Stop Music? Click Here!

Monday, January 31, 2011

Mintak Maap Ye

blog ni dalam proses pengubahsuaian dan penaiktarafan. haha. camne dengan template baru ni? ok tak? harap korang bagi pandangan. header pun aku baru cuba nak buat. alahai kelakar betul. tak lawa. satu lagi masalah. kenapa blog aku ni melorot? macam bila dekat end post 1 je, tiba-tiba ada gap bila nak sambung ke post 2. template lama camni, template baru pun camni? apasal ha? duh.

mintak maap sekali lagi ye sebab tak dapat nak jenguk blog korang dalam waktu terdekat ni. aku cuba untuk siapkan secepat yang mungkin. dah siap nanti aku janji aku akan melawatmenziarahi blog korang semua. sekian terima kasih.

ada sesape tau tak camne nak fix masalah blog melorot ni...????

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Isnin, 31/01/2011, 6.50PM.

Saturday, January 29, 2011

Harapan Hari Esok

di saat aku menulis entry ini, aku sedang menunggu mesin basuh baju habiskan putaran dia. ha. inilah dia salah satu penyakit aku yang masih belum berjaya aku ubatkan. penyakitnya, malas basuh baju. memang malas beb. kadang-kadang seminggu sekali baru aku basuh. nasib baik aku bawak banyak baju seluar semua. tapi yang masalahnya, ye la, kena basuh pakai dua mesin. memang banyak yang nak diampai. memang banyak yang nak diangkat.

rancangan asalnya, nak balik terengganu awal besok pagi. tapi, dah termain badminton, dah asyik tertangguh nak basuh baju, dah tertangguh nak basuh motor, tak jadi la balik awal. harggh. aku suka sangat tangguh-tangguh kerja ni. macam basuh motor, dari 2,3 hari lepas dah pasang niat nak basuh. tapi, bisikan malas mula mengacau. ala nanti la dulu. awal lagi. hadoooi. lagi, kalau aku dah basuh baju awal-awal tadi, lepas main badminton tadi ni aku dah boleh terus tido. :(

aku harap besok perjalanan aku lancar. aku harap motor aku tak buat masalah lagi kat highway. sebab besok aku balik sorang-sorang lagi. aku harap aku selamat sampai. hari ni, kuat betul ujian yang aku terima. nasib baik Allah kuatkan semangat. kalau tak aku tak tahu nak kata apa. bayangkan, dalam perjalanan ke MidValley petang tadi, aku baru perasan yang lesen P aku dah lebih seminggu mati. ya Allah nasib baik tak kena roadblock tadi. itu belum jalan yang sesak gila-gila. hairan aku apasal KL sesak semacam tadi siang. besok jugak terpaksa la aku balik ibarat penunggang yang takde lesen.

aku nak balik. Ya Allah, tabahkanlah hati kami. Kuatkanlah jiwa kami.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu, 29/01/2011, 2.51AM.

Wednesday, January 26, 2011

Aktiviti Lagi! =)

pagi tadi, alhamdulillah aku berpeluang join lawatan pelajar Sains Komputer Multimedia UTM ke FILEM NEGARA MALAYSIA (FNM). kalau korang nak tahu, kat sini la pusatnya segala iklan2 kat tv yang diterbitkan oleh FNM. lagi, baik dari segi editing iklan, penggambaran dokumentari, komersial, iklan animasi, semua diorang buat kat sini. contohnya macam iklan animasi PAK ABU dan keluarga beliau. tak mahu tulis panjang, biarlah gambar yang bercerita. hehe. (",) *klik pada gambar untuk lebih jelas*

Bilik Editing

Bilik Filem. 1st time aku tengok filem lama yang gulung2 tu depan mata.

inilah Pak Abu.

Bilik Animasi. Merdeka!! *laju gila dia bagi penerangan*

iklan Pak Abu yang akan dikeluarkan. kitorang dah tengok dulu. hehe.

sesi bergambar.

"terima kasih ye sudi lawat Pak Abu sekeluarga!"

sama-sama pak abu! hehe. rasanya, banyak lagi department yang ada. cuma kitorang tak sempat nak lawat semua sebab masa terhad. syukur dengan peluang yang diberi, dapat jugak tambah pengetahuan sikit-sikit dari segi animasi, pengeditan filem, dan macam-macam lagi. harap lepas ni ada lagi lawatan macam ni. ^^

penulis - tak sabar nak cuti.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Rabu, 26/01/11, 09.43PM.









Saturday, January 22, 2011

Hari Keluarga Temmasya '10

bersyukur sangat-sangat sebab diberi peluang untuk menyertai kegiatan hari keluarga Temmasya 2010. tujuan event ni diadakan tak lain tak bukan ialah untuk menghargai krew-krew Temmasya 2010 (hari terbuka UTM).

yelah. dari hari rabu haritu lagi aku tak sihat. bermula dengan demam, kemudian sakit perut yang beransur-ansur baik tadi pagi, syukur alhamdulillah dapat jugak aku join event hari ni. lokasi bertempat di Sungai Congkak, dari 9 pagi sampai lah ke 6.30 petang. macam-macam aktivitilah kitorang buat. jom tengok? *klik pada gambar untuk lebih jelas*

masa baru sampai


homestay = RM20 per day


barang-barang yang dibawa


maari sini korang~!


acara bakar-membakar


sukan air


horaay!


nak jugak..


famili pengetua KSJ

tapi rasa macam pelik pulak la kan panggil hari keluarga? sebab majoriti yang pergi student UTM. yang bawak famili pulak kalau tak silap cik noh je (pengetua KSJ). tapi tak kisah la kan? asal kitorang enjoy. lagi satu. bangga rasa bila otw pergi, naik bas yang tertulis, tertera tulisan dan lambang UTM. 3 bas pulak tu. aku skodeng kat tingkap, ramai orang tengok bas kitorang. haha. dulu masa sekolah, selalu gak nampak bas universiti/kolej. dalam hati, bila la aku nak merasa ini macam. sekarang, alhamdulillah.

tapi, ku sangkakan panas sampai petang, rupanya hujan di tengahari. ouh terberperibahasa pulak. tengah syok aku tengok diorang main game kat air tu sambil tunggu turn aku pulak, tiba-tiba badan aku naik gatal. tiba-tiba je.

gatal woo

memang tak tahan. agak gatal jugak la. kecewa sangat, sebab tak dapat nak join masuk dalam air. mula-mula muka aku bengkak-bengkak sikit, lepas tu tiba-tiba je gatal kat tangan dengan leher. tak tahan, dengan tebal muka aku mintak tolong senior hantarkan pergi klinik.

sampai je klinik, aku tunjuk la lengan aku ni kat doktor tu. beliau pun, "whoooow...ok nurse, i want 1 cc of bla bla bla.." mak aih. sampai nak kena enjek. macam series je. wargh aku dah cuak. tapi agak sakit jugak la kena enjek tu. dia bagi tiga jenis ubat. kesudahannya, RM50 aku hangusmelayangterbang meninggalkanku. huhu. tapi cecair enjeksyen dia kuat la, sekali enjek je terus kurang gatal-gatal aku. alamak lupa nak ambik surat MC!!

lastnya, bila kitorang balik dari klinik je, orang lain dah nak siap packing. terkilan jugak, tak dapat nak join langsung game tadi. tapi alhamdulillah la, group aku dapat no.2. kira ok la tu kan. harap-harap besok aku baik sepenuhnya.

penampilan istimewa - Pak Nil

sebab besok Pak Nil nak datang kat KSJ ni. hehe. entah betul atau tidak, tunggu je la besok. kalau ada, ada la. kalau takde, takde la. cuma kat situ tulis je penampilan istimewa, aznil haji nawawi. itu saja la kut. nak tidur la. penat.

penulis - jauh jugak sungai congkak rupanya.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu,22/01/11, 09.50PM.


Friday, January 21, 2011

Segmen Kenali Bloggers Bersama Amry's Blog

rasa macam lama pulak tak update blog. takpe2. kita teruskan. so aku telah dijemput oleh bro Amry untuk join segmen ni. untuk maklumat lanjut sila klik sini ye.

Nama Sebenar - Mohd Shafiq Izwan B Abdullah.

Nama Glamour Dunia Blog - nama glamour? SHAFIQ je la kut. haha.

Kenapa Pilih Nama Glamour Tersebut - manede glamour lor. hehe.

Tempat Kediaman Sekarang - rumah kat terengganu, tapi sekarang belajar kat KL. so kiranya menetap kat KL la kan?

Umur - sembilan belas tahun.

Jantina - lelaki sejati.

Status - Bujang.

Pekerjaan - masih lagi belajar.

Dah berapa Lama Dalam Dunia Blogging - sejak Ogos 2009 kalau tak silap.

Niche Blog - Personal.

Tujuan Berblog - tak lain tak bukan hanyalah sekadar meluahkan perasaan. cewaah.

Rewards/Kenangan Manis Selama Berada Dalam Dunia Blog - dapat award 2 kali. hehe.

Tahap Keterujaan Dalam Dunia Blog - Biasa-Biasa je.

so di sini aku ingin menjemput - iwan dan goodboy. selamat mencuba!!

penulis - sakitnya perut. aargh.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Jumaat, 21/01/11, 02.52PM.

Wednesday, January 19, 2011

Terima Kasih Sangat-Sangat-Sangat

di sini aku nak ucapkan Terima Kasih Sangat-Sangat-Sangat kepada korang yang sudi komen post2 aku. rasa seronok sangat bila post yang aku buat ada orang komen. sekurang-kurangnya, aku dapat tahu pendapat korang, aku dapat tahu apa yang korang rasa lepas baca post aku tuh.

contohnya, komen2 korang dalam post yang bertajuk Perasan~!! ni ha. tergelak sorang2 aku baca. tak kurang ada jugak yang kongsi pengalaman terkena macam aku. kan best kalau benda2 macam ni kita kongsi sama2. apapun komen korang kelakar amat. terima kasih sekali lagi aku ucapkan. komen2 korang sangatlah aku hargai.

penulis - semalam pergi tengok badminton malaysia open. fuh~!

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Rabu, 19/01/11, 07.46PM

Tuesday, January 18, 2011

Perasan~!!

masalah. masalah. baru masuk pertengahan bulan, sikap malas aku dah datang balik. jujur aku cakap, aku takut bila ingatkan balik attitude aku sem lepas. sangat teruk. sangat malas. masa awal2 januari ni, aku dah berjaya sikit2 atasi masalah malas ni. tapi tu la, dengan hari khamis ni cuti, hari jumaat memang xde kelas, malas tu datang bertubi2. aku x tau kenapa. padahal kerja banyak. Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini.

alih topik. tadi masa baru habis kelas, aku siap2 nak naik motor. tiba2 ada kumpulan awek ni lalu, dan bila dia betul2 lalu kat sebelah aku dia pun bunyi, "whoah bestnye orang tu naik motor." aku masa tu dah agak berdebar la jugak. ada awek tegur aku beb. bangga kut. XD then bila aku nak tegur dia balik je, ye la nak tanya kan, kononnya "saya kenal awak ke?" "awak ni sape?" tengok2 membe dia kat belakang aku tengah naik skuter ego. lepastu diorang berbual2 kejap. pergh malu siot. nasib baik aku x tegur. yang korang cik2 awek sekalian pun, nak tegur kawan korang jangan la bila dah sampai betul2 dekat sebelah aku. kan dah terperasaan tuan hamba. haha. Cop!! atau betul2 mereka menegur aku? maklum la aku naik motor, membe diorang tu naik skuter ego. mungkin diorang tegur membe yang naik skuter tu hanyalah untuk cover? kalau diorang nak tegur member yang naik skuter tu pun, mestilah berbunyi macam ni, "whoah bestnye orang tu naik SKUTER." Ya tak? x tahu nak kata apa, Allah Maha Mengetahui.

he'eleh, benda kecik je, itu pun nak cerita. kepoh kan saya? haha. maaflah. aku saja nak tulis. saja nak menambahkan post aku. kalau korang nak kata aku ni kepoh ke, perasan ke, aku mintak maap la ye. tapi masa tu aku memang perasan+malu la. XDDD
benda macam ni sebenarnya boleh dijadikan pengajaran. kalau ada lelaki/perempuan yang korang x kenal tiba2 tegur korang, tengok kiri kanan depan belakang atas bawah dulu. :P

penulis - kalau umur dah cukup boleh balik kampung pergi mengundi.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 18/01/2011, 2.37PM.


Monday, January 17, 2011

Hadoi!!!

entah kenapa aku tak boleh tidur. first time jadi macam ni. aku dah landing seawal pukul 10.30pm. guling sana, mata tak mengantuk. guling sini, mata tak mengantuk jugak. nak kata tak solat isyak lagi, aku dah solat. kaki dah basuh. doa dah baca. ke aku ada buat salah dekat sesapa ni? ya Allah ampunkanlah aku.. guling punya guling, jam dah pukul 12. hah nak dekat sejam setengah aku guling2. keluar kejap pergi bilik sebelah, tengok orang main karom. x mengantuk jugak. pergi bilik sebelah lagi, layan PES dua round. masih x mengantuk. waaaa. hajatnya nak tidur awal. tapi sampai sekarang masih tak ngantok2.

HADOII!!

penulis - harap besok kat suratkhabar x keluar pasal fasha sandha lagi.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Isnin, 17/01/11, 2.42AM.

Sunday, January 16, 2011

Kena Tag, Dapat Award. Thanks!

sebenarnya dah lama dapat tag dengan award ni, tapi sebab banyak kerja dengan assignment, x sempat nak review. apapun kita tengok tag yang ni dulu, daripada sis Najwa. terima kasih banyak-banyak sebab rajin tag saya ye. (",)

Random Things About Me

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
*macho kan ayat dia*

Ke Garisan, Sedia, Mula!!

- seorang yang unik. walaupun orang Johor, tapi boleh bercakap dalam loghat Terengganu dengan amat fasih sekali. XD

- suka simpan barang2 lama. contohnya, buku sekolah, baju aku masa sekolah rendah masih ada lagi.

- sangat menghargai kawan-kawan aku.

- minat Manchester United sebab baju dia kaler merah. padahal arsenal dengan liverpool pun baju merah. lol.

- suka budak-budak. hmm betul. hehe.

- aku suka kerja jadi waiter. buat masa sekarang la, dalam tempoh study. sebab boleh jumpa ramai orang. aku harap kalau dah grad nanti aku boleh dapat kerja yang membolehkan aku jumpa ramai orang.

- sangat meminati sukan badminton dan olahraga.

- dulu aku minat Jojo dengan Zarina AF2. entah pape la zaman budak2 dulu. haha.

- masakan mak aku memang sedap. hehe.

- andai ditakdirkan aku bertemu jodoh lepas ni, biarlah kali pertama dan terakhir. fuuh amin. :P

- sangat bersyukur dapat masuk U. impian dari kecik lagi. alhamdulillah.

- aku kalau boleh nak menetap kat KL bila DAH BESAR NANTI. haha,

- ketagihan aku kepada game dah sedikit berkurangan. ketagihan kepada fb telah berjaya diubati sepenuhnya. :P

- aku suka tengok cerita SUPERNATURAL dan LEVERAGE. pergh best!

- pagi2, aku suka tengok benda hijau.

- aku sangat x suka kalau orang main nganjing nama mak ayah. sangat kurang ajar.

- berangan untuk memiliki DLSR dan BB. hehe.

- pernah cuba untuk hisap rokok. masa darjah 5 kalau x silap. masa tu aku try rokok daun. tapi bila dah terbatuk2 lepastu, plus tetiba aku teringat warning ayah aku, langsung aku jadi takut. huhu.

- walaupun aku gemuk, aku masih boleh dapat johan dalam 100 meter masa sekolah dulu. habis orang x caya. hahahaha.

- aku cuba untuk menghargai masa dan setiap saat yang ada dalam hidup aku.

- erm. aku selalu lupa birthday member2 aku. sory ek. hehe.

- ada masanya, aku boleh jadi seorang yang sangat gila gila gila.

- jatuh cinta dengan majalah APO? akhir tahun lepas kalau x silap. lawak dowh!

- kalau orang senyum kat aku, aku akan senyum senyum balik dekat dia. (:

- dan yang terakhir, aku nak dapatkan dekan untuk semester ni dan semester2 seterusnya. kesian mak ayah aku dah banyak habiskan duit. aku akan cuba. memang susah tapi x mustahil kan? aku rasa bersalah sangat bila tengok result aku untuk semester lepas. kita cuba sama2 ok untuk dapatkan dekan?

habis pun. sekarang tibalah masanya untuk aku mengetag. hehe.


Fuh maik aih. rajin kan saya? rajin kan saya? ha betul2 cukup syarat ni. nak tambah satu lagi boleh? aku nak tag sekali MEMBER2 BLOGGER yang lain. kalau korang rajin macam aku, buat la. cabar ni. HAHAHAHAHA! bukan apa, di samping merajinkan diri, dapat kita berkenalan sesama blogger ye x? hehe.

terima kasih kepada Iwan, sebab tag aku. dan terima kasih kepada Anisah sebab bagi award. award ni yang kedua aku dapat. nak tengok? klik sini. ngada hehe. tenkiu2! (",)

penulis - syukur alhamdulillah.

Yang Benar
ShafiqIzwan,
Sabtu, 16/01/11, 12.52PM.

Saturday, January 15, 2011

Malaikat Maut

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

A. Malaikat Yang Paling Ditakuti

- malaikat yang paling digeruni dan ditakuti adalah Malaikat Maut (Izrail) kerana kedatangannya menjemput nyawa setiap makhluk tidak dapat diketahui. bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

firman Allah s..w.t, ertinya;

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Al-A'raf. 34)

1. Malaikat Maut Melihat Dan Merenung Wajah Seseorang 70 Kali Dalam Sehari

- betapa kerapnya Malaikat Maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. seandainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. tetapi oleh kerana Malaikat Maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;

"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. maka berkata Izrail; "alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar akan kehadiran Malaikat Maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan Malaikat Maut.

Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran Malaikat Maut itu. namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan ateis, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan lama samada di udara, laut, dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si fulan mati. sakitkah atau kemalangankah?"

2. Kehadiran Malaikat Maut

- tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran Malaikat Maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan Malaikat Maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

sesungguhnya Malaikat Maut menjalankan arahan Allah s.w.t dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. jika Allah s.w.t menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang yang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat Maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, ataupun mengerang kesakitan. bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

walau bagaimanapun ada ketikanya Allah s.w.t jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Ta'ala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

begitu juga dengan orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah s.w.t masih menyayangi dirinya. kerana betapa malangnya bagi pandangan orang soleh itu jika Allah s.w.t mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. seolah-olah Allah s.w.t sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah s.w.t tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya, keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di depannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu. ALLAHU AKBAR.

BERSAMBUNG...

Sumber - Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
ShafiqIzwan
Sabtu, 15/01/11, 4.25AM.

Thursday, January 13, 2011

Apa Korang Rasa?

aku ingat lagi minggu lepas, Puan Jasmin ada kata. "sapa yang datang lewat, dia kena minta maaf kat depan kawan2 semua." dah la subjek Hubungan Etnik gabung tiga kelas, so memang ramai la.

tadi, aku nak gerak pergi kelas yang start pukul dua. hajatnya nak gerak pukul 1.45, tapi terlajak gerak pukul 1.50. dalam hati kata, sempat lagi ni. masa aku baru nak gerak je, handphone aku berbunyi. tuuut tuuut tuutttt. aku dah malas la nak tengok, sebab dah gerak naik motor. padahal baru je gerak pun.

segala kesesakan aku redahi, segala kepanasan matahari aku atasi, gara2 cuak takut x sempat. agak kelam kabut jugak la aku bawak motor. bila dah nak sampai pagar kampus je, jam dah 1.59pm. ah sudah. memang cuak. lepas park motor je, aku rush pergi dewan kuliah. dalam hati, aku dah berserah. sebab dah lebih pukul 2. selalunya Puan jasmin ni orang yang menepati waktu. aku memang tengah agak berdebar masa ni. entah macam mana, masa baru nak jejakkan kaki ke tangga sebelum pintu masuk dewan, aku boleh tergerak hati nak check handphone aku.

"kelas xd, haha" mesej dari catt. aku macam. haaa?? apa?? kelas takde??? betul ke?? hadoi. kalau tahu aku check dulu handphone awal2. punyalah kelam kabut, punyalah cuak, punyalah nervous, punyalah segala punya lagi, tiba2 kelas xde. tak pernah2 aku kena macam ni. selalunya kalau kelas cancel puan akan confirm terlebih dulu. last2, aku balik dengan penuh hampa+hepi sikit2. hehe.

Apa Korang Rasa?

penulis - moral; tuhan nak tunjuk supaya jangan datang lambat. kalau ada bunyi kat hp lekas2 check.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 13/01/2011, 2.29PM.

Wednesday, January 12, 2011

Saya Pelajar UTM

ha, kali ni Blog Pilihan Malaysia menganjurkan satu lagi segmen, iaitu Sahabat Blogger - Universiti Awam. Korang2 yang masih lagi menuntut di IPTA, yang belum dapat tahu pasal segmen anjuran Blog Pilihan Malaysia ni, jom klik sini untuk maklumat lanjut. dan korang juga dialu-alukan untuk join sekaki. (",)

so, untuk pengetahuan, aku sekarang merupakan penuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. aku amek Diploma Sains Komputer (Multimedia). kod kursus, DDZ.


Lambang UTM


ni gambar kitorang masa mula2 masuk julai lepas. masa ni x kenal siapa2 pun lagi. haha.
atas dari kiri - kim, ain, aisya, alia, sarah, catt, akak faci (kak fadzilah), jamil, iskandar, firdaus, duan, ghulam.
bawah dari kiri - penulis, lokman, azam, faiz, alif, dinie, hafiz.
tiada dalam gambar (2nd intake bulan 10 kalau x silap) - akmal, izwan, wani, zayana.

Pengalaman Manis.

pengalaman manis tu, rasa belum banyak lagi kut, sebab kitorang baru je pun habis satu sem. seingat aku, yang manis pun aku dapat join team dikir barat masa minggu orientasi. whoah best gile. aku main canang. nak main benda alah ni sambil tido pun boleh kut. hehe.


team dikir


tula canang yang aku katakan.

kemudian, ada hari Ramah Mesra Comstar, iaitu hari suai kenal antara student senior dengan junior persatuan sains komputer. macam2 la aktiviti yang kitorang buat. contohnya :


galah panjang


ting-ting


malam penutup. team kitorang menang apa entah lupa dah.


pelajar sains komputer (multimedia) & (IT) tahun 1.

kenangan pahit rasanya, setakat ni xde yang pahit2 sangat kut. kalau setakat assignment banyak, bz x tentu masa, biasa la tu kan? apapun kita tunggu peristiwa tahun 2011. semoga yang berlaku baik2 la hendaknya. korang apa lagi? join la segmen ni. cepat2!

penulis - hargailah setiap masa yang yang ada.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 12/01/11, 10.02AM.



Tuesday, January 11, 2011

Malaikat Menjadi Saksi di Padang Mahsyar 2

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

2. Malaikat Bersama Orang Orang Soleh

- malaikat penjaga membawa amal orang-orang yang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat ke langit sehingga terbuka semua batas-batas dan sampai kepada Allah s.w.t.

mereka berhenti diharibaan Allah s.w.t dan memberi persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

kemudian Allah s.w.t berfirman; "kamu semua adalah para Malaikat Hafazdah (Malaikat Penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Akulah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia mengkehendaki amal ini bukan untuk-Ku, bahkan untuk selain-Ku. maka baginya adalah laknat-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

C. Dialog Malaikat Dengan Calon Penghuni Syurga

- dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah s.w.t akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir di hadapan-Nya. seorang adalah yang taat kepada perintah sementara seorang lagi ialah yang derhaka kepada Allah s.w.t. kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.

Allah s.w.t menyuruh Malaikat Ridhwan membawa orang yang taat kepada Allah s.w.t ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman; "aku merelakan dia."

kemudian Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Zabaniah membawa seorang lagi ke neraka dan Allah s.w.t memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih. firman Allah s.w.t yang bermaksud; "sesungguhnya orang ini adalah peminum arak."

orang yang taat kepada perintah Allah s.w.t itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah s.w.t. apabila orang itu hendak menjejakkan kaki ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata; "wahai sahabatku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."

apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya; "masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah s.w.t."

berkata orang itu; "aku tidak mahu masuk ke dalam syurga, bawalah aku ke dalam neraka."

Malaikat Ridhwan berkata; "aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah s.w.t telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."

berkata orang itu; "aku tidak mahu ke syurga dan aku juga tidak mahu layananmu."

setelah itu kedengaran suara yang berkata; 'wahai Ridhwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."

lalu Malaikat Ridhwan bertanya; "kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke dalam neraka?"

berkata orang itu; "aku tidak mahu masuk ke dalam syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka, dahulunya aku dan orang yang derhaka itu adalah orang yang bersahabat semasa di dunia, dia telah meminta pertolongan dari aku supaya selamatkannya dari api neraka. oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke dalam neraka supaya lama-lama diseksa dalam neraka."

kemudian kedengaran seruan dari Allah Yang Maha Rahman bermaksud; "wahai hamba-Ku, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja, maka bagaimanakah Aku merelakan kamu hamba-Ku masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui aku selama umurmu dan telah menjadikan aku sebagai Tuhanmu selama 70 tahun. oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan Kuserahkan dia kepadamu."

D. Malaikat Dan Bidadari Menyambut Arwah Para Syuhada

- gema takbir Allahu Akbar yang sering berkumandang dalam peperangan membela agama dan tanah air adalah pekikan jihad yang mampu menggelorakan semangat para pahlawan. dengan pekikan itu, segala rintangan beserta kekuatan musuh hanya dipandang sebelah mata. mereka tidak mempedulikan ancaman kematian, dengan ikhlas berjuang demi tegaknya kedaulatan dan keadilan.

kaum musyrikin Quraisy berniat menghancurkan umat Islam yang berpusat di Madinah hingga ke akar-akarnya. dengan mengerahkan tentera berjumlah ribuan orang, dengan kelengkapan senjata berlebihan, diperkuat pasukan berkuda dan penunggang unta yang tangguh, mereka bergerak menuju lembah Badar.

kejadian pada tahun kedua Hijriah ini diterima Rasulullah s.a.w dengan tabah. Madinah memang belum memiliki tentera yang memadai. mereka belum biasa bertempur seperti musuhnya yang terkenal kejam dan ganas. namun, mereka mempunyai semangat dan iman yang membara. maka dengan kekuatan tidak lebih dari beberapa ratus jiwa, tentera Islam bertolak menuju medan perang.

dengan persenjataan serba sederhana, dan perlengkapan tempur yang serba kekurangan, kaum muslimin bertekad melakukan perlawanan mati-matian hingga ke titik darah penghabisan.

di antara pasukan yang rela mati syahid itu bersembunyi seorang pemuda remaja berusia kurang dari enam belas tahun. secara diam-diam ia menyelinap di tengah-tengah tentera yang sedang berbaris itu.

siapakah dia? dan apa tujuannya hingga tidak berani menampakkan muka di hadapan Rasulullah s.a.w? apakah dia seorang penyeludup semata-mata? jika demikian, alangkah beraninya pemuda itu.

salah seorang sahabat terkemuka, Sa'ad bin Abi Waqqash, dengan jelingan matanya melihat anak muda itu mengendap-ngendap ketakutan. segera Sa'ad bergerak mendekati remaja itu. tiba-tiba dia terkejut setelah mengetahui siapa sebenarnya pemuda yang mencurigakan itu.

"Umair! kenapa kamu bersembunyi di sini?" sergahnya kepada remaja tersebut.

yang ditegur pun terperanjat. dia memang bernama Umair. lengkapnya Umair bin Abi Waqqash, adik kandung Sa'ad yang bongsu. dengan lidah menggigil Umair menjawab, "saya takut diketahui Rasulullah."

"mengapa?" tanya abangnya dengan penuh rasa was-was.

"kalau baginda melihat saya, pasti baginda akan menyuruh saya pulang, sebab saya masih terlalu muda."

Sa'ad mengurut dada penuh keharuan. dia boleh memahami keinginan adiknya untuk membela agama dan negara. tetapi, Umair memang masih terlalu belia. dan betul dugaan Umair, ketika Rasulullah nampak kehadirannya, baginda terus memanggilnya untuk datang menghadap.

"pulanglah engkau Umair, kepada ibumu. jagalah dia baik-baik. itupun sudah sama pahalanya dengan maju ke medan tempur." ujar Nabi Muhammad s.a.w, selaku panglima tertinggi.

mendengar keputusan tersebut Umair tidak dapat dapat menahan kesedihannya. dia menangis tersedu-sedu sambil memohon agar diizinkan ikut berperang. Nabi akhirnya tersentuh hati dan mengizinkan Umair untuk terjun bersama pasukan lainnya. sungguh tidak ada kegembiraan yang melebihi kegembiraannya memperolehi peranan tersebut.

pada tengah malam tibalah tentera Islam di lembah Badar. setelah memperolehi tempat sesuai untuk mengatur serangan, mereka segera menggali kolam-kolam untuk menampung air kerana dikirakan hujan akan turun.

ternyata tepat dugaan itu. ketika hujan tercurah lebat dari langit, lokasi pasukan musyrikin yang tidak bersiap-siap terlebih dahulu dilanda banjir besar. mereka sulit untuk bergerak. sementara itu, kaum muslimin yang telah membuat lubang-lubang, justeru memperolehi keuntungan dengan datangnya hujan lebat. pasir dan tanah yang dipijak menjadi lebih keras sehingga memudahkan gerakan mereka.

selaku panglima perang, ketika panas terik matahari membakar pada keesokan harinya, nabi menunjukkan akhlak pejuang sejati. Nabi mengizinkan kaum musyrikin yang kekeringan untuk mengambil air minum dari kolam-kolam yang telah dibina oleh pasukannya.

namun, orang-orang kafir tidak tahu membalas budi. mereka tetap menggempur kaum muslimin dengan buas. nabi pun memberi isyarat untuk meneruskan perlawanan. Ali bin Abi Thalib berdampingan dengan Hamzah bin Abdul Muthalib saling membantu di baris depan. mereka bertempur dengan gagah berani seperti anggota pasukan lainnya.

mendengar perintah maju Rasulullah s.w.t, berserulah pasukan Islam dengan gegap gempita meneriakkan kalimat Allahu Akbar. dan itulah pekikan jihad pertama kali yang berkumandang mengawali semua perang suci yang setelah itu menjadi api semangat berjuang.

Umair bin Abi Waqqash bergetar mendengar pekikan jihad itu. dia menerobos ketengah-tengah pasukan musuh, menyebabkan korban-korban berjatuhan. keberaniannya tidak tertandingi, kehebatannya tidak terhalangi hingga sebilah tombak lawan menancap di dadanya. Umair pun gugur bagai pahlawan syahid. di bumi ia mati. tetapi, di langit arwahnya disambut para malaikat dan bidadari.

sumber - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Selasa, 11/01/11, 08.34AM.




Monday, January 10, 2011

Diari Hari Ini

rasanya macam dah lama pulak tinggal blog, padahal baru sehari. yelah, kerja dah makin banyak. maknanya banyak yang kena study. ini pun aku curi masa sikit untuk update blog. harap masa yang dicuri ni berbaloi.

pagi tadi, sempat jugak aku curi masa untuk blogwalking. haish kuat betul mencuri. nak dipendekkan cerita, ramai owner blog yang membuat post berkisahkan ana raffali, yang menang anugerah juara lagu. whoah x sangka ya, artis baru pun boleh menang. ekceli aku minat jugak nak tengok juara lagu ni, tapi disebabkan kekangan yang x dapat dielakkan, x merasa nak tengok. apa pun x kisah la siapa yang menang juara lagu, asalkan MU menang perlawanan dengan Liverpool. hehe. match ni pun aku x dapat nak tengok. Tv 21 inci, tapi bila dah tengok ramai2, nak2 kalau duduk kat belakang sekali, tak berairnya biji mata. walaupun aku fan MU, tetap aku rasa kesian dengan Chelsea dan Liverpool. aku rasa situasi diorang ni kena sangat dengan pepatah, 'hidup umpama roda'.

ok, beralih dari topik di atas. teringin pulak aku memberi pesanan. pesanan ini ditujukan kepada budak2 sekolah yang akan masuk ke IPT. pesanan aku ialah, pilih elok2 dalam list UPU tu. pilih kos yang betul2 korang minat. sebabnya di sini. aku ada sorang member, dia tuka kos. tapi yelah kan, UPU bagi banyak slot pilihan kan? 6 ke 8 kalau x silap. macam membe aku ni, kos sains komputer ni bukan pilihan pertama beliau. pilihan pertama beliau kalau x silap diploma ukur bahan. nak buat macam mana, allah dah takdirkan beliau x dapat kos ukur bahan tahun lepas, tahun ni baru Allah nak bagi. aku cuba fikirkan positif untuk beliau. contohnya, beliau kata nak kerja sampai start next sem. bagus la, rajin. karang duit gaji tu boleh guna untuk tampung duit PTPTN. lagi satu, redha lah, sebab mungkin ini jalan yang Allah dah takdirkan. Allah lebih mengetahui apa yang kita x tahu. dan sebagai kawan, aku akan doakan yang terbaik untuk beliau. kalau dia dah dapat kos yang betul2 dia minat, mesti boleh dapat dekan setiap sem punya la! insyaallah. x macam aku, walaupun aku dah dapat kos yang aku minat, tapi still x berjaya dapat dekan, sebab banyak main. =.=

satu tips yang aku nak bagi kepada mereka2 yang akan isi borang UPU tu, apa kata senaraikan semua kos yang korang minat kat atas kertas, then potong mana2 yang x berminat. baru nampak jelas. kalau dah potong semua yang x berminat, dan kalau yang berminat pun masih banyak, mintak la pendapat orang sekeliling. jangan malu, sebab ini untuk masa depan korang jugak kan? dan kalau ditakdirkan, kalau dah tahu result UPU nanti, dan korang x dapat masuk IPT yang korang mohon, jangan la putus asa. aku ada kawan, dia x dapat masuk U, tapi dia dapat matrik. tapi tengok la, sem lepas dia dapat 4f tau. percayalah, Allah dah tentukan segala yang terbaik untuk kita.

akhir kata, percaya la bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya kan? terpulang pada kita untuk menilainya.

penulis - seminggu turun satu kilo. yay.

Yang Benar,
Shafiq Izwan
Isnin, 10/01/11, 9.50PM.

Saturday, January 8, 2011

Hari Yang Best

ingatkan malam semalam lepas main badminton nak update blog. tapi sebab penat sangat, langsung x jadi, tido lagi sedap.

so aku nak cerita sikit pasal hari semalam. pertamanya, aku bersyukur sangat2 sebab masih lagi diberi peluang untuk bernafas untuk melalui hari2 aku.

mula2, kejadian di kafe. macam biasa, lepas solat jumaat, aku dengan member akan tuju ke kafe. then kitorang pergi la ke satu gerai ni. yang bestnya, makcik yang jaga gerai ni boleh suruh kira sendiri. contohnya, aku ambik nasi, ayam seketul, dengan sayur. mak cik tu kata, "nasi RM1, err, (sambil tengok list harga kat buku note dia) sayur RM0.50, ayam RM2, berapa ek? (sambil garu kepala)." aku pun dalam hati masa tuh. ah sudah makcik ni. macam nak niaga ni? tapi fine la kan, mungkin makcik tu tengah pening kut, so aku cakap la semua sekali RM3.50. aku hulur RM5. lepas tu dia boleh tanya aku lagi, "err, balik berapa ek? (sambil garu kepala)." aduh makcik. macam mana ni? orang ramai lagi yang beratur kat belakang tuh. then bila aku dah duduk kat meja, kitorang sembang2 la pasal makcik ni. ikutkan hati, nak aja aku cakap total yang aku beli tadi tu semua RM2 je. tapi kesian pulak la makcik tu. lagipun xpe ke kalau kita makan kalau kita tipu dia?

rupanya kerisauan aku berasas. x lama lepas tu, membe aku yang sorang lagi datang, yang mana lauk dia sama dengan aku, siap ayam dua ketul lagi. so aku tanya berapa dia dapat. "RM2 je pik." hmmmmmmmppphhhhhhhhhhhh..! kan betul. aku tanya dia macam mana dia boleh dapat murah. dia kata makcik tu tanya kat dia nak berapa harga. MAKCIK OH MAKCIK, KENAPA MAKCIK X TANYA KAT SAYA MACAM TU? SAYA DATANG AWAL SANGAT KE? OR SEBAB SAYA X HENSEM? SAYA TAU LA SAYA X HENSEM MACAM KAWAN SAYA. tekanan aku. beza RM1.50 tu. RM1.50 tu dah boleh dapat teh o ais gelas besar tau dak. hahaha.

lari dari pasal kat kafe. kejadian ni pulak berlaku sejam selepas kejadian di kafe. bebudak course aku ada ajak main futsal, dari tahun satu sampai tahun tiga. aku memang semangat gila. yelah, sebab dah lama x main futsal. aku capai kasut yang dalam plastik, terus masukkan dalam beg. sampai sana je, aku terus salin seluar. then bila aku bukak je plastik kasut tu, hati aku berantakan, air mata bercucuran.

sepatutnya aku bawak kasut ni


tapi aku bawak kasut ni

yelah, masa nak balik KL, aku bungkus semua kasut dalam plastik. aku betul2 ingatkan aku letak kasut futsal dalam plastik putih. rupanya x. memang bengangmalu gila beb. nasib baik bebudak ni semua tengah tengok orang main futsal. kalau x tebal muka. aku dah semangat2 ni, dah siap salin seluar, dah hampir2 nak warm up pun. tengok2, aku bawak kasut formal pulak dah. nak x nak, terpaksa balik hostel semula ambik kasut. nasib baik x jauh sangat. nasib badan..

tunggu turn masing2

hah itu dia. hehe.

akhir kata, bersyukurlah dengan setiap hari yang anda lalui, dan semoga hari ini lebih dari hari semalam, dan semoga hari esok x akan tersalah bawak kasut lagi. hehe.

penulis - dah mula banyak kerja.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Sabtu, 08/01/11, 7.54PM.

Friday, January 7, 2011

Malaikat Menjadi Saksi di Padang Mahsyar

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

A. Manusia Dihimpunkan di Padang Mahsyar

- manusia akan dibangkitkan dari kuburnya, iaitu setelah mati. dan akan dihimpunkan dalam satu tempat perhentian yang disebut Padang "Mahsyar" (tempat berkumpul). semua akan diadili dengan segala apa yang berkaitan dengan segala sengketa dan masalah di antara mereka. perkara ini telah menjadi keimanan yang wajib diyakini oleh setiap muslim.

1. Malaikat Sebagai Saksi

- mereka yang dikumpulkan itu adalah semua umat manusia, jin dan para malaikat sebagai saksinya, dan mereka akan dibalas suai dengan amalnya masing-masing. adapun mereka yang dibangkitkan dan tidak diberi hukuman mahupun ganjaran adalah binatang, termasuk binatang buas. sedangkan yang akan keluar pertama kali dari kuburnya menuju Padang Mahsyar adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w memainkan peranan yang penting dalam memberikan syafaatnya yang besar, pada saat-saat gentingnya manusia yang merasa tidak selesa berada dalam Padang Mahsyar itu. mereka berkeinginan agar Allah s.w.t segera membuka mahkamahnya dengan cepat, ingin segera keluar daripada padang tersebut walau menuju neraka sekalipun. ini akibat panasnya matahari yang membakar mereka di Padang Mahsyar.

2. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w

- hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya sebagai berikut;

"Jika hari kiamat tiba, maka bergeraklah rombongan manusia yang satu menuju yang lainnya. mereka itu lalu berjumpa Nabi Adam. Kata mereka, "hai Adam, berilah kami dari keturunan berupa pertolonganmu," Nabi Adam lalu menjawab, "aku tidak berhak. tetapi cubalah kamu datang kepada Nabi Ibrahim." kemudian mereka menjumpai Nabi Ibrahim. namun jawapan Nabi Ibrahim ketika itu, "aku tidak berhak memberi pertolongan, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Musa, dia itu adalah orang yang diajak berbicara oleh Allah." kemudian rombongan itu datang menuju Nabi Musa.

bagaimanapun Nabi Musa menjawab, "aku tidak berhak memberi syafaat, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Isa, sebab dia adalah Roh Allah dengan firman-Nya yang diwahyukan kepadanya.

lalu mereka menjumpai Nabi Isa tetapi Nabi Isa pun mengatakan tidak berhak memberi pertolongan dan syafaat. baginda mengatakan; "aku tidak dapat memberikan syafaat, cubalah kamu datang kepada Nabi Muhammad s.aw."

lalu mereka mendatangi Nabi Muhammad s.a.w.

"aku mengatakan (kata Nabi Muhammad s.a.w), "aku yang akan memohon syafaat kepada Allah s.w.t." lalu aku (Nabi) berangkat untuk memohon syafaat kepada tuhanku. aku diizinkan, berdiri di hadapan-Nya, aku memuji pada-Nya dengan segala macam pujian. dalam sujud yang dihadapkan oleh Nabi kepada Tuhannya lalu ditetapkan bahawa akan dikeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan seberat biji gandum.

dalam sujud kedua dari Nabi lalu yang ditetapkan oleh Allah bahawa akan dikeluarkan dari neraka mereka yang ada keimanan seberat biji sawi. dalan sujud ketiga dari Nabi Muhammad s.a.w kepada Tuhannya bahawa Allah akan mengeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan dalam hatinya lebih kecil daripada besarnya biji gandum.

akhirnya dalam sujud Nabi Muhammad s.a.w yang keempat dengan tujuan memohon syafaat atau pertolongan Allah itu maka Allah menetapkan; "Hai Muhammad, angkatlah kepalamu, katakanlah doamu akan dikabulkan, mintalah dan kamu akan dikabulkan."

Nabi Muhammad s.a.w memohon; "ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk memohon syafaat bagi mereka yang mengucap La ilaaha illallah (tidak ada tuhan kecuali Allah)." akhirnya keputusan Allah yang terakhir; "demi keperkasaan, keagungan,kehebatan dan kebesaran-Ku, pasti aku keluarkan daripadanya (neraka) barangsiapa yang membaca La ilaaha illallah (tidak ada tuhan kecuali Allah)." (HR. Bukhari Muslim).

B. Malaikat Mencampakkan Amalan Riyak

- Syidad bin Ausi berkata; "suatu hari saya melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, lalu saya pun bertanya baginda; "Ya Rasulullah, mengapa tuan menangis?"

sabda Rasulullah s.a.w; "ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik. ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala, tetapi mereka berlaku riyak dengan amal perbuatan mereka."

1. Kemurkaan Para Malaikat

- Sabda Rasulullah s.a.w; "para malaikat penjaga akan naik dengan membawa amal perbuatan para hamba dan puasanya, solatnya, dermanya, dan sebagainya. para malaikat mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar seperti sinar matahari dan bersama mereka itu 3000 malaikat dan mereka membawa ke langit yang ke tujuh.

berkata malaikat yang diserahkan langit kepada para malaikat penjaga; "berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan saya dan hanya dikehendaki untuk Tuhan selain Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"kerana inginkan ketinggian dan riyak, di kalangan para ahli fekah bangga jika nama mereka menjadi sebutan. di kalangan para ulama pula suka menjadi popular di kota-kota dan di kalangan masyarakat umum. Allah s.w.t telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya sampai kepada sesiapa selain saya."

BERSAMBUNG..

Sumber - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Jumaat, 07/01/11, 10.06AM.

Thursday, January 6, 2011

Tagged By Sis Najwa

terima kasih daun keladi kepada sis najwa sudi tag. so macam biasa la, kalau dah kena tag, mesti ada soalan dia kan? aku akan cuba jawab sejujur mungkin. hehe. jom usha.

1. Real name - Mohd Shafiq Izwan B Abdullah.
2. Nickname - Shafiq.
3. Zodiac sign - Aquarius.
4. Male or female - male lor.
5. Elementary school - SK. Bukit Kuang.
6. Highschool - SMK Sultan Ismail.
7. College - UTM.
8. Hair colour - Red. gurau je la. haha. hitam semestinya.
9. Tall or short - Tengah2 kut. :P
10. Sweat or jeans - jeans.
11. Phone or camera - Camera. ngidam sangat2.
12. Health freak - No.
13. Orange or Apple - Apple.
14. Do you have a crush on someone - No.
15. Eat or drink - Drink.
16. Piercing - Penah sekali. tengok link ni. HAHA.
17. Pepsi or coke - jarang minum air gas. so dua2 boleh.

