Cerita Seminggu

banyak sebenarnya cerita yang best (bagi aku la) sepanjang cuti seminggu ni. Ok aku ringkaskan saja ya.

Sabtu, 29 Januari 2011 – bertolak dari KL pukul 2 petang. Sampai dalam pukul 7 dengan hujan lebat. Entah kenapa tajam betul rasa hujan kali ni. Dah pakai baju hujan pun masih rasa mencucuk-cucuk kat badan, kaki. Takpe itu semua pengalaman. Pengalaman mendewasakan kita. Hehe.

Selasa, 1 Februari 2011 – 1. Pagi. Berpeluang tolong mak aku kat gerai dia. Selalunya dia dengan partner dia, tapi partner tu balik kampung. So I’m in. best woo. Pagi tu, ramai budak-budak aku jumpa. Almaklumla gerai kat depan sekolah. Yang seronoknya, diorang ni petah bercakap. Tengok pakcik makcik semua hantar anak-anak kecik pergi sekolah. Owwh seronok lagi. Satu lagi, bila tengok muka budak-budak ni, macam mana la ek diorang ni besar karang?

2. petang, lepas main badminton. Sorang member bertanye; iwang, mu keje kat KL? Doh mu ade jupe dok lisa suriati?

Terjemahan – iwan, kau kerja kat KL? Ada jumpa lisa suriati tak?

Lisa suriati = lisa surihani.

Rabu, 2 Februari 2011 – pergi ke Mesra Mall dengan beberapa orang member. Hajat nak tengok wayang, tapi tiket habis pulak.

Akhirnya kitorang pun pergi la memboling. Tapi ada diantara diorang ni yang baik hati. Stoking yang dibeli, dipulangkan balik bersama-sama kasut boling. Pemurahnya mereka.

Khamis, 3 Februari 2011 – 1. pukul satu pagi. Ada lawan futsal. Padahal pukul sebelas pagi karang ada tournament. Oleh sebab kapten buat temujanji dengan membe dia tanpa bincang dengan kitorang, terpaksa la main Sebab dah bayar. Akhirnya, ada la beberapa kerat player kitorang yang injured.

2. aku teman member aku pergi balai polis, buat report. Dalam balai tu ada tiga orang polis duduk kat kaunter, sorang muda, sorang pakcik, dan sorang akak. Tengah member aku ni buat report, yang pakcik polis ni boleh pulak pi hisap rokok. Mata aku meliar cari something. Akhirnya ada jugak papan tanda “DILARANG MEROKOK” dalam balai tu. Kesal, kecewa. Dalam balai pun nak hisap rokok. Kalau ye pun, keluar la dulu. Kesian akak kat sebelah tu, terkumat-kamit hidung dia.

Sabtu, 5 Februari 2011 – pergi ke Mesra Mall lagi. Tapi kali dengan member lain, dan tentunya tiket tak habis. KHURAFAT. Warggh makan budak! Haha. Lepas tu main boling. Pergh kelakar la budak-budak ni kena sakat. Aku nak cerita, tapi tak tahu macam mana. Apa yang boleh aku cakapkan, memang seharian tu aku gelak tak habis-habis. Ada kawan aku cakap, gelak ni awet muda. Betul ke? Hehe.

Ahad, 6 Februari 2011 – bertolak balik ke KL dalam pukul 12.30. jalan sangat sesak dari highway karak hingga ke KL. Tak pernah-pernah aku tengok macam ni. Mujur naik motor, kalau naik kereta? Wargh. Bayangkan, aku nak isi minyak motor pun kena tunggu turn sampai nak dekat sejam. Alhamdulillah, hujan menyambut kepulangan kitorang tatkala kitorang melepasi pagar pintu belakang KSJ dalam pukul 7. Habis basah kuyup.

Rasanya tu jer la kut. Seminggu aku peram blog. Cari template la, cari idea nak buat header la. Macam-macam. Ha ha assignment dah buat ke belum??

Penulis – misi cari kerja bermula.

Yang Benar,

ShafiqIzwan,

Isnin, 7/02/2011, 06.27PM.

Comments

wah .boleh buat laporan !
=)
good_boy said…
wahh...laporan seminggu..huhu

blog da cantik bro ;)

good_boy latest post 4 Blog Pilihan Good_Boy
amry said…
mak aihh panjang nyer jalan cerita ko. kalau aku mau aku dah lupa, hahahahaha....

banner smart broooooo...
Shafiq Izwan said…
nelly - timekasih, timekasih. haha.

goodboy - haha. timekasih ye.

amry - da boleh bwat novel kan? haha! timekasih ye. kalau ade cadangan nk soh tambah pape bitau je ek.
Afzainizam said…
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhhhhh ni kerja ko dalam seminggu yerrrrr....
Shafiq Izwan said…
afzainizam - lebih kurang ar. hehe,
Fadzli Amir said…
aku bace blur gak..tapi tang LISA SURIHATI tu aku gelak sampai terkentut....hahahahha
toyolkiut said…
wooo..
mmg bakal menteri ni..
sibuk manjang..
hehe..
minggu yang penuh dengan aktivitas adalah minggu yang menyihatkan walaupun kepenatan:)
Shafiq Izwan said…
fadzli amir - marah tak orang sebelah sampai terkentut tu? haha.

TK - Insyaallah. hehe.

fifi - ya betul betul. ^^