Stop Music? Click Here!

Monday, February 21, 2011

Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa

"Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2010/2011, PEMERHATI."

so, pada pagi tadi, aku berpeluang pulak menjadi salah seorang kakitangan dalam proses mengundi majlis perwakilan mahasiswa. ada 20 orang calon umum yang bertanding. tapi mereka semua di skudai, kami junior junior di KL hanyalah mengundi dari jauh.

ada jugak di antara calon calon umum merupakan bekas pelajar UTMKL yang sambung study diorang ke Skudai. dan aku semestinya tak kenal la sebab baru masuk semester lepas. kitorang kena undi 10 calon daripada 20 calon yang bertanding. setiap calon ada manifesto diorang sendiri. aku tak ingat sangat manifesto diorang ni, tapi aku ada ingat satu je. "saya akan usahakan parking berbumbung untuk motorsikal dan kereta." wargh ini yang aku tunggu tunggu, dan sah sah la aku undi dia. hehe.

balik kepada proses mengundi tadi, aku telah diberi kepercayaan, penghormatan, kewibawaan untuk menjadi PEMERHATI. serius aku cakap, korang kalau takde kesabaran mental yang tinggi, nescaya korang akan jadi seorang yang kurang betul.

tugas si pemerhati ni bermula pukul 8 pagi hinggalah ke 5 petang. itu untuk proses membuang undi. belum proses kira undi lagi. termasuk kira undi, kitorang selesai dalam pukul 6.45 petang.

antara cara kerja pemerhati. duduk di tempat yang telah disediakan. yang mana jaraknya agak jauh dari pemerhati yang lain dan tempat mengundi, yang pastinya memang tak boleh nak berbual bual la, sebab risau si pemerhati akan turut memancing undi. kitorang kena stay di situ dalam tempoh masa yang aku dah beritahu tadi.

kejap nak jerit. ARRRRGGGHHH!!! lama weh! 8 pagi ke 5 petang. korang kira la berapa jam. kena duduk diam diam, senyap senyap, perhatikan calon calon yang mengundi. kalau ramai orang yang datang mengundi takpe, at least tak la boring sangat. ini tak. memang lengang sangat la. memang cabaran betul kerja. kerja ni lagi boring daripada aku balik terengganu sorang sorang naik motor. betul tak tipu.

tapi takpe. itu semua pengalaman. lagipun memang aku sendiri yang nak join. memang aku sendiri yang nak merasa pengalaman menjadi kakitangan kat tempat mengundi. so sekarang aku dah dapat pengalaman tu. bukan senang nak dapat. hehe. lagipun, secara tak langsung aku dapat meningkatkan lagi tahap kesabaran aku. aku dapat tengok macam mana proses mengundi, aku dapat tengok cara kira undi, dan yang paling penting sekali, aku sendiri dapat mengundi. kurang kurang pun dapat la merasa mengundi walaupun umur tak cukup lagi. hehe.

yang paling aku suka sekali dalam proses mengundi ni, wakil calon calon tak menghentam satu sama lain. diorang hanya edar flyer, beserta manifesto diorang. bersih sungguh aku rasa. so nak mengundi pun tenang, best, jiwatakkacau, tak payah nak fikir benda buruk buruk. oh, alangkah bestnya kalau dunia politik di malaysia macam ni. tak terasa kotornya dunia politik.

dan yang kedua penting, duit makan aku hari ni dah save. sarapan, makan tengahari dengan petang semuanya di support. sedap sedap pulak tu lauk. hehe. alhamdulillah rezeki hari ni.
cukup la kut dengan cerita undi undi ni? karang kita tengok je la siapa yang menang.

cerita sampingan sekejap. tiga hari lepas, aku dengan member main badminton pukul 11.30 malam. memang best keluar peluh malam malam. main main punya main, memang kaw kaw la main, naik je bilik tengok jam dah pukul 3.56 pagi! punya la leka main, sampai tak sedar dah nak pukul 4. aku pulak memang tak bawak hp/jam. tapi memang tak rasa lama. memang lepas ni kalau main badminton aku akan bawak jam la. nasib baik takde kelas. kalau tak, tak bangun la jawabnya. siapa nak main badminton tinggalkan komen ok! haha.

penulis - tak sabar nak tahu keputusan undi. SELAMAT HARI JADI AYEESHA QISTINA!!

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 22/2/2011, 1.36AM.





4 comments:

Nazrul Montolivo said... [Reply to comment]

hye abg photographer <3

=budak baik+budak nakal= said... [Reply to comment]

gile kentang main badminto sampai pukul 4 pagi...
dahsat! hahahahaaha

good_boy said... [Reply to comment]

ahahaha...aku men undi tah sape2 tah je dulu..bknnye knal pn..huhu
tp yg bestnye dpt air la..ahahaha..
pena skali undi time pose..dapat air waktu tgh ari..sabo je laa...ahaha

good boy latest post Gambar Baby-Baby Comel Buat Perkara Yang Tak Berapa Comel !!

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

nazrul - hi abg malu sangat la.

BDBN - sumpah tak perasan!

goodboy - kitorang pon tak kenal sape. tapi ada satu calon yang cun ni. ramai kot undi dia. kitorang pon dapat air. haha.

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers