Rupanya

pernah tengok kotak rokok? ada gambar-gambar kan? nak tulis pasal tu la. ekceli. masa mula-mula kerajaan decide nak letak gambar-gambar di kotak rokok, tak aku sangka gambar tu akan bagi effect kepada smoker. sungguh.

bulan lepas. ada sorang mamat india ni. "bang. bagi rokok dunhill 14 satu. nak yang gambar botak punya. gambar lain tak nak." aik? takut jugak ke? macam tak percaya. tegas betul dia. tak nak gambar selain budak botak. lol. so oleh kerana tak nak hilang customer. terpaksa la cari gambar budak botak tu. pergh. dah la banyak. last-last jumpa kat belakang sekali.

semalam. ada mamat ni. "ce bagi dunhill 20. hok gambo bayi punye. rokok aku sume gambo baby. hehe." so aku tanya la. kenapa gambar baby, tak gambar laen? dia kata, "tau gok. dokleh TRIME gambo laen". haha. tau tak boleh terima. hehe.

hhm. so fikir la sendiri. RM6.90, RM9.30. baik beli topup. haha.


Comments