Diari Hari Ini

rasanya macam dah lama pulak tinggal blog, padahal baru sehari. yelah, kerja dah makin banyak. maknanya banyak yang kena study. ini pun aku curi masa sikit untuk update blog. harap masa yang dicuri ni berbaloi.

pagi tadi, sempat jugak aku curi masa untuk blogwalking. haish kuat betul mencuri. nak dipendekkan cerita, ramai owner blog yang membuat post berkisahkan ana raffali, yang menang anugerah juara lagu. whoah x sangka ya, artis baru pun boleh menang. ekceli aku minat jugak nak tengok juara lagu ni, tapi disebabkan kekangan yang x dapat dielakkan, x merasa nak tengok. apa pun x kisah la siapa yang menang juara lagu, asalkan MU menang perlawanan dengan Liverpool. hehe. match ni pun aku x dapat nak tengok. Tv 21 inci, tapi bila dah tengok ramai2, nak2 kalau duduk kat belakang sekali, tak berairnya biji mata. walaupun aku fan MU, tetap aku rasa kesian dengan Chelsea dan Liverpool. aku rasa situasi diorang ni kena sangat dengan pepatah, 'hidup umpama roda'.

ok, beralih dari topik di atas. teringin pulak aku memberi pesanan. pesanan ini ditujukan kepada budak2 sekolah yang akan masuk ke IPT. pesanan aku ialah, pilih elok2 dalam list UPU tu. pilih kos yang betul2 korang minat. sebabnya di sini. aku ada sorang member, dia tuka kos. tapi yelah kan, UPU bagi banyak slot pilihan kan? 6 ke 8 kalau x silap. macam membe aku ni, kos sains komputer ni bukan pilihan pertama beliau. pilihan pertama beliau kalau x silap diploma ukur bahan. nak buat macam mana, allah dah takdirkan beliau x dapat kos ukur bahan tahun lepas, tahun ni baru Allah nak bagi. aku cuba fikirkan positif untuk beliau. contohnya, beliau kata nak kerja sampai start next sem. bagus la, rajin. karang duit gaji tu boleh guna untuk tampung duit PTPTN. lagi satu, redha lah, sebab mungkin ini jalan yang Allah dah takdirkan. Allah lebih mengetahui apa yang kita x tahu. dan sebagai kawan, aku akan doakan yang terbaik untuk beliau. kalau dia dah dapat kos yang betul2 dia minat, mesti boleh dapat dekan setiap sem punya la! insyaallah. x macam aku, walaupun aku dah dapat kos yang aku minat, tapi still x berjaya dapat dekan, sebab banyak main. =.=

satu tips yang aku nak bagi kepada mereka2 yang akan isi borang UPU tu, apa kata senaraikan semua kos yang korang minat kat atas kertas, then potong mana2 yang x berminat. baru nampak jelas. kalau dah potong semua yang x berminat, dan kalau yang berminat pun masih banyak, mintak la pendapat orang sekeliling. jangan malu, sebab ini untuk masa depan korang jugak kan? dan kalau ditakdirkan, kalau dah tahu result UPU nanti, dan korang x dapat masuk IPT yang korang mohon, jangan la putus asa. aku ada kawan, dia x dapat masuk U, tapi dia dapat matrik. tapi tengok la, sem lepas dia dapat 4f tau. percayalah, Allah dah tentukan segala yang terbaik untuk kita.

akhir kata, percaya la bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya kan? terpulang pada kita untuk menilainya.

penulis - seminggu turun satu kilo. yay.

Yang Benar,
Shafiq Izwan
Isnin, 10/01/11, 9.50PM.

Comments

IMANSHAH said…
selamat mengisi borang adik2
najwa nano said…
thanks for the tips.tak isi lagi.takot ar.x tau nk pilih yg mne.minat nk jd cikgu je tp x tau nak amik corse apa.
good_boy said…
hahaha...aku selalu baring je kat depan tu dulu..
pas tukar krusi bru,x tengok situ..
luar je la...haha
Admin said…
aku dulu lagi sedih bai...kena paksa amik kos yang aku tak tahu hujung pangkal.akibatnya aku tak dapat bawa kos tu. tapi alhamdulillah la lulus dah dapat kerja walaupon aku tak minat kerja aku ni...
FadhDeela said…
yg penting MU menang ngan Liverpool :P

im following u :P

Jom singgah: Awek kena rogol didepan BF!
iwan_dextrous said…
hahaha.jgn lah korg anngap ble msuk ipta korg dh jdi bgus..btul x??ahhaha..rmi bdk yg sngkut psl culture shock..better make the right decision..

pasnie MU lwn totenham...kte tibai hbis..hahahah
toyolkiut said…
pnjang lebar diari hari ni ye..
Shafiq Izwan said…
mohamad - salam ziarah juga. (:

imansyah - betul2. isi leklok ye adik2. hehe.

najwa - minat nak jadi cikgu? try la mtk maktab?

good boy - whoah baring terus. haha. kadang2 tu sampai orang berasak2 dalam bilik tv. huhu.

khairul amry - nak buat camne kn, itu yg allah dah takdirkan utk kita.

fadhdeela - yes yg penting MU menang. hehe.

iwan - setuju sangat2 der. x semestinye msok ipt dah terer. msok ipt ade yg makin terok ade le. ye tibai habis-habisan. hehe.

toyolkiut - alhamdulillah ade idea nak tulis. tu yg panjang lebar. hehe.
good_boy said…
hahaha...biase ah..
aku masuk lambat kena duk dpan gak..rabun weyh..haha
Shafiq Izwan said…
jiwa kena mantap r kalau masuk lambat nak duk depan kan. hahahaha.