Kemaman Idaman 2015

so agaknya sampai kat sini jelah kehidupan kat kemaman, sebab besok aku dah pindah. sedih, memang sedih. dari tahun 1997 aku menetap kat kemaman, akhirnya sampai jugak masa yang kalau BOLEH aku tanak terjadi.

biasalah kalau dah jadi anak polis kan. kalau ayah/mak kena pindah, kita pon kena la ikut sekali. apapun, tempoh 14 tahun bagi aku bukan sesuatu yang sekejap, tapi terlalu lama. dalam tempoh masa tu la kita boleh bentuk diri kita, kita boleh kenal diri sendiri.

yeah, kat kemaman la aku belajar jadi ORANG. kat kemaman nie la aku berak, kencing, makan, minum, main, sekolah, dan macam macam lagi la. kat kemaman ni jugak aku belajar mencintai, menghargai, dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

fuuh. ape lagi? entah la. tadi bukan main banyak lagi berpikir pikir. sedih la nak kena pindah ni. ingatkan lepas ayah pencen baru pindah, tapi nak buat camne, Allah dah tetapkan kena pindah awal. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. terima la dengan redha.

aku akan rindukan taman perumahan nie. dari kecik sampai besar gedabak aku menetap kat sini.


nie la dia tadika aku dulu, masa tahun 1998. tapi dulu tak secantik sekarang la, sebab aku merupakan mahasiswa batch pertama yang belajar kat tadika nie. aku ingat lagi nama cikgu yang ajar kat sini dulu, cikgu Rozita. aku ingat jugak aku dapat nickname 'Ketua Degil', sebab dulu aku ketua kelas, tapi aku degil. yang kelakar sekali dulu bebudak lain panggil aku awie. sebab apa? sebab aku paling besar masa tu. then ada sorang budak pompuan nama Fazira, nama betul dia Che Wan Nur Fazira, langsung digosipkan 'Awie - Erra Fazira'.

lagi,


ha, nie tempat lepak kitorang masa petang petang lepas main bola, takpun lepas Isyak. tempat nie betul betul sebelah laut. bestnya masa tu, duduk sembang sembang, gelak gelak sambil kena deruan angin. tapi tu masa kecik jer la.

seterusnya,


yea, taman permainan! dulu tak sah tak pegi kat sini. yang menariknya, taman permainan ni sekarang masih sama macam masa aku mula mula pindah sini. so kenangan tu still ada kat situ. mainan yang femes kat taman permainan ni dulu macam polis entri dengan tang buaye. ouh lupa, main guli pun kat sini la.

kemudian,


cuba teka, ni court apa? jawapannya, court tennis ==> jadi court futsal. dulu ada jugak pakcik pakcik main tenis kat sini, pastu dah takde dah. kemudiannya, tempat nie jadi court futsal.
dulu masa sekolah rendah, aku ingat lagi yang aku nak join abang abang nie main futsal. tapi diorang cakap, "budak yang belum sunat, belum tingkatan tiga tak boleh main." ekceli time tu aku dah sunat, tapi belum tingkatan tiga. so geram kat situ je.

lagi lagi,


dulu sebelum kat laluan pejalan kaki tu, ada taman bunga sebenarnya. cantik sangat! siap ada pondok warna putih lagi.

then then,


ni lah dewan badminton. dewan nie banyak berjasa kat aku. sebabnya dari tingkatan satu sampai tingkatan lima aku dapat jadi wakil kemaman. kat dewan nie la, dari aku umur 5 tahun sampai sekarang, aku tak pernah terlepas main kat sini. anak orang lain yang duduk luar kena sewa dewan kan kalau nak main? kitorang anak polis yang menetap kat sini main free je. untunglah~

lepastu,


nie kawasan belakang dewan. kalau tak dapat main kat court futsal tu, kitorang main kat sini, tempat bebudak yang belum matured lagi. *kata abang abang*. ouh, kat sini pon tempat main guli jugak. aku ingat lagi dulu, masa tengah lawan guli dengan budak A dan B. diorang ni adik beradik. masa tu aku leading, tengah menang la katakan. then yang si B ni bengang, dia amek batu besar, langsung dihempapnya guli aku yang ada kat atas tanah. abis terbenam. haish~

kalau nak diikutkan, banyak lagi yang aku nak kongsikan. sampai besok pun tak habis kot. oklah, maybe yang terakhir,


yeah itu dia KEMAMAN IDAMAN 2015! semoga apa yang kita impikan jadi kenyataan satu hari nanti. takde yang mustahil kan. mana la tahu kemaman boleh jadi bandaraya besar macam KL ke kan. mane la tahu. hehehehe.

apapun, hati aku memang ada kat kemaman, tak kira la kat mana aku menetap pun. setiap kenangan takkan aku lupakan, sebab aku membesar kat kemaman. semoga kemaman menjadi lebih maju pada masa masa akan datang. amin~

p/s - lamanya tak update blog. nak dekat sebulan. entahlah, stay kat rumah takde mood nak berbelog.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 17/11/2011.






Comments

najihah sahami said…
oloh...kurang r blogger ganu sorang. wuwuwuwuw.
najwa nano said…
dah nak pindah ke bro?tu r dengar kawan2 anak polis merin semua kena pindah..dahla kat sis tu rmai gler anak polis..smua dah nak tinggalkan sy.miss u bro.ececece.macam selalu jumpa.hehe

nanti jarang2 dtg kemaman tau.this is the place where u growth.mesti sedih kan.mostly all ur fren here.btw,,gud luck there.chii:)
Shafiq Izwan said…
mish - takpe takpe sy still blogger ganu. hehe.

sis najwa - tuhlah. sedih jugak bile dah pindah nie. takpelah hidup perlu diteruskan. thanks sis. :)
Fadzli Amir said…
Memang sedih kan nak pindah...walaupun abah askar, tapi masa dia kena tukar, dia tak bawak kitorg, kena duduk ngan mak ngan tok....

takpalah..jadikan semuanya pengalaman, memang perpindahan akan sentiasa terjadi dalam hidup kita...

yang bestnya, ayah ko la...naik pangkat..hehehehe