Stop Music? Click Here!

Saturday, November 23, 2013

Rindu

Tiba tiba rasa rindu pada blog. Bukak balik blog, menjengah post lama lama. Ohh rindunya. Kalaulah ada balik mood blogging seperti dulu..

Apapun, kini dah masuk hampir 3 bulan aku meneruskan kehidupan baru di UTM Skudai. Pelbagai tanggapan, pelbagai sangkaan. Aku sangkakan aku seorang yang keseorangan, tapi ada lagi yang lebih keseorangan. Aku sangkakan... macam macam lagi la.

Malam tadi sempat keluar makan bersama Catt dan Aisya. Tujuan sebenar aku ajak diorang makan nak bincangkan hal kecik, tapi sebaliknya yang berlaku..

Teruskan berfikiran positif. Allah kan ada. Yakin pada Allah. Percaya pada Allah. Pegang teguh pada Allah. Kalau kita susah, sebenarnya ada ramai lagi orang lebih susah daripada kita. Yang penting, betulkan niat, kemudian kita berusaha sehabis baik, kemudian berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menentukan segala galanya. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah jauh lebih baik..

Mesti kena selalu ingat, kalau kita buat kerja dengan betul, niat kita untuk tolong orang, Insyaallah pasti ada ganjarannya. Kadang kadang kita lalai, tak sedar pun dengan nikmat yang Allah bagi. Kita boleh bernafas, jiwa tenang, pointer tinggi, belajar senang faham, baik dengan semua orang; bukankah itu semua nikmat Allah?

Saturday, October 5, 2013

Sayangilah Yang Tua

Kali ni aku betul betul kecewa. Ada program tak beritahu, ada taklimat pun tak diberitahu.

Padahal yang handle program tu anak buah aku masa kat UTMKL. Kadang kadang terasa seperti kami ni direct entry dianak tirikan.

Bukan apa, dulu masa aku buat program, aku sangat mementingkan dan mendahulukan diorang. Tanpa tunjuk ajar diorang, tak mungkin aku dapat pengalaman seperti sekarang.

Tapi bila dikenang balik kejadian pagi tadi, aku sangat kecewa. Dah lah person in charge tak bagi notis apa apa langsung kat kami, pulak tu tau tau je tadi ada taklimat. Yang sedihnya pulak yang handle ni junior di KL dulu. Lagipun kami yang DE ni bukannya ramai sangat pun..

Masyaallah, sensitifnya aku. Ya Allah buangkanlah jauh jauh perasaan ni..

posted from Bloggeroid

Monday, September 2, 2013

Kenapa Macam Ni?

Hari ni hari ke dua orientasi. Entah kenapa aku rasa malas sangat untuk join.

Mungkin sebab dulu aku dah pernah join orientasi yang sama, malah aku pernah jadi krew untuk orientasi yang sama.

Mungkin jugak sebab rasa malas. Yelah cuti lama. Otak tepu dan lemau. Tapi aku bersemangat je nak study semula. Tengok macam hari ni dan semalam, aku telah berjaya amek lauk lagi sedikit berbanding sebelum ni.

Atau mungkin sebab aku rasa diri ni senior? Almaklumlah dari diploma UTMKL kan. Tambahan jugak krew lagi muda dari aku.

Masyaallah...

Ya Allah, buangkanlah jauh jauh sikap malasku ini..

Sekarang kalau tak silap tengah sesi kelab foto dan palapes, yang mana aku tak minat pun. So skang ni aku kat bilik jela. Takpe ke?

Maafkan sy krew, sy tahu anda telah bekerja keras, sy faham perasaan anda. Tp apa yang dapat sy katakan, MMM kali ini agak boring.

Sy mintak maaf jugak kerana tidak dapat menghadirkan diri..

posted from Bloggeroid

Friday, August 30, 2013

Test test, from mobile apps.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 25, 2013

Diuji

MasyaAllah... MasyaAllah.. MasyaAllah.. Dua tiga hari ini bertalu talu ujian yang mendatang.. Datang tanpa diundang, datang tanpa dijemput..

Ujian ini membuatkan aku sedar, yang mana kalau Allah dah tetapkan sesuatu itu bukan rezeki kita, maka bukanlah ia.. Plus, jangan sombong dengan nikmat yang Allah bagi, jangan sombong untuk membelanjakan rezeki kita di jalan Allah..

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi cabaranMu, lapangkanlah dadaku, kuatkanlah imanku, dan kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dan sebaik baik tempat pergantungan..

TIDAKLAH ALLAH JADIKAN SESUATU ITU YANG SIA SIA.. :)

Thursday, May 23, 2013

Perkara Yang Tak Patut Aku Buat


So haritu masa kat tempat kerja ada la dua benda ni yang tak patut aku buat, tapi terbuat:

1. Solat Berjemaah

Cop cop. Jangan salah sangka. Baca dulu ye. Masa ni aku baru lepas solat, dan kemudiannya member aku ni masuk jugak la stor, nak pergi tandas. Kena pulak masa tu ada customer. So aku tergesa gesa la menuju ke kaunter.

Customer: Ingat takde orang tadi.
Aku: Eh ada bang. Sory eh, solat jap tadi.
Customer: Keje sorang je ke harini?
Aku: Eh tak la, member ada kat dalam.
Customer: Solat berjemaah ke tadi?

Aku pun entah kenapa masa ni blur, mungkin malas nak layan brader ni, so dengan selamba aku menjawab;

"Ha'ah bang, berjemaah tadi."

Hahaha. Bukan apa, keadaan tak sesuai untuk berjemaah disebabkan kami berdua saja bertugas masa tu. So sorang solat, sorang jaga kaunter. Yang tak boleh blah sekali brader tu buat muka pelik + nak gelak. Sory ye brader.
_____________________________________________________________________________________

2. Sakit Perut

Masa ni aku kerja shift pagi, berseorangan. Dipendekkan cerita, dalam pukul 8.30 pagi lebih kurang, perut aku memulas. Arggh. Seksa beb. Ditelan mati emak diluah mati bapak aku dibuatnya. Dalam hati aku berdoa, "Oh En Man, cepat le datang, cepat le, saya tak tahan sangat dah ni". Tapi apakan daya En Man tak kunjung tiba.

Aku dah nekad. Aku dah bulat suara. Apa nak jadi, jadi la. Serangan demi serangan aku kena, namun aku masih tabah menepis serangan tersebut. Kali ini aku nekad, aku amik kertas A4, aku tulis,

"TUTUP SEBENTAR 10 MINIT"

Ha jangan memain hengkau 7 Eleven tutup kejap 10 minit! Dah siap tulis, aku terus pergi kat cermin depan tu, aku tampal. Baru je 2 saat aku tampal, datang la sorang customer ni. Aduhhh. Kacau daun. Dia pun cakap sambil tergelak kecik;

Customer: Aih 7E pun tutup kejap ke? Heh
Hamba yang menahan serangan: Ha'ah pakcik, saya nak kira barang jap kat dalam.

Lepas tu datang la lagi 2, 3 orang customer. Disaat itu aku pasrah. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Lawan tetap lawan. Tak pernah sekali aku mengalah. Dengan berpeluh peluh aku menangkis serangan mendatang di samping melayan customers dengan senyuman dalam tangisan.

Tapi, Allah itu Maha Berkuasa. Dalam kepayahan itu aku berdoa semoga dipermudahkan urusan, dan akhirnya Allah makbulkan doa aku. Serius. Lepas je kesemua customer tu keluar, perut aku terus rasa kosong. Terus tak jadi nak melabur. Alhamdulillah!

....................

Well well west. Begitulah ceritanya. Kadang kadang bila diingat balik, kelakar jugak. Pengajaran yang aku dapat kat sini ialah;

BILA KITA DAH TERDESAK, MACAM MACAM BOLEH JADI

Kan? Tapi Allah dah kurniakan kita akal, sebab tulah kita mesti berfikir sebelum bertindak. Orait assalamualaikum!




Saturday, May 11, 2013

Keputusan Keseluruhan

PNG Sem 6 dan PNGK

Alhamdulillah, akhirnya tamat jugak pengajian diploma aku selama tiga tahun. Pelbagai cabaran, dugaan, rintangan, dan yang paling penting pengalaman pengalaman yang aku kutip sepanjang tiga tahun hidup sebagai perantau di tempat orang.

Dan macam dalam gambar kat atas, itulah result aku. PNGK yang aku dapat ialah 3.35. Tak merasa nak 1st class. Yang kat bawah ni pulak result setiap sem:

PNG setiap sem

Result yang paling rendah adalah pada sem 4 dan result yang tak patut rendah adalah masa sem 1. Tapi alhamdulillah walaupun result tak tinggi mana tapi aku masih dapat maintain atas 3.00. Tapi yang tak patutnya masa sem 1 la. Member member semua dapat result tinggi je. Aku ni terkapai kapai result atas tong. Apa alasan aku? Kononnya culture shock, almaklumlah orang kampung merasa menetap di KL, jakun bagai. Ceh alasan demi alasan.

Walau bagaimanapun, kehidupan di universiti sangat membuka mata aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Bukan macam zaman sekolah. Yang mana ingat main je dulu.

Dan InsyaAllah, pada bulan 9 ni aku akan sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM. Aku berharap sangat aku dapat baiki keputusan diploma. Aku nak sangat lulus dengan kelas pertama. Tiada yang mustahil kan? Segala pengalaman yang aku dapat masa pengajian diploma, Insyaallah aku akan praktikkan sepenuhnya di pengajian degree nanti.. :)

Oklah, nak siap siap pegi kerja. Ha tang kerja, juga macam macam pengalaman aku dapat. Takpe tu nanti aku cerita lain kali. Segala yang berlaku terdapat hikmah disebaliknya. Assalamualaikum.. :)

Wednesday, March 13, 2013

Kembali Ke Dunia Blogger

Assalamualaikum! Kali terakhir aku post adalah pada bulan 10 tahun lepas, yang mana boleh tahan lama jugak la.

Ada sesetengah masa, apabila ada sesuatu kejadian yang berlaku kat diri aku, aku rasa nak update dalam blog. Tapi mungkin disebabkan agak lama aku mengundur diri, sampai aku sendiri rasakan tak tahu bagaimana nak bermula semula.

Tak aku nafikan, semakin hari, semakin aku membuka mata, semakin aku pentingkan gaya penulisan. Supaya biar sedap sikit kalau aku nak baca semula pada masa depan. Dan juga kalau ada orang baca blog ini, mereka pun akan membaca dengan lebih selesa.

Hmm tapi macam tulah. Jadinya, aku bercadang untuk start semula, mungkin kayuh pelan pelan dulu. Bukan apa, sebab aku rasa semenjak dua menjak ni, macam banyak perkara yang aku boleh share kat sini.

Tapi takpe, akan aku usahakan, dan sebagai langkah yang pertama, kalau korang perasan, blog ni dah berwajah baru. Dan yang paling penting, bukan lagi berdomainkan .blogspot.com, tapi sekarang aku dah bertukar ke .my!

Semoga dengan berwajah barunya blog ini, aku akan lebih ada mood untuk update. Sekian. :)

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers