Lelaki Oh Lelaki, Perempuan Oh Perempuan

Baiklah. Kali ni nak buat entry berkaitan hati dan perasaan. Rasanya mungkin kesinambungan daripada entry ini.

So straight the point. Dan point yang pertama;

HORMAT MENGHORMATI

Maksudnya di sini. korang semua iaitu lelaki/perempuan, elakkan dari jatuh hati atau cuba untuk mencuri hati orang yang anda tahu sudah mempunyai pasangan. Rasanya semua orang sedia maklum dengan point ni kan? Memang, aku pernah dengar ramai yang mindsetnya, “ala kapel baru, belum kahwin,” “orang berkahwin boleh bercerai, lagikan orang berkapel”.

Tak menjadi masalah kalau mindset korang itu hanyalah sekadar gurauan untuk menyedapkan hati semata mata, tapi menjadi masalah besar kalau korang betul betul serius.

Dengan kata lain, tujuan korang ialah untuk merosakkan kebahagiaan orang lain. Dan andaikata korang berjaya. Contohnya;

A berpasangan dengan B. C berminat dengan B lalu cuba untuk mengayatnya. Dan C berjaya. A merana padan muka dia dah nasib kau kan.
Ok fine. Korang dah rosakkan hubungan orang lain. CUBA, korang ni kalau ada yang pernah jadi C, letakkan diri korang di tempat A. bayangkan apa perasaan A ketika itu. Mungkin korang yang berhati keras takkan dapat rasa.

Tak pun, ingatlah. Allah itu maha adil. Tak mustahil jugak korang akan terkena balik. Mungkin kalau lebih teruk, korang tak akan kahwin sampai tua? Hehe. Mana lah tahu kan.

Senang cerita, kalau orang yang korang minat dah berpunya, stay away. Maksud aku stay away bukannya tak boleh kawan, Cuma jangan lebih lebih. Nak kawan tu, kawan saja la. Melainkan korang sanggup tunggu dia, itu bergantung atas pendirian masing masing. Ada paham? :)

Point kedua;

MACAM MANA NAK LUPAKAN DIA?

Ramai kawan kawan aku yang mengalami masalah ni. Hmm. Aku sebenarnya pun tak tahu nak kata macam mana. Oklah, aku tulis berdasarkan pemikiran aku sendiri. Maaf kalau ada yang tak setuju ye.

BERDOA
Macam biasa yang selalu korang dengar dalam rancangan motivasi pagi rancangan doctor fadhilah kamsah ke, mesti diorang akan cakap, BANYAKKAN BERDOA, BANYAK DEKATKAN DIRI DENGAN MAHA PENCIPTA.

Ya. Aku sememangnya setuju. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Selalulah berdoa. Jangan pernah putus harapan. Dan kena ingat, doa itu penting.

PASRAH, REDHA
Dalam erti kata lain, terimalah kenyataan. Ini sangat penting. Sebab kalau korang tak boleh terima kenyataan, sampai bila bila la korang payah untuk move on. Terimalah hakikat bahawa dia bukan orang yang terbaik untuk korang. Allah kan dah beritahu, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.

Belajar terima kenyataan. Dan aku rasa, mungkin payah jugak pada peringkat permulaan. Tapi bersabarlah. Mulakan dengan perlahan. Jodoh semua Allah yang tentukan. Kita hanya mampu berusaha dan terus berdoa.

SIBUKKAN DIRI
Ala, ni semua orang tahu kan? Haha. Dah biasa sangat di sebut. So tak payah nak hurai panjang panjang. So mari kongsi cara cara korang sibukkan diri. Kalau cara aku sibukkan diri, main game, berfb, dan berblogging. Hehe.

Itu je lah sebenarnya point point yang aku nak ceritakan. Hehe. Bukan apa, hasil penulisan kali ni, berdasarkan pengalaman orang orang yang bercerita kat aku. Dan ada sesetengah bahagian, pengalaman dan pendirian aku sendiri.

Hargailah pasangan korang. Untuk yang ada la. Jangan sesekali mempermainkan hati dan perasaan seseorang, sebab makan dalam woo. Mesti korang pernah dengar, “parut di badan, senang nak baik. Tapi parut di hati?” so renung renungkan lah ye.

"tunjuk pandai la kau", "cam bagus je".. copp! ada aku kesaaaaaah?? (gaya yus dalam maharaja lawak).

p/s - harap jodoh panjang.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Selasa, 17/05/2011, 1.08PM.

Comments

De Mois said…
Haha..laki ngan pompuan sama je. Ada aku kesah!! huhu


Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri
najwa nano said…
terbaiklah bro:)
harap jodoh panjang.Amin:)
dh ada makwe ea..reveal la kt sni.hehehehehe
DIDI said…
amboi2..koho jiwang leni blog..xlame lg jd cam blog nazrul la..haha
Shafiq Izwan said…
de mois - ya itu terbaik. hehe.

najwa - amin. ;) nantilah, satu masa akan datang. hehe. ;)

didi - bukan jiwang. nasihat. dokleh lawan lagi blog nazrul. hahaha.
ZORA said…
tahu la die da ade mkwe..wat entri pon sal cnta2 je..hahahahahah...
bila bercinta, kena sentiasa ready nak memberi dan menerima. dan jgn nk harapkan lebih sgt.. tpkn, aku takleh terima org yg suka kacau partner org lain.mmg tak hormatlahdan sgt stuju dgn ko nnt kl Tuhan balas balik baru tau.
ZORA said…
untuk tambahan dan kesinambunagn kepada ayat “ala kapel baru, belum kahwin,” “orang berkahwin boleh bercerai, lagikan orang berkapel”.. aku selalu mindset macm 2 wooo..hahahaha..sbb bg aku la..nenek org pon org leh kebas inikan pulak mkwe org...tapi skang da insaf da....:P

untuk point ke dua lak...
aku kalo jadi mcm 2 ann..aku trus je tgk gambar2 ngeri..gambar org pecah kepala ke.gambar makan otak ke....kompom masalah 2 ilang la..hahahaha..:)
cik qiqilala said…
ni mesti tgh kapel kan? hehehe.

btw, kalau kite suke orang tuh. die single. tp die suke kat perempuan lain. in the same time die ade jugak bg hint yg die suke (kot lah) dgn kite? macam mane tuh?


pastu, nak lupekan die? jangan dekatkan diri sikit pun pasal die. mmg la boleh kawan tp sape sanggup? kan kan?

heee. terpanjang pulak..
Shafiq Izwan said…
zora - eleh cakap orang. haha. ecece sekarang dah insap ea? nak tengok je. :P

lady - betul betul. tuhan maha hebat.

cik Q - dalam maksud tu. tapi takpe, cuba slow2, insyaallah boleh kot eA?
::Nurul:: said…
insyaAllah jodoh panjang...jage baek ;)
Ameh Wahab said…
sadis tul kalo kes cmni...huhuhu...