Lelaki Oh Lelaki

- siri mengenal malaikat akan dihentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada post2 lain. siri ini akan disambung secepat yg mungkin.

so kat sini aku nak bercerita sikit mengenai orang yg berkapel, boleh kan? sebabnya, baru2 ni member lama aku ada call, cerita sikit masalah beliau dengan pakwe beliau. untuk pengetahuan kau maznah bukan nama sebenar, dah banyak kali jugak sebenarnya orang ceritakan benda yg sama dekat aku. antaranya, pakwe kuat cemburu. dalam kes maznah bukan nama sebenar ni, antara yg diberitahu ialah pakwe cemburu kat facebook, suruh deactivated facebook, dan lain2 lagi kut.

dekat sini aku nak luahkan pendapat peribadi aku, untuk lelaki2 kat luar sana. harap jangan marah aaaa.

yg pertamanya, kalau korang cemburu, belajar untuk tidak mencemburui. ataupun tidak untuk menjelesi. sebabnya, kalau betul2 awek korang sayang kat korang, nak dekat korang, insyaallah dia x akan curang punya. sebabnya, kalau kita dah sayang, suka seseorang itu, semua benda akan nampak baik. bak kata pepatah, 'kalau hati dah melekat, tahi kucing pun rasa coklat.' percayalah, kalau korang x ubati penyakit cemburu ni, takut jadi parah, dan lama2 boleh buat awek korang muak.

keduanya, jangan kongkong awek korang, biarlah dia nak berkawan dengan siapa pun. siapakah kita untuk memilih kawan2 mereka? suaminyakah? bapaknyakah? di sebalik tidak mengongkong, kita cuba nasihat, kalau2 mereka berkawan dengan orang yg x elok, ataupun yg banyak buat awek korang menyimpang dari jalan yg benar. selain dari itu, biarlah dia nak berkawan dengan sesiapapun.

ketiganya, kalau betul la terbukti yg awek korang curang, putus saja la, apa susah? ini tidak, korang pergi cari lelaki yg usha awek korang tu, then nak belasah la, nak tunjuk kuat, nak tunjuk macho. faktanya, terima sajalah bahawa lelaki yg meng'usha' awek korang tu lebih baik dari korang. kalau x, xkan awek korang boleh suka kut? terima je la. sebabnya, buat apa nak couple dengan orang yg dah xde hati dengan korang? kalau korang belasah sampai kiok pun lelaki tu, kalau awek korang dah xde hati dekat korang, xde guna jugak. sebaliknya, mungkin korang pulak yg akan menginap dalam jel. selain tu, fikirkanlah hikmah di sebalik yg berlaku. itu maknanya Allah dah tentukan jodoh korang dengan orang lain. lelaki yg baik hanyalah untuk perempuan yg baik. sabarlah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

kesimpulannya, aku rasa kalau dah payah sangat, apa kata korang kahwin je terus?
stock vector : Cartoon/married couple


keistimewaan korang kahwin je terus ialah korang akan terhindar daripada maksiat. (:
selain tu, baru korang ada hak yg lebih ke atas isteri korang, sebab sekarang korang kan dah berumahtangga. lagi, bukan x boleh cemburu. cemburu kan tandanya sayang? tapi biarlah berpada-pada. jangan overjealous. x baik untuk kesihatan. lagi satu, kalau betul terjadi macam pandangan KETIGA aku, aku faham kalau korang susah nak lupakan awek korang tu. so, belajarlah untuk menerima. ingat bahawa PERASAAN MANUSIA TERHADAP MANUSIA LAIN SANGAT TIDAK BOLEH DIPAKSA. last but not least, kalau korang baca Harian Metro, kalau korang terperasaan ruangan Dang Setia tu, aku ni anak sedara dia la, iaitu Dang Wangi. hakhak.

Dang Wangi - suka dengar lagu 'Kalau Berpacaran'.

Yang Benar,
Shafiq Izwan,
Khamis, 06/01/11, 08.30AM.

Comments

NuSaNa NoSa 91 said…
wowowowowo~ ciri2 ni kdg2 ada gk kt pompuan.. kn2?? ^_^
najwa nano said…
nasihat yang baik..
tahi kucing rasa coklat???yerks
heheeh
Cuiya Razak said…
hahaaha..weh..nama member aku punyer la comey ko letak maznah..ape daa..
aku pn sbenarnya tak puah hati gak ngan lelaki cam2..kesian doww member aku tuh..terkongkong gile idup die..da r aku nak contact dia sush da skang nih..gile jeles punyer pakwe sampai fb pn suro deactivated...bab ni memang aku gile2 x berkenan...belom jadi suami agy da nak kongkong..
so..pesanan aku kat orang2 kat luar la...kalau rasa anda seorang yg sgt2 jeles..pliz dont kapel but nikah terus..lagi bagus tak membuat maksiat.kan..kan..
huhu.terlebih emo la plak aku rasa..hik99..
skadar melepas geram...
my best fren tak pernah hidup dikongkong alih2 bila berpacaran terus hidup cm2...aku pn sbenarnya tak faham sgt ngan kawn aku tu syafiq..
ko sarankan la mereka nikah cepat...
nanti kita bley makan nasik minyak..hahahahhaha
Anonymous said…
suke dengan entry yg ni .
menarik . pengajaran buat lelaki kt luar sana yang sangat suka untuk kongkong idup awex dorang .
mak ayah pun bagi kebebasan untuk kita berkawan aleh2 dtg laki2 yang belum ada kena mengena pulak nak atur idup kita . ini tidak adil !
bila pompuan buat benda yang sama pada laki , pun persoalan cemburu jugak yang timbul .
jadi untuk mudah , bagi kapel2 kat luar sana tak payah la nak main kongkong hidup orang sesuka hati . nanti kelak idup sendiri yang terkongkong .
renung2kan dan selamat mempraktikkan. =)
Shafiq Izwan said…
keen - so kalau ciri2 tu ade jugak kt perempuan, kene same2 praktikkan la ek? hehe.

najwa - hahahaha.

suriya - itulah. masing2 kene pandai jaga hati la, bile dah parah lagi payah. senang kawen je terus. haha.

budak baik - selamat mempraktikkan. hehe.
Admin said…
dan dan aweqs aweqs mai komen kat entry ni shafiq no.hahaha...
ada betul gak apa yang ko cakap tu.aku ingat nak tegur "jangan tak ada cemburu langsung sebab cemburu tu tanda sayang" rupa2nya ko mention gak benda tu. tak jadi tegur..hehe
perghhh...anak sedara dang setia tuuu
Shafiq Izwan said…
"dan dan aweqs aweqs mai komen kat entry ni shafiq no.hahaha..."
HAAHHAHAHAHA. dah yg pakwenye taknak komen, awek2 je la komen. hehe. anak sedare dalam islam. :P