penat, boring, lenguh

alhamdulillah. penulis selamat sampai di rumah pada pukul 4.30 petang, setelah 4 jam setengah bertenggek di atas motor. entah mengapa, perjalanan kali ni dirasakan lebih penat dari yg sebelumnya. agaknya mungkin sebab tak cukup tidur. ah ye lah tu.

di sini, suka ingin penulis berkongsi satu perkara; tips untuk menghilangkan penat, boring, lenguh, sakit sendi khususnya untuk mereka yg selalu menempuhi perjalanan jauh, terutamanya penunggang motosikal, sebagaimana yang dialami oleh penulis sendiri:


1. bercakap dengan diri anda sendiri
- dengan bahasa mudahnya, cakap sensorang. ya, cakaplah mengenai apa shj yang terlintas. misalnya, anda boleh berpidato dengan diri anda sendiri. andalah kerajaan pusat, anda jugalah pembangkang. selain itu, anda juga boleh berpidato, bersyair, berpantun dan bermacam-macam lagi.

2. menyanyi
- serlahkan bakat anda dalam bidang nyanyian. nyanyilah lagu apa shj. menyanyi dengan kuat satu kelebihan. terbukti kepada diri penulis sendiri, menyanyi dapat menghilangkan kebosanan sepanjang lebih kurang 4 jam setengah perjalanan. lagu2 yang dinyanyikan hendaklah menepati cita rasa si penyanyi dan disertai dengan mood yg baik, kalau tidak, ianya akan menambahkan lagi kebosanan kesakitan punggung, juga turunnya hujan sebagai satu bonus.

3. membunyikan hon kepada penunggang yg lain
- jangan takut untuk membunyikan hon kepada penunggang lain. tapi hendaklah dengan cara yg sopan. contohnya, hon sambil mengangkatkan tangan anda. dengan cara itu, secara tidak langsung kita telah menunjukkan bahawa kita sama2 mengalami kepayahan menempuh perjalanan jauh dan kelenguhan, khususnya di bahagian punggung. bak kata pepatah, yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing. dia sakit, kita juga sakit. pokok pangkalnya, hon dengan cara yang sopan. bukannya hon macam nampak hantu. siapa tak marah.

senang kata, anda hendaklah mempunyai keberanian untuk melakukan perkara2 di atas. siapa tahu, bakat pidato, berpantun, menyanyi anda mungkin terserlah? tebalkanlah sedikit muka, kerana jikalau ada pengguna jalan raya lain yg notice dengan riak muka anda yang berkumat kamit(jikalau anda memakai helmet bervisor lutsinar spt penulis), mereka bukannya kenal akan anda pun. buat derk sudah. mereka yang betul2 memahami akan sama2 mendoakan kita, bahkan mungkin ada juga yang turut serta melakukan perkara di atas. tidak salah bukan?

akhir kata, itu hanyalah cadangan dan tips yang penulis rasakan dapat membantu sedikit sebanyak penunggang2 motosikal yang menempuhi perjalanan jauh. sekiranya ada yg tidak berkenan di hati, ampun dipinta dan harap dapat menegur kesilapan penulis. selamat bercuti.


Yang Benar,
Shafiq Izwan


p/s: fuuuuuhh.

Comments