Interview

Okay, kali ni aku nak bercerita mengenai interview. Secara keseluruhannya, dah tiga interview yang aku pergi. Actually aku dah diterima bekerja pada interview pertama, tapi saja teruskan untuk lagi dua interview tu, untuk kutip pengalaman interview dan tengok yang mana offer better. Haha.

Bulan Mei 2016, kalau tak silap masa tu tengah nak finalize projek dan thesis. Cik A hantar kat aku kerja-kerja kosong kat Jobsreet. Seriously, masa tu aku memang tak terfikir langsung untuk cari kerja. Dalam kepala hanyalah nak selesaikan PSM. Kemudian aku terfikir, why not? Kebetulan pulak masa tu rasanya baru lepas How To Got Yourself Employee (HTGYE) program, resume pun dah update, aku pun dengan segera update profile Jobstreet. Lepas dah update, aku pun apply la pada beberapa syarikat.

SYARIKAT PERTAMA

Selang beberapa hari, syarikat pertama call. Syarikat ni nama dia Flexi Team. Major business dia adalah vendor accounting, Human Resource Management System (HRMS), e-Attendace sistem dan ada la beberapa lagi. Selain dari jadi vendor, dia juga ada develop sistem sendiri, macam e-Attendance dan HRMS tu. Masa dia hantar emel, aku bukan main seronok. Yelah, tak sangka ada jugak yang sangkut, sebab aku dah mention aku ni final year student dan hanya akan available pada pertengahan Julai. Tapi dah kata rezeki, ye dak? Aku pergi interview tu hari Selasa.

Masa interview, perkara yang paling rancak kami bualkan adalah pasal sistem HRMS dan ERP. Alhamdullilah, pengalaman yang aku dapat masa intern sangat-sangat membantu. Untuk pengetahuan, masa intern aku terlibat dengan 6 projek melibatkan HRMS dan ERP. Jadi masa interview tu aku seronok, sebab aku faham dan aku ada knowledge mengenai apa yang ditanyakan. Haha.

Kemudian, dia minta tunjukkan projek-projek yang pernah aku buat. So aku tunjuklah projek game development, system development dan beberapa lagi. Dia agak teruja masa aku tunjuk projek game, sebab aku develop guna Visual Studio dan C#, yang mana company dia pun memang guna Visual Studio dan C# untuk develop sistem diorang. Kemudian ada la beberapa soalan penting seperti:
  1. Since when do you love programming?
  2. Do you love programming, why?
  3. What is your hobby?
Soalan ni aku takkan pernah lupa, sebab ketiga-tiga interview aku ada soalan ni haha. Kemudian yang lain tu banyak berbicara pasal sistem la. Finally dia cakap, "Em so we'll call you maybe this week or next week to inform whether you are accepted or not, okay?" dan alhamdulillah, hari Jumaat berikutnya I'm hired! Yeay!

SYARIKAT KEDUA

Minggu seterusnya, aku dapat panggilan dari syarikat kedua, iaitu JST Connectors. JST ialah multinational company (MNC), ibu pejabatnya di Jepun dan kilangnya di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. Bisnes utama JST Connectors adalah komponen dalaman elektrik. Di PTP sahaja, JST Connectors ada empat plants (besar gila) dan satu bangunan management.

Yang belakang tu bangunan management. Tinggi betul.

Masa sesi interview kat JST Connectors ni, soalan lebih kurang sama la dengan interview pertama. Cuma soalan yang aku tak jangka akan ditanya ialah soalan "What do you know about our company?"sebab aku fikir, soalan ni terlalu skema dan ada di mana-mana tips interview. Sekali masa interview dia tanya haha. Nasib baik aku ada buat research sikit pasal company ni sebelum datang interview, tu pun sikit je, tapi memadailah untuk menjawab persoalannya. Huhu. Yang lain, company ni agak jauh dari Skudai. Perjalanan pergi dan balik pun dah terasa sangat penat.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas dia call untuk offer kerja, so kena datang office untuk bincang beberapa lagi mengenai terma dan syarat. Memandangkan tarikh pun dah agak lewat, ditambah pula jarak tempat kerja yang agak jauh, aku tolak tawaran tersebut. Lagipun, aku rasa macam tak elok kalau dah saat-saat akhir ni nak tolak semula tawaran syarikat pertama, walaupun aku masih belum tandatangan kontrak. Tak mengapalah, kalaulah takdir aku bekerja di sana juga satu hari nanti, aku terima. Mana la tahu kan?

SYARIKAT KETIGA

Syarikat ketiga ni, hurrmmm tak ingatlah apa nama dia. Yang ni phone call je. Ada dua jawatan yang dia tawarkan, iaitu Software Engineer dan Software Tester. Yang ni dia tak banyak sangat tanya, cuma tanya programming proficiency, experience, projects, dan beberapa soalan biasa. Ibupejabat syarikat di Singapura dan anak syarikat di Tampoi. Sebab dah melalui dua interview, aku terpaksalah cakap awal-awal yang aku dah diterima bekerja. Malas nak berlarutan sebab, maybe aku rasa masa tu that's enough.

KESIMPULAN

Cis, dua hari aku siapkan post ni. Punyalah nak ambik mood menulis punya pasal. Haha. Anyway, alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, aku dah pun ditawarkan kerja dan akan mula pada 11 Julai 2016. Gaji? Alhamdulillah, bagi aku not bad la, dengan status aku sebagai fresh graduate.

Apa yang aku perhatikan berdasarkan ketiga-tiga interview ni, untuk position junior developer, majikan tak perlukan kita terlalu mahir dan power dalam spesifik language. Contohnya, dalam iklan dia ada mention yang diorang nak PHP proficient, atau .Net proficient. Tapi masa interview, apa yang dia nak tengok adalah basic programming kita, past involved projects, personaliti, kita boleh buat coding atau tidak, tak kiralah language apa pun. Sebab once kita dah ada basic dan overall knowledge, kita tinggal nak explore saje. Lagipun berdasarkan resume, majikan tahu yang kita ni adalah fresh graduates. Itu yang pentingnya semasa belajar, kita kena ada banyak projek. Tapi sekiranya kita memang dah ada advance knowledge mengenai sesuatu language, itu adalah kelebihan.

So, that's it, serba sedikit mengenai kisah interview yang aku dah lalui. Kadang-kadang nervous jugak, risau perkara hitam yang berlaku masa intern berulang kembali. Jujurnya, aku harap kali ini yang baik-baik sajalah. Hahaha. Yurp, moga yang baik-baik saja, sebab aku ada banyak benda yang aku sangat excited nak buat!


Comments

Anonymous said…
Nice blog n tq share pngalaman
Unknown said…
Sy bru pergi interview jst.. nk tanye, dy ambil mase berape lame ye nk bgtau kite dpt ke x job tu