Entahlah

entah kenapa. smalam aku teringat zaman sekolah. siyesly. memang rindu. dulu masa sekolah. selalu bunyi bile la nak habis sekolah ni. sekarang dah habis. baru anda tahu rasanya. tapi itu lumrah. sebab x kan selamanya kita kat sekolah menengah.

aku percaya. kalau kat sekolah. kita mesti rapat dengan member2. dah macam family. pergi kantin sama2. pergi tandas sama2. pergi kelas tambahan sama2. kena rotan sama2. senang kata semua sama2 kena. kan? x dinafikan. aku dulu memang agak nakal masa kt sekolah. habis semua orang aku kacau. habis semua orang aku kutuk. kecuali cikgu. senang kata aku memang gila2 kat sekolah.

sampaikan aku rasa. ramai yang x suka aku. dah kena kutuk ngan aku je. even ada yang kata aku still macam budak2 walaupun badan besar ada misai janggut bagai. bukan apa. aku kalau boleh nak tinggalkan memori yang aku x kan boleh lupa masa zaman sekolah dulu. aku pikir. bila lagi nak buat gila2. masa zaman pakai baju sekolah ni la. masuk u kang x kan nak buat perangai macam ni lagi.

dan aku rasa. aku berjaya. dan yang paling aku ingat. aku berjaya buat membe aku yang sorang ni yang badan tinggi besar macam bapak orang menangis. sungguh x aku sangka. tengok. jahat x jahat. mentang2 la kau boley psiko orang. tapi percaya la korang. sekarang maybe aku dah dapat balasan balik. aku x lagi segila dulu. aku x lagi talkative macam dulu. betul. banyak senyap je. sebab xde modal kot. haha. anyway. kepada korang yang still berasa hati ngan aku. karang nak dekat raya aku minta maaf ye.

btw. macam yang aku post kat wall aku. kenapa la sehari dua ni semua yang aku buat semuanya serba x kena. serba rasa bersalah. macam aku rasa semua tingkah laku aku sehari dua ni buat kawan2 aku kat sini rasa x selesa. rasa x puas hati. aku mintak maaf sangat2. even benda kecik pun jadi susah. tapi semalam. aku rasa tuhan bagi jawapan kat aku. jawapan yang selama ni aku x berani nak tanya dan hanya mengharapkan jawapan tu datang. sekarang aku dah tahu. aku dah yakin. aku x kan tunggu lagi. yang mana aku kena teruskan. dan aku rasa sebab ni la tuhan uji aku.

aku harap hari ni aku boleh baiki semuanya. aku harap xde lagi ragu2. xde lagi rasa bersalah. xde lagi rasa serba x kena. oh aku harap sangat.x boleh buat assignment aku macam ni. dah la berlambak. anyway. orang kata. x mudah untuk kita puaskan hati semua orang. tapi insyaallah aku akan cuba untuk puaskan hati semua orang selagi aku mampu. (:


Comments

Anonymous said…
zaman skola is da best thing dat we ever had.
sume org pn rase benda yg sama.
sbb macam2 prangai yg kita buat.
bile baca blog awk arini buat owg t'igt zaman skola jgk.
rndu kt kgkwn n ckgu.hahahahaha.
emm keep on with ur u life.
assgmen jgn b'tngguh lelame sgt.(pdhal owg pn wt bnda yg sama)huhuhu
muhasabah la diri tuh.
dekatkan diri dgn DIA.
lg2 sempena bulan puase ni.
IsmailAr said…
haha.. skolah2.. asyik2 pk nak men sampai lupe buat ape yg wajib...
siyez aku agak jelez ngan kehidupan student ko.. sebab aku xramai member..
(misai kontot tu tetap xgagal menggeletek perut aku..)
Khatijah Hamid said…
Beb, aku rindu gile kot zaman sekolah. Aku rase ko masih lagi dengan perangai lame ko sebab ade je modal ko nak buli aku! HAHAHAH aku tak kisah la sebab aku pun mcm ko gak. Ko bole je nk bahan aku pape, sebab nanti aku bahan ko pulak. HAHAHAA XD

anyway, ko buang tebiat ke ape? :P

HAHAHAHAH

Eh, ape yang membuatkan hati ko terdetik nak tulis mcm ni? Huhu. Anyway, ko memang suke buli aku! HAHAH XD

Wey aku rindu sekolah doe
Shafiq Izwan said…
budak bakal: tuh la. zaman sekolah mmg x bley nak lupe. nak2 time klas cikgu x masok. huruhara jadi. hehe. em. pasal assignment. asenye klo x semua, segelintir dari kite semue mesti ada masalah yg same kn? hehe. btw thanks tau. (:

IsmailAr: memang ingt nk maen! exam lagi sehari due br nk study. tuh la dye. tp kn. kadang2 klo x ramai membe ade baik kot? xde la kite terpengaroh sgt? ke camne?

catt: same ke? klo ko 1 skolah ngn aku dlu. ase kaw2 da ko kene. lgpon ko nk bahan aku ape? ko last2 mesti kering modal pnye. HAHA. ape yg m'buatkan aku terdetik tulis camnie? entah la wei. mayb sbb lame da kot x tgk skola aku. ok yg pasal buli ko. karang nk dekat raya br aku mintak maap ok? haha.