Thursday, May 23, 2013

Perkara Yang Tak Patut Aku Buat


So haritu masa kat tempat kerja ada la dua benda ni yang tak patut aku buat, tapi terbuat:

1. Solat Berjemaah

Cop cop. Jangan salah sangka. Baca dulu ye. Masa ni aku baru lepas solat, dan kemudiannya member aku ni masuk jugak la stor, nak pergi tandas. Kena pulak masa tu ada customer. So aku tergesa gesa la menuju ke kaunter.

Customer: Ingat takde orang tadi.
Aku: Eh ada bang. Sory eh, solat jap tadi.
Customer: Keje sorang je ke harini?
Aku: Eh tak la, member ada kat dalam.
Customer: Solat berjemaah ke tadi?

Aku pun entah kenapa masa ni blur, mungkin malas nak layan brader ni, so dengan selamba aku menjawab;

"Ha'ah bang, berjemaah tadi."

Hahaha. Bukan apa, keadaan tak sesuai untuk berjemaah disebabkan kami berdua saja bertugas masa tu. So sorang solat, sorang jaga kaunter. Yang tak boleh blah sekali brader tu buat muka pelik + nak gelak. Sory ye brader.
_____________________________________________________________________________________

2. Sakit Perut

Masa ni aku kerja shift pagi, berseorangan. Dipendekkan cerita, dalam pukul 8.30 pagi lebih kurang, perut aku memulas. Arggh. Seksa beb. Ditelan mati emak diluah mati bapak aku dibuatnya. Dalam hati aku berdoa, "Oh En Man, cepat le datang, cepat le, saya tak tahan sangat dah ni". Tapi apakan daya En Man tak kunjung tiba.

Aku dah nekad. Aku dah bulat suara. Apa nak jadi, jadi la. Serangan demi serangan aku kena, namun aku masih tabah menepis serangan tersebut. Kali ini aku nekad, aku amik kertas A4, aku tulis,

"TUTUP SEBENTAR 10 MINIT"

Ha jangan memain hengkau 7 Eleven tutup kejap 10 minit! Dah siap tulis, aku terus pergi kat cermin depan tu, aku tampal. Baru je 2 saat aku tampal, datang la sorang customer ni. Aduhhh. Kacau daun. Dia pun cakap sambil tergelak kecik;

Customer: Aih 7E pun tutup kejap ke? Heh
Hamba yang menahan serangan: Ha'ah pakcik, saya nak kira barang jap kat dalam.

Lepas tu datang la lagi 2, 3 orang customer. Disaat itu aku pasrah. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Lawan tetap lawan. Tak pernah sekali aku mengalah. Dengan berpeluh peluh aku menangkis serangan mendatang di samping melayan customers dengan senyuman dalam tangisan.

Tapi, Allah itu Maha Berkuasa. Dalam kepayahan itu aku berdoa semoga dipermudahkan urusan, dan akhirnya Allah makbulkan doa aku. Serius. Lepas je kesemua customer tu keluar, perut aku terus rasa kosong. Terus tak jadi nak melabur. Alhamdulillah!

....................

Well well west. Begitulah ceritanya. Kadang kadang bila diingat balik, kelakar jugak. Pengajaran yang aku dapat kat sini ialah;

BILA KITA DAH TERDESAK, MACAM MACAM BOLEH JADI

Kan? Tapi Allah dah kurniakan kita akal, sebab tulah kita mesti berfikir sebelum bertindak. Orait assalamualaikum!




Saturday, May 11, 2013

Keputusan Keseluruhan

PNG Sem 6 dan PNGK

Alhamdulillah, akhirnya tamat jugak pengajian diploma aku selama tiga tahun. Pelbagai cabaran, dugaan, rintangan, dan yang paling penting pengalaman pengalaman yang aku kutip sepanjang tiga tahun hidup sebagai perantau di tempat orang.

Dan macam dalam gambar kat atas, itulah result aku. PNGK yang aku dapat ialah 3.35. Tak merasa nak 1st class. Yang kat bawah ni pulak result setiap sem:

PNG setiap sem

Result yang paling rendah adalah pada sem 4 dan result yang tak patut rendah adalah masa sem 1. Tapi alhamdulillah walaupun result tak tinggi mana tapi aku masih dapat maintain atas 3.00. Tapi yang tak patutnya masa sem 1 la. Member member semua dapat result tinggi je. Aku ni terkapai kapai result atas tong. Apa alasan aku? Kononnya culture shock, almaklumlah orang kampung merasa menetap di KL, jakun bagai. Ceh alasan demi alasan.

Walau bagaimanapun, kehidupan di universiti sangat membuka mata aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Bukan macam zaman sekolah. Yang mana ingat main je dulu.

Dan InsyaAllah, pada bulan 9 ni aku akan sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM. Aku berharap sangat aku dapat baiki keputusan diploma. Aku nak sangat lulus dengan kelas pertama. Tiada yang mustahil kan? Segala pengalaman yang aku dapat masa pengajian diploma, Insyaallah aku akan praktikkan sepenuhnya di pengajian degree nanti.. :)

Oklah, nak siap siap pegi kerja. Ha tang kerja, juga macam macam pengalaman aku dapat. Takpe tu nanti aku cerita lain kali. Segala yang berlaku terdapat hikmah disebaliknya. Assalamualaikum.. :)

Wednesday, March 13, 2013

Kembali Ke Dunia Blogger

Assalamualaikum! Kali terakhir aku post adalah pada bulan 10 tahun lepas, yang mana boleh tahan lama jugak la.

Ada sesetengah masa, apabila ada sesuatu kejadian yang berlaku kat diri aku, aku rasa nak update dalam blog. Tapi mungkin disebabkan agak lama aku mengundur diri, sampai aku sendiri rasakan tak tahu bagaimana nak bermula semula.

Tak aku nafikan, semakin hari, semakin aku membuka mata, semakin aku pentingkan gaya penulisan. Supaya biar sedap sikit kalau aku nak baca semula pada masa depan. Dan juga kalau ada orang baca blog ini, mereka pun akan membaca dengan lebih selesa.

Hmm tapi macam tulah. Jadinya, aku bercadang untuk start semula, mungkin kayuh pelan pelan dulu. Bukan apa, sebab aku rasa semenjak dua menjak ni, macam banyak perkara yang aku boleh share kat sini.

Tapi takpe, akan aku usahakan, dan sebagai langkah yang pertama, kalau korang perasan, blog ni dah berwajah baru. Dan yang paling penting, bukan lagi berdomainkan .blogspot.com, tapi sekarang aku dah bertukar ke .my!

Semoga dengan berwajah barunya blog ini, aku akan lebih ada mood untuk update. Sekian. :)

Tuesday, October 23, 2012

Bagaimana berubahnya perjalanan hidup ini..

Akhirnya, aku gagahkan jugak jari jemari ini untuk menaip. Bukan apa, setiap kali aku nak buat post baru, kali itu la mood aku lari. Sebab ni la blog ni dah lama tak terusik, sampaikan aku bertukar angin ke Wordpress. Tapi perkara yang sama berulang, tiap kali aku mula menaip, kali tu jugak mood lari.

Tapi kali ni, aku nekad, sebab aku nak menceritakan pasal sesuatu. Macam tajuk yang kat atas, "Bagaimana berubahnya perjalanan hidup ini". Korang perasan tak bagaimana perjalanan hidup korang setakat ni?

Kalau dulu, kita dipanggil adik, sekarang kita dipanggil abang. Kalau dulu nak pergi jalan jalan mintak duit dengan parents, sekarang dah ada duit sendiri. Kalau dulu belajar kat sekolah, sekarang dah belajar kat Uni. Kalau dulu kita lepak sama sama, sekarang dah bawak haluan masing masing.

Kat sini jugak aku nak menceritakan perihal kawan aku, Hafizi, atau lebih mesra dengan panggilan Jiji. Berumur 24 tahun, sekarang memegang jawatan Inspektor polis di IPD Kuantan.

Nak dipendekkan cerita, kitorang ni kenal sejak dari kecik. Main badminton sama sama, sekolah pun sama. Bercakap sesama kami, aku kau je. Menganjing? Ada la sikit sikit.

Tapi itu semua cerita 5, 6 tahun lepas...

Sekarang? Pakcik polis panggil dia TUAN! "Tuan, jom main sekali." "Aish tuan, penat dah ke?"
Punya la terkejut aku. Itulah perubahan yang paling ketara dapat aku nampak. Pakcik yang tengah pimpin anak dua pun boleh panggil dia tuan. Pergh.

Jiji pakai kereta Honda Civic, siap modify lagi. Semalam je baru pasang monitor kecik kat dalam kereta. Aku macam, "Whoah hebat gile!" Yelah kan, member kenal dari kecik, dah berjaya sekarang, siap pakai kereta Honda lagi. Lagi satu, Jiji ni tak lupa kawan, tak sombong, tak berkira. Dah berapa kali dia payung aku main badminton. Siap belanja minum air lagi pastu. Pastu masa baru lepas main tadi, aku nak bayar la kat dia. Yelah, tak sedap jugak kan main asyik orang payung je. Beria ia aku bagi, beria ia dia tolak. Katanya, "Mu budok lagi." Yes indeed!

Baik gile Jiji. Yelah orang dah berkerjaya, dah ada gaji tetap, kerja kerajaan pulak tu. Bila dikenangkan balik, teringat satu peristiwa aku dengan Jiji dulu........

Masa ni Jiji Tingkatan 6 Atas. Nak amek STPM. Then dia 19, aku 15, Tingkatan 3. Ada satu masa ni, Jiji tengah main badminton, aku masuk dewan, sibuk pergi BOOOOO dia, tiap kali dia buat silap. Sekali dua dia boleh tahan, dah banyak kali, dia naik gaban.

Dikejarnya aku satu dewan. Disebabkan kudrat budak 15 tahun masa tu, kantoi la aku. Dia tangkap aku, dia pukul aku. Tapi takdelah pukul teruk sangat. Aku pun tak berapa ingat macam mana.

Beberapa bulan lepas tu.......

Jiji: Weh Iwan, aku mintak maaf deh, aku pukul mu aritu. Aku nak amek STPM ni. Kang kalau sebab mu dendam, tak lepas aku nanti..

Aku: Ouh bereh bereh......

Alhamdulillah, dia lulus STPM, sambung degree kat UTM Skudai, sekarang dah pun berjaya jadi Inspektor.. :)

Bangga memang bangga! Juga sebagai salah satu motivasi aku! Sekarang baru terfikir, sebab apa aku masih ingat peristiwa 5, 6 tahun lepas tu. Salah satu maksud tersirat ialah, restu kawan kawan jugak penting. Kan kan kan?

Yang tengah tu Jiji.

Sebenarnya peluang tu dah ada, cuma terpulang pada diri kita, samada nak ambik atau tidak peluang tu. Peduli la orang nak kata apa, kita yang nak berjaya kan? Insyaallah... :)

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
23/10/2012, 4.00AM.




Sunday, May 13, 2012

Permulaan Baru

Waargh lamenye tak menaip! Hehe. Setelah sekian lama, baru terasa nak menjengah ke sini.

Ok, akhirnya aku dah buat keputusan, yang aku akan beralih ke wordpress lepas nie. Bermaksud, aku mungkin akan jarang guna blogger lagi, ataupun mungkin tak guna terus. Tapi tengok keadaan jugak la.

Bukan apa, aku rasa, aku perlukan something new. Something fresh. Aku tak tau kenape, setiap kali aku nak post kat sini, otak aku macam stuck, terbantut nak menaip.

Follower blog nie ramai pun, sebab dulu mase lepas SPM, aku rajin gila blogwalking. Memang rajin sampai FB pun aku deactivate sebab nak tumpu kat blogwalking je. Tapi itu dulu, masa tak busy. Sekarang dah lain.

Memang seronok bila tengok ade ramai orang follow kita, komen kat post kita. Kita tahu yang post entry kita di baca oleh orang lain. Haha.

Terima kasih yang sudi follow, sudi komen. Macam aku pernah cakap dalam post dulu, aku hargai sangat sangat. Bila ada yang respons terasa hidup di alam blogger ini. Heh.

Dalam post lepas, ade anon komen pasal post aku. Katanya, jangan banyak merungut, sebab campus life takdelah susah mana jika nak dibandingkan dengan hidup sebagai seorang yang bekerjaya, berkeluarga.

Yeah, perkara itu tak dapat dinafikan. Cumanya, aku tak rasa aku mengeluh. Eh ye ke? Yelah, blog nie orang buat untuk bermacam macam tujuan. Ada yang bisnes, ada yang fakta, ada yang lebih berkisarkan kepada kehidupan seharian. Dan bagi aku sendiri, blog yang aku buat lebih berkisarkan kepada kehidupan seharian.

Bila masa stress, bila masa tertekan, bila masa hati ini makan dalam, kadang kadang kat sinilah tempat aku luah perasaan. Lagi pun, aku bukannya selalu update blog. Kadang kadang tu jugak, bila aku luahkan kat sini, terasa aku dah melepaskan sikit rasa tension itu.

Yeah again, ini cara aku. Setiap orang ada cara masing masing kan?

Aku harap setakat post nie, aku takde tulis mengenai perkara yang tak sopan, perkara yang sensitif. Kalau ada, ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah, dan mintak maaf jugak kepada readers. Kalau setakat nak tulis apa yang kita rasa takpekan..

Dan sebab lain aku nak cuba pakai wordpress :

1) Aku jatuh cinta dengan wordpress! Hehe. Haritu masa aku tengah handle satu website nie, yang mana pakai script wordpress, aku berpeluang explore habis habis script tu. Awesome jugak la, serious!

2) Entah kenape, betul jugak komen anon kat post lepas. Aku rasa macam too much negativity pada post lepas. Seolah olah macam aku luahkan segala galanya kat situ. Entah entah memang aku buat macam tu tak? Almaklumlah, masa aku tengah tulis post tu, aku rasa kecewa. I hope I can overcome this frustration.

Kesimpulannya, aku harap lepas nie aku lebih tabah. Yeah, inconvenient are everywhere and everytime. Aku harap lepas nie aku post pasal benda yang positif sahaja. Hee. :D

I'll never delete my old posts, not one. They are good at one thing ; that's they remind of old me, who I used to be, what I used to write about, and most importantly, they are my most beautiful memories.

Yeah yeah yeah. Suka sangat guna "yeah". Hahaha.

Ini URL wordpress aku : whenhestartswriting.wordpress.com
Ianya masih lagi dalam pembikinan. I hope I will enjoy using wordpress, as I enjoy using blogger,. :)

Ini pulak URL yang aku develop dengan kawan aku, Hafiz : www.mysayong.com
Aku akan cakap banyak pasal website nie kat wordpress la. Hehe.

Akhir kata, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga kita dapat mengubah diri ke arah yang lebih baik. Kerana setiap perkara baik ada faedahnya. :))

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
13/5/2012, 2.40pm.

Wednesday, March 7, 2012

Mampukah anda?

kehidupan kat universiti sememangnya mencabar. tiada yang mencabar melainkan cabaran semata mata. nak tau ape yang mencabar?

kau kena pandai mengendalikan emosi, kau kena pandai mengendalikan masa, kau kena pandai berinteraksi dengan orang, kau kena pandai jaga hati orang, kau kena utamakan kepentingan orang ramai berbanding kepentingan diri sendiri, dan banyak lagi la yang kau kena buat.

dan bagi aku, yang paling penting, kau kena amanah dalam setiap tanggungjawab yang telah diberi. orang pilih kau, sebab dia percaya dengan kau, orang pilih kau, sebab dia tahu kau boleh buat. orang pilih kau, sebab dia yakin dengan kau!

dan bagi aku sendiri, aku perlukan team yang sangat memahami dan boleh membantu. percaya tak kalau aku cakap sorang buat hal, atau buat simptom simptom yang kurang enak, semua akan terkena kesannya.

kalau boleh dalam team, aku tak nak susahkan sesiapa. aku nak orang yang dalam team, boleh take over keadaan bila aku takde. aku nak dalam team, orang yang boleh wakilkan aku bila aku takde.

tapi tapi, agak sulit kalau kau dengar, "kau dah banyak susahkan aku." tiba tiba perasaan bersalah tu menyelubungi diri tau. macam selubung badan dengan selimut masa hujan, pastu tido. bestnyeww~

tiba tiba jugak, dalam otak nie, "alamak, ape aku dah buat?", "banyak sangat ke aku mintak tolong dia?", "duh, cemane nie?". kemudian, kita sendiri pun rasa serba salah nak mintak tolong lagi. setuju tak? korang pernah alami?

macam aku dah tulis kat atas, aku perlukan orang yang boleh wakilkan aku, ambik alih keadaan semasa ketiadaan aku.

aku sendiri pernah rasa, di mana aku sebagai penolong pengarah program baru baru nie, ketua aku bagi banyak sangat kerja kat aku. serius beb tak tipu. dia suruh aku buat nie, buat tu. sampai pernah terdetik dalam hati aku, "eh tak buat kerja langsung ke dia nie? syoknye jadi pengarah program."

aku tak bunyi pun kat dia. aku tau dia pun busy. aku ambik nie sebagai pengalaman yang sangat berharga. aku hargai seseorang itu bila dia pilih aku.

dan kalau aku pulak, aku hanya akan mintak tolong selagi aku betul betul tak mampu. contohnya, ada meeting penting kat ofis, then kebetulan pulak aku beratus ratus kilometer dari ofis, mestilah nak ada orang wakilkan, betul tak? tak pun, dalam tangan nie dah terlalu banyak sangat bahagian aku kena buat, mestilah mintak tolong orang jugak kan?

dunia dunia. bermacam macam ragam orang. keadaan yang aku alami kat sini lebih kurang kena dengan ayat "don't judge a book by its cover." kalau luar nampak baik, dalam tak semestinya baik. kalau luar nampak buruk, dalam tak semestinya buruk.

dan aku bersyukur, aku masih ada orang-orang yang pada pandangan aku, betul betul komited dengan tugasnya. tak pernah merungut, malah dia buat kerja dengan sangat baik. aku sangat sangat terhutang budi dengan kau. aku harap aku boleh terus harapkan kau bilamana keadaan genting, bilamana keadaan yang aku perlukan kau.

dan suka aku tegaskan, kalau cara aku bekerja, adab aku bekerja, JANGAN BUAT MUKA BILA DIBERI TUGAS. benda nie racun beb. racun yang menular dalam hati yang boleh membuatkan keruntuhan perasaan dan mood. tak mau terang panjang, paham paham sendiri la ye.

aku takkan mintak tolong selagi aku mampu, aku takkan mintak wakil seandainya aku boleh berada di dua tempat dalam satu satu masa. serius.

aku berpegang teguh bahawa sekiranya kalau dah diberikan tanggungjawab, kita kena jalankan/laksanakan sebaik mungkin. tanggungjawab tu tak berat, kalau kita betul betul ikhlas melakukannya.


=============================================================================


sesungguhnya aku rindu zaman nie. zaman di mana takde banyak benda nak pikir. pagi bangun mandi, solat, sarapan, salam cium pipi mak, pegi sekolah balik sekolah, solat, makan, tido, petang main bola main guli main badminton main gasing, malam ngaji, main game, belajar, kemudian tido balik. semuanya hepi hepi.

rindunya aku pada zaman kegembiraan tu. aku sangat bersyukur sebab pada zaman tu aku dapat bergembira, sedangkan ada budak budak lain seusia tak merasa benda tu semua. benda tu kita tau dengan tak tau je.

macam mana pun, hidup hanya sekali. jadi budak budak hanya sekali, jadi remaja hanya sekali, jadi tua hanya sekali. cumanya, terpulanglah kepada diri sendiri untuk mencorakkan hidup masing masing.

kuatkanlah hati ini Ya Allah. Jadikanlah pengalaman pahit manis hidup sebagai mahasiswa sebagai kenangan yang tak dapat dilupakan. ada masa kita dipulau, ada masa kita dipuji, ada masa kita dicerca, ada masa kita disanjung. tabahkanlah hati ini, masa yang telah pergi takkan mungkin diputar kembali. Aku hanya hambaMu yang kerdil, tak lepas daripada melakukan kesilapan. oleh itu Ya Allah, berilah petunjuk di masa aku buntu, berilah aku ketenangan di saat aku memerlukan. Amin...

p/s - one more semester to go. I'll try my best. I'll obviously try my best!

Yang Benar,
Shafiq Izwan.


Thursday, February 2, 2012

Tamat Sudah Usia Belasan Tahun!

yeah, lepas nie dah tak ade dah sebutan 'belas belas' bila orang tanya umur. selalu kan kalau orang tanya umur, "umur saye sembilan belas". tapi sekarang tak lagi, aku dah berumur dua puluh tahun. :D

kadang kadang kita sendiri tak sedar yang masa berlalu dengan sangat pantas. dan bagi aku sendiri, rupa rupanya dah 20 tahun aku diberi peluang oleh Allah SWT untuk menumpang di bumiNya. dah 20 tahun. anak mak ni dah bujang tau. hehe.

terima kasih mak ayah, haritu kita celebrate sama sama kat pizza dengan teluk chempedak. ekceli ayah aku tak dapat ikut haritu sebab ade hal.

gambar masa raye. tengah penat. hihi.

serius rindu dengan masakan mak. bihun sup, ayam masak merah, rendang ayam. hmmmm!!

kemudian, terima kasih jugak kepada Cik A, orang kedua yang wish. cik A hantarkan audio lagu 'Selamat Hari Jadi' kat MMS. err pitching kelaut sikit la. haha. :P


terima kasih sangat sangat. walaupun awak tengah seronok sakan sukun bercuti awak still ingat birthday saye. hehe. jaga diri elok elok tau kat sane. ada rezeki kita jumpa lagi insyaallah. saye sayang awak. :))

individu ketiga yang bertuah, Siti Sarah Bt Ramli! dialah antara penasihat dan tempat aku luah perasaan masa sekolah dulu. :D

mane satu?

entahlah mane satu cik sarahnye nie. HAHAHAHAHA. takpelah, yang penting terima kasih ye sarah. tak sangka pulak kome ingat birthday aku. hehe. kau antara kawan baik aku sampai bila bila, aku sanjung tinggi pada kau, aku selalu jadikan kau sebagai pencabar aku. yela kau kan budak pandai. dan aku masih lagi perlukan nasihat dan sokongan kau. aku sayang kau jugak sarah. :))

dan yang terakhir,


ini orang yang paling aku sayang kot. BHAHAHAHAHAHA. mane taknye, dulu mase sekolah asyik kena bahan je. for sure la dia bahan balik kan. tapi dia kena kaw kaw la. hehe. dah kena bahan pun, dia still cool. dia still buat macho dia. rileek saje. eh lupa nak bitau, name dia Tengku Nurlisa. aku panggil TG je. :)

terkejut aku dapat sms die, "syafiq!!happy birthday..ingat nk nyanyi, tp batuk..laa.haha.semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oke..hegd". firstly, name aku sHafiq, bukan sYafiq. HAHA. Then aku tak paham ape yang dimaksudkan dengan 'hegd' tuh. :PP

terima kasih TG, nanti ade rezeki kite jumpe, aku belanje ea. hehe. :))

------------------------------------------------------------------------------------------------

so macam tu la ceritanya. rasa terharu pulak bila ada orang ingat birthday kita nie. hehe. now I know the true feeling of being wishes. merepek ape

as for me, I try to be a better person, I try to challenge myself. I know that we are not perfect, but we can do something that will make ourself even better.

as for campus life as well, it has been so tight, so busy. sometimes I thought that there were no space to breath. but you know what? I do love this life! I really do! we live only once, so try to appreciate what we got, what we have been through. everything that happens in our life must be for a reason. :))

p/s : MUET tak amek lagi. so kena la prektis BI sikit. lagipun ape salahnye menulis dalam BI kan? bak ayat dalam video Matlut, 'We Need More Positive People In This World'. ok aku nak tido. aku tak sanggup teruskan. kerje masih lagi menggunung ye, jangan lupe!

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
2/2/12, Khamis.

Sunday, January 8, 2012

Homesick

"Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja"
CintaMukaBuku by NajwaLatif.

keadaan yang aku hadapi sekarang nie, saling tak tumpah macam lirik lagu kat atas. banyak persoalan, banyak kata kerja. buat kali pertamanya, aku rasa macam nak lari je dari UTM nie. sebab ape? sebab banyak sangat kerja. ai ai. sekarang nie dah sebulan aku meeting hampir tiap tiap malam.

lagi, dengan program program yang dah dirancang, kebanyakan baru pertama kali nak dibuat, selalu aku terpikir, boleh ke nie?

rindunya kat kawan kawan lama. rindunya kat kemaman. alangkah seronoknya kalau kita dapat berkumpul macam dulu. aku sanggup buat apa saje asalkan kita dapat berkumpul macam dulu lagi. hmmmm.

kan best kalau tengah tension tension, kita boleh imbau zaman sekolah dulu dengan jelas. dapat merasa naik van, boleh bahan member kalau team EPL dia kalah, boleh usha usha budak tingkatan 3, pastu kalau kat rumah kemaman, petang petang lepak tepi jeti, mancing, ambik angin. serius kalau dapat buat balik semua tu, datang la tension mana pun kat aku, insyaallah boleh hilang punya.

tapi walau macam mana pun, aku tak boleh lari. lari takkan selesaikan masalah. aku cuma perlukan sedikit ketenangan, sedikit ruangan untuk aku perhalusi masalah dan kerja satu persatu. pengalaman mendewasakan kita. ya, aku nak dewasa. cara aku bagi semangat kat diri sendiri, sentiasa bisikkan kata kata positif kat diri sendiri. kadang kadang berkesan. :')

"puas sudah aku fikirkan salah aku. aku pikir sana. aku pikir sini. aku pikir atas. aku pikir bawah. aku yakin sangat aku takde buat salah dengan kau. aku dah puas cuba nak buat baik dengan semua orang, walaupun kadang kadang aku sendiri kena tindas. tapi cukuplah. aku tak buat salah, mungkin kau yang cemburu buta. so lantak kau lah. yang penting aku memang tak buat salah."

akhir kata, semoga maju jaya kepada cik A dan membe membe yang tengah nak final exam. buat elok elok guys, dapat dekan, then cerah peluang nak grad first class. goodluck again. :)

p/s - i miss home.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 1/8/2012.


Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun Baru

whoah. lama rasanya tak jengah blog nie. kalau tengokkan tarikh post lepas, dah lebih sebulan tak terusik. takpe takpe.

sem ni mungkin sem yang paling banyak aku perlu bermain dengan emosi. aku belajar macam mana nak kawal perasaan, belajar macam mana nak kawal mimik muka walaupun dalam hati ada rasa menyampah gila, aku belajar mengalah. senang kata banyaklah permainan emosi.

perasaan benci, menyampah. satu perasaan yang aku sangat tak suka. tapi apakan daya, aku juga manusia biasa. tak lari daripada perasaan tu. dah banyak kali aku cakap kat diri sendiri, nak sedapkan hati, supaya perasaan tu pergi jauh jauh.

sem ni jugak banyak aku buat silap, dari banyak segi. tak kiralah dengan sesape pun. aku perlukan teguran orang, supaya aku sedar kat mana silap diri sendiri. aku tak kisah kalau ditegur secara kasar pun. sebab kalau aku sakit hati pun, aku diamkan saja. yang penting aku tahu bahagian mana yang perlu aku perbetulkan. ouh tuhan kuatkanlah hati ini.

apa pun, selamat tahun baru yang bakal menjelang. semoga kita sentiasa belajar dari perkara yang berlaku di sekeliling kita. percayalah, setiap kejadian yang berlaku, ada mesej yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita.

aku manusia yang lemah. tapi aku cuba untuk jadi kuat, jadi lebih baik dari sebelum ni, insyaallah. kau boleh shafiq, kau boleh. kau boleh. kau boleh. kau boleh kau boleh. boleh!

akhir kata, terimalah;
agak agak ada sama tak dengan 24/7?

p/s - Percaya pada diri sendiri.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
30/12/2011

Thursday, November 17, 2011

Kemaman Idaman 2015

so agaknya sampai kat sini jelah kehidupan kat kemaman, sebab besok aku dah pindah. sedih, memang sedih. dari tahun 1997 aku menetap kat kemaman, akhirnya sampai jugak masa yang kalau BOLEH aku tanak terjadi.

biasalah kalau dah jadi anak polis kan. kalau ayah/mak kena pindah, kita pon kena la ikut sekali. apapun, tempoh 14 tahun bagi aku bukan sesuatu yang sekejap, tapi terlalu lama. dalam tempoh masa tu la kita boleh bentuk diri kita, kita boleh kenal diri sendiri.

yeah, kat kemaman la aku belajar jadi ORANG. kat kemaman nie la aku berak, kencing, makan, minum, main, sekolah, dan macam macam lagi la. kat kemaman ni jugak aku belajar mencintai, menghargai, dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

fuuh. ape lagi? entah la. tadi bukan main banyak lagi berpikir pikir. sedih la nak kena pindah ni. ingatkan lepas ayah pencen baru pindah, tapi nak buat camne, Allah dah tetapkan kena pindah awal. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. terima la dengan redha.

aku akan rindukan taman perumahan nie. dari kecik sampai besar gedabak aku menetap kat sini.


nie la dia tadika aku dulu, masa tahun 1998. tapi dulu tak secantik sekarang la, sebab aku merupakan mahasiswa batch pertama yang belajar kat tadika nie. aku ingat lagi nama cikgu yang ajar kat sini dulu, cikgu Rozita. aku ingat jugak aku dapat nickname 'Ketua Degil', sebab dulu aku ketua kelas, tapi aku degil. yang kelakar sekali dulu bebudak lain panggil aku awie. sebab apa? sebab aku paling besar masa tu. then ada sorang budak pompuan nama Fazira, nama betul dia Che Wan Nur Fazira, langsung digosipkan 'Awie - Erra Fazira'.

lagi,


ha, nie tempat lepak kitorang masa petang petang lepas main bola, takpun lepas Isyak. tempat nie betul betul sebelah laut. bestnya masa tu, duduk sembang sembang, gelak gelak sambil kena deruan angin. tapi tu masa kecik jer la.

seterusnya,


yea, taman permainan! dulu tak sah tak pegi kat sini. yang menariknya, taman permainan ni sekarang masih sama macam masa aku mula mula pindah sini. so kenangan tu still ada kat situ. mainan yang femes kat taman permainan ni dulu macam polis entri dengan tang buaye. ouh lupa, main guli pun kat sini la.

kemudian,


cuba teka, ni court apa? jawapannya, court tennis ==> jadi court futsal. dulu ada jugak pakcik pakcik main tenis kat sini, pastu dah takde dah. kemudiannya, tempat nie jadi court futsal.
dulu masa sekolah rendah, aku ingat lagi yang aku nak join abang abang nie main futsal. tapi diorang cakap, "budak yang belum sunat, belum tingkatan tiga tak boleh main." ekceli time tu aku dah sunat, tapi belum tingkatan tiga. so geram kat situ je.

lagi lagi,


dulu sebelum kat laluan pejalan kaki tu, ada taman bunga sebenarnya. cantik sangat! siap ada pondok warna putih lagi.

then then,


ni lah dewan badminton. dewan nie banyak berjasa kat aku. sebabnya dari tingkatan satu sampai tingkatan lima aku dapat jadi wakil kemaman. kat dewan nie la, dari aku umur 5 tahun sampai sekarang, aku tak pernah terlepas main kat sini. anak orang lain yang duduk luar kena sewa dewan kan kalau nak main? kitorang anak polis yang menetap kat sini main free je. untunglah~

lepastu,


nie kawasan belakang dewan. kalau tak dapat main kat court futsal tu, kitorang main kat sini, tempat bebudak yang belum matured lagi. *kata abang abang*. ouh, kat sini pon tempat main guli jugak. aku ingat lagi dulu, masa tengah lawan guli dengan budak A dan B. diorang ni adik beradik. masa tu aku leading, tengah menang la katakan. then yang si B ni bengang, dia amek batu besar, langsung dihempapnya guli aku yang ada kat atas tanah. abis terbenam. haish~

kalau nak diikutkan, banyak lagi yang aku nak kongsikan. sampai besok pun tak habis kot. oklah, maybe yang terakhir,


yeah itu dia KEMAMAN IDAMAN 2015! semoga apa yang kita impikan jadi kenyataan satu hari nanti. takde yang mustahil kan. mana la tahu kemaman boleh jadi bandaraya besar macam KL ke kan. mane la tahu. hehehehe.

apapun, hati aku memang ada kat kemaman, tak kira la kat mana aku menetap pun. setiap kenangan takkan aku lupakan, sebab aku membesar kat kemaman. semoga kemaman menjadi lebih maju pada masa masa akan datang. amin~

p/s - lamanya tak update blog. nak dekat sebulan. entahlah, stay kat rumah takde mood nak berbelog.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 17/11/2011.






Wednesday, October 12, 2011

Motivasi Diri - Tips Jadi AJK Program

tips jadi AJK program :

dengar cakap ketua, hormat.

kebolehan mendengar dan mematuhi arahan sangat penting. terutamanya bila ketua dah bagi kerja, kita kena peka. jangan endah tak endah.
dari segi hormat pulak, berhemah la dalam memberi pandangan. contohnya, "er, boleh tak kalau aku nak cadangkan bla bla bla?"

then kalau ketua dah bagi jadual kerja, kena ikut. kalau hari ni korang dijadualkan bertugas, makanya harini la korang bertugas. selalunya, ada yang jenis rajin jugak, walaupun bukan jadual dia, dia still bertugas. perkara tu bagus, selagi tak memenatkan diri sendiri, selagi korang tak kacau jadual korang sendiri. melainkan member member korang yang bertugas mintak tolong sebab tak cukup orang, sebagai rakan sekerja kita kena la tolong ye dak?


jangan buat kerja last minute

ini bahaya beb. contohnya, bayangkanlah, kalau event dinner besar nak buat besok, malam ni baru korang nak tempah? tak naya?

seeloknya kalau dah dibagi tugas, laksanakan dengan kadar segera. bahaya kalau mindset "ala rilek la dulu, awal lagi" kuat sangat. bahaye bahaye!


jangan buat muka

ini pun bahaye beb, kalau tak dicegah dengan segera dikhuatiri boleh memberi kesan kepada keseluruhan team.

ingatlah, bahawa se stress mana pun korang, se tension mana pun korang, sepenat mana pun korang, JANGAN BUAT MUKA! maksud buat muka kat sini, muka nak marah je. muka monyok. muka masam. orang nak tegur pun takut. ketua nak bagi arahan pun risau. orang lain pun penat jugak. kena pandai kawal emosi.

damn! sebolehnya elakkan benda nie. serius boleh bagi kesan kat team. =.=


sentiasa mesra dengan AJK lain

ini penting demi menjaga hubungan baik sesama team. cakap elok elok, kalau boleh elakkan perkataan perkataan kasar. nak gurau pun biarlah gurau yang orang boleh terima.

selalu ingat, kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita. tapi biasalah, kalau dalam team ni, mesti ada perselisihan faham punya. tak banyak pun sikit la. so, cuba la cari cara yang terbaik untuk mengatasi perselisihan faham antara team member.


pastikan korang betul betul rela nak join, bukan sebab kena pakse, terpakse

kalau kerja tak rela, payah la. dah semacam tak ikhlas nak buat kerje. konpem buat last minit, nak tak nak je. kerelaan hati yang tulus penting sebab korang sendiri akan dapat pengalaman daripada benda ni semua.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

semua perkara yang aku tulis tu, adalah berdasarkan pengalaman yang aku sendiri alami. jugak dari pandangan peribadi aku. sebenarnya tak susah nak bekerja dengan orang. asalkan ada minat dan kesedaran, ataupun mungkin jugak untuk tambah pengalaman, itu sudah cukup.

busy? heh. sape yang tak busy. superbusy? wuuuh. sebenarnya, benda benda ni mematangkan kita. kalau pikir dari sudut yang positif, ianya buat kita belajar tentang cara pengurusan masa, malah buat diri kita sendiri kuat.

aku ingat lagi masa sem satu, pointer aku teruk gila. nak kata busy, tak busy langsung. nampak kan? 'sibuk' bukan penyebab utama kepada pointer yang teruk. (bagi aku la)

aku pernah nak give up, dah malas nak join ape ape lagi dah lepas nie. tapi fikir fikirkanlah. pengalaman mematangkan, mendewasakan kita. segala misery yang kite alami, hanyalah dugaan yang buat kita jadi kuat. tengok, sebusy busy mana pada mase mase yang lepas, aku still lagi hidup.

perkara yang dah lepas, mustahil untuk kita dapatkan balik. dan tak semua orang merasa apa yang kita rasa. bersyukurlah selagi masih diberi kesempatan, jangan lepaskan peluang yang ada, selagi diri dan fizikal masih mampu. sekian. :)

p/s - whoah dah macam Dr Fadzley. HAHAHA

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Rabu, 12/10/2011.

Sunday, October 9, 2011

Filem Klip 3GP, RESAH ADEGAN LUCAH DITONTON ORANG



KUALA LUMPUR: Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.

“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.

“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.

“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya.

sumber - Harian Metro.


sinopsis -

Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.


pendapat aku :

firstly this is MY blog. i can compose whatever i like, as long as i think its still in appropiate range.

damn! tau pun resah? kenapa dulu masa nak terima watak tak fikir benda benda ni? profesional la, tak ketepikan soal agama la. but still, LUCAH. wattaheck?

masa memula beli METRO AHAD je dah terbeliak mata aku tengok gambar dia kat front page. biasa la, mungkin itu taktik menarik pembeli.

harian metro online version


tapi bila baca, sakitnya hati. tau pun resah. eeei geram betul. rasa nak mencarut carut pun ada nie.

WAHAI RETIS, SENANG KATA BILA DAH DISURUH LAKONKAN BABAK LUCAH KE, ADA UNSUR UNSUR LUCAH KE, WALAU SE'PROFESIONAL' MANA PUN ADEGAN TU AKAN DILAKONKAN, TOLAK JER LA. TAKDE OTAK KE? dah la orang MELAYU. buat malu je.

“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,”

apebende yang kau merepek nie? opss umur dia berapa ek? lantak la. pihak pihak tu tak payah nak jatuhkan maruah kau, kau sendiri yang dah jatuhkan maruah diri kau tu. tak faham la aku, tak faham.

lepas ni kalau ada lagi orang buat filem macam nie, memang takde otak la. nak sampaikan mesej pun, banyak lagi cara. tak perlu sampai macam nie.

p/s - publisiti murahan je semua nie. kes nak lawan kutipan KL Gengster punye pasal.

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
Ahad, 9/10/2011, 4.45pm.







Monday, October 3, 2011

Penting Ke Komen?

"INCOMING, INCOMING!". apekah ia? tak lain tak bukan ialah FINAL EXAM. yeah, dah nak final exam, maknenye CUTI SEM pun dah dekat.

post semborono jer nie. sebenarnye aku tak tau nak tulis ape.

ok. nak cakap pasal satu benda nie je. pernah kawan kawan tanye, bile nak update blog. terima kasih sudi tanye, maknenye korang jenguk jugak la blog ni kan? :D

kalau korang perasaan, di setiap entri, mesti gap publish post tu lame. maksudnya macam selang seminggu, selang dua minggu, selang sebulan tu pun pernah kot.

sebab mengapa gap lama sangat? sebab aku nak ada orang KOMEN kat entry aku. haha. serius beb, kalau aku tengok post aku takde orang komen, tak semangat nak buat entry.

follower, aku tak kisah. yang aku kisahnya komen. komen komen tu yang menandakan ada orang baca blog kita. tapi ekceli ada jugak silent readers kan. mesti ada. ah tak kira. komen tu pemangkin semangat. haha.

tapi aku sendiri kena berpijak pada bumi yang nyata la. setakat entry yang takde ilmu atau news untuk dikongsikan, camne orang nak komen kan.

kalau nak ada orang komen pun, kena blogwalking lama lama dulu. tak pon ping blog kat mana mana group fb atau website. sebenarnya aku malu nak ping kalau entry setakat macam nie, tapi kalau entry SUPER KAWAN tu aku promote kaw kaw. sebenarnya kat group blogger kat fb, boleh aje aku nak bagi link youtube, tapi aku saje bagi link blog supaya ada pengunjung sikit. kat group blogger jer la aku buat camtuh.

tu pon dapat 4, 5 komen. jadilah daripada takde kan?

so lepas ni, lantaklah kalau takde orang komen pun. update jelah. senang kata nak orang komen kat entry kita, kita komen kat entry orang lain dulu.

"kita buat baik kat orang, orang buat baik kat kita."

serius merapu tulis entry nie. minda separuh sedar. serabut sangat. manfaatkanlah blog anda. tengok tengok. apa yang aku tulis nie. ok babai, selamat tido. :)

p/s - zzzzzzzzzzzzzzzzz.......

Yang Benar,
ShafiqIzwan,
3/10/2011, Isnin.