3 Dalam 1

1. Tamat Akhirnya
Alhamdulillah, tanggal 20 Jun 2016 merupakan tarikh terakhir aku bergelar student. Tarikh tu jugak selesailah segala mak bapak submission dan final exam. Tapi yang paling lega adalah bila submit thesis. Yeay!

PSM Thesis

Dengan berakhirnya zaman student ni, maka bermulalah zaman pekerjaan selepas raya nanti. Sebenarnya eksaited jugak, sebab akhirnya tiba juga masa untuk aku merasa duit sendiri, beli itu ini, belanja family dan macam macam lagi. Akhirnya!

Aku akan mula bekerja pada tarikh 11 Julai 2016, di sebuah syarikat di Mount Austin, sebagai system developer. Secara ringkasnya, apa yang akan aku buat adalah maintain sistem yang sedia ada dan membangunkan sistem yang baru mengikut user requirement. Alhamdulillah, sekarang dah tak susah nak cari kerja di JB, sebab banyak gila pekerjaan dalam bidang IT kat sini!


2. Umrah
Semalam mak ada beritahu, hujung tahun ni dia nak pergi umrah dengan opah dan atuk. Mak cakap,

"nanti tambah duit mak sikit eh"

Tiba-tiba aku rasa sebak. Yelah, selama 24 tahun ni aku meminta dengan mak dan ayah tapi diorang tak pernah menolak, lagi-lagi masa belajar ni. Betapa besarnya pengorbanan diorang, hanya Allah yang mampu membalasnya. Aku berharap sangat perjalanan hidup ini dipermudahkan, moga Allah juga murahkan rezeki aku supaya dapat bantu kumpul duit mak untuk mak ke umrah. Allahu, sedihnya rasa :'(

--------------------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya tak ingat apa perkara ke 3 yang aku nak tulis. Tiba-tiba terlupa. Tiba-tiba banyak pulak cerita datang dalam otak ni sampai aku tak sure yang mana satu. Hahahaha





Comments