Cerita

masuk hari ni. dah lebih kurang 19 hari aku stay kat UTM. best jugak la kat sini. hidup ok. jiwa pun x kacau. haha. bangun pagi tadi. tengok kat luar hujan. ish. asyik hujan je KL ni. masa tu dah pikir, kalau tido pun sedap ni. tapi x boleh la. sebab ada kelas. kalau x maunya aku landing balik. agak2nya kalau kat kemaman time2 camni aku tengah buat apa ek.

insyaallah. minggu ni aku nak balik. kalau diizinkan. aku yang merancang. tuhan yang tentukan. harap semuanya ok. tapi. mahal siot tiket bas. nak balik je dah RM40. kalau macam tu, pergi balik dah RM80. duh. tu belum kira tambang teksi lagi. so kalau macam jadi balik minggu ni, then aku nak balik sini semula naik motor je. biar la bontot kematu pun. asal boleh save sikit duit.

lagipun kalau dah bawak motor kat sini. senang sikit aku nak explore KL ni. whoa. haha. x larat la nak naik teksi. pakai meter pun bukan boleh caya. kalau slow drebar tu bawak. maka mahal la tambang. x patut, x patut. bukan apa. ekceli aku dah kena aritu. g wangsa walk yang sepatutnya RM5 kebawah. langsung kena RM6. nak balik tu ok la pulak kena RM4.50 je. nasib baik dekat. kalau kena nak pergi tempat2 jauh sikit. hhmm fikir sendiri la. integriti mau ada la pakcik. chewaah. HAHA.

apa lagi ek? em. so setakat ni subjek yang aku dah belajar ada 3. programming, math 1, ngan multimedia. ada lagi 2, titas ngan statistik. tapi insyaallah minggu ni baru start belajar. math yang aku x tahan sekali. da 6 bulan lebey aku tinggal buku. berkarat gila otak. yang classmate aku. semua lancar je jawab. lancar je buat. aku? buat gak sikit2. tapi still terkial2. xpe. balik ni. aku ambik buku2 math dulu bawak mai sini. siap la korang. HAHA.

so. itu la dia. catatan seorang siswa. lak. cam bagus ayat. HAHA. korang2 yang bergelar pelajar cam aku. sama2 la kita doakan semoga dipermudahkan urusan masing2 kat tempat belajar. biasa la, universiti, politeknik, kolej. mesti banyak kerja punya la. hehe.




Comments