Another Post

Sebenarnya dari tadi aku rancang nak edit blog. Nak edit layout, background, header, semua-semua la. Tapi leka sangat kepada benda lain, jadinya tertangguh nak buat.

Sambil-sambil tu aku tengok blogroll pada right sidebar. Nampaknya banyak blog yang inactive yang kiranya bolehlah aku tukarkan pada link blog lain. Actually blogroll tu dulu sebenarnya untuk memudahkan blogwalking untuk dapat ramai readers, tapi sekarang tidak lagi. Blogroll tu sebenarnya bagi aku, untuk blog-blog yang aku kenal atau pun rasa bermanfaat. Sekarang bagi aku bukanlah untuk attract readers semata-mata lagi. Tak sangka aku masih ingat term "blogwalking" lol.

Sambil-sambil tu juga aku tengok post-post yang lepas. Bagaimana cara penulisan aku berubah, bagaimana kisah hidup aku juga berubah-ubah dari masa ke semasa. Kalaulah aku boleh cuba aktifkan balik sel-sel blogging yang dah lama terkubur ni.

Personally bagi aku, segala tulisan yang ada dalam blog ni bukanlah untuk hari ini atau esok atau lusa, tapi kalau umur aku panjang, tulisan ini adalah untuk aku kenang dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang. Untuk aku kenang semula perjalanan diri sendiri.

Okaylah esok sambung pula. Nak kasi fresh look kat blog ni. Rasanya dah nak dekat 3,4 tahun juga guna design yang sama. Haha

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Assalamualaikum (:

#jangankataabangtakpayung

Comments