Stop Music? Click Here!

Sunday, March 27, 2011

Konsert Harian Metro & Badminton


ya seperti gambar yang korang dapat lihat di atas, akhbar nombor satu negara, yakni Harian Metro (HM) telah mengadakan konsert sempena meraikan ulangtahun yang ke 20 Harian Metro. macam biasa, alang alang dah duduk KL ni, dekat pulak dengan event tu, aku dengan sukacitanya mengambil kesempatan untuk pergi ke konsert HM ni.

dihoskan oleh JOZAN (zizan & johan), konsert dimulakan dengan pemberian hadiah berupa telefon bimbit kepada 5 pembaca bertuah yang berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan HM, iaitu 25 Mac 2011 (kalau tak silap la). kemudian, hadiah peraduan (aku tak ingat peraduan apa, tapi yang pasti HM yang anjurkan) pulak diberi kepada pemenang yang bertuah.

kemudiannya, persembahan dimulakan oleh Ramli Sarip, Papa Rock Malaysia. lagu yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip khas untuk memperingati mangsa tsunami di Jepun. suara dia, memang kaw kaw la. lincah pun lincah.

artis artis lain yang buat persembahan selepas Ramli Sarip adalah seperti Black, Azlan, Ahmad Jais, Ella, Syahir, bebudak AF, Bunkface, Alya, Stacy dan Datuk Siti Nurhaliza.

artis yang aku suka tengok masa tu, Black dengan Azlan. masa Azlan menyanyi, meremang bulu roma. memang mantap suara suara mereka. Black pulak, membuat amal jariah dengan bersedekah sambil menyanyi. baling baju dan jam beliau kepada peminat. nasib baik tak buang seluar.

Alya pulak, nampak lawa dengan pakaian lengkap serba merah dari atas ke bawah. dan Datuk Siti Nurhaliza, dapat sorakan gemuruh daripada peminat peminat.

pokoknya, aku rasa JOZAN yang banyak menghidupkan suasana. tabik spring kepada mereka. tak gering gusi dibuatnya. dari mula persembahan sampai habis, tak pernah rasa bosan. bayangkan la, hajatnya nak pergi tengok sekejap je, tapi disebabkan oleh mamat dua orang tu, langsung balik pukul 12.30. tapi memang aku respek sangat, spontan mereka sangat menjadi. senang kata kelakar gila la malam semalam.

persembahan penutup pulak disempurnakan oleh Ahmad Jais bersama Bunkface. entah macam mana masa Ahmad Jais buat persembahan yang pertama, beliau berkata, "nantikan persembahan saya yang kedua bersama Bengface!" yeaaah. aku macam haa?? then fikir fikir. rupanya Bunkface. haha. tapi masa diorang ni buat persembahan, aku tak tengok mana sebab masa ni dah otw ke motor.

ouh baru aku ingat. masa tengah konsert tu, HM keluarkan diorang punya hantu kat pentas, ada group budak perempuan yang kat depan kitorang semua paling ke belakang sambil pandang bawah. kelakar gila. hahhaahaa.

keseluruhannya, konsert ni agak meriah la. best pun best. sebab kelakar. hehe. tapi cuma satu la, masa otw nak pergi, memang sesak. bayangkan, Dataran Merdeka penuh dengan orang. nasib baik aku dengan member pergi naik motor. kalau pergi naik kereta, entoh le awok nak parking kat mana. apapon, syabas HM!

selingan sedikit. so petang ni pukul 2 aku ada perlawanan badminton, peringkat suku akhir. ala, competition tak besar mana pun, cuma tertutup UTMKL, iaitu antara staff dan student. akibat dari game semalam, lengan aku sakit sangat. sebelum ni pernah jugak sakit, tapi tak pernah sakit macam ni. dari malam semalam, aku rasa macam dah down. boleh ke nak angkat raket besok?

thanks bro


tapi bila bukak fb, ada la makhluk Allah yang satu ni post macam tu. aku rasa aku dapat kembali semangat semangat yang hilang. at least aku tahu yang ada orang support aku. satu lagi, kak yan cakap dengan aku, mindset itu penting. ya betul. macam mana aku boleh lupa?

apapun, aku akan buat yang terbaik petang ni. aku nak harumkan nama course aku. hehe. semoga yang baik baik hendaknya berlaku petang ni. salam.

p/s - jika kau fikirkan kejayaan, kau hampiri kemenangan, jika kau fikirkan ragu ragu, usahamu tidak menentu..

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Sabtu, 27/3/2011, 12.54PM.


1 comments:

najwa napatah said... [Reply to comment]

gud luck for the tournament!!
jozan best.two thumbs up!

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers