GoPro Hero

GoPro Hero 3+ Black Edition

Sebelum-sebelum ni, aku pernah berdepan dengan orang yang berkata, "untunglah pakai GoPro", "orang kaya boleh la", "masyuk poket pakai GoPro". Haha.

Reaksi aku? Aku senyap sambil tersenyum je. Hehe. Aku nak cerita macam mana aku boleh kena racun dengan GoPro, tapi aku tak berapa ingat, sebab terlalu seronok sebab ada GoPro ni. Hehe.

Aku ingat la masa cuti sem panjang tahun lepas, sekitar Julai hingga Awal September, Masa tu aku kerja part time kat Parkson ECM Kuantan. Masa mula-mula kerja, tak terfikir pun nak beli GoPro, but then macam yang aku cakap, aku tak ingat macam mana boleh kena racun GoPro ni. Lol.
Bila dah kena racun, niat untuk membeli action camera membuatkan aku tabah dari hari ke hari untuk terus buat OT. Sebenarnya dalam tempoh bekerja tu ada konflik sikit, dan aku hampir-hampir nak give up, means nak berhenti kerja. Kemudian aku muhasabah diri dalam fitting room, cakap pada diri sendiri, "Sabar bro, sabar, sementara je semua ni, kau nak GoPro ke tak nak?", akhirnya aku kembali kuat. Dan hari ke hari, aku keraskan hati pejalkan badan untuk terus kerja dan buat OT.

Mula-mula tu bercadang jugak nak angkat SJCam ataupun RD990. Sebab murah dan save bajet sikit. Kemudian, setelah buat research dan bertanyakan Bazli (member yang pakai GoPro), dia cakap kalau ada bajet, angkat yang puas hati terus. Yeah, sebenarnya itu memang prinsip aku untuk membeli barang selama ni. Haha.

Setelah dikaji-kaji, aku tak berapa berpuas hati dengan kualiti gambar dan video SJCam ataupun RD990. Kalau view dalam phone nampak cantiklah sebab resolution dan skrin phone kecik, tapi lain jadinya bila view dalam komputer. Aku ni cerewet sikit sebab aku memang pentingkan kualiti untuk jangka masa panjang. Plus GoPro ada FPS yang tinggi, so best untuk main video slow-mo!

Prinsip aku jugak, kalau sesuatu barang tu memang aku nak pakai lama dan inginkan hasil yang berkualiti, aku tak kisah untuk keluarkan duit. Kalau cukup duit la haha. Dan ternyata keputusan aku sangat tepat dan aku sangat berpuas hati!

Tapi terpulang juga kepada selera masing-masing. Aku tak cakap action camera selain GoPro tak bagus. Cuma yang aku boleh cakap, kalau nak beli SJCam, better beli SJ5000+ ataupun RD990 ataupun Socco. Kualiti ketiga-tiga kamera tu not bad. Dan jangan lupa beli dengan trusted seller or company, sebab pastikan korang dapat after sale service yang terbaik, macam GoPro support. Hehe.

Akhir kata, takde jalan mudah untuk memiliki barang yang kita idamkan. Sekarang baru aku faham perasaan mereka yang mempunyai hobi yang mahal. Rambut sama hitam hati lain-lain, pilihan di tangan masing-masing :)

p/s - Eh eh dah ada mood berblogging balik la wakaka

Comments

Anonymous said…
byk gila accessories go pro hang.