Hari Yang Best

ingatkan malam semalam lepas main badminton nak update blog. tapi sebab penat sangat, langsung x jadi, tido lagi sedap.

so aku nak cerita sikit pasal hari semalam. pertamanya, aku bersyukur sangat2 sebab masih lagi diberi peluang untuk bernafas untuk melalui hari2 aku.

mula2, kejadian di kafe. macam biasa, lepas solat jumaat, aku dengan member akan tuju ke kafe. then kitorang pergi la ke satu gerai ni. yang bestnya, makcik yang jaga gerai ni boleh suruh kira sendiri. contohnya, aku ambik nasi, ayam seketul, dengan sayur. mak cik tu kata, "nasi RM1, err, (sambil tengok list harga kat buku note dia) sayur RM0.50, ayam RM2, berapa ek? (sambil garu kepala)." aku pun dalam hati masa tuh. ah sudah makcik ni. macam nak niaga ni? tapi fine la kan, mungkin makcik tu tengah pening kut, so aku cakap la semua sekali RM3.50. aku hulur RM5. lepas tu dia boleh tanya aku lagi, "err, balik berapa ek? (sambil garu kepala)." aduh makcik. macam mana ni? orang ramai lagi yang beratur kat belakang tuh. then bila aku dah duduk kat meja, kitorang sembang2 la pasal makcik ni. ikutkan hati, nak aja aku cakap total yang aku beli tadi tu semua RM2 je. tapi kesian pulak la makcik tu. lagipun xpe ke kalau kita makan kalau kita tipu dia?

rupanya kerisauan aku berasas. x lama lepas tu, membe aku yang sorang lagi datang, yang mana lauk dia sama dengan aku, siap ayam dua ketul lagi. so aku tanya berapa dia dapat. "RM2 je pik." hmmmmmmmppphhhhhhhhhhhh..! kan betul. aku tanya dia macam mana dia boleh dapat murah. dia kata makcik tu tanya kat dia nak berapa harga. MAKCIK OH MAKCIK, KENAPA MAKCIK X TANYA KAT SAYA MACAM TU? SAYA DATANG AWAL SANGAT KE? OR SEBAB SAYA X HENSEM? SAYA TAU LA SAYA X HENSEM MACAM KAWAN SAYA. tekanan aku. beza RM1.50 tu. RM1.50 tu dah boleh dapat teh o ais gelas besar tau dak. hahaha.

lari dari pasal kat kafe. kejadian ni pulak berlaku sejam selepas kejadian di kafe. bebudak course aku ada ajak main futsal, dari tahun satu sampai tahun tiga. aku memang semangat gila. yelah, sebab dah lama x main futsal. aku capai kasut yang dalam plastik, terus masukkan dalam beg. sampai sana je, aku terus salin seluar. then bila aku bukak je plastik kasut tu, hati aku berantakan, air mata bercucuran.

sepatutnya aku bawak kasut ni


tapi aku bawak kasut ni

yelah, masa nak balik KL, aku bungkus semua kasut dalam plastik. aku betul2 ingatkan aku letak kasut futsal dalam plastik putih. rupanya x. memang bengangmalu gila beb. nasib baik bebudak ni semua tengah tengok orang main futsal. kalau x tebal muka. aku dah semangat2 ni, dah siap salin seluar, dah hampir2 nak warm up pun. tengok2, aku bawak kasut formal pulak dah. nak x nak, terpaksa balik hostel semula ambik kasut. nasib baik x jauh sangat. nasib badan..

tunggu turn masing2

hah itu dia. hehe.

akhir kata, bersyukurlah dengan setiap hari yang anda lalui, dan semoga hari ini lebih dari hari semalam, dan semoga hari esok x akan tersalah bawak kasut lagi. hehe.

penulis - dah mula banyak kerja.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Sabtu, 08/01/11, 7.54PM.

Comments

Anonymous said…
HAHAHAHAHAHA
nk kawat er? :PPPPPP
Fadzli Amir said…
Pasal kafe- sampai macam yu sekali ke dia niaga...hai leh untung ke...mungkin dia nak wat amal jariah kot..

Pasal Futsal - kalau aku la, selambe je sarung kasut tu terus main...heheheh, ada berani??
Admin said…
TAK BAIK MENIPU BAB MAKANNAN...LAGIPON KESIAN KAT MAKCIK TU, DIA CARI REZEKI, MUNGKIN DIA TAK SEKOLAH TAK TAHU MENGIRA, TAPI DIA ADA MARUAH, TAK MINTA SEDEKAH, DIA CARI REZEKI HALAL...

MAIN FUTSAL PAKAI KASUT FORMAL...JAB AKU NAK BAYANG...HAHAHA
faiz abu bakar said…
len kali comstar buat event kawad kaki. dont worry.
NuSaNa NoSa 91 said…
perghhhh~ mak cik patotnya kena gaji org yg pndai kira2.. klu x, bankrup dia xlama lg.. xpulang modal.. huk3~ btw, xbek menipu harga mknn.. rezeki tu bercampur ngan xhalal.. kn3? ^_^

wowowowoooo~ part kasut tuh.. malu gila klu org tau.. tehehehee~ ^_^

pengomen - pon dah makin bz~ ^_^
De Mois said…
Haha..memang sengal. Baru je semalam member aku terlupa bawak kasut pergi main futsal, ko boleh cerita cmni lak. Kelakar2..
Shafiq Izwan said…
iwan & catt - xde ah, kasut spare la tuh. hahaha.

fadzli amir - pergh sakit kaki kalau main pakai kasut tu. haha.

khairul amry - macho beb! hehe.

faiz bakar - orait bro x saba nak join ni. hhehe.

nusana nosa - so senyap2 je tau keen. haha.

de mois - kejadian yg amat2 x disengajakan. haha.
eelobor said…
perghhh....dah lama tak layan futsal nie. asyik berpeluh lain jer.....
Shafiq Izwan said…
berpeluh lain camane tu? XD