Rindu

Tiba tiba rasa rindu pada blog. Bukak balik blog, menjengah post lama lama. Ohh rindunya. Kalaulah ada balik mood blogging seperti dulu..

Apapun, kini dah masuk hampir 3 bulan aku meneruskan kehidupan baru di UTM Skudai. Pelbagai tanggapan, pelbagai sangkaan. Aku sangkakan aku seorang yang keseorangan, tapi ada lagi yang lebih keseorangan. Aku sangkakan... macam macam lagi la.

Malam tadi sempat keluar makan bersama Catt dan Aisya. Tujuan sebenar aku ajak diorang makan nak bincangkan hal kecik, tapi sebaliknya yang berlaku..

Teruskan berfikiran positif. Allah kan ada. Yakin pada Allah. Percaya pada Allah. Pegang teguh pada Allah. Kalau kita susah, sebenarnya ada ramai lagi orang lebih susah daripada kita. Yang penting, betulkan niat, kemudian kita berusaha sehabis baik, kemudian berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menentukan segala galanya. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah jauh lebih baik..

Mesti kena selalu ingat, kalau kita buat kerja dengan betul, niat kita untuk tolong orang, Insyaallah pasti ada ganjarannya. Kadang kadang kita lalai, tak sedar pun dengan nikmat yang Allah bagi. Kita boleh bernafas, jiwa tenang, pointer tinggi, belajar senang faham, baik dengan semua orang; bukankah itu semua nikmat Allah?
Tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni bila setiap kali lepas solat dan mohon doa, hati rasa sangat sebak. Terfikir layakkah diri ini mendapat rahmat, nikmat Allah. Ya Allah, engkaulah sebaik baik tempat memohon pertolongan, sebaik baik tempat memohon perlindungan, sebaik baik tempat bergantung harapan..

Ya Allah syukur sebab hati ini masih lagi punya rasa takut kepadaMu ya Allah. Janganlah tutup hati kami ya Allah..

Mari lepas ni kita amalkan baca Al-Quran setiap hari. Kalau boleh cari Al-Quran yang ada translation, supaya setiap kali lepas baca Al-Quran, kita boleh baca translationnya. Untuk yang tak pandai bahasa Arab macam aku la..

Masyaallah, betapa banyaknya kisah pengajaran dalam Al-Quran. Betapa Allah dah ingatkan kita. Betapa Allah ceritakan nikmat dan seksaanNya. Takutnya... ;(

Jom jom....

Comments