Kembara Malam

Mesti korang semua pernah join kembara malam kan? So kalau yang tak pernah join tu, kembara malam ni merupakan satu event pada malam hari. Dah nama pun kembara malam, ye tak? Kembara malam ni bertujuan menguji keberanian para peserta program atau perkhemahan atau pun yang sewaktu dengannya. Sedia maklum la, untuk uji keberanian peserta peserta ni, kena la ada hantu buatan. Nak pakai hantu betul, rasanya dengan jurulatih sekali cabut lari.

So hari khamis lepas, murid murid sekolah kebangsaan binjai ada buat perkhemahan kat kawasan perumahan aku ni. Almaklum la aku kan duduk dalam kawasan perumahan polis, so cukup lengkap la tempat. Ada hutan ada tempat parking khemah ada tempat untuk berkembara malam seperti tajuk di atas.

Nak dijadikan cerita, aku antara yang bertuah jadi hantu buatan ni. Tak sangka, dulu masa join kembara malam (zaman sekolah), kitorang yang jadi bahan usikan. Tapi kali ni, kitorang pulak yang jadi pengusik. Alhamdulillah, dapat lagi satu pengalaman baru.

Kembara malam kali ni diadakan kat kubur cina. Whoaaah. Ini kali pertama aku naik kubur cina. Agak seram di situ. Yelah, tak pernah aku fikir pun nak naik kubur cina. Last last ternaik jugak.

Yang jadi hantu, ada enam orang. Gilir gilir la. Ni hah hantu hantu buatan tersebut.

Dari kiri – hantu sewel, hantu makcik nak p semayang, hantu pocong, hantu kanak kanak

Suka betul hantu hantu ni bergambar

Hantu tengah buang air

Woooooo…….

Ini hantu apa aku tak tahu da. Hahahahaha!

Aku bersama hantu makcik nak p semayang & hantu kanak kanak

Peserta perempuan (darjah 6)

Peserta lelaki (darjah 6)

Ok straight to the point. Point yang kelakar. Ala, budak budak macam mana sangat la kan. Kawasan ni berbukit. So aku ditugaskan kat bahagian atas. So macam biasa aku tunggu la kat port. Dari atas ni, boleh dengar budak budak menjerit. Antara dialog yang aku ingat;

“jangan takutkan hantu, percayakan Allah!” *all the way*

“la ilahaillah, la ilahaillah!”

Yang menangis pun ada. Ada group adik adik perempuan ni, dari bawah sampai kat atas melalak lalak nangis. Ada bila yang sampai kat port aku ni, “tolong, kita taknak, kita taknak! (sambil nangis)”.

Bila dah habis turn group adik adik perempuan, sampai la pulak turn adik adik lelaki. Ingatkan semua berani, rupa rupanya ada yang menangis jugak. Haish. Adik adik yang berani pulak, siap nak baling batu. Hantu kanak kanak kena baling batu. Hahahahaha.

Bila dah boring sangat jadi cosplayer tak bertauliah ni, aku bagi la kostum aku kat member lagi sorang. Aku pun turun la bawah nak tengok wak ih going ong. Best woo jaga kat bawah. Kat bawah la tempat mula mula budak budak ni takut. Aku pun apa lagi, cucuk jarum.

Aku – *dengan nada yang serius lagi garang* korang dalam perjalanan naik atas karang, kalau takut, berzikir! Abang tak main main! Nak kena tangkap bawak lari dengan hantu??!!

Budak budak – LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH! LAILAHAILLAH!!

Pergh memang kuat gila ar diorang ni berzikir. Ingatkan separuh jalan je zikir, rupa rupanya sampai atas. Serius tak tipu beb. Sampai atas diorang zikir, jelas dengar dari bawah!!

Hahaha. Ini la orang kata pengalaman. Bagus budak budak ni sebenarnya. Kecik kecik dah merasa kembara malam kat kubur cina. Aku dulu merasa kat sekolah je. At least kita dah ada pengalaman tu, dah pernah merasa la. Bila diorang dah besar karang, ada something untuk diceritakan kepada member member. Contohnya kembara malam ni. Itu pun kalau diorang ingat la.

Event kembara malam ni tamat pukul 2.30 pagi. Lebih kurang macam tu la. Balik tu, hantu hantu ni semua dihidangkan dengan air teh dan air minum sebagai penghilang dahaga. Jadi la tu kan. Dah malam malam sangat nak makan apa lagi.

Overall, pengalaman ni sangat best. Naik kubur cina, duduk kat kubur cina, kacau budak budak. Senang cerita best sangat la. ;)
Ouh lupa. Ada yang panggil aku cikgu. Cikgu apa ye, cikgu hantu? Hahahahaha. tapi penat sangat. =.=

p/s - tak tahan gatal nyamuk. aku suka cikgu shortform.hehe.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 15/05/2011, 12.48AM.








Comments

zyan said…
ni komidi seram nieh..hbs telekong sape korang rembat tuhh..hahahah
najwa nano said…
nk act jd hntu jgak.hihihi.btw bro,,u miss the tajuk again and again!!!kahkahkah
faiz abu bakar said…
apsal tak jadi antu cine - alang2 da buat kt kubo cine.
Fadzli Amir said…
wah bagus ni...kena baling batu, hantu tu lari atau mengaduh tak...hehehhe....last sekali diorg tau tak tu hantu meyamar..??lagi satu, korang menyamar ni ada tak jumpak hantu real punya...hehehhe
Cik SCC said…
hahahaa...

tak takut ke skali btul2 korang kena sampuk hantu???
hohoho
ABSOLUTE said…
kuaja betul cikgu hantu ni. haha, tapi kalau aku masa budak2 dulu confirm percaya lepas tu taubat taknak buat jahat dh :D
ZORA said…
asal tak pnggil aku je wei..aku dari dulu ag nak jdi hantu...tak kesampaian kot...hahahaha...
Shafiq Izwan said…
che yan - ish. takde kejenye nak buat komedi seram kat kubur cina syg. hahaha. tapi tak tau la plak mana diorang rembat telekung tuh. :P

najwa - eh kena sis. alang alang dah ada kat rumah. hahaha. gggrr. ok fine. lepas ni tak tertinggal title dah. HAHAHAHAHAHA!

faiz - hantu cina yang terlompat lompat ke? kitorang takde costum dia la. hahaha.

fadzli amir - hantu tu jerkah makin kuat la. HAHAHAHAHA! diorang tau kitorang menyamar, sebab kat akhir program, kitorang kumpul ramai ramai. hantu real? hehehehe. :P

SCC - risau jugak tuh. tapi alhamdulillah tak la. hehe.

asbeydazzle - masa budak budak je la taubat? hahahaha.

zora - la ye ke? takpe tunggu aku pindah kuantan karang, then kita kacau orang kuantan plak. :PP
ZORA said…
ble2...wah ni best ni??siyes ke???
hahahaha, gile sengal.gambo yg hantu pandang tepi tu mcm antu real je beb.haha
keh3..aku penah join2 benda cni..tp aku jadi mangsa la..seram weh!..


sb tempat tu mmg seram dan gelap!..
Shafiq Izwan said…
zora - tunggu tunggu. haha.

Lady - hantu real la tuh.

IH - walawey!kau join katne bro?
amry said…
tak sampai hati weh nak takut2kan budak2.kesian nangis2...kena kalau aku yang kena...mau cacak lari..tak penah lagi kembara malam..hehehe

suka citer hantu,tapi takut hantu....
tak nah jumpa lagi,teringin gak nak jumpa.huuuuuuuuuuu