Malaikat Maut

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

A. Malaikat Yang Paling Ditakuti

- malaikat yang paling digeruni dan ditakuti adalah Malaikat Maut (Izrail) kerana kedatangannya menjemput nyawa setiap makhluk tidak dapat diketahui. bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

firman Allah s..w.t, ertinya;

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Al-A'raf. 34)

1. Malaikat Maut Melihat Dan Merenung Wajah Seseorang 70 Kali Dalam Sehari

- betapa kerapnya Malaikat Maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. seandainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. tetapi oleh kerana Malaikat Maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;

"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. maka berkata Izrail; "alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar akan kehadiran Malaikat Maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan Malaikat Maut.

Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran Malaikat Maut itu. namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan ateis, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan lama samada di udara, laut, dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si fulan mati. sakitkah atau kemalangankah?"

2. Kehadiran Malaikat Maut

- tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran Malaikat Maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan Malaikat Maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

sesungguhnya Malaikat Maut menjalankan arahan Allah s.w.t dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. jika Allah s.w.t menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang yang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat Maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, ataupun mengerang kesakitan. bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

walau bagaimanapun ada ketikanya Allah s.w.t jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Ta'ala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

begitu juga dengan orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah s.w.t masih menyayangi dirinya. kerana betapa malangnya bagi pandangan orang soleh itu jika Allah s.w.t mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. seolah-olah Allah s.w.t sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah s.w.t tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya, keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di depannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu. ALLAHU AKBAR.

BERSAMBUNG...

Sumber - Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
ShafiqIzwan
Sabtu, 15/01/11, 4.25AM.

Comments

Fadzli Amir said…
thanks Bro..memperingatkan diri ini di pagi2 ni...
Admin said…
thanx syafix..mengingatkan aku kepada kematian.... :(
Shafiq Izwan said…
fadzli amir & khairul amry - welcome anda semua. terima kasih sebab sudi baca, sama2 la kita memperingatkan diri. :)
ain revival said…
timbul keinsafan ..
tq yer..
bsame2 kite muhasabah diri ek~
Shafiq Izwan said…
iwan - thanks iwan sebab tag aku. hehe.

ain - sama2 cik ain. (: