan kan?

Selamat berpuasa semua, semoga segala perkara baik yang berlaku jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Akhir kata, NO PLACE LIKE KEMAMAN.

p/s – tak sangke nama Miss A kene mention dalam seminar. Ahaks.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Isnin, 8/8/2011, 03.00am.

vsvbfdb





Saturday, July 30, 2011

Allah Maha Besar

terkejut aku bila bukak dashboard tengahari tadi, terpandang blog cik lekat lekit story.

"Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Takziah kepada keluarga beliau & Al-Fatihah kepada Arwah. Moga Rohnya di cucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman."

ajal maut di tangan tuhan. innalillah.. memula aku ingatkan rumours ke ape, then terdengar kat radio RTM pasal berite ni. sahih la tu.

dikhabarkan, dia meninggal sebab sakit jantung, tekanan darah rendah. muda lagi kan dah kena sakit jantung? lagipun secara kebetulan pulak masa kes dia tengah jadi bualan hangat sekarang ni.

Allah Maha Berkuasa. bila bila masa je Dia boleh tarik apa yang Dia bagi pinjam kat kite. atas sebab tu la, aku rasa kite patut & kena bersyukur dengan apa yang ada.

jangan kata, "aku tak mintak jadi camni." aku pernah baca, tulisan Ustaz Zawawi kalau tak silap, sebenarnye itu semua satu ujian dan cabaran untuk berubah. janganlah menyalahkan takdir, then terus berserah tanpa berusaha.

buat golongan golongan macam arwah, sedarlah sementara hayat dikandung badan. aku rasa peristiwa ni merupakan mesej yang sangat sangat jelas dari Allah. aku sendiri jadi takut bila tau pasal berita ni. macam macam persoalan bermain kat fikiran aku.

macam yang aku tulis tadi, peristiwa ni adalah mesej daripada Allah kepada kita semua. bersyukurlah dengan ape yang ade, dan semoga Ramadhan yang akan datang akan membuatkan kite manusia yang lebih baik. insyaallah..

p/s - takziah kepada keluarga arwah.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu, 30/7/2011, 4.44pm.

Tuesday, July 26, 2011

Kawan lama aku dah berjaya :)

Salam aleykum pembuka bicara. Ouh sedapnye menulis sambil menikmati secawan nescafe. Alhamdulillah.

Petang tadi, aku dengan roommate pegi Pavilion, nak selesaikan urusan broadband. Dan nak ditakdirkan Allah, aku terjumpa dengan kawan aku dari kecik dulu, kawan rapat masa susah dan senang. Korang tau ape dia buat sekarang?

Ha, sekarang ni dia keje POLIS. Yeah. Tak sangke ye. Kawan dari kecik, pegi surau same same, ngaji same same, maen badminton same same, balik sekolah same same, nganjing orang same same, maen karom same same, akhirnya dah berjaya dapat kerja yang sesuai.

Kalau korang perasan kat depan pavilion ada satu bas polis bergerak. Ha kat situ la aku jumpe dia petang tadi. Serius aku rase bangge. Sebab akhirnya dia dah boleh pijak dengan kaki sendiri. Yelah dulu kan kitorang sekolah same same, maka makan minum pon mak ayah tanggung lagi.
Bangga lagi, sebab sekarang dia boleh cakap, “bile bile jom ar aku belanje mu makang.” Pergh dulu kalau nak mintak belanje aiskrim cik syidah yang 20sen sebatang tu, tak dapat ler. Dia kerja senang, aku gembire. Eh aku pulak yang gembire ek. Haha. Tapi seriously, bile tengok kawan baik sendiri, kawan dari kecik pulak tu, dah berjaya, bangge rasenye. Entahlah. Tak sangkenye aku. Hahaha.

Fikri fikri. Tak sangke jumpe dia kat KL. Selalu jumpe kat kemaman je. Kan best kalau kite boleh jadi macam mase kecik kecik dulu. Buat gile sane sini. Haha. Tadi mase kitorang sembang sembang kat bawah bas tu, ade la beberape orang foreigner datang Tanya tempat.

“sir, where is Lowyatt?”

Aku masa ni dalam hati dah nak tergelak gile. Yelah, dia nak kene speaking weehh! Hahahaha. Dulu mase zaman sekolah, harapan la nak dengar dia speaking.

“--->”

Maksudnye mase ni, dia tengah buat isyarat tangan, menghala ke arah lowyatt.

Foreigner tu pon,

“em em?”

Member aku,

“em em em!”

Sambil mengangguk kepala, menghayun hayun tangan.

“you go straight, turn left!”

Pergh, aku tak tahan, pegi belakang bas, gelak semahu tidak. Ouh, dulu sedap nganjing aku, kan dah kene balik. HAHAHAHAHAHA.

Lepas tu ade la dua tiga orang foreigner datang, dan still aku dengar ayat yang same. Hahaha.

“ni malah aku duk bowoh ea. Paceroh mat salleh tanye. Serabuk sungguh la.”
(ni malas aku nak duduk kat bawah ni, asyik kena tanye dengan mat salleh je. Serabut betul)

HAHAHAHAHA. Aku paham aku paham. Ruginye tak bawak hp yang ade camera tadi. Kalau tak ade jugak picture untuk disajikan.

