Malaikat Menjadi Saksi di Padang Mahsyar 2

SAMBUNGAN.. [sila klik di sini untuk membaca siri yang sebelumnya]

2. Malaikat Bersama Orang Orang Soleh

- malaikat penjaga membawa amal orang-orang yang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat ke langit sehingga terbuka semua batas-batas dan sampai kepada Allah s.w.t.

mereka berhenti diharibaan Allah s.w.t dan memberi persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

kemudian Allah s.w.t berfirman; "kamu semua adalah para Malaikat Hafazdah (Malaikat Penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Akulah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia mengkehendaki amal ini bukan untuk-Ku, bahkan untuk selain-Ku. maka baginya adalah laknat-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

C. Dialog Malaikat Dengan Calon Penghuni Syurga

- dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah s.w.t akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir di hadapan-Nya. seorang adalah yang taat kepada perintah sementara seorang lagi ialah yang derhaka kepada Allah s.w.t. kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.

Allah s.w.t menyuruh Malaikat Ridhwan membawa orang yang taat kepada Allah s.w.t ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman; "aku merelakan dia."

kemudian Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Zabaniah membawa seorang lagi ke neraka dan Allah s.w.t memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih. firman Allah s.w.t yang bermaksud; "sesungguhnya orang ini adalah peminum arak."

orang yang taat kepada perintah Allah s.w.t itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah s.w.t. apabila orang itu hendak menjejakkan kaki ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata; "wahai sahabatku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."

apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya; "masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah s.w.t."

berkata orang itu; "aku tidak mahu masuk ke dalam syurga, bawalah aku ke dalam neraka."

Malaikat Ridhwan berkata; "aku tidak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah s.w.t telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu."

berkata orang itu; "aku tidak mahu ke syurga dan aku juga tidak mahu layananmu."

setelah itu kedengaran suara yang berkata; 'wahai Ridhwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada dalam dirinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri, dengan demikian kamu dapat mengetahui sebabnya."

lalu Malaikat Ridhwan bertanya; "kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga, dan kenapa pula kamu hendak masuk ke dalam neraka?"

berkata orang itu; "aku tidak mahu masuk ke dalam syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka, dahulunya aku dan orang yang derhaka itu adalah orang yang bersahabat semasa di dunia, dia telah meminta pertolongan dari aku supaya selamatkannya dari api neraka. oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke dalam neraka supaya lama-lama diseksa dalam neraka."

kemudian kedengaran seruan dari Allah Yang Maha Rahman bermaksud; "wahai hamba-Ku, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk neraka, sebab dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia pun mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja, maka bagaimanakah Aku merelakan kamu hamba-Ku masuk neraka sedangkan kamu telah mengetahui aku selama umurmu dan telah menjadikan aku sebagai Tuhanmu selama 70 tahun. oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama dengannya dan aku telah mengampuninya dan Kuserahkan dia kepadamu."

D. Malaikat Dan Bidadari Menyambut Arwah Para Syuhada

- gema takbir Allahu Akbar yang sering berkumandang dalam peperangan membela agama dan tanah air adalah pekikan jihad yang mampu menggelorakan semangat para pahlawan. dengan pekikan itu, segala rintangan beserta kekuatan musuh hanya dipandang sebelah mata. mereka tidak mempedulikan ancaman kematian, dengan ikhlas berjuang demi tegaknya kedaulatan dan keadilan.

kaum musyrikin Quraisy berniat menghancurkan umat Islam yang berpusat di Madinah hingga ke akar-akarnya. dengan mengerahkan tentera berjumlah ribuan orang, dengan kelengkapan senjata berlebihan, diperkuat pasukan berkuda dan penunggang unta yang tangguh, mereka bergerak menuju lembah Badar.

kejadian pada tahun kedua Hijriah ini diterima Rasulullah s.a.w dengan tabah. Madinah memang belum memiliki tentera yang memadai. mereka belum biasa bertempur seperti musuhnya yang terkenal kejam dan ganas. namun, mereka mempunyai semangat dan iman yang membara. maka dengan kekuatan tidak lebih dari beberapa ratus jiwa, tentera Islam bertolak menuju medan perang.

dengan persenjataan serba sederhana, dan perlengkapan tempur yang serba kekurangan, kaum muslimin bertekad melakukan perlawanan mati-matian hingga ke titik darah penghabisan.

di antara pasukan yang rela mati syahid itu bersembunyi seorang pemuda remaja berusia kurang dari enam belas tahun. secara diam-diam ia menyelinap di tengah-tengah tentera yang sedang berbaris itu.

siapakah dia? dan apa tujuannya hingga tidak berani menampakkan muka di hadapan Rasulullah s.a.w? apakah dia seorang penyeludup semata-mata? jika demikian, alangkah beraninya pemuda itu.

salah seorang sahabat terkemuka, Sa'ad bin Abi Waqqash, dengan jelingan matanya melihat anak muda itu mengendap-ngendap ketakutan. segera Sa'ad bergerak mendekati remaja itu. tiba-tiba dia terkejut setelah mengetahui siapa sebenarnya pemuda yang mencurigakan itu.

"Umair! kenapa kamu bersembunyi di sini?" sergahnya kepada remaja tersebut.

yang ditegur pun terperanjat. dia memang bernama Umair. lengkapnya Umair bin Abi Waqqash, adik kandung Sa'ad yang bongsu. dengan lidah menggigil Umair menjawab, "saya takut diketahui Rasulullah."

"mengapa?" tanya abangnya dengan penuh rasa was-was.

"kalau baginda melihat saya, pasti baginda akan menyuruh saya pulang, sebab saya masih terlalu muda."

Sa'ad mengurut dada penuh keharuan. dia boleh memahami keinginan adiknya untuk membela agama dan negara. tetapi, Umair memang masih terlalu belia. dan betul dugaan Umair, ketika Rasulullah nampak kehadirannya, baginda terus memanggilnya untuk datang menghadap.

"pulanglah engkau Umair, kepada ibumu. jagalah dia baik-baik. itupun sudah sama pahalanya dengan maju ke medan tempur." ujar Nabi Muhammad s.a.w, selaku panglima tertinggi.

mendengar keputusan tersebut Umair tidak dapat dapat menahan kesedihannya. dia menangis tersedu-sedu sambil memohon agar diizinkan ikut berperang. Nabi akhirnya tersentuh hati dan mengizinkan Umair untuk terjun bersama pasukan lainnya. sungguh tidak ada kegembiraan yang melebihi kegembiraannya memperolehi peranan tersebut.

pada tengah malam tibalah tentera Islam di lembah Badar. setelah memperolehi tempat sesuai untuk mengatur serangan, mereka segera menggali kolam-kolam untuk menampung air kerana dikirakan hujan akan turun.

ternyata tepat dugaan itu. ketika hujan tercurah lebat dari langit, lokasi pasukan musyrikin yang tidak bersiap-siap terlebih dahulu dilanda banjir besar. mereka sulit untuk bergerak. sementara itu, kaum muslimin yang telah membuat lubang-lubang, justeru memperolehi keuntungan dengan datangnya hujan lebat. pasir dan tanah yang dipijak menjadi lebih keras sehingga memudahkan gerakan mereka.

selaku panglima perang, ketika panas terik matahari membakar pada keesokan harinya, nabi menunjukkan akhlak pejuang sejati. Nabi mengizinkan kaum musyrikin yang kekeringan untuk mengambil air minum dari kolam-kolam yang telah dibina oleh pasukannya.

namun, orang-orang kafir tidak tahu membalas budi. mereka tetap menggempur kaum muslimin dengan buas. nabi pun memberi isyarat untuk meneruskan perlawanan. Ali bin Abi Thalib berdampingan dengan Hamzah bin Abdul Muthalib saling membantu di baris depan. mereka bertempur dengan gagah berani seperti anggota pasukan lainnya.

mendengar perintah maju Rasulullah s.w.t, berserulah pasukan Islam dengan gegap gempita meneriakkan kalimat Allahu Akbar. dan itulah pekikan jihad pertama kali yang berkumandang mengawali semua perang suci yang setelah itu menjadi api semangat berjuang.

Umair bin Abi Waqqash bergetar mendengar pekikan jihad itu. dia menerobos ketengah-tengah pasukan musuh, menyebabkan korban-korban berjatuhan. keberaniannya tidak tertandingi, kehebatannya tidak terhalangi hingga sebilah tombak lawan menancap di dadanya. Umair pun gugur bagai pahlawan syahid. di bumi ia mati. tetapi, di langit arwahnya disambut para malaikat dan bidadari.

sumber - Rahsia Malaikat dan Keajaibannya, Ilyas Mohammad Umar.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Selasa, 11/01/11, 08.34AM.




Comments