Stop Music? Click Here!

Monday, August 24, 2015

Azam Baru September 2015

Insyaallah kalau takde apa apa halangan, minggu depan bertarikh 1/9/2015 aku akan mula sem baru. Aku akan mula berpraktikal.

Bila dah nak masuk sem baru ni, teringat sem yang sebelum sebelum ni, aku selalu ada letakkan target dan azam. Tapi berbeza untuk sem baru ni, macam lemau sikit. Sampai ke harini baru teringat untuk buat target dan azam.

Dan secara tipikalnya, sudah tentunyalah azam sem baru ini adalah untuk melengkapkan azam sem lepas. Tapi, ada satu azam yang aku nak sangat capai untuk sem baru ni.

"I want to be a better Muslim."

Apa yang aku maksudkan adalah, spesifiknya, aku nak lebih kerap ke masjid. Bukan sebelum sebelum ni tak pernah pergi, cumanya sebelum ni aku hanya pergi ikut mood. Kalau ada mood, pergi. Kalau takde mood, tak pergi la. Dia macam biskut. Kejap ada kejap takde. 

Kalau ikutkan, aku ni memang malas. Tapi mungkin aku kena lawan. Lawan dengan paksaan. Cuba paksa diri untuk gagahkan diri solat berjemaah di sana. Kadang kadang dari keterpaksaan itu akan timbulnya sukarela kan?

Alhamdulillah, cuti selama dua bulan di rumah ni sangat bermakna bagi aku. Aku ada la mula rajin sikit pergi masjid, tapi masih ada sifat malasnya tu. Aku suka jugak sebenarnya nak dengar ceramah lepas maghrib, lepas subuh, tapi nafsu syaitan berbisik bisik kat dalam hati, "balik la balik la, banyak benda lagi kau boleh buat", and honestly, I can't resist that :(

Ada seorang sahabat yang aku jadikan idola untuk aku terus berusaha menuju ke jalan ini. Seorang rakan sekelas, yang mana setiap kali aku tengok muka dia, ada ketenangan. Serius haha. Apa yang buat aku kagum, dia ni cerdik, sangat cerdik, beragama, alim, dan bila dia bercakap pun, kita yang dengar ni rasa tenang.

Masa aku pergi bilik dia, walaupun masa tu dia cakap dia stress, tapi aku tak nampak stress tu. Macam, dia selamba je hadapi masalah. Macam mana nak cakap eh? Macam someone kalau kau tengok muka dia, even kau yang stress boleh jadi a lil bit, calm.

So that's my primary target. Tujuan aku menulis ni pun, tiada langsung ingin menunjuk atau bongkak, tapi lebih kepada peringatan dan kesedaran untuk diri sendiri. At certain time in our life, we have to take a turning point. Whether it is good or bad, it is definitely on ourself.

Happy changing! Haha




0 comments:

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers