Apa Korang Rasa?

aku ingat lagi minggu lepas, Puan Jasmin ada kata. "sapa yang datang lewat, dia kena minta maaf kat depan kawan2 semua." dah la subjek Hubungan Etnik gabung tiga kelas, so memang ramai la.

tadi, aku nak gerak pergi kelas yang start pukul dua. hajatnya nak gerak pukul 1.45, tapi terlajak gerak pukul 1.50. dalam hati kata, sempat lagi ni. masa aku baru nak gerak je, handphone aku berbunyi. tuuut tuuut tuutttt. aku dah malas la nak tengok, sebab dah gerak naik motor. padahal baru je gerak pun.

segala kesesakan aku redahi, segala kepanasan matahari aku atasi, gara2 cuak takut x sempat. agak kelam kabut jugak la aku bawak motor. bila dah nak sampai pagar kampus je, jam dah 1.59pm. ah sudah. memang cuak. lepas park motor je, aku rush pergi dewan kuliah. dalam hati, aku dah berserah. sebab dah lebih pukul 2. selalunya Puan jasmin ni orang yang menepati waktu. aku memang tengah agak berdebar masa ni. entah macam mana, masa baru nak jejakkan kaki ke tangga sebelum pintu masuk dewan, aku boleh tergerak hati nak check handphone aku.

"kelas xd, haha" mesej dari catt. aku macam. haaa?? apa?? kelas takde??? betul ke?? hadoi. kalau tahu aku check dulu handphone awal2. punyalah kelam kabut, punyalah cuak, punyalah nervous, punyalah segala punya lagi, tiba2 kelas xde. tak pernah2 aku kena macam ni. selalunya kalau kelas cancel puan akan confirm terlebih dulu. last2, aku balik dengan penuh hampa+hepi sikit2. hehe.

Apa Korang Rasa?

penulis - moral; tuhan nak tunjuk supaya jangan datang lambat. kalau ada bunyi kat hp lekas2 check.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 13/01/2011, 2.29PM.

Comments

iwan_dextrous said…
hahaha..x per r..yg penting semangat tu kna kekalkan..hahaha
najwa nano said…
sy rasa nk mlompat lebih tinggi.peace:)
Admin said…
kalau aku best kot...hehehe
tapi sebelum tu aku nak jerit kuat2...giler dah rush kau kau nyer, last2 tak der kelas...wakakaka
Fadzli Amir said…
ok la tu...dulu aku punye time mane ade handphone2 ni...kalau takde klas pun dah sampai kelas, pastu tunggu kat setengah jam dalam kelas, baru tau yg kelas kensel...ok la tu.....
Shafiq Izwan said…
iwan - betul tu, semangat tu penting. padahal kalau semangat xdenye datang lewat. hahaha.

najwa - itu cara anda ye? haha.

ghulam - sape x bengang. XD

khairul amry - ha ni best jerit kuat2! arggghhhh!!! hahahaaha!

fadzli amir - itu lagi terkena kut. hehe. syukur skang da ade hp. :P
DiaNa DaRwiN said…
hahaha...sbr jela....
IsmailAr said…
sib bek moto.. yg nek bas awal2 pagi sebab xnak datang lambat lagi best.. klas kol 10 nek bas kol 8.. tet3 dapat msj klas batal.... dah tu ape lagi... subjek DOTA la kat psz
cik qiqilala said…
ahahaha. memang sakit kot.. adehh.
Shafiq Izwan said…
dyana - memang sabar. :P

ismailAr - sambung subjek dota ek? ahahah.

cik qiqilala & sarah - tau xpe. hehe.

dinie - mende padan muke? haha.
De Mois said…
Hubungan etnik senang je..dah le 3 kredit je. Puas hati..huhu.
Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Once broken..considered sold
Segmen Santai : Hilangkan rasa bosan ketika di bilik termenung
Shafiq Izwan said…
De mois - ouh kenyataan kau sangat melegakan hati. hehe.