HAVE YOU EVER

1. Been in airplane - x pernah pon. huhu.
2. Been in a relationship - penah, masa zaman sekolah dulu2.
3. Been in a car accident - syukur alhamdulillah x pernah lagi.
4. Been a first fight - Ya.

FIRST & LAST

1. First household chores - xde kot. sume best jer.
2. First best friend - Azrul dan Azril. mamat dua orang ni kawan pertama aku masa mula2 aku pindah Terengganu.
3. First award - dapat tempat ke3 masa pertandingan pidato umur 6 tahun. aku ingat lagi aku b'pidato sambil tutup mata sebab nervous gila. xD
4. First crush - Nur Shazwani Bt. Mohd Nor. macam tu kot nama dia kalau x silap. masa darjah enam. apa cerita la dia sekarang.
5. First word - a lu pikir la sendiri.
6. First section - section 38, 1DDZ.
7. Last person you talked in person - Amirul. dia tanya aku, "best ke ada blog?"
8. Last person you texted - Catt. tanya kelas kat mana.
9. Last person you watched a movie with - Angah, Azrul, Iwan.
10. Last food you ate - nasi lauk ayam masak merah.
11. Last movie you watched - Hantu Kak Limah Balik Rumah. dapat seat depan sekali. =.=
12. Last song you listen to - Travie McCoy, We'll Be Allright.
13. Last thing you bought - pencuci muka.
14. Last person you hugged - my emak, malam 2 januari lepas.

FAVOURITE

1. Food - Ayam masak merah.
2. Drink - Milo ais, teh o ais.
3. Bottom - entah le.
4. Flower - bunga mawar. aaawwwwww..
5. Animal - janganlah menganiaya haiwan kerana mereka juga makhluk Allah. :P
6. Colour - Merah & putih.
7. Movie - She's Out Of My League. kelakar gila. HAHA.
8. Subject - Programming, Math.

(put an X in the bracket if yes)

1. [ ] Falling in love with someone.
2. [ ] Celebrate halloween.
3. [ ] Had your heart broken.
4. [X] Went over the minutes / Texts on your cellphone
5. [ ] Had someone question my sexual orientation.
6. [ ] Got pregnant. *lol*
7. [ ] Had an abortion.
8. [X] Did something i regret.
9. [X] Broke a promise.
10. [X] Hide a secret. *national secret haha*
11. [ ] Pretend to be happy.
12. [ ] Met someone who changed your life.
13. [ ] Pretend to be sick.
14. [ ] Left the country.
15. [ ] Try something you wouldn't try and liked it.
16. [ ] Cried over the silliest thing.
17. [X] Ran a mile.
18. [ ] Went to the beach with your best friend.
19. [X] Got into an argument with your friends.
20. [ ] Hated someone.
21. [X] Stayed single for a whole year.

YOUR FUTURE

1. Want kids? - Of kos la. (:
2. Want to get married - Yes, insyaallah.
3. Career - X tau lagi.

WHICH IS MORE ATTRACTIVE (CHOOSE ONE)

1. Lips or eyes - eyes. dari eyes jatuh ke heart. haha.
2. Shorter or taller - x kisah.
3. Romantic or spontaneous - spontaneous.
4. Nice stomach or nice arms - stomach la.
5. Hook up or relationship - relationship.
6. Looks or personality - personality.

HAVE YOU EVER

1. Lost glasses/contacts - Nop.
2. Snuck out of the house - Yes.
3. Held a gun/knife for self defense - No.
4. Killed somebody - no.
5. Broken somebody heart - aku manusia biasa.
6. Been in love - Yes.
7. Cried when someone died - Yes.

DO YOU BELIEVE IN :

1. Yourself - yes.
2. Miracles - yes.
3. Love at first sight - hmm. entah la.
4. Heaven - Yes.
5. Santa Claus - No.
6. Superstition - No.
7. Kiss in the first date - erk. berdosa.

TRUTHFULLY :

1. Is there one person you want to be right now? - bukan sorang, tapi ramai.
2. Do you know who your real friends are? - Ya..
3. Do you believe in god? - semestinya.
4. Post as 100 truths? - maksudnya?

ha meh sini mau tag, tapi aku main tag je ni. kalau korang rajin, ada masa, buat la ek. nak tau gak pasal korang. :)




penulis: pergh panjang gila.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 06/01/11, 06.20PM.



Lelaki Oh Lelaki

- siri mengenal malaikat akan dihentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada post2 lain. siri ini akan disambung secepat yg mungkin.

so kat sini aku nak bercerita sikit mengenai orang yg berkapel, boleh kan? sebabnya, baru2 ni member lama aku ada call, cerita sikit masalah beliau dengan pakwe beliau. untuk pengetahuan kau maznah bukan nama sebenar, dah banyak kali jugak sebenarnya orang ceritakan benda yg sama dekat aku. antaranya, pakwe kuat cemburu. dalam kes maznah bukan nama sebenar ni, antara yg diberitahu ialah pakwe cemburu kat facebook, suruh deactivated facebook, dan lain2 lagi kut.

dekat sini aku nak luahkan pendapat peribadi aku, untuk lelaki2 kat luar sana. harap jangan marah aaaa.

yg pertamanya, kalau korang cemburu, belajar untuk tidak mencemburui. ataupun tidak untuk menjelesi. sebabnya, kalau betul2 awek korang sayang kat korang, nak dekat korang, insyaallah dia x akan curang punya. sebabnya, kalau kita dah sayang, suka seseorang itu, semua benda akan nampak baik. bak kata pepatah, 'kalau hati dah melekat, tahi kucing pun rasa coklat.' percayalah, kalau korang x ubati penyakit cemburu ni, takut jadi parah, dan lama2 boleh buat awek korang muak.

keduanya, jangan kongkong awek korang, biarlah dia nak berkawan dengan siapa pun. siapakah kita untuk memilih kawan2 mereka? suaminyakah? bapaknyakah? di sebalik tidak mengongkong, kita cuba nasihat, kalau2 mereka berkawan dengan orang yg x elok, ataupun yg banyak buat awek korang menyimpang dari jalan yg benar. selain dari itu, biarlah dia nak berkawan dengan sesiapapun.

ketiganya, kalau betul la terbukti yg awek korang curang, putus saja la, apa susah? ini tidak, korang pergi cari lelaki yg usha awek korang tu, then nak belasah la, nak tunjuk kuat, nak tunjuk macho. faktanya, terima sajalah bahawa lelaki yg meng'usha' awek korang tu lebih baik dari korang. kalau x, xkan awek korang boleh suka kut? terima je la. sebabnya, buat apa nak couple dengan orang yg dah xde hati dengan korang? kalau korang belasah sampai kiok pun lelaki tu, kalau awek korang dah xde hati dekat korang, xde guna jugak. sebaliknya, mungkin korang pulak yg akan menginap dalam jel. selain tu, fikirkanlah hikmah di sebalik yg berlaku. itu maknanya Allah dah tentukan jodoh korang dengan orang lain. lelaki yg baik hanyalah untuk perempuan yg baik. sabarlah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

kesimpulannya, aku rasa kalau dah payah sangat, apa kata korang kahwin je terus?
stock vector : Cartoon/married couple


keistimewaan korang kahwin je terus ialah korang akan terhindar daripada maksiat. (:
selain tu, baru korang ada hak yg lebih ke atas isteri korang, sebab sekarang korang kan dah berumahtangga. lagi, bukan x boleh cemburu. cemburu kan tandanya sayang? tapi biarlah berpada-pada. jangan overjealous. x baik untuk kesihatan. lagi satu, kalau betul terjadi macam pandangan KETIGA aku, aku faham kalau korang susah nak lupakan awek korang tu. so, belajarlah untuk menerima. ingat bahawa PERASAAN MANUSIA TERHADAP MANUSIA LAIN SANGAT TIDAK BOLEH DIPAKSA. last but not least, kalau korang baca Harian Metro, kalau korang terperasaan ruangan Dang Setia tu, aku ni anak sedara dia la, iaitu Dang Wangi. hakhak.

Dang Wangi - suka dengar lagu 'Kalau Berpacaran'.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 06/01/11, 08.30AM.

Wednesday, January 5, 2011

Mengenal Malaikat 2

SAMBUNGAN.. [klik di sini untuk membaca post yg sebelumnya]

ADAKAH IBLIS ASALNYA DARI GOLONGAN MALAIKAT?

1. ada satu pendapat menyatakan iblis adalah dari golongan malaikat.

2. pendapat kedua menyatakan iblis bukan dari golongan malaikat.

Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa Allah Ta'ala jadikan malaikat daripada Nur, jin jin dan iblis daripada api sedangkan adam daripada tanah.

dengan itu jelas bahawa malaikat dijadikan daripada Nur (cahaya), sedangkan jin Allah jadikan daripada api. ini menunjukkan kejadian yg berlainan di antara malaikat dan iblis.

MALAIKAT MENGAJARKAN TENTANG ERTI DUNIA

Jabir bin Abdullah berkata, "pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w maka tiba-tiba datang seorang lelaki yg berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yg putih. lalu dia menghampiri Rasulullah s.a.w dengan berkata; "assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia ini?"

maka Rasulullah pun bersabda, "dunia itu adalah impian orang yg tidur."

bertanya orang itu lagi, "apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah s.a.w?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "satu kumpulan manusia yg berada di dalam syurga dan satu lagi kumpulan yg berada di dalam neraka Sa'ir."

orang itu bertanya lagi, "apakah syurga itu?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "sebagai ganti dunia untuk mereka yg menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini," bertanya orang itu lagi, "apakah jahanam itu?"

maka bersabda Rasulullah s.a.w, "jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yg mencarinya."

bertanya orang itu lagi, "siapakah sebaik-baik umat ini?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "sebaik-baik umat ialah yg taat kepada Allah s.w.t."

orang itu bertanya lagi, "bagaimana yg dikatakan orang yg taat itu?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "orang yg berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

orang itu bertanya lagi, "seberapakah keten tuan taat itu?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."

bertanya orang itu lagi, "berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?"

bersabda Rasulullah s.a.w, "hanya sekadar memejamkan mata sahaja."

Jabir melanjutkan ceritanya, "setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu."

Rasulullah s.a.w bersabda, "orang lelaki yg datang tadi adalah Jibril a.s, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."

bersabda Rasulullah s.a.w lagi, "sesungguhnya Allah s.w.t tidak mencipta makhluknya yg lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah s.w.t) tidak melihatnya sejak menciptakannya.

dunia ini adalah satu alam khayalan yg mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yg kekal.

gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang yg bodoh, sebab orang yg bodoh hanya suka mengejar dunia. seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

BERSAMBUNG..

Rujukan - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 05/01/11, 12.31PM.

Tuesday, January 4, 2011

Mengenal Malaikat

so kat sini aku nak kongsi apa yg aku baca. x semua orang baca apa yg kita baca kan? harap x salahlah aku nak kongsi dengan pembaca semua kat sini. mana ada yg rasa x betul, tegur-tegurkanlah ek.

Umat islam wajib mengetahui dan meyakini bahawa ada suatu makhluk Allah yg dijadikan daripada nur (cahaya) bernama malaikat.

malaikat itu banyaknya tidak terhitung. setiap malaikat mempunyai tugas masing-masing. mereka taat kepada allah atas perintah yg diberikan.

malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhakai tuhan dalam segala perintah-Nya, mereka tetap mengerjakan apa yg diperintahkan kepada mereka.

jadi malaikat itu adalah makhluk Allah yg halus dan taat mengerjakan segala perintah Allah. walaupun malaikat itu halus, kadangkala ia boleh menyerupakan dirinya menyerupai manusia atau makhluk-makhluk lain dengan izin Allah s.w.t.

kita umat islam diwajibkan mempercayai adanya malaikat. ada 10 malaikat yg utama, dengan tugas yg diperintahkan kepada mereka.

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

1. malaikat jibril
- tugasnya menghantar wahyu kepada nabi-nabi dan rasul-rasul khususnya Nabi Muhammad s.a.w.

2. malaikat mikail
- tugasnya dalam soal-soal kesejahteraan umat. umpamanya menghantar angin, menghantar hujan, soal-soal tanah, dan soal-soal kesuburan.

3. malaikat israfil
- tugasnya dalam soal-soal akhirat seperti meniup sangkakala tanda kiamat.

4. malaikat izrail
- tugasnya untuk mencabut nyawa makhluk di langit dan di bumi.

5. malaikat munkar
- tugasnya menyoal orang yg telah mati di dalam kubur.

6. malaikat nankir
- tugasnya sama seperti malaikat munkar.

7. malaikat raqib
- tugasnya mencatat baik perkerjaan manusia sehari-hari.

8. malaikat atib
- tugasnya mencatat amalan jahat perkerjaan manusia sehari-hari.

9. malaikat malik
- tugasnya menjaga neraka jahannam, ia juga dinamakan neraka zabaniyyah.

10. malaikat ridhwan
- tugasnya menjaga syurga.

PERBEZAAN MALAIKAT, JIN & IBLIS

1. malaikat
- malaikat itu adalah jisim nurani (jisim yg sangat lembut/halus) dan ia boleh merupa apa sahaja. ia tidak bersifat seperti lelaki atau wanita dan ia mempunyai kudrat/kekuatan yg luar biasa. ia tidak berkahwin dan tidak berzuriat dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

ayat berikut adalah dalil yg menyatakan malaikat boleh menyerupai apa sahaja yg dikehendaki dengan izin Allah.

"kemudia Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka, maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yg sempurna bentuk kejadiannya."
(Maryam: 17)

2. Jin
- adapun jin itu adalah dari jisim-jisim api yg di bawah (dari api yg sangat panas). jin boleh menyerupai apa sahaja yg dikehendakinya. akan tetapi apabila ia menyerupai sesuatu kita boleh memanahnya dan ia boleh mati. jin ada lelaki dan perempuan dan ia berkeluarga dan mempunyai zuriat. di antaranya ada yg mukmin dan ada pula yg kafir.

hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan;

diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a:
mengenai firman Allah s.w.t yg bermaksud:
itulah mereka yg mendakwa bahawa mereka mencari jalan penghubung kepada tuhannya. siapakah dikalangan mereka yg paling dekat dengan tuhan mereka dengan katanya; ada sekelompok jin yg telah memeluk Islam, dan sebelum ini mereka disembah oleh manusia, maka orang-orang yg menyembah itu tetap sahaja menyembah mereka iaitu jin walaupun mereka iaitu jin tersebut telah memeluk Islam.

3. iblis atau syaitan
- syaitan atau iblis adalah satu puak daripada kalangan jin. ia adalah dari golongan yg murtad. ketuanya adalah iblis, setiap yg derhaka dari kalangan jin adalah syaitan. tiap-tiap syaitan adalah jin dan tiap-tiap jin bukanlah syaitan (mereka ini semua berketurunan).

BERSAMBUNG..

Rujukan - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Rabu, 5/01/11, 1.57AM.

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers