Apabila Menjadi Insan Terpilih Untuk Diuji, Bersangka Baiklah Pada Tuhanmu..

Di kala ini, hujan turun dengan lebat. Kesejukan menyelubungi bilik dan tekak begitu menginginkan minuman panas..

Tanggal 15/12/2013 menjadi sejarah buat diri aku. Hampir aku merasakan kepenatannya.. Masyaallah..
Kali ini, beg galas yang berisi dompet, beg kad dan smartphone hilang entah ke mana. Jujur, pada mulanya aku seakan tenang, seakan relax, seakan tiada apa apa yang berlaku. Mungkin kerana handphone Samsung yang berharga RM90 (no utama) masih berada dalam kocek, itu yang membuatkan aku tidak terlalu terasa kehilangan beg galas tersebut.

Tapi, bila dah sampai kolej, lain pula rasanya. Seakan hilang 1/4 dari diri ini. Duit, IC, lesen, roadtax, kad bank semuanya tiada. Nak cash out dari ATM? Hmmm... Alhamdulillah dengan ihsan pakcik, diberinya diri ini wang RM100 untuk perbelanjaan sementara. Namun, kini duit juga sudah tiada 'rumahnya'..




Comments