Whatever yang terjadi, aku tetap bangge dengan dia. Muke pon dah macam bapak orang. Badan pon dah naik. Kerja sekarang dah agak senang la katakan. Tengok, kalau pandai bawak diri, pandai jage diri, macam macam pengalaman kite boleh dapat.

Ramai kawan kawan aku kat polis marin, sambung polis lepas SPM. Fikri, GG, farhan, anak pak cik chot, apih, ramai lagi la.

Aku pulak? Jadi polis ke? Itu tak tau lagi. Tapi kalau boleh nanti biarlah aku dapat kerja yang berkaitan dengan ape yang aku blajar sekarang. Melainkan kalau dah susah sangat nak dapat kerje karang, baru aku pertimbangkan untuk masuk polis.

Dan yang agak gembira, akhirnya rough week semakin berlalu. Cume assignment je macam makin banyak. Kesian Miss A, jadi tempat aku lepas geram. Hehe. Sory la ye. Nasib baik dia tahan semua tu, bebelan bebelan aku. I’m lucky to have you. <3

Moral untuk entry kali ni. Pada pendapat aku, kalau ade kesedaran untuk berbakti pade diri sendiri, pade mak bapak, insyaallah, Allah permudahkan untuk kite. Yang penting niat. Lari niat korang, lari la ape yang korang hajatkan. Harap aku pon boleh berjaye satu hari nanti. =)

nibong tebel.

p/s – Miss A ganti nama cik syg. Asyik kene perli je. Hehe. =p

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 26/7/2011, 2.00am.

Saturday, July 23, 2011

Apa Korang Rasa 2.0

saje buat tajuk "Apa Korang Rasa 2.0". sebab sebelum ni ada entry aku tajuk yang sama gak.

contoh:

korang janji dengan kawan korang nak jumpa pukul 11am. tunggu punya tunggu, nak dekat sejam setengah tunggu. kawan punya pasal, takpelah.

last last,

"weh sori ar aku tak jadi jumpa kau."

APA KORANG RASA?

p/s - korang ramai. korang semua baik sangat dengan aku. tapi kesiankanlah kat kitorang ni yang dah tunggu lama nak mati. siap buat kerja lagi. bukan nak mengungkit. tapi itulah. kalau boleh aku tanak ada salah faham, ada tak bertegur sape dengan korang. korang baik sangat dengan aku. lepas tu ikut suka je nak tunda tunda besok. adat la penat. tolong, aku tanak ada salah faham dengan korang. aku benci hilang kawan. ;((

Yang Benar
ShafiqIzwan,
Sabtu, 23/7/2011, 2.30AM.

Tuesday, July 19, 2011

Patut La!

patut la selama ni kalau keluar, aku angkat tangan kat pengawal keselamatan, diorang muka kelat je. reply angkatan tangan aku tu reply la, tapi muka kelat.

rupanya aku tak senyum! ataupun senyum tak betul betul kot. entah camne tadi boleh terfikir. so tadi aku cuba la bereksperimen. setiap kali nak keluar masuk je senyum betul betul.

yeah eksperimen aku berjaya untuk HARI NI! aku sengaja boldkan, sebab besok lusa tulat tak tau la macam mana. tapi untuk pemerhatian hari ni, terbukti teori aku betul.

inilah yang boleh dikatakan, kalau kita buat baik kat orang, insyaallah orang pun buat baik kat kita.

happynya bila tengok diorang senyum. kita nak keluar masuk pun senang hati. takdelah asyik nak maki maki. serius aku happy gila dengan perkembangan terbaru ni. hahaha.

dan semestinya, asal berpunca dari silap aku sendiri gak. sape suruh tak senyum/tak senyum betul betul sebelum ni. takpe, kalau tak silap kita tak belajar. so sekarang dah belajar dari kesilapan sendiri, selalu selalu la praktikkan. :)

harap perkara perkara ni akan terus kekal sampai bila bila. baru la nampak mesra sikit staff dengan student.

p/s - yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 19/7/2011, 1.13pm.

Monday, July 18, 2011

Rasa Macam Nak Berhenti.

Aku gagahkan diri untuk menekan keyboard.

Trauma. Sedih. sangat kecewa. Itu antara perkataan yang aku dapat describekan dari dalam otak aku ni.

Segala keghairahan untuk jadi AJK any program, hilang macam tu je. Malu. Ini baru program pertama kena handle dengan kawan kawan lain, tapi failed (separuh).

Rasa malu dengan senior senior. Sebab masa diorang yang handle dulu, sambutan amat menggalakkan. Rasa meriah sangat. Serius aku malu dengan senior senior.

Nampak sangat dah di situ aku ni tak reti nak handle program. Ouh no. kalau ikutkan hati, mau saje aku tarik diri dari mana mana program dari sekarang. Tapi tak boleh, aku ada hutang dua program yang belum dilunaskan. Nak tak nak, kena lunaskan jugak la.

Lepas tu sem depan quit eh? Tumpu kat belajar, assignment, project je. Best woo. Yelah, bila dah camni, rasa segala payah yang kitorang lalui sepanjang nak adakan program ni macam tak berbaloi. Tak tau kalau ada member lain yang rasa it’s ok, tapi pada aku it’s not okay.

Tapi salah kitorang jugak. Tak bincang betul betul. Tak jumpa betul betul. Juz post kat group fb dalam masa sebelum 1,2,3, hari sebelum event berlangsung.

Entahlah. Sekarang aku betul betul rasa tawar hati. Letak gula banyak mana pun tak rasa manis lagi. Kecewa sangat.

Macam aku cakap tadi, aku dah hilang semangat untuk join dalam gerak kerja sesuatu program. Risau perkara yang sama akan berulang. Ouh tak sanggup aku, kerja orang lain hancur disebabkan aku.

Sebab apa aku terasa sangat? Sori. Kehadiran tak sampai separuh. 30% saje kedatangan. Kalau separuh serius aku boleh terima lagi. Macam macam aku dengar. Ada yang tak tahu. Ada yang tak bangun tido. Ada yang tak nak pergi. Ada yang tak tau benda tu wajib.

Tapi nama program pun Ramah Mesra. Takkan untuk tahun 2 dan 3 saje. Kitorang dah kenal.

Seriously rasa bersalah sebab ada yang tak tahu, ada yang tak tahu benda ni wajib. Rasa bersalah sebab tak brief diorang betul betul. Aku ingatkan sekadar memperingatkan kat fb dah cukup.

Bukan apa. Aku rasa rugi diorang tak dapat rasa pengalaman program ni. Bukan sikit yang tak dapat pengalaman program ni, tapi RAMAI gila. At least aku ada cerita untuk diceritakan kalau ada orang tanye, “weh camne program ramah mesra persatuan kau?”

Aku boleh jawab, “best gila wooh.” Rugi rugi. Program setahun sekali. Tapi.. entahlah, nak buat camne. Dah tu aktiviti untuk pagi tu dah la best gila. Pergh rugi rugi.

Mintak maaflah juniors sebab kitorang semua, korang tak dapat merasa pengalaman tu.

Tapi entah kenapa aku still tak puas hati tentang kehadiran, walaupun majority kesilapan, adalah kesilapan kitorang. 30/100.

Jujur aku cakap, aku trauma sangat dengan perkara ni. Macam, its haunts me. Hmm. Aku kena kumpul balik semangat semangat aku. Sebab ada dua program lagi yang belum jalan. Kalau nak quit pun, sem depan la.

Bukan apa, orang atasan aku penah cakap camni, “takpelah capiq, bukan semua program yang kita buat ni lancar.” Masa ni program yang aku join tu ada sikit masalah. Alhamdulillah dapat setel.

Kata kata dia tuh la yang buat aku kuat kadangkadang. Time nak anjurkan program, time ada masalah, selalu aku ingat kata kata dia tuh. Betul jugak kan.

Sem depan, biarlah join sbg peserta saje. Aku malas dah nak take part as AJK. Tak sanggup perkara sama berulang. Malu. Malu. Malu.

Tak pun, focus kat kelab foto saje. Kalau buat aktiviti untuk kelab foto takpe, sebab melibatkan peserta dari semua course. Tapi kalau buat aktiviti untuk junior sendiri, ouh aku tak sanggup.

Itu semua masih dalam pertimbangan minda aku yang masih segar dengan ketraumaan ni. Maybe dah lama lama okay la kot. Tapi kalau boleh aku tak nak ingat pasal event pada pagi tu.

Nasib baik pengarah program (member aku) dapat catering baik punya. Dewan design cantik, makanan sedap. Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu habis event, nak lepaskan diri dari semua frustration yang ada. Sebab tu tadi aku buat betul betul. Senior aku cakap, majlis makan malam tebus balik, buat gempak gempak punya.

Alhamdulillah result dari majlis makan malam tadi dapat respons yang baik daripada diorang semua. Tapi aku still down bila ingatkan kejadian pagi tadi. Aku perlukan morale booster.

“MAJLIS MAKAN MALAM A+++” ulas seorang lecturer.

Kejadian ni, menjadi pengalaman dan pengajaran yang sangat berguna bagi aku. Segala silap silap, akan aku catit untuk jadi panduan untuk program akan datang. Itu pun kalau aku ada semangat nak join lagi.

Mintak maaf juniors sebab tak dapat bagi korang pengalaman program ni. Harap korang faham, kami AJK AJK program pun manusia biasa. Tak lepas dari buat silap. Malahan kebanyakan kitorang pertama kali terlibat dalam program.

Yang lepas biarlah lepas. yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan. Kalau kita tak silap kita tak belajar kan.

p/s - semoga yang baik sahaja hendaknya. pergh sumpah ngantok gile. harap bangun besok pagi dapat memori indah.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Isnin, 18/7/2011, 03.15AM.

Sunday, July 10, 2011

KL Gangster Review


Ok fine. Review ni memang dah ketinggalan la. dah berapa lama filem ni keluar, aku baru nak review. Hahaha. Sorry to say la, tak sempat nak tengok. Tapi takpelah, aku nak tulis jugak. Aku nak luahkan apa yang terbuku di hati pasal filem nie. Hehe.

Rasanya synopsis tak payah aku ceritakan la, memang korang semua dah tau kan? Juz nak ceritakan beberapa part yang best dan yang tak best(sikit je yg tak best).

Pertamanya,

WATAK JAI, LAKONAN ADI PUTRA

Baek ah! Pergh aku tengok watak Jai ni, jadi takut pulak. Serius ganas gila aku tengok si Jai ni. Nak nak masa babak pertarungan pertama si Jai ni, dia ayam ayamkan je mamat yang dia nak belasah tu. Memang nampak ganas la. adiputra berjaya membuatkan watak ni sepadan dengan slogannya, TAK TAKOT MATI. Terbaik la adiputra.

Keduanya,

SLANG/LOGHAT/CARA PERCAKAPAN YANG DIGUNAKAN

Ada dalam satu babak ni. Masa Jai lepak lepak dengan konco konco dia lepas songlap duit Dragon, masa ni semua still cakap dalam slang melayu lagi.

Kemudian ada lagi satu babak, masa Jai tengah berbincang dengan konco dia yang diorang akan join Shark. Tetiba ada sorang konco dia ni yang berkepala agak botak cakap dalam slang cina. Apehal? Cakap dengan Jai pulak tu. Nasib baik watak si Jai tu maintain cakap melayu.

Then, yang watak Fadil a.k.a abang long dil plak. Masa permulaan cerita cakap ‘gua, lu, bro’. pastu bila dah dalam sikit cerita, cakap aku kau pulak.

Ketiganya,

SCENE PERGADUHAN

Tak dinafikan, babak gaduh dalam filem ni memang terbaik. Walaubagaimanapun bagi aku ada jugak sikit sikit babak yang kureng.

Contohnya dalam babak masa Jai serang Ajib, then Malek selamatkan Ajib pastu gaduh plak dengan Jai. Kalau korang perasan orang lain yang bergaduh kat belakang tu Nampak macam, alahai. Memang la masa tu kamera focus kat Jai dengan Malek, tapi orang gaduh kat kiri kanan diorang tu still nampak lagi. Bila aku ulang ulang tengok, nak tergelak pon ada tengok. Tapi bagi aku babak ni antara paling best, sebab bermulanya abang dan adik bergasak. Cayalah.

Keempatnya,

PENGGUNAAN LAGU PADA MASANYA

Ini satu lagi aku tabik. Lagu lagu yang dimainkan pada setiap babak, sangat kena pada tempat dan masanya. Babak babak tu jadi hidup, jadi menarik. Pelajaran berguna, iaitu pemilihan lagu latar sangat penting rupanya.

Kemudiannya, nak ceritakan beberapa lagi pandangan yang aku dapat daripada cerita ni.

BABAK MAK MALEK

Yang ni betul betul menginsafkan. Kesian bila tengokkan mak si malek tu jual kerepek kat tepi jalan. Kat tepi jalan. Adoyai.

TERER BETUL GANGSTER GANGSTER NI BERGADOH EK?

Betul tak betul tak? Maknanya diorang ni ada seni mempertahankan diri la kan? Ni dah lari dari objektif sebenar belajar seni mempertahankan diri. ke ada pandangan lain?

BESAR KEPALA

Faktor ni yang buat cerita ni best aku rasa. Besar kepala. Aku yang nengoknya jadi geram yang amat. Masing masing cakap, “suka hati”, “lu sapa nak halang gua”, “pegi mampos”. Macam takde perasaan nak beralah langsung. Macam diorang rasa diorang tu unbeatable. Ggrr..

Dan akhir sekali,

SHARK JADI ARWAH

Entah kenapa, aku tak puas hati Shark mati dengan pistol je walaupon dah kaw kaw kena belasah dengan Malek. Hahaha. Kasi la Shark mati dengan penuh seksa dan rintangan sikit. Kasi lepas geram. Buat la Malek hentam kepala Shark sampai hancur ke. Shark tu kerek gila kot. Last last mati dengan pistol je. Opps lupa, watak Shark tu pengarah sendiri yang lakonkan. Hehehe.

Tengok, best ke tak best filem ni? Sampai aku tulis pun dah macam geram sangat. Haha. 12 juta tahniah aku ucapkan kat Shamsul Yusof. Kenapa? Dah la dia pengarah, dia jugak yang berlakon, watak besar plak tuh. Then watak yang dia lakonkan tu pon, bagi aku menjadi. Sampai aku sendiri rasa geram. Hahahaha.

Kepada korang yang belum tengok lagi, tengok tengokkan la. filem keluar 30 Jun tapi 9 Julai baru aku dapat tengok. Hehe. Tapi serius aku cakap, best la filem ni. Moh le tengok! :)

p/s – 3 bulan sudah. ILY.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 10 Julai 2o11, 11AM.


Wednesday, June 29, 2011

Seluar Ketat

Yeah lega lega! Selepas beberapa lama aku kumpul kekuatan untuk tulis entry ni, akhirnya dapat jugak kekuatan tu.

Sebenarnya lama sudah aku nak tulis pasal entry ni. Tapi tuh la. Tak sampai seru lagi kot. Hehe. Isu apa yang aku nak tuliskan sebenarnya nie?

SELUAR KETAT

Dengan ini, aku harap, perempuan perempuan di luar sana. Harap sangat sangat korang boleh jaga pemakaian korang.

Ye, aku tau, aku ni sape nak suruh korang pakai itu ini, menyibuk mintak korang itu ini. Sape la aku kan. Tapi kalau sape sape yang terbuka hatinya, harap korang pandanglah permintaan ini sebagai satu bende yang positif.

Maksud aku, iaitu jaga pemakaian korang, bukan bermaksud korang kena pakai jubah baju tudung labuh apa semua tu. (tapi kalau korang boleh buat macamtu lagi bagus sebenarnya)

Maksud aku, lindungkanlah sikit aset korang tu. sedia maklum la, seluar jeans dan manusia tak dapat dipisahkan. Lebih lebih lagi perempuan, bukan main ketat lagi seluarnya. Maaf ye. So fine, tak kisah korang nak pakai macam mana pon, itu hak korang. Sape la aku nak halang korang daripada berpakaian sebegitu rupe kan?

Cuma nak mintak, kalau dah pakai seluar jeans yang ketat tu, pakailah baju yang labuh. Sekurang-kurangnya, dapat la tutup punggung korang. Ini tak. Payah beb nak keluar bandar. Yelah, takkan nak pandang atas all the time. Kalau dah namanya lelaki, takdenye la kalau setakat nak pandang sekali. Mesti berkali kali punya. ECECECE MACAM BAGUS JE KAU NIE. Bukan apa, dulu aku pun macam ni.

Tapi bila difikirkan balik, rata ratanya anak melayu, siap pakai tudung lagi. Aduh. Diulangi sekali lagi, MELAYU. Dose dapat, malu pon dapat. Kalau yang kapir tu toksah cerita la. korang tak kisah ke kalau semua orang tengok punggung korang? Macam mana plak kalau ada yang siap amek gambar lagi? Pergh.

pergh!

Whoaaa..

gambar google, kata kunci: perempuan seluar ketat

Tu belum lagi risiko kena rogol. Dah kalau korang pakai macam tu, Nampak dek perogol ke, orang gile seks ke, mau tak terbaring korang dalam semak.

Ada satu masa ni. Masa aku main badminton kat dewan. Ada la awek ni. Dia nak tengok pakwe dia main. Sekali dia bangun, nak pergi tandas. Mak aih! Punya la ketat jeans yang dia pakai, sampai aku tengok cara dia jalan pun macam aku yang rasa sakit. Betul, tak tipu. Awek bertudung tu. Agaknye pakwe dia tak kisah ek orang ramai tengok punggung dia.

sebenarnya benda ni boleh fikir sendiri. Kita dah dianugerahkan akal kan? So aku harap takdelah yang kata,

SIBUKLAH KAU. PADAHAL KUBUR MASING MASING

Dulu aku pernah tanya mak aku, macam mana nak jawab kalau kita kena camni. Then mak aku dengan selambanya jawab,

SEBAB KUBUR SENDIRI SENDIRI LA NAK INGAT INGATKAN. KARANG KALAU DAH KENA SEKSA SORANG SORANG DALAM KUBUR SAPE NAK TOLONG

I love u mom! Haha. Betul tak? Masa masih hidup, masa ada peluang ni la kita nak saling memperingatkan. Biar kita sama sama dipermudahkan masa dalam kubur nanti. Sama sama dapat nikmat. Kan?

Aku harap sangat, korang dapat terima apa yang aku tulis. Please ye. Kalau nak kutuk pon, kutuk dalam hati la ek. Aku pon aku cuba ubah diri aku sendiri. Takmau la nanti cakap tak serupa bikin. Salam. :)

p/s - dari maghrib tadi sebenarnya dah tulis. tetiba internet takde pulak. =.= cik syg jangan pakai macam ni plak ek. :)

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Khamis, 30/6/2011, 2.37AM.

Tuesday, June 28, 2011

Tak Rugi Bersabar

Alhamdulillah alhamdulillah. Akhirnya Allah permudahkan urusan aku. Kalau entry lepas, macam macam masalah menimpa, akhirnya terdapat jugak penyelesaian.

Pendrive aku dah jumpa balik. Ekceli aku tertinggal kat lab. Syukur sangat sangat sebab walaupun lepas dua tiga hari, pendrive tu masih ada kat tempat asal. Data data dalam tu pon masih ada lagi. Syukur alhamdulillah.

Kemudiannya, pasal harddisk. Hasil kolaborasi aku dengan roommate. Akhirnya terbelilah aku harddisk baru. Kali ni baek punya jaga la ini harddisk. Diharamkan sama sekali untuk orang pinjam. Nak apa apa dalam harddisk ni, mai la datang bilik aku. Bukan apa. Bila dah rosak sekali, takkan nak rosak dua kali. Lagipun kalau ada depan mata, lega sikit rasa. Aku harap pisang takkan berbuah dua kali. Sebab benda ni makan duit, bukan tak makan. So maaf la kalau korang rasa aku kedekut, tapi aku rasa itu cara yang terbaik. Lagipun aku bukan tak bagi langsung. nak share, juz rajinkan diri datang bilik, then nak amek ape, amek la. :)

Kemudiannya pasal duit. Whoah. Ini betul betul kebetulan la. Lepas sehari dua je aku post entry yang sebelum ni. Aku bukak fb, then ternampak la iklan ni.

rezeki tu

Kan kan? So pada hari sabtu yang lepas bertarikh 25 Jun 2011, aku dah pon pergi mendaftarkan diri kat situ. Dapat la satu nametag.

RM8

Nak start kerja pon dah kena bayar. Tapi takpe la, asal dapat pulangan balik lepas tu. Memula memang gugup. Yela, kita first time kerja banquet. Tapi nasib baik ada senior tolong bekapkan. Takde la cuak sangat. Kenal la sorang dua member. Yang aku ingat lagi, budak sorang ni, nama YAN. Tapi lelaki, bukan perempuan. Hehe.

Apepon, syukur alhamdulillah atas apa yang berlaku. Minggu lepas pun ada bende menarik yang berlaku. Ada lecturer ni, dia kata, “sedap nama awak ek”. Whoah bangga rasa pakai nama yang parents aku bagi. Then sorang lagi lecturer, “awak pergi mana ni Shafiq? Rasa baru seminggu tak jumpa, dah kurus dah”. Hahahaha. Padahal tak kurus pon. Roommate aku kata I’m still the same. Maybe pakai baju smart day nampak kurus kot. Entah la. Haha.

Bila ditimpa masalah, jangan la down sangat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Sabar je la ye..

p/s – syukur Alhamdulillah. :)

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 28/6/2011, 8.50pm.


Wednesday, June 22, 2011

Pedihnya.

This is my story. Entah pape. Aku pon tak tahu nape aku mula entry dengan ayat tu. Aku rasa aku dah bengong. Aku rasa, aku rasa, aku rasa. Entah. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa. Masih waraskah aku?

Kehidupan awal sem tiga ni memang mencabar, especially mental aku. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiihhhhhhhhh………….

Harddisk rosak. – okay lagi, boleh terima. Sebab benda dah nak jadi kan. Nak buat camana.

Pendrive hilang – pasal ni aku rasa gundah gulana. Jiwa kacau. Ni pendrive yang ketiga aku kalau tak silap. Pendrive ni la aku jaga bagai menatang minyak yang penuh. Dek kecuaian aku sendiri, akhirnya terhilang jugak. Yang part aku jiwa kacau skali, banyaknya data dalam pendrive tu. Assignment lagi. Tak pasal pasal kena buat semula. Tu tak kira data data lain lagi. Sedih sedih sedih.

Selipar kena curi – pasal ni aku rasa lemah sangat. baru je tadi, lepas siap siap nak balik dari main badminton. Aku lepak lepak dengan member tak sampai setengah jam pun. Bila nak kemas barang, selipar dah takde. Nasib baik barang lain tak hilang. Selipar tu menyimpan seribu satu kenangan pada aku.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah kot sekadar yang tu je dulu. Dan yang sakitnya, semua peristiwa tu melibatkan duit.

Duit duit duit. Duit duit duit. Orang pernah kata, duit bukan segala galanya. Tapi bagi aku buat masa ni, duit dah macam segala galanya. Tak boleh hidup tanpa duit. Yelah nak makan pun nak pakai duit. Nak makan coki coki pun kena beli.

Masa bukak booth pendaftaran kelab foto semalam, aku mengaku muka aku agak ketat. Cik idea dah banyak kali tegur, ”asal muka ketat?” aku nafikan je.

Sebenarnya, semalam bila aku tengok resit bank. Alahai. Duit PTPTN jauh kurang dari sem lepas. lemah semangat. Sangat lemah. Pasal duit ni la yang buat aku hilang mood.

Ada member aku cakap, “ala karang mintak la mak ayah.”
Ok, aku tulis apa yang aku rasa. Bila dah meningkat dewasa nie, perasaan malu mula ada kalau nak mintak duit ngan mak ayah. Dulu masa kecik kecik boleh la. Ye tak dinafikan aku masih lagi bawah tanggungan diorang, tapi rasa malu tu tetap ada. Aku dah besar. (kot?) sepatutnya dah boleh berdikari. Argh apa aku tulis nie? Lantak la!!

Ya Allah, mintak mintak la perkara malang ni tak akan berterusan lagi. Mintak mintak la takde bende hilang lagi. Ouh aku rasa tersangatlah tidak betul sekarang nie.

Oh
nonononononakjrbi32r23ihr233hiqbf2wiubfiufwebfiuwebfiuw3ebfwieqbfinerfoergj34ji34jht34ohgie4hgiregierqnbsgiaiuinsauinasiufhsauieqk23lsdfjew.

p/s - eh, nama aku apa?

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Rabu, 22/6/2011, 8.51PM.

Tuesday, June 21, 2011

Lupa Tajuk Apa

Masa kelas BI tadi. Tiba tiba aku teringat junior sekolah aku dulu. Ni link blog dia. Karang aku tulis pasal dia. First of all, it’s good to be back in BI class.

Mengapa? Sebab dua sem lepas aku tak ambik BI, dapat transfer kredit. So di sem ke tiga ni la baru merasa nak belajar BI balik. Yeah, aku seronok sangat. Dulu masa kat sekolah, BI is one of my favourite subject. ;)

Back to the main topic, about my junior. Her name is najwa. She want to further her study in IPGM, in TESL, so badly. At least that was my thought after reading her blog.

By reading her blog, I’m pretty sure that she had done her very best in the interview. The way she tell about her preparation, the way she tell that she also want to be like her parents. I mean teachers. Damn. She’s so inspired me.

And what in the world the reason that she’s inspired me so much? Because she is a strong girl. She told me that her SPM was not that good (actually I don’t know what is her result), but life must go on, right sis? Dia tak mengalah. Dia tekad untuk sambung belajar walaupun tak dapat IPGM. So dia masuk form 6.

Dari situ, she’s got the same problem with me. Iaitu, kebanyakan orang bukannya nak support, tapi buat muka, bagi pandangan yang menjatuhkan semangat. Tak faham? Tengok sini. Tapi yang entry tu berkaitan course aku la.

People, juz wanna tell you, please SUPPORT, not CONDEMN each other. No matter what is their course, no matter where they further their study. Haish. Aku rasa pemikiran macam ni memang melekat la dalam kepala sesetengah orang. Cukup la. Malas nak tulis panjang panjang. Takde apa yang berubah pun.

Other than that, I’ve lost my pendrive today. Adooh. Banyak data dalam tu. Harap sangat sape yang jumpa pendrive tu dapat pulangkan balik. Pleasseeee.. not easy sit I make it.

Ok cukup cukup. Berpeluh badan ketiak apa semua nak tulis dalam BI ni. Haha. Sebenarnya saja nak tulis dalam BI ni. Nak asah balik BI aku. Sape sape yang ada baca entry lepas, tahu tahu la kan. Hehe.

So harap kalau ada kesalahan dalam BI aku, harap korang dapat perbetulkan. Tu pun campur BI ngn BM. Kalau nak kutuk pun kutuk dalam hati sudah la ye. :)
Okay then, have a nice day guys!

p/s – yeah akhirnya ada jugak entry dalam BI sikit sikit. Hehe. :P

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 21/6/2011, 11.43pm


Wednesday, June 15, 2011

Kerja Kerja Kerja!

Dua minggu pertama sem tiga, penuh cabaran mental. Dari cabaran mental tu la, aku banyak belajar macam mana nak handle kan kepala otak yang berserabut ni. Macam mana nak handle job by job. Senang cerita aku banyak belajar tentang cara untuk meng’organise’kan something.

Aku bekerja untuk dua organisasi. then ada dalam satu meeting, aku kena puji tau. “I tak superpower macam dia (aku la), sebab I dah terikat dengan organisasi A. so rasanya I boleh kerja dengan u all, tapi tak sepenuhnya la, sebab I nak bagi full komitmen kat organisasi A.” Lebih kurang macam tuh la. Aku masih berfikiran positif. Takkan dia nak perli aku depan orang ramai kan? Lebih lebih lagi dalam meeting macam tuh. Dia baik orangnya. So terima kasih sebab menganggap aku superpower. Hahaha.

Aku tak tamak. Lagipun keberadaan aku dalam gerak kerja program, aku terpilih dalam organisasi tu pun, bukannya aku yang nak. Aku dipilih. Sejujurnya aku cakap, aku tak kisah kalau diberi tugas yang paling bawah pun. SEBABnya, orang pilih kita mesti bersebab kan? Takkan orang main pilih je. At least itu pendapat aku.

Dan lagi satu, yeah. Aku sangat dahagakan pengalaman. Entah kenapa, aku rasa pengalaman ni penting sangat. Ekceli ramai lecturer yang cakap macam tu sebenarnya.

Selagi kerja kerja aku tak bertembung, selagi aku masih mampu manage ikut keperluan, dan selagi aku masih mampu tanggung benda ni semua, aku akan buat dengan sepenuh hati. *yolah*

Terpulanglah korang nak cakap apa. Nak fikir aku tamak ke apa. Yang penting aku tahu apa yang aku buat, aku tahu mana batas kemampuan aku. Lagipun aku bekerja, orang yang pilih, bukan aku yang mintak. So aku sangat hargai dan sangat sangat berterima kasih kepada diorang yang pilih aku. Sebab tu aku kata aku akan buat dengan sepenuh hati. ;)

Ouh satu lagi, pengajaran pada awal sem ni. JANGAN BUAT KERJA BERTANGGUH! Memang aku betul betul insaf la. Minggu lepas, dapat kerja. Dalam hati, “ala rileklah dulu, baru minggu pertama.” Booommm!! Sekali tsunami homework daaa! So rasanya, dengan homework dan program program yang akan dijalankan, banyak pengajaran, pengalaman, dan moral moral yang akan aku dapat. Rasanya la. Hehe.

Post kali ni, maap la kalau macam lebih lebih. Nak hilangkan stress sikit. Aku tak dapat nak mesej dia selalu sebab, macam yang aku katakan tadi, dua minggu pertama ni tersangatlah busy.

“salam. Awak, saya mintak maaf ye kalau kita agak berenggang semenjak dua menjak berenjak renjak nie. Banyak benda saya kena setel, banyak benda saya kena belajar. Saya pun nak jadi macam awak jugak. Awak kan dulu orang kuat UTM. Hehe. Tapi saya takdelah nak jadi orang kuat UTM, saya Cuma nak belajar handle handle program nie je dulu. Saya harap awak faham ea. Nanti dah free, program program dah habis, kita contact contact lagi, macam masa cuti sem. Masa cuti sem best sekali kan, tak payah nak fikir pasal program, buku buku apa semua. Haha. Harap awak tak bosan dengan saya. Saya sayang awak.”

Nak muntah? Silakan. Jangan depan laptop sudah. Karang rosak. hehe. Apapun aku hanyalah manusia biasa. ;)

p/s – TERIMA KASIH SANGAT SANGAT kepada korang yang sudi tinggalkan komen kat blog ni walaupun dah lama tak terupdate. Terima kasih sangat sangat. insyaallah kalau dah free nanti aku akan lawat balik blog korang. itu janji aku. terima kasih ye. :)

Cop, kata nak tulis dalam bahasa inggeris, mananya? Sembang! Hahahha!

Yang Benar,
ShafiqIzwan,

Rabu, 15/6/2011, 11.14am.

Tuesday, June 7, 2011

Permulaan Yang Baru

pejam celik pejam celik, akhirnya dah sem ke tiga sudah. sekejap je kan? maknanya ada lagi tiga sem untuk dihabiskan. lepas tu, wait for me UTM Skudai, insyaallah. :)

alhamdulillah, result untuk sem kedua lagi okay daripada sem pertama. syukur sangat sangat. aku harap aku dapat kekal atau pun naikkan lagi pointer untuk sem ni dan sem sem yang akan datang. serius aku katakan, takde yang mustahil, kalau korang betul betul nak kan sesuatu. tapi mestilah dengan niat yang baik kan? ;)

so sem ni aku amek tujuh subjek. dan subjek yang amat menarik perhatian aku, subjek BI. dulu subjek peberet masa kat sekolah. tapi sebab dah tinggal lama subjek ni (last masa SPM rasanya), dah agak berkarat BI aku. maksud aku tinggal lama tu bukan tak sentuh tak baca langsung BI, cuma tak selalu la, dan jarang berspeaking. :P

so mulai entry ini, aku nak perbanyakkan penggunaan BI. bukan nak membajet atau tunjuk pandai. juz nak asah balik BI aku. boleh kan? harap kalau ada kesilapan dalam penggunaan BI aku, korang dapat perbetulkan.

di permulaan yang baru ni jugak, aku kehilangan beberapa orang kawan. cop, maksud hilang kawan tu bukan tak bertegur sapa okay. jangan salah faham. maksudnya, diorang tukar tempat belajar.

untuk pengetahuan, kursus diploma sains komputer kat UTMKL ada menawarkan program elite, iaitu sape sape yang dapat dekan masa sem satu dan dua, dapat terus ke Skudai, tanpa perlu menamatkan sem enam. best kan?

so ramai jugak la member aku yang dapat tawaran ni. tapi tak semua yang pergi. walaupun apa pun keputusan yang diorang buat, aku percaya diorang dah fikir masak masak.

kepada bawang, emon, shapik, aqil, ong, sarah, dan lain lain tu, goodluck okay kat sana.
emon, aqil, tak best la nak overnight korang takde. shapik pulak, dah tak merasa la aku nak layan movie kat bilik hang. paling terasa, classmate aku sendiri, bawang. kitorang dah kehilangan sorang pak lawak. haha. dan kepada sarah pulak, walaupun kau dah kat skudai, ada apa apa nak cerita, cerita saje. jarak tak ubah aku daripada menjadi pendengar yang baik. hehe. :P

so sem ni jugak, aku nak mula dapatkan fitness aku balik. aku nak harapan aku tercapai, iaitu bila dah masuk UTMSkudai karang, dapat jadi atlit olahraga. hehe. aku nak jadi macam masa sekolah dulu. kat KL payah, takde trek. lagipun, fitness penting untuk kesejahteraan tubuh badan ye dak?

last, aku harap semangat pada awal sem ni tak luntur sampai bila bila. biasa la semangat awal awal sem. tak buat kerja last minit. tak pergi kelas lambat. study bila ada masa free. insyaallah aku cuba, kita cuba. aku yakin ramai orang ada yang semangat macam ni. yeke~

p/s - menghitung hari.....

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 7/6/2011, 1.30pm.

Sunday, June 5, 2011

University Social Responsibility (USR = Program Khidmat Masyarakat)

Hari Kedua, 19/5/2011, Khamis.

Aktiviti pertama pada hari ini, iaitu “Kem Pendidikan”, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kerubong. Ok jap. Aku cuba ingat apa yang berlaku.
Em, macam biasa la, student2 UTM dibahagikan kepada beberapa kumpulan (2 orang) untuk menjadi fasilitator murid murid SK Kerubong. Aku sebenarnya nak sangat jadi fasi, tapi dah kena ambik gambar, nak buat camana.

Aktiviti ni agak memenatkan bagi aku, sebab kena berulang alik antara dua bilik. Tapi tak mengapa. Tengok budak budak ni enjoy, itu sudah cukup. (:

para fasilitator diberi penerangan

"nama abang, abang Ozil!!"

"saya saya!"

bersama Abang Haidil

semangatnya!

"dulu saya nak jadi pemain bola sepak."

terasa diri ini artis. hahaha.

barisan tenaga fasilitator. :)

Aktiviti kedua, friendly badminton antara student UTM dengan penduduk kampung. Kitorang tak snap sangat gambar penduduk kampung, sebab speedlight takde bateri. Karang kalau ambik pakai flash biasa, risau penduduk kampung susah nak main. So keputusannya kitorang ambik la gambar student UTM sendiri. Layan~

aiman dan irfan bersedia..

yeahh!!

nak jugak. hehe.

macho siot.

barisan pemain pemain.

Dan aktiviti terakhir untuk hari kedua, iaitu English For Fun. Aktiviti ni bertujuan untuk mendedahkan anak anak penduduk kampung dengan bahasa inggeris dengan cara yang santai dan seronok.

Yeah, seronok sangat. Kalau tak silap, diorang ajar bebudak ni nyanyi lagu “I Have A Dream” beserta gaya. Pergh best!

dengar jangan tak dengar~

pusing pusing pusing~!

menyanyi bersama abang faci

kakak kakak faci

abang abang faci yang bersemangat

Aktiviti ni habis pukul 10.30 malam. Balik rumah je, adik adik semua terus tidur. Besoknya sekolah. Selamat malam adik adik abang. Jumpa besok pagi. (;

p/s – adik nasuha jual mahal lagi. Hahaha.

Yang Benar,
ShafiqIzwan.
Ahad, 5/6/2011, 9.55pm.

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers