Stop Music? Click Here!

Thursday, February 24, 2011

Tak Tahu Nak Tulis Apa

macam tajuk post, aku tak tahu nak tulis apa. sebenarnya aku tengah lepak lepak kat PSZ (perpustakaan sultanah zahariah), sementara tunggu hujan berhenti.

sebab apa aku tunggu hujan berhenti? sebab aku naik motor. so tak boleh nak gerak. sebenarnya boleh saja nak gerak, tapi aku malas nak mandi hujan. silap silap demam, payah aku nak buat kerja.

coursemate aku semuanya main dota kat sini. dan aku tak boleh nak join la, sebab tak reti. diulangi, tak reti ye. so terstucklah aku kat sini, menanti hujan berhenti yang bagaikan tidak berkesudahan.

aku teringat pulak masa cuti aritu. best je melayan dunia blogger. tak fikir benda lain langsung. sekarang, bila dah start sem, mood nak berblogging macam dah hilang. mana taknya, kerja berlambak lambak. rutin harian pun dah jadi makin busy. ditambah pulak aku bukak balik fb, memang entah ke mana la jawabnya.

aku sekarang masih lagi dalam proses belajar menguruskan masa, belajar buat to-do-list. alhamdulillah ada kemajuan sikit sikit. ok lah kan daripada takde langsung.

dua tiga hari lepas aku ada hantar borang apply kerja kat TGV Wangsa Walk. harap sangat aku lepas interview diorang, then aku boleh mula kerja. restoran tempat kerja lama aku dah penuh. so dah takde harapan di situ.

aku RANCANG nak balik kemaman minggu depan. aku harap sangat sangat, rancangan aku jadi kenyataan. sekali sekala kena balik jugak kan jenguk orang kat rumah. aku jugak rindu nak balik segamat. macam lama sangat dah tak balik. last balik pun raya aidilfitri tahun lepas. famili aku ada la balik kejap, aku je yang tak balik sebab tersangkut kat KL ni.

apa lagi ek? aku main tulis je, sebab sekadar nak habiskan masa lapang menunggu hujan berhenti ni. ouh KL. kenapa tiap tiap petang mesti hujan? aku nak cadangkan korang yang dekat area KL ni, cuba la merasa MORROCCO BEEF, kat Kg.Baru. aku baru first time rasa, so agak sedap la di situ. hehe.

oklah, syukur hujan dah kurang. gerak dulu!

penulis - entah la nak tulis apa kat sini.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Khamis, 24/2/2011, 4.40PM.

11 comments:

toyolkiut said... [Reply to comment]

tak tahu nak tulis apa, tapi panjang berjela2..
hehe..

najwa napatah said... [Reply to comment]

tlis pnjang berjela ,,x tau nk tulis apa agy.najwa suggest tajuk entri ni,,"tulis entri sementara hujan berhenti".hehehehehe

zyan said... [Reply to comment]

haha ujan lebat an...fuhh bnjer skjap an..an..an..hahah

De Mois said... [Reply to comment]

Aku duk kg baru dok. Dekat je tempatnya. Lama lak x karok kat wangsa walk

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

niesz said... [Reply to comment]

gud luck interview nnti..paling xsuke time interview..ekekeke..

amry said... [Reply to comment]

tu dah jadi satu entry... :)
tulis jer apa yang ko rasa nak tulis :)

good_boy said... [Reply to comment]

tak tahu nak tulis??
bukan main panjang lagi ko tulis...ahahaha
sory la bro..aku keje laa...jarang berblogging..huhu

good_boy latest post wahai kawan, bantuan anda amat dihargai !!

sicomot-comel said... [Reply to comment]

ingatkan bila tak tahu nak tulis apa, entrinya cuma sekerat dua je..

rupanya berkerat-kerat dah ni..
hahaha

Azza Firza said... [Reply to comment]

ayat anda sungguh skema, ekekee :D

TERBARU :kami memang sweet couple :D

bunga said... [Reply to comment]

haha..2 xtau nak tulis pe dah panajng..lau tau nak tulis pe xdapat bunga bayangkan..

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

toyolkiut - tuhla. tak perasan entry ni panjang. haha.

najwa - uih, camne la boleh tak terpikir tajuk tu kan! masuk dengan entry yang entah pape ni. haha.

zyan - aritu KSJ banjir kak yan.

DeMois - la. kalau camtu suggestkan aku weh tempat yang ade western food yg sodap2. :P

niesz - tak dapat interview pon. hahaha.

amry - worait bro. ^^

goodboy - entah camne boleh terpanjang entry ni. huahuahua.

SCC - kerat 18 rasa rasa boleh? haha.

azza - tuan punya blog lagi la skema.

bunga - jangan bayangkan. hehehe.

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers