camne nak start

akhirnya. dapat jugak balik lama sikit. sebelum nie dapat balik sabtu ahad je. so kali ni dapat balik 2 minggu. fuh best. yang x best. dari hari khamis aku demam. sigh. dah la khamis tu ada test programming. susah lagi. memang masak aku kena. then hari jumaat. aku mintak dengan lec nak tunda test statistik lepas raya. nasib aku baik. permohonan aku diluluskan. apa alasan aku bagi? sebab hari jumaat tu aku nak balik kemaman. naik motor.

macam biasa. lepas 4,5 jam. akhirnya sampai kemaman. syukur yang x terhingga. selamat sampai. masa tu dalam otak xde fikir lain. yang terbayang katil aku je. penat sangat. part paling best. time balik kemaman. ada aje benda yang berubah. 3 minggu lepas. kawasan bakau kat bandar tu dah diratakan. dengar cerita nak luaskan jalan. so memang nampak berbeza sangat. then. semalam. tempat jual besi buruk tu pun dah lapang. rata. tu projek apa nak buat aku pun x tau.

dan malam tu jugak(sampai kemaman 6.30pm). aku pergi jenguk kedai tempat aku kerja dulu. nasib baik. kawan2 aku still lagi kerja kat situ. amirul. din. ika. alia. kak nani. rindu diorang. chewah geli je. aku kalau balik kemaman je memang singgah tempat tu. tempat yang bagi aku peluang belajar cari rezeki. belajar merasa duit sendiri. pergh. sumpah puas kalau kita belanja duit usaha kita sendiri. x caya try la.

btw. lagi seminggu nak raya. entah kenapa rasa macam kejap sangat masa berlalu. ai. ayat nie dah macam nak ulang post aku yang lepas. aku pun x tau kenapa otak aku macam blur hari nie. ouh mintak2 la masa lambat berlalu. biar aku stay puas2 dulu kat sini. hehe. sampai sini je dulu kut. blur tetibe. -.-




Comments