Hati Dan Perasaan

sebenarnya, banyak yang aku nak tulis. hari hari rasa nak update blog. tapi disebabkan dah macam agak sibuk, langsung terbantut niat. aku rindu masa cuti sem hari tuh. tak serabut kepala fikir pasal buku. :P

okay la. berbalik kepada tujuan asal. aku rasakan, semakin lama aku merantau kat tempat orang ni, makin banyak aku belajar tentang hati dan perasaan. ye la. kalau dah pergi tempat baru, mesti jumpa kawan baru, kawasan sekeliling yang baru. dan mereka mereka ini semua, ada ragam yang tersendiri. dulu kat sekolah lain. kawan kawan, kita dah kenal lama. so agak sekepala di situ. dulu gurau senda sindir perli main lepas je. tapi tu semua kena pada tempatnya, sebab dah lama kenal. masing masing tahu mana batasnya. sekarang, aku rasa aku dah banyak belajar kut? yang mana, tak semua orang boleh terima apa yang boleh kita guraukan. tak semua orang boleh dapat apa yang kita cuba sampaikan. dan, setiap orang, semestinya, ada tahap tahap kesabaran mereka. cuma yang paling aku kesal kan. bila penggunaan perkataan yang agak kurang best, especially bodoh, pekak, sial, diguna pakai seolah olah wajib dalam percakapan seharian.

jujur, pada aku sendiri, aku terasa gila kalau orang panggil atau cakap aku bodoh. ye, mungkin pada sesetengah orang akan cakap, "ala standard la tu", "bodoh je pun nak kisah?", "kecoh la kau", tapi tak bagi aku. aku rasa macam perkataan bodoh tu, kalau ditujukan kepada manusia, rasa macam tajam sangat. lain la kalau korang cakap sorang sorang ke, motivasi diri ke, atau pun tengah marah kat something ke. contoh, "bodoh la pc ni.", "macam bodoh je moto tu" itu lain cerita la. aku pun pernah, mungkin sekarang pun macam tu. hehe. kata kata tu kan doa? lagipun, kita kan sesama manusia. entah si pemanggil yang memanggil orang bodoh tu lebih bodoh. nak cakap apa? sekadar meluahkan pendapat dan pandangan aku. maaf banyak guna perkataan tak elok.

ini pulak, berkaitan bercouple. baru baru ni, sebagai pendengar yang baik *cewah*, dua orang kawan aku cerita pasal kisah masing masing.

yang pertama. menyatakan bahawa dia rindu gila kat bf dia. tak dapat nak sms/call bf dia sebab bf dia melancong. katanya sampai demam2, takde mood kat kelas, dan yang paling menyayat hati dia kata, "tak tau la macam mana hidup aku tanpa dia.." hebat hebat. sampai macam tu sekali penangan orang bercinta ni. tapi perlu ke sampai hidup tak terurus tanpa si dia? sampai demam, takde mood segala bagai. maaf, aku menulis dari pandangan peribadi ok.

keduanya. bestfriend aku masa sekolah dulu. mintak aku pergi rumah dia kalau aku balik kemaman. bunyi macam series je. entah macam mana, aku boleh tertanya khabar pasal awek dia, dan tiba tiba dia jadi emo. aku tanya, tapi katanya tunggu aku balik dulu. dengan menggunakan kepakaran aku dalam cucuk mencucuk ni, akhirnya dia tercerita juga. terkantoi sudah yang dia baru clash. dari penceritaan, kesian aku. dia macam hilang semangat, hilang motivasi. semua gara gara aweknya itu. tengok wall fb dia, penuh dengan video lagu jiwang. tak semena mena aku pun rasa tak sedap hati. dulu dia tak macam tu. gila gila orangnya masa kat sekolah.

diorang ni student lagi. kan dah payah macam tu. macam mana nak belajar kalau dah emosi terganggu? bila dah jadi kat kawan kawan aku, geram pun ada rasanya. kesian diorang. tapi tu la kan. kalau dah bercouple ni, adat la kalau ada yang putus. cuma korang kena nekad je la.

bagi kes yang kedua tu, nasihat aku, kuatkan je la semangat. bukan takde perempuan lain kat malaysia ni. walaupun susah untuk lupakan dia, sebab dah tiga tahun bersama, dah takdir korang takde jodoh. mungkin Allah nak bagi kau yang terbaik. lagipun aku rasa kita muda lagi kan?

yang kes pertama pulak, aku tak faham kenapa kau boleh jadi macam tu sekali. maafkan aku sebab tak faham, sebab aku memang dah lama keluar dari dunia couple couple ni. so tak boleh nak bagi pandangan apa apa pasal kes kau tu. cuma satu je harapan aku kat korang, jangan la benda benda macam ni effect pembelajaran korang. sayang. kita ni baru je lagi masuk IPTA/IPTS.

hish. memandai je aku ni. apa pun, segala tulisan di atas hanyalah sekadar luahan pandangan dari sudut peribadi semata mata. tiada niat langsung untuk aku menjatuhkan mana mana pihak. kalau ada korang boleh bagi pandangan yang lebih baik, tersangatlah aku alu alukan. selain tu, baru baru ni aku ada pergi Segamat. tapi tunggu next post la ek? dah panjang sangat dah ni. hehe.

penulis - Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 15/2/2011. 1.40PM.

Comments

Fadzli Amir said…
pasal bodoh tu, ingat lagi kata ustaz masa kecik2 dulu...katanya kalau seseorg tu kata bodoh, bodoh tu akan pergi ke langit tapi ditolak kemudian pergi ke bumi juga ditolak dan dihumbankan balik kepada org yg mengatakan bodoh tu...apa2 pun kalau ada anak, jgn sesekali kata bodoh, sebab itu doa pada mereka...pasal kawan2 ko tu, suruh dia balik kepada agama balik la...pasal hal remeh2 macam tu pun nak macam berputus asa, org yg hidup dalam perang dan semua ahli keluarga mati pun masih boleh meneruskan hidop....!!!inikan pula hal gulfren boyfren.....lain la mak dia mati ke bapak dia mati ke, tu pun tuhan kata kita kena terima dgn hati yg terbuka, dan jgn terlalu mengenangkan..hehehehe...sorry panjang pulak...tapi takpe, tak lebih dari entry ni...
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selamat hari kekasih wahai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

kata orang kalau kita tunjuk orang bodoh satu jari pada orang dan 4 jari tu balik kebodohan tu kat kita...
IsmailAr said…
salam maulidur rasul
amry said…
aku ngaku la kadang-kadang aku terlepas cakap gak perkataan tu, tapi ngan member yang betul3 ngam ngan aku, sebab aku gurau, tapi jarang sangat la.
Soal perasan ni, susah nak cakap. yang dah mengalaminyer jer tahu apa rasa...normal semua tu. kalau tak ada perasan tu yang tak normal, cuma cara pembawaan tu jer yang membezakan. setuju tak? huhu...

seamat menyambut maulidur rasul :)
good_boy said…
ahaha...
aku slalu ckp org ngeng..camne ni?ngeh3
Shafiq Izwan said…
fadzli amir - terima kasih bro atas nasihat tu. kalau bagi nasihat tu lagi panjang dari entry pon xpe la. hehe.

afzainizam - terima kasih bro. tuhla, kalau maen sebut benda tak elok ni, kalau kena balik kat kite, kan da susah.

IsmailAr - salam maulidur rasul juga!!

amry - saya pon kadang2 terlepas jugak bro. hehe. ha'ah la. memang berbeza. sebab lain orang, lain cara kan?

goodboy - ngeng tu ape maksud die ek? haha.
entri ni kelakar ..
tapi , banyak makna o0o .
nampak macam lawak yang tak de guna , tapi .
memang banyak yang berlaku ..
NuSaNa NoSa 91 said…
hahahahaha~ bila kuar dr dunia persekolahan, makin byk kerenah manusia, kn?? smpai pening dibuatnya~~ ^_^
Shafiq Izwan said…
nelly - btul. memang banyak maksud tersirat. hehe.

keen - tuh la. tapi nak buat camne kan?