Stop Music? Click Here!

Friday, March 11, 2011

Cerita Hari Ini

so hari ni aku dengan coursemate, Dinie Shuhaimi (gambar yang ke4 dalam post yang lepas) pergi la tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. oleh sebab mamat ni macam beria ia sangat nak tengok, ditambah pulak review kat blog blog yang macam best, aku pun turut serta la.

nak review, aku bukannya pandai sangat nak komen komen ni. tapi aku nak tulis jugak la kat sini, sekadar dari pandangan peribadi semata mata. rasa sikit je kut yang aku nak komen.

pertamanya, babak Merong melawan orang orang Geruda. masa ni, tinggal Merong sorang serong je lagi, dengan musuh musuhnya yang ramai, yakni orang Geruda. then, Merong pun panjat la menara pemerhati kat tepi pantai tu, yang agak tinggi, diikuti orang orang Geruda. nak melarikan diri agaknya. adapun baki orang Geruda kat bawah menara pemerhati tu, cuba tumbangkan menara tersebut. dan mereka berjaya. pengakhirannya, semua musuh mati, baik yang kat atas dan yang kat bawah, kecuali Merong sorang. pelik gila. yang tukang tumbangkan menara pun mati? korang faham tak? atau aku yang tengah serong? ah korang tengok korang tahu la. haha.

keduanya. ini memang sangat pelik bagi aku. tergelak besar jugak aku masa scene ni. macam mana nak cerita ek. senang kata masa watak Marcus(putera Rom) mati, hidup balik. aku rasa, sekurang kurangnya cerita la macam mana Marcus boleh survive. tak gitu? tak paham jugak? sila tengok sendiri ye.

overallnya, cerita ni best la. cuma aku rasa, masa awal awal cerita, SEDIKIT (sikit ok) bosan. banyak sangat bercakap. entahlah, atau mungkin sebab aku yang mengantuk.

lari dari HMM, nak story sikit pasal satu couple ni. tadi sementara nak tunggu masuk cinema hall, aku stay la depan skrin yang mempreviewkan filem filem yang akan datang, kat Wangsa Walk. then lepas sedap sedap aku menyandar kat tiang sambil tengok preview filem, ada la satu couple ni.

couple melayu, boleh siap berpeluk peluk depan aku. BETUL BETUL depan aku. BETUL BETUL BETUL depan aku. yang makin buat aku hmmmph, awek dia siap pakai tudung, kaler ping gitu. cara peluk dia. yang lelaki belakang, peluk pinggang awek dia yang kat depan. perggh nasib baik tak mendayung kat situ.

okay. aku cuba berfikiran positif on the spot. ala, mungkin diorang ni dah kahwin, baru kahwin. tu yang nampak muda. sekali bila aku tengok tepi lelaki ni, kantoi. budak U aku, sebaya aku. hahahaha. aku tak tahu nama dia tapi aku cam muka dia. member aku sendiri kata tu member dia. nampaknya cubaan aku untuk berfikiran positif tidak menjadi di situ. alahai. orang ramainya masa tu. boleh peluk peluk lagi. yuuhhuuu.

apa nak di kata kan? sory la kalau aku agak kepoh tapi bila dah babitkan orang melayu, aku memang jadi kecoh. aku harap aku takkan buat macam tu. harap sangat sangat aku tak terjebak. yelah bila dah duduk jauh dari mak ayah ni, macam macam boleh jadi. oh mak, ayah, doakanlah anakmu ini.

ok minggu depan aku nak balik. dari dua minggu lepas aku rancang nak balik, tapi tak lepas lepas. harap minggu depan aku berjaya. sampai sini je kot. SALAM!

p/s - lepas ni nak tengok cerita apa pula ye....

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Jumaat, 11/3/2011, 7.50PM.

13 comments:

padlie said... [Reply to comment]

terima kasih.. dapat gak first review pasal HMM..

Entry terbaru padlie: Bumi kita

Fadzli Amir said... [Reply to comment]

Tu la pasal...aku rasa lagi berbaloi kot tengok HKLBR....pasal kaple tu kalo depan aku dah sound dah...kalo tak sound turun bala macam tsunami kat jepun dgn kita2 sekali kena...

iwan_dextrous said... [Reply to comment]

igt ko join skali..hahaah

tpi cite nie bez r pada aku

Anyyss Shuhaimi said... [Reply to comment]

nak menyibuk gak...
cite ni best walaupun ada part2 yg xlogik dek akal la...tapi suka aksi dlm cite HMM..ala2 rambo..

Dinie Shuhaimi said... [Reply to comment]

sapik, 1 lg scene yg x logik.. yg cermin tu.. mcmane la kapal bole trbakar oleh sbb trkena pantulan cahaya matahari.. haha..

toyolkiut said... [Reply to comment]

review 2 crita dlm 1 ye..
hehe..

TK awal2 lg rasa mcm citer merong tu x best je..pas bc review kt sini, lg ilang selera nk tonton.. (eleh, cm la kt tganu ni ada panggung..hehe!)

pasal kapel peluk2 tu.. emm.. tu la bila orang kata ia marah lak kan, sgelintir yg pkai tudung tu tuk melawa je, akal ia senget jg.. hehe!

Nazrul Montolivo said... [Reply to comment]

mesti kau layan abes kan tgok kaple tu berpeluk pelukan. auwww... ;)

amry said... [Reply to comment]

aku tak tengok lagi citer ni,tapi kalau tengok pada iklan,penjanaan imej komputer dia nampak kurang real la.ko nampak apa yang aku nampak??hehehehehe......

bagus2 kalau ko berfikiran macam tu...boleh dibuat calon adik ipar ni....tapi calon untuk jiran aku la....heheheheheheheheheh...serong la plak aku niii..keke

Azza Firza said... [Reply to comment]

best jugak kan cerita nie ? ekeke :D

me220784 said... [Reply to comment]

saya suka khir rahman! sekian trima kasih!! :p

Lilyel said... [Reply to comment]

Hi,

I am doing a survey about blogging for my project paper. So, if you don’t mind, please fill my questionnaire.

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Thank you.

regards,
Lily

Tok Esah said... [Reply to comment]

bestnye!!

nak suh baca entry ni!! penting!! ahhaks

KHAS: Buat Blogger Terengganu | Group Blogger Terengganu Untuk Anda!!!

ShafiqIzwan said... [Reply to comment]

padlie - sama sama bro. ^^

fadzli amir - tuh la. mintak dijaohkan la bencana tu dari kita.

iwan - mmg best pon wei. haha.

annyss - memang best pon. first time ada filem melayu camni. hehe.

dini - nama pon cerita.

tk - kat terengganu ada cinema la! hehe.

nazrul - pergh layan sampai rasa nak sound je. hahaha.

amry - bukan serong la, tapi merong. HAHAHAHAHAHA!

azza - uish boleh tahan la. hehe.

me220784 - saya suka puteri china sekian terima kasih!! :P

lilyel - dah dah. u r wc. ^^

tok - mmg best pon!

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers