Stop Music? Click Here!

Sunday, July 18, 2010

I.S

I.S stand for international student. so tadi, lepas main badminton, tengah rehat-rehat. tiba2 ada datang sorang I.S ni. "where can i play badminton in ru?" kitorang pelik. jadah apa ru? so kitorang tanya balik. "where i can play badminton in zu?". hamek kau. zu pulak yang dia sebut.

last2. kitorang suruh dia cakap pelan2. rupa2nya room. ooooh. I.S yang aku ceritakan nie dari china. laju gila dia cakap. daripada ru ke zu dan akhirnya ke room. then kitorang bitau dia. kat KSJ xde indoor court. ada outdoor je. so fine la kan.

then. aku ingat dia nak blah dah. rupanya x. boleh dia story pasal sejarah hidup dia. laju gila dia cakap. x bleh blah aku. perkataan yang aku paham, chen jin, lee chong wei, lin dan. pastu dia story sikit pasal kampung dia. dalam tengah2 dia cerita. boleh dia gelak2. mayb story dia klaka kut. kitorang dengan muka penat nie cuba cari mood nak gelak. habis sakit rahang2. nak buat camne. kena la jaga hati dia jugak.

yang tebaeknye. dia tamau stop talking. ah sudah. badan suda letih. rahang suda lenguh. si dia makin rancak bercerita. x boleh tahan. kalau terus di layan. mau sampai besok pagi dia cerita. last2 kitorang bangun. senior aku terus berspeaking. "err. we need to go." sambil senyum2. pastu senior aku terus blah pergi kat membe dia. then aku g kat lif. aku tengok dia ni follow aku. rupa2nya dia blok c gak. tingkat 6. ah sudah. nak kene layan lagi. dalam lif. terpaksa la aku berpura2 gelak lagi sebab dye story sambil gelak2. dah tu x kan la aku nak wat muka selamba je kan. -,-"

anyway. dah nama pun international campus. memang la ada I.S. tapi best la. walaupun dia kurang fasih BI, tapi dia bersungguh story pasal diri dia. ini aku tabik. perbezaan bahasa x menghalang kita untuk beramah mesra. caya la. anyway masa last jumpa tadi dia kata nama dia Lee. kawan2 panggil Bruce Lee. Jet Lee. HAHA.

0 comments:

